Senin, 31 Desember 2012

Kebaikan dan Kejahatan



Dalam diri setiap manusia ada KEBAIKAN dan KEJAHATAN yang saling berlawan

Terserah sama ada kita mahu membiarkan NAFSU yang menguasai diri Atau IMAN yang menjadi rajanya.

~Ibnu Mussal~

Air mata tanda rahmat Tuhan



Air mata tanda rahmat Tuhan Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus. kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(Riwayat dari Salman al Faarisi)

Kehidupan Yang Pendek



Wahai manusia, setelah kehidupan yang pendek ini. Kamu akan menjalani kehidupan yang abadi. Bila kamu memahami rahasia tugasmu dalam kehidupan ini dan mengikhlaskan amal untuk Tuhanmu, ada kenikmatan yang menanti..

(Asy-Syahid Hassan Al-Banna)

Melangkah itu mudah namun mencari arah itu terkadang payah



Melangkah itu mudah namun mencari arah itu terkadang payah, mencari jalan itu mudah namun memahami destinasi itu yang susah..

Menyusuri susur itu mudah namun menuju noktah itu pasti lelah dalam semua ini....

Menjaga istiqomah itu paling susah, payah dan lelah namun DIA amat faham bagi hambaNya DIA tidak meminta manusia menjadi terbaik hanya perlu untuk melakukan yang terbaik!

Ya, melakukan sebaik tadbir kemudia serah kpd sebaik takdir. Meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepadaNya.

Lantas nescaya DIA akan menguruskan yang selebihnya, agar yang terbaik itu menjadi milik manusia. Moga perjalanan kita sentiasa dalam lindungan dan penjagaan Allah SWT..

Apa GuNa



Apa GuNa

Apa Guna Jadi Ahli Matematik Kalau Tak Tahu Berapa NILAI

Air Mata Seorang Ibu

Apa Guna Jadi Ahli Sains Sekiranya Mengatakan Manusia Itu

BERASAL Daripada Beruk

Apa Guna Jadi Ahli Falsafah Kalau Bercakap TANPA Merujuk

al-Quran & Hadith
Apa Guna Jadi Orang Seni Kalau Menggunakan KREATIVITI
Untuk Menabur FITNAH
Apa Guna
Jadi Pakar Jika Membenarkan PENDUSTAAN, Menafikan Yang HAK
Apa Guna Jadi Ahli Politik Sekiranya Berjuang Dengan
Menggunakan SENJATA Emosi
Apa Guna
Jadi Ahli FACEBOOK Jika Suka Membuka KEAIBAN
Diri Sendiri & Orang Lain

Apa Guna
Kita Berjuang Untuk Menegakkan Kebenaran
Sedangkan HAWA NAFSU Sendiri Pun Kita GAGAL
Tundukkan...

Sesungguhnya,NASIHAT itu adalah Teman Terbaik ..



✿ ~Orang yg selalu menyediakan dirinya untuk mnerima nasihat,Maka dirinya akn mendapat penjagaan drpd ALLAH,..
Orang yg mmbenarkan dirinya MAAF dan SABAR menerima nasihat orang lain,Tandanya ia akn menerima kemuliaan drpd ALLAH,
Sesungguhnya,NASIHAT itu adalah Teman Terbaik buat orang yg Beriman,.Tegurlah diriku yg Dhaif ini dgn HIKMAH sekiranya aku melanggar agamaku,.insyaALLAH,kita sama2 menggapai KeredhaanNya,.Amin~✿

Nafas terhenti.Peringatan~



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Firman Allah swt =

"Dialah yang menjadikan kematian dan kehidupan itu sebagai menguji kamu siapakah di kalangan kamu yang terbaik amalannya"..(surah Al-Mulk :2)
Air mataku berlinangan.Tak dapat menahan.Ayat-ayatNya cukup membuatkan hatiku benar-benar tersentuh.Kerana aku tahu,aku juga bakal Pergi..

Allah memberi peringatan padaku,agar aku sentiasa bersiap untuk ke sana.

Hampir setiap hari aku disaksikan oleh berita kematian..

Di depan mata mahupun di corong telinga.

Ke mana bisa ku lari jika detik kematian itu tiba?

Cukupkah bekalanku?

sediakah aku?


Firman Allah swt yang bermaksud =

"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat,walau sesaatpun" (surah Al-A'raf =34)

:'(
Ingat.

Di mana jua kita berada,
Maut akan mendapatkan kita,
Bila tiba waktunya,
Sekalipun kita di sebalik benteng
yang tinggi lagi kukuh,
mahupun di bawah teduhan
yang selamat dan redup sinarannya..

Maksud Solat



Maksud solat ialah untuk kita membawa sifat-sifat di dalam solat ke dalam kehidupan seharian kita seperti menutup aurat, menundukkan pandangan,membaca ayat al-quran, berzikir dan berdoa. Apabila di dalam solat kita mensucikan diri dengan berwudhuk, fikiran kita hanya tertuju pada Allah swt, lidah kita sentiasa berzikir dan gerakan badan kita sesuai dengan perintah Allah, aurat di tutup dengan sempurna, maka di luar solat pun kita harus melakukan yang sama. Kita juga perlu meyakini bahawa dengan solat Allah akan membantu dan menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Sahabat-sahabat nabi s.a.w dahulu mereka begitu yakin dengan solat sehingga anak yang mati boleh hidup kembali, pengisar gandum boleh mengeluarkan gandum dan banyak lagi. Semuanya menunjukkan betapa yakinnya mereka dengan perantaraan solat dapat menyelesaikan masalah mereka. Hari ini manusia ramai yang mensyirikkan Allah, sehingga apa sahaja yang mereka lakukan mereka mencari asbab tanpa dahulu memohon pada pemberi asbab iaitu Allah swt. Di dalam sebuah hadis disebutkan bahawa Rasulullah saw bersabda "Barangsiapa yang menjaga solatnya, maka ia akan mendapat 5 keuntungan :
1) Allah swt akan menghilangkan kesempitan hidupnya.
2) Ia akan diselamatkan dari seksa kubur.
3) Ia akan menerima buku amalan dengan tangan kanan.
4) Ia akan melalui titian sirat sepantas kilat.
5) Ia akan masuk syurga tanpa hisab.

Jika ALLAH sayangkan seseorang hamba



✿ ~Jika ALLAH sayangkan seseorang hamba,Dia akan berikan IMAN, kerana itu lebih mahal dari segala isi dunia..
Jika ALLAH sayang lagi, Dia akan berikan KEKUATAN untuk mengamalkan agamanya dengan sempurna dan
Jika ALLAH sayang lagi ,Dia akan SUSAHKAN hambanya dengan urusan dunia dan perjuangan hidupnya, untuk menguji sejauh mana cinta dan redha hamba itu kepadanya, supaya dengan susah itu dia selalu mendekati pada-NYA.. ~✿
>>Sebab ALLAH RINDU akan rintihan hamba-NYA<<
Ya Allah,berikan aku kekuatan..
Untuk aku menyusun langkah ini,
mengejar impian yang termaktub di hati,
mencari kebahagiaan yang hakiki...
dengan jalan yang yang Kau redhai..

Kita HambaNya



"Seringlah kita memandang ke langit,.agar kita mengerti bahawa kita hambaNya yang kerdil lagi hina disisiNya,.dan kerapkanlah berfikir tentang diri sendiri,.Baru kite mudah sedar bahwa diri ini adalah terlalu istimewa."

Aku, Disini Masih Bersendirian



Aku,
Di sini masih besendirian,
Memandang langit biru yang terbentang luas,
Belajar ketenangan di sini,
Penuh kerinduan dan syahdu,
Ditemani oleh titisan air mata,
Dan meng Erti,
Betapa kekerdilan ini menggugah rasa,
Hati kecilku menunduk hina,

Sungguh,.
Aku begitu malu pada Sang Pencipta,
Malu ketika Aku melanggar perintah Rabbku,
Malu ketika butir bicaraku membawa murka,
Malu ketika kelakuanku membawa mungkar,
Malu saat aku memungkiri janjiNya,
Malu Solatku dan ibadahku,
Hanyalah sia-sia,
Dek kerana dosaku yang menjalar,
Dek kepudaran keikhlasanku kepadaNya..

Wahai Tuhanku Perbaikilah untukku agamaku


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Wahai Tuhanku

Perbaikilah untukku agamaku

Yang menjadi pedoman hidupku

Dan perbaikilah untukku duniaku

Yang padanya aku beroleh kehidupan

Dan perbaikilah akhiratku

Yang padanya tempat kembaliku

Dan jadikanlah hidup ini tempat bertambah-tambahnya segala kebajikan bagiku

Dan jadikanlah mati itu bagiku sebagai tempat beristirehat dari segala kejahatan

Panduan Untuk Semua


1) Biarlah orang mengata kita, jangan kita mengata

2) Biarlah orang memfitnah, jangan kita melakukannya

3) Biarlah orang menzalimi kita, kita maafkan saja

4) Biarlah orang mencaci kita, doakan petunjuk buat mereka

5) Bercakaplah yang memberi faedah atau diam lebih baik

6) Kenangkanlah budi orang, lupakan jasa kita

7) Balaslah jasa orang, lupakan jasa kita

8) Balaslah jasa orang, lupakan kejahatanya

9) Alangkah baiknya balas kejahatan orang dengan kebaikan

Jangan Pernah Tinggalkan Solat!!!


JANGAN PERNAH TINGGAL SOLAT!!

Kerana ada jutaan manusia di dalam kubur yang ingin KEMBALI DIHIDUPKAN hanya untuk bersujud kepada ALLAH.

Tahukah Kenapa Allah Ciptakan Ruang Antara Jari?


Pesanan Kepada Kawan



1) Pesanan kpd kawan (Akan Mendirikan Rumahtangga)

Selamat menempuh alam rumah tangga. Jalanilah alam rumah tangga dengan mengamalkan apa yang telah Nabi Muhammad s.a.w telah jalani dengan isteri-isteri baginda. InsyaAllah jika kita telah buat apa yang baginda buat. Perkahwinan itu akan kekal until Jannah. Itu janji ALLAH.
Semoga menjadi suami @ isteri yang soleh @ solehah..


2) Pesanan kpd kawan (Sudah Bertunang)

Tahniah kerana anda telah selangkah hampir menuju ke gerbang perkahwinan.
Diingatkan agar status (bertunang) itu tidak menghalalkan cara. Masih ada syariat Islam dan garis panduan antara pasangan yang perlu diikuti. Persiapkan diri secukupnya untuk menjadi suami @ isteri yang mithali dan diberkati Allah.

3) Pesanan kpd kawan (Masih Single)

Single? Don't worry... Allah sudah menjanjikan bahawa setiap manusia ini ada pasangan masing2.
Cuma masanya belum tiba. Dengan siapa, bila, kita tak tahu sebab Allah nak bagi suprise kat kita. Sweet kan? (^_^) Apa yang penting, jaga hubungan Allah & manusia. Perbanyakkan berdoa & solat isthikarah. Semoga Allah melindugi kita dan pemilik tulang ruusuk kita dari segala keburukan, kejahatan & kemaksiatan.






Ya Allah aku perlukan kekuatan itu


Ya Allah aku perlukan kekuatan itu

Wahai Khaliqku yg Maha Kuasa ,
Aku mohon kepadaMu kekuatan,
Untuk menghadapi ujianMu
Menanti suatu kepastian,
Yg aku sendiri tidak pasti akan natijahnya,

Ya Allah Kuatkanlah aku,
Kerana aku terlalu lemah,
Jangan ya Allah kau biarkan aku tewas,
Kuatkanlah hatiku menempuhinya,

Jujur aku katakan ya Allah,
Aku terlalu takut,
Takut dengan kenyataan,
Yang aku sangsi akibatnya,
Yg menakutkan atau menenangkan,

Ya Allah,
Kiranya diri ini lupa akan dirimu,
Ingatkanlah aku ya Allah,
Jika aku menangis kau usapkanlah,
Air mata tangis ku,
Kerana aku tak mampu lakukanya sendiri.

Ya Allah,
Bantulah aku,
Aku tiada lagi tempat bergantung,
Hanya Kau yg berkuasa,
Kau jualah yg mengetahui segalanya,
Kau jualah yg memegang hidup dan ajalku.
Aku merayu Ya Allah,
Jadikanlah kesudahan yg terbaik bg umurku,

Wallahua’lam

wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka


Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini ditulis bukan untuk memperkecilkan dan menyalahkan golongan wanita semata-mata.

Sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul.


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

Firman Allah SWT :-
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)

Pertolongan Allah itu...


Pertolongan Allah itu mungkin tidak datang terlalu cepat dan mungkin juga tidak datang terlalu lambat...

Tetapi pertolongan Allah itu selalu datang pada saat yang tepat...

ALLAHU RABBI... <3

SubhanaAllah

 

''Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberikan oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah''

(Al-Quran, Surah az-Zariyat, 51:15-18)

Allah adalah segala-galanya bagi kita



Apabila kita jatuh kerana manusia,

Bangunlah kerana ALLAH.

ALLAH adalah segala-galanya bagi kita.

Dia sebaik-baik PELINDUNG.

Dan Dialah sebaik-baik PEMELIHARA.

Tahajjud & Qiyamullail


Istiqomah amalkan qiyamullail sekurang-kurangnya 1 jam 30 minit pada setiap malam (sebelum solat subuh). Disyorkan pembahagian masa seperti berikut:

* 30 minit - solat taubat, solat tahajud, solat hajat dll.

* 30 minit - zikir, selawat, doa

* 30 minit - membaca Al Quran


Panduan tahajjud & qiyamullail:
1) Panduan solat Tahajjud > http://goo.gl/UBbEP
2) Indahnya Berkah Solat Tahajjud >http://goo.gl/7bZX4
3) Keajaiban Solat Tahajjud > http://goo.gl/uySLU
4) 13 Petua Untuk Mudah Qiyamullail >http://goo.gl/qq8nf
5) Panduan & Keutamaan Solat Tahajjud >http://goo.gl/UjMAB
6) Rahsia Qiyamullail dan Tahajjud >http://goo.gl/001Si

5 Perkara Yang Perlu Kita Renungkan


Bersahabat dengan...


Bersahabat dengan AHLI IBADAH kadang-kadang membuatkan diriku terasa HINA...

Bersahabat dengan AHLI MAKSIAT kadang-kadang membuatkan diriku terasa HINA...

Namun... Jika aku menjauhi AHLI IBADAH maka jauhlah aku dari DAKWAHNYA...

Dan... Jika aku menjauhi AHLI MAKSIAT maka jauhlah aku untuk BERDAKWAH KEPADANYA...

Kerana itu aku perlu sentiasa menjadi hambanya yang MERASA HINA dihadapan-NYA...

7 Langkah Supaya Diri Dicintai Allah


Seorang mu’min itu jika dia...


Seorang mu’min itu jika dia melihat, maka
dia mengambil pelajaran...

Jika dia diam maka dia berfikir....

Jika dia bicara maka dia mengingatkan...

Jika dia diberi sesuatu maka dia bersyukur..

dan jika dia dicoba maka dia bersabar......

7 Sifat yang membawa kita ke SYURGA



1.Beriman kepada Allah

2.Menjauhi perkara yang sia2

3.Menunaikan Zakat

4.Menjaga Maruah(harga diri)

5.Memelihara amanah

6.Penuhi Janji

7.Jaga hubungan dengan ALLAH(Solat)

Makna Di Sebalik Perubahan Warna Langit Ketika Waktu Solat Tiba


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka bersatu dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu). Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekuensi otot, saraf dan tulang. Tahukah anda bahawa warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu mempunyai rasional yang sama dengan jin dan syaitan. Kita lebih baik untuk berada di dalam rumah pada waktu magrib ini.

1. Waktu Solat Subuh
Ketika waktu selepas subuh apalagi menjelang siang, warna langit itu (kalau cerah) berwarna biru yang diselangi dengan merah (orange) yang dihasilkan oleh sinar mentari yang mahu terbit.

Dalam islam tidur setelah subuh itu tidak baik kerana akan kehilangan rezeki. Seperti Sabda Rasulullah,Ya Allah berikanlah berkah kepada umatku di pagi harinya (HR. Abu Dawud no. 2606, Tirmidzi no. 1212, Ibnu Majah no. 2236, sahih At-Targhiib waTarhiib no, 1693)

Selain itu, mengapa kita tidak dibenarkan tidur selepas subuh adalah kerana warna biru melemahkan kelenjar tyroid. Bila kelenjar tyroid kita lemah seseorang itu akan mengalami masalah kehausan sepanjang hari.

Pada Waktu Subuh Alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia yang berkaitan dengan rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad dalam keadaan tidur dalam erti kata lain lebih baik terjaga daripada tidur. Disini juga dapat kita ambil hikmah untuk solat di awal waktu.

Bermulanya saat azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep tindak balas tubuh pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

2. Waktu Solat Zuhur
Ketika ini warna kuning mendominasi atmosfera. Mengurangkan makan pada waktu ini ialah amalan yang terbaik untuk menjaga kesihatan supaya pemikiran menjadi kreatif, tajam, dan peka. Ini adalah mengapa kita amat digalakkan untuk melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis untuk mengurangkan beban kerja organ pencernaan.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem pencernaan. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

3. Waktu Solat Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna orange, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna orange ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar digunakan untuk tidur.

4. Waktu Solat Magrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka bersatu dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu). Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekuensi otot, saraf dan tulang.

