Selasa, 31 Januari 2012

Cacing Berukuran 2.5 Meter DiTemui Di Sumatera Selatan




Warga di kawasan Tanjung Api-api, Banyuasin, Sumatera Selatan, dihebohkan dengan penemuan cacing nipah sepanjang 2.5 meter. Uniknya lagi, cacing itu punya dua taring besar di kepala.

Kerana bentuknya yang unik, warga sekitar menyebut haiwan itu sebagai cacing naga. Badan cacing naga seukuran jari warna merah ini, sedikit mirip lipan yang punya banyak kaki di sepanjang bagian bawah tubuh. Namun, terlihat dan terasa lebih lembut seperti haiwan mollusca.

Cacing ini ditemukan oleh Timan.Dia mengatakan, cacing tersebut ditangkap dengan menggunakan besi yang dibentuk seperti garpu. "Saya tidak ikut karena takut," kata War.
Timan yang sehari-hari bekerja sebagai pencari cacing tak menyangka mendapat cacing naga sepanjang 2.5 meter.

Rosinta, mahasiswi pascasarjana Universitas Sriwijaya, Palembang yang sedang melakukan kajian untuk tesis kajian lingkungan di pelabuhan feri Tanjung Api-api terkejut melihat cacing ini. "Saya baru lihat ada cacing panjang seperti itu," kata Rosinta

Bayi Ajaib Dilahirkan Tanpa Darah




MAIDSTONE – Kuasa Allah.

Bagaikan satu keajaiban, seorang bayi yang mengejutkan dunia sains perubatan kerana dilahirkan tanpa darah dalam tubuh badannya, didapati sihat seperti bayi normal yang lain.

Oliver Morgan ketika dilahirkan, doktor tidak dapat mencari denyutan nadi dan jantungnya selama hampir 25 minit apabila tubuh badannya berada dalam keadaan pucat serta tidak bernyawa.

Bagaimanapun Oliver dapat diselamatkan dari sebarang ancaman apabila doktor memberikan oksigen tambahan serta memasukkan darah ke dalam tubuhnya.

Setelah puas berusaha, akhirnya nadi dan degupan jantung Oliver dapat didengar sekali gus memberikan perasaan lega kepada para doktor yang menyambut kelahirannya.

Katy, 36, ibu kepada Oliver menyifatkan kejadian itu merupakan perkara yang paling tragis berlaku dalam hidupnya hinggakan dia tidap dapat memberitahu cerita sebenar kepada anaknya itu hingga kini.

“Melahirkan Oliver adalah saat yang paling tragis dan membuatkan saya trauma untuk memberitahu hal yang sebenar kepada Oliver.

“Dia lahir tapi ‘mati’, tetapi sekarang dia mampu duduk dan tersenyum kepada saya.

“Para doktor telah berusaha mengembalikan kehidupan Oliver dan pastinya sukar untuk saya mengucapkan terima kasih kepada mereka,” kata Katy.

Oliver kini berusia 15 bulan hidup bahagia dan kesihatannya berada dalam keadaan baik.

Dia hampir mati akibat kehilangan darah yang banyak di mana penyakit itu di panggil ‘ Vasa Previa’ yang membentuk satu urat tambahan di dalam rahim ibunya.

Sewaktu mengandungkan Oliver, Katy telah mengalami tumpah darah pada minggu ke 37 kehamilannya dan dia terus dikejarkan ke Hospital Besar Maidstone.

Akibat dari komplikasi itu, doktor terpaksa melakukan pembedahan bagi mengeluarkan Oliver.

Bagaimanapun, para doktor terkejut apabila mendapati Oliver tidak bernyawa dan terpaksa dibawa ke unit penjagaan khas bayi di mana doktor memutuskan untuk menurunkan suhu badannya bagi mengelakkan otaknya rosak.

Oliver telah diletakkan di dalam ‘inkubator’ kecil yang bersuhu rendah supaya aliran darahnya dari dalam badan ke otak kembