Kamis, 02 Februari 2012

Nostradamus Ramal Kemunculan Imam Mahdi....part 3


>> sambung from part 2


4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat.

Manusia di seluruh dunia akan terkejut dengan perlantikannya sebagai pemimpin di Timur. Pernyataan ini disebut oleh Nostradamus dengan tegas dalam buku ramalannya.

Ketika itu, kebanyakan urusan perniagaan akan terhenti atau lumpuh seketika sebelum pulih di negara-negara lain. Di negara tempat beliau zahir itu, ekonominya akan lumpuh terus dan lenyap lalu beliau gantikan dengan sistem ekonomi Islam.Sistem ekonomi Islam yang beliau terapkan nanti akan turut menggemparkan seluruh ahli ekonomi dan tokoh perniagaan serta pakar-pakar di seluruh dunia.


Dan telah dikeluarkan oleh Ibni Abi Syaibah dan Nu’aim bin Hammad dalam Al Fitan dan Ibnu Majah dan Abu Nu’aim dari Ibnu Mas’ud, katanya..


“Ketika kami berada di sisi Rasulullah saw, tiba-tiba datang sekelompok anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat mereka... Rasulullah saw berlinangan air mata dan wajah baginda berubah.

Aku pun bertanya : “Mengapakah kami melihat pada wajahmu, wahai rasul Allah,sesuatu yang kami tidak sukai?”.

Bagnida menjawab ..

Kami Ahlul bait, telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia, kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu kaum dari sebelah Timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan , tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetapi mereka tidak menerimanya hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kerabatku, yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa diantara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Al Mahdi.

5. Ketika muncul, dia memakai sorban biru (The Blue Turban).

6. Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.


Maksudnya di sini adalah, hari Khamis malam Jumaat. Malam yang lazimnya orang-orang Islam membaca Surah Yasin dan surah Kahfi,selepas Maghrib di masjid, di musholla atau di rumah. Beliau menjadikannya istimewa kerana pada malam hari khamis itu.. beliau akan memperbanyak zikir, doa dan sebagainya seolah-olah menyambut malam yang istimewa. .

Dan memang begitu keadaannya, bagi para solihin dan wali-wali sejak zaman para sahabat hingga kini, mereka menjadikan hari Khamis malam Jumaat sebagai satu hari raya dan malam berpesta...pesta amal dan taqarrub kepada Allah.


Itulah maksud sebenar yang dikatakan oleh tokoh peramal Barat yang terkenal, Nostradamus... Maksudnya di sini juga, umat Islam ketika itu sudah semakin jauh meninggalkan ajaran agamanya sendiri, sehingga hari Kamis malam Jumaat yang mulia itu pun sudah dianggap tiada perbezaan dari hari-hari lainnya.

Tahun yang disebut.. iaitu tahun 2000 Masihi.. telah tiba. Sebagai orang yang beriman dengan hadith, sepatutnya kita peka dengan perkara ini. Ketika ini pihak musuh Islam jauh lebih peka berbanding umat Islam.. maklumlah mereka dijanjikan untuk menerima kekalahan. Sedangkan bagi umat Islam, telah dijanjikan kemenangan. Hanya yang perlu.. penuhi jiwa dengan iman dan taqwa, serta berjuang dan berjihad..untuk mendapatkan pimpinan dari pemimpin yang dimaksudkan itu.





Sebelum kemunculan islam,Nusantara adalah negara beragama Budha..Hindu..Animisma.Lalu datang wali2 dari negara Arab..

berdakwah dan menegakkan daulah islamiah dikawasan masing2 sehingga hampir2 keseluruhan rakyatnya menganut agama islam.Wali2 ini juga telah berjaya melahirkankan mujahid2 pribumi..yang saling berganding bahu berjuang menegakkan kalimah Allah diNusantara.

Banyak ditemui dibeberapa negeri di Malaysia makam para wali.Dan terdapat mereka2 yang masih menyimpan rajah family tree.. yang silsilah keturunan mereka dari cucu-cicit rasulullah saw...Allahu Akbar

Jika kita perhalusi.. setelah Nusantara dijajah. .. saat itu yang salah satu misinya adalah mengkafirkan umat Islam di Nusantara..namun ternyata umat Islam tidak dapat di murtadkan..terutama dibumi Malaysia..malah pengaruh Islam semakin luas.


Hal ini tidak terjadi di Afrika. Penjajahan di Afrika dapat mengubah agama di sana yang awalnya Islam menjadi bukan Islam.


Mengapa para wali atau yang disebut oleh ahli sejarah sebagai pedagang dari Hujarat itu datang ketanah melayu...tidak ke China, ke Rome, atau Persia yang waktu itu menjadi Empire?


Jawabannya adalah karena mereka menagih janji Allah melalui Rasulullah SAW bahwa Islam akan bangkit untuk kali kedua di bumi sebelah Timur. Hati mereka digerakkan oleh Allah untuk mempersiapkan timur ini...

..wallahu 'alam bissawab..


hmm...makes sense to me....what do u think?..patutla abuya mengaku dia imam mahdi..



The end..


Maklumat Lanjut :http://applerosejournal.blogspot.com/2012/01/nostradamus-ramal-kemunculan-imam.html

Tidak ada komentar:

Posting Komentar