Tahukah anda bahawa warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu mempunyai resonansi yang sama dengan jin dan syaitan. Kita lebih baik untuk berada di dalam rumah pada waktu magrib ini.

5. Waktu Solat Isyak
Apabila masuk waktu Isya, alam berubah ke warna merah dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyanya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebenarnya, inilah waktu tidur dalam Islam dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam keadaan relax / rehat.

Wallahua’lam

UJIAN HARTA


Syeikh BISYR bin Al-Harith berkata :

Tinggalkanlah kerakusan mu terhadap dunia.
Dan janganlah kamu tamak terhadap tipu dayanya.
Janganlah kamu sibuk mengumpulkan harta.
Karena kamu tidak tahu harta itu untuk siapa.
Orang yang tamakkan harta benda itu pasti poya -poya

Sementara setiap orang yang tidak tamak dan bersederhana pasti ia menjadi kaya.
Orang yang niat salah dalam mencari harta.
Akan hidup sukar bagaikan hamba sahaya.
Dia melihat wang dan kekayaan sebagai tujuan utama nya.
Sehingga di bayangi kefakiran dan kepapaan di dalam hidup nya.

Ibnu Uyainah berkata :

Orang yang menginginkan KEMULIAAN.
Maka akan di berikan KEHINAAN.
Orang yang menginginkan KEKAYAAN.
Maka akan di berikan KEFAKIRAN.
Orang yang menginginkan KESOLEHAN.
Maka ALLAH akan menghimpunkan untuk nya KEMULIAAN dan KEKAYAAN.

Hanya Kepada Mu Ya Allah




Hanya Kepada Mu Ya Allah...aku memohon pertolongan

Hanya Kepada Mu Ya Allah...aku bersujud

Hanya Kepada Mu Ya Allah...aku berlindung

Hanya Kepada Mu Ya Allah...aku meluahkan segalanya

Hanya Kepada Mu Ya Allah...ku serahkan jiwa dan raga

Hanya Kepada Mu Ya Allah...ku serahkan segala urusanku

Hanya Kepada Mu Ya Allah...aku bertaubat

Hanya Kepada Mu Ya Allah...aku berzikir

Hanya Kepada Mu Ya Allah...aku menangis

Hanya Kepada Mu Ya Allah...aku merindui

Hanya Kepada Mu Ya Allah...aku mencintai

Hanya Kepada Mu Ya Allah...aku memohon petunjuk

"Ya Allah, tetapkanlah hati hamba mu ini, mantapkanlah hati hamba mu ini di atas agama Mu Ya Allah."

"Tiada yang lain selain Mu Ya Allah. Sesungguhnya kami amat merinduimu Ya Allah dan juga merindui kekasih mu Muhammad S.A.W"

p/s : solatku..ibadahku..hidup dan matiku hanya kerana Allah.
 

Minggu, 16 Desember 2012

Ujian Mengesan Jin Dalam Badan Anda


Assalamualaikum…

Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.

Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita? Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..


Langkah 1

Play RUQYAH SYARIAH di bawah ini dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.




Langkah 2

Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.

Langkah 3

Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.



Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk. Di atas ini ada sebuah video khas penerangan oleh ustaz Sharhan Shafie tentang cara-cara mengetahui adakah kita mewarisi saka.


SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.

2) Badan terasa berat dan malas.

3) Sukar mendapat jodoh.

4) Badan terasa bisa-bisa.

5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.

6) Sukar tidur malam.

7) Sakit pinggang tanpa sebab.

8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.

9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.

10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.

11) Bermimpi di tempat tinggi.

12) Bermimpi di tempat yang kotor.

13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.

14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.

15) Bayi kerap menangis.

16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.

17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.

18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.

19) Malas beribadat.

20) Nyanyuk ketika usia lanjut.

21) Panas baran.

22) Sikap berubah secara mendadak.

23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.

24) Suka melakukan tabiat buruk.

25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.

26) Kerap keguguran.

27) Gagal melakukan hubungan kelamin.

28) Mengantuk bila dengar al-quran.

29) Bermimpi seram yang menakutkan.

30) Darah haid turun lebih 15 hari.

31) Batuk yang berpanjangan.

32) Selalu ditindih ketika tidur.

33) Kuat berangan.

34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.

35) Nafsu seksual yang melampau.

36) Selalu melihat kelibat dirumah.

37) Terasa diri selalu diperhatikan.

38) Mandul.

39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.

40) Melihat jin secara terus.

41) Sakit mental atau gila.


Apa Itu Santau? Artikel tentang Santau boleh di baca di sini: Santau Itu Sihir!



Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.


Kredit: http://zakizakirin.wordpress.com

Tanda Amalan Diterima Allah SWT



Adakah kita berasa yakin terhadap amalan kita terhadap Allah SWT. Adakah kita yakin amalan kita diterima oleh Allah? Ketahui apakah tanda amalan kita diterima oleh Allah SWT.

Kita mesti tertanya-tanya adakah amalan kita ini diterima oleh Allah SWT ataupun tidak. Namun ketahuilah begitu besar rahmat dan kasih sayang Allah kepada umat manusia di dunia ini, sehingga tidak ada satu makhluk pun yang mampu menghitung besarnya rahmat Allah tersebut. Rahmat Allah yang luas itu diberikan kepada siapa yang dikehendakiNya tidak kira kepada orang yang beriman ataupun kepada orang ingkar.

Dalam beribadah kepada Allah seseorang akan merasakan nikmat kedamaian dalam jiwanya jika ibadahnya diterima oleh Allah. Hati mereka menjadi tenteram bahkan segala ativiti harian yang dilakukannya diserahkan kepada ketentuan dan takdir Allah, setelah itu apapun ganjaran yang diterimanya diterima dengan perasaan redha.

Jika perasaan redha dan sabar telah menyatu dalam kehidupan dan keperibadian seseorang maka ini suatu bukti bahawa amalan yang dilakukannya itu diterima oleh Allah. Tetapi jika mereka tergolong orang yang taat mengerjakan ibadah,namun pada masa yang sama masih melakukan pekerjaan mungkar dan terkutuk, sehingga tidak meninggalkan bekas dalam hati dan kehidupannya. ini membuktikan bahawa amalannya tidak diterima oleh Allah.

Contoh lain, umpamanya dalam ibadah solat dengan tegas Allah jelaskan “bahawa solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar”. Namun dalam praktiknya ramai orang mengerjakan solat tetapi pada masa yang sama melakukan kemungkaran, ini suatu bukti bahawa tanda-tanda amalan solatnya tidak diterima oleh Allah. Kerana ibadah solatnya tidak memenuhi ketentuan yang telah digariskan oleh Allah SWT tadi.

Begitu juga dalam ibadah haji, jika seseorang setelah kembalinya daripada tanah suci memiliki keperibadian yang mulia dan berubah dari kurang baik kepada yang lebih baik, ini membuktikan bahawa hajinya tergolong haji yang mabrur ertinya hajinya diterima oleh Allah. Tetapi ada juga sekembalinya dari tanah suci keperibdiannya lebih jahil daripada sebelumnya, ini membuktikan bahawa hajinya adalah haji mardud ertinya amalannya ditolak oleh Allah SWT.

Puncak dari diterimanya amalan seseorang itu adalah hati mereka menjadi aman dan tenteram dengan mengingat Allah SWT. Firman Allah SWT maksudnya: “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenteram”. (Ar ra’d ayat 28) Wallahu A’lam.

Masuk Islam Selepas Minum Air Zam-Zam



Mukjizat Allah SWT terbukti kepada Raju iaitu seorang pembantu berasal dari Sri Lanka yang bekerja di Arab Saudi. Penyakit epilepsi yang dihadapinya selama 15 tahun sembuh setelah minum air zam-zam.


Setelah penyakitnya sembuh, Raju kemudian mengucapkan dua kalimath syahadah dan menukar namanya menjadi Farida.


Kejadian bermula apabila majikannya membawa air zam-zam dari Kota Mekah. Majikan beliau meminta Raju minum air yang dipercayai berkhasiat menyembuhkan pelbagai penyakit dengan kadar yang banyak. Maha suci Allah, setelah dua minggu secara rutin meminum air zam-zam, penyakit Raju hilang.


“Pembantu ini terus meminum air zamzam selama hampir dua minggu. Lalu, doktor memberitahu penyakit epilepsinya itu sembuh,” laporan dari sebuah akhbar Saudi, Sharq seperti dilaporkan oleh emirates247.com Ahad lalu.


Telaga mata air zamzam terletak di kawasan Masjidil Haram, tenggara kiblat umat Islam seluruh dunia, Kabah. Kedalaman telaga itu kira-kira 42 meter,dan hingga kini telaga itu tidak pernah kering.


Detik Islam



Sabtu, 15 Desember 2012

SEPULUH GOLONGAN KEKASIH IBLIS


Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pada

suatu hari bertanya kepada Iblis yang di rejam. Berapa golongan kekasih mu dari umat ku ?

Iblis menjawab : Ada sepuluh golongan kekasih ku dari kalangan umat mu.

Pertama : Pemimpin yang tidak amanah ( Dzalim ).

Kedua : Orang yang sombong.

Ketiga : Orang kaya yang tidak peduli dari mana di perolehi kekayaan nya dan ke mana ia akan membelanjakan harta benda nya.

Keempat : Orang alim yang menyokong terhadap penyelewengan penguasa.

Kelima : Pedagang yang curang.

Keenam : Penimbun makanan.

Ketujuh : Orang yang berbuat zina.

Kedelapan : Pemakan Riba.

Kesembilan : Orang bakhil yang tidak peduli dari mana di perolehi hartanya.

Kesepuluh : Peminum khamar tegar. ( Telah menjadi penagih / kecanduan yang kuat ).

( H.R. Ibnu Abbas radhiallahu anhu) .

Binatang Dari Neraka Jahanam



Binatang Dari Neraka Jahanam

Dikisahkan dalam sebuah kitab bahwa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seekor binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.

Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, “Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?”

Lalu berkata Huraisy : “Aku mencari lima jenis orang .”

1. Orang yang tidak mengerjakan solat.

2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.

3. Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.

4. Orang yang suka minum arak.

5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.

Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat



Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.

Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.

Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.

Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

                                                   

TEORI QURAN VS TEORI BARAT

Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.


Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.

Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.

Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia masih lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).

Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan masih boleh dilalui.


                                                  

Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas.


Sumber : Berita Dunia



3 Golongan Yang lebih Awal Ke Neraka!!

Tiga golongan yang pertama akan merasakan api neraka!!
Bahawa pada hari kiamat nanti, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah “orang alim” , orang kaya dan orang yang berperang di jalan ALLAH S.W.T.
ALLAH S.W.T bertanya kepada orang alim itu,”Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?” Orang itu menjawab. “Benar,wahai Tuhan.” ALLAH SWT kembali bertanya. ”Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?” Orang tersebut menjawab, ”Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari” Malaikat berkata kepadanya, “engkau berdusta”. ALLAH SWT berfirman “engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim”.
Kemudian dipanggil orang kaya. ALLAH SWT berfirman, ”Engkau telah AKU beri rezeki sehingga berkeadaan cukup”. Orang itu menjawab, ”Benar wahai tuhan”. ALLAH SWT kemudian bertanya, ”Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?”, dia menjawab, ”Dengannya aku bersillaturrahir03;m dan juga bersedekah.” ALLAH SWT berfirman kepadanya, “Engkau dusta”. Malaikat juga berkata begitu. ALLAH berfirman, ”Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.”

Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan ALLAH SWT. Maka ALLAH SWT berfirman, ”Apa yang menyebabkanmu terbunuh?” Dia menjawab, ”Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-MU, maka aku berperang sehingga terbunuh.” Maka ALLAH SWT berfirman kepadanya ,”Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu.” ALLAH SWT berfirman, ”Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani”.

“Kemudian RASULULLAH S.A.W menepuk lututku sambil bersabda, ”Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.””
P/S>>>Niat dan keikhlasan dalam hati kita harus kuat dalam mengerjakan sesuatu perkara……. Hanya Kerana ALLAH SWT. DIA maha mengetahui setiap apa yang kita lakukan…


Jumat, 14 Desember 2012

Tanda-tanda Besar hari Kiamat


Tanda-tanda besar Hari Kiamat

1.Hijaunya bumi Arafah.
2.Lahirnya ramai anak-anak hasil perbuatan zina yakni dari perkahwinan tidak sah atau perceraian yang tidak diluluskan oleh mahkamah.
3.keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
4.Keluar asap tebal dibumi Hijaz.
5.Munculnya nabi-nabi palsu, semuanya berjumlah 30 orang.
6.Berlaku perang besar di kawasan Kaukasus.
7.Runtuhnya Kaabah akibat diserang oleh orang Habsyah
8. 3Kali gempa bumi.
9.Bermulalah kekuasaan Dajjal.
10.Munculnya Imam Mahdi
11.Turunnya Nabi Isa a.s dan membunuh Dajjal.
12.Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
13.Diangkat Al-Quran dan ilmu-ilmu agama (Addin) dan manusia.
14.Matahari terbit dari ufuk barat.
15.Terdengar tiupan sangkakala pertama, kedua.


"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim.

Sumber: ~Zoy کورنيا الهي~

Kamis, 13 Desember 2012

Dugaan


Dugaan itu adalah salah satu mesin untuk "charge" balik iman kita. Muhasabahlah kepada diri sendiri kerana disitu kita tahu betapa besarnya kasih sayang Allah kepada kita dan level keimanan kita samada kurang atau tidak mencukupi

Rabu, 12 Desember 2012

Antara 3 Jenis Jodoh Pertemuan



Dalam hidup ini terdapat 3 jenis jodoh pertemuan yang ditakdirkan, antaranya


~✿>> dari Syaitan Jodoh Syaitan ini adalah merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan itu. Dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur. Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.


~✿>> dari Jin Ini berlaku bilamana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka dapat berkahwin.


~✿>> dari Allah SWT Jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad (perkahwinan) berlangsung. Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta… :)

Jumat, 07 Desember 2012

Allah mencintai orang-orang yang berbuat baik



Allah sentiasa bersama orang-orang yang berbuat kebaikan
bukan dilihatnya pada natijah tapi pada usahamu
dan Allah tidak menilai berapa banyak amalanmu
tapi dari kesungguhan hatimu yang ikhlas..

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” ~QS. Al-Ankabut 29:69~

~ Allah mencintai orang-orang yang berbuat baik dan kebajikan Insyaallah sama2 kita tingkatkan amal kebaikan dalam kehidupan..
Yakin ,Semangat,Ikhlas

Cahaya VS Kegelapan



Teman...

Tatkala kita melangkah menuju cahaya kebenaran...

ianya lebih baik walaupun terlambat dari terus hanyut dalam kegelapan.

Bersyukurlah...

Kerana Allah masih lagi memberikan cahaya kepada hati kita...

untuk kita menempuh masa hadapan dengan cahaya keredhaan.




Sama-sama kita terus melangkah masa hadapan .

Bukan berundur ke masa silam..

Maka pilihlah jalan yang penuh dengan cahaya..

agar kita tidak lagi jatuh ke dalam jurang yang sama kerana kegelapan..

Cintaku MilikMu


Sebelum kita melabuhkan cinta kita kepada orang lain, labuhkanlah cinta kita terhadap diri kita dahulu...


Sebelum kita mencintai diri kita, labuhkanlah cinta kita kepada Allah dan Rasulullah saw terlebih dahulu...

Minggu, 02 Desember 2012

Manisnya Iman



Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)
Sadaqa Rasuulullah...


Kemanisan Iman??
1) Cinta Allah dan Rasul lebih dari segala-galanyanya, hatta diri sendiri
2) Mencintai seseorang itu, semata-mata kerana Allah
3) Benci kembali kepada kekufuran dan maksiat setelah diselamatkan Allah
(sepertimana dia tidak mahu dilemparkan ke dalam api...!)
Allahu Akbar!~

SYAHID DI JALAN ALLAH SWT



SYAHID DI JALAN ALLAH SWT

Semua orang akan MATI. Jadi mengapa TAKUT dengan KEMATIAN? Bercita-citalah untuk SYAHID di JALAN ALLAH SWT. Ketahuilah, SYAHID ini terus ke SYURGA.

Beruntunglah PARA SYUHADA. Mereka TIDAK AKAN DISEKSA, TAK DIHITUNG AMALANNYA dan TIDAK MELALUI SIRATUL MUSTAQIM. ALLAH SWT hantar terus ke SYURGA.

Jenazah mati syahid tidak wajib disembahyangkan. Rasulullah SAW pun pernah bersabda. Kerana setiap luka dan darah adalah wangian di hari Kiamat. Darah luka mereka yang mati syahid mengalir seperti mana orang yang masih hidup. Bau mereka juga seharum kasturi . SubhanAllah. Roh para syahid tidak mati, malah mereka hidup di sisi ALLAH SWT. Mereka insan yang terpilih untuk SYAHID. Dan sebaik-baik kematian ialah SYAHID.

ALLAHUAKBAR!

PALESTIN, satu-satunya BUMI ALLAH yang ALLAH SWT janjikan TIDAK AKAN HABIS PEJUANG-PEJUANG ISLAM. Sebab itu ramai yang SYAHID di sana.

ALLAHUAKBAR!


"Allahu, semoga aku juga bisa SYAHID di JALAN ALLAH. YA ALLAH, bukalah SATU PINTU JALAN untuk aku SYAHID KE JALAN-MU YA RABB."

AMIN YA RABBI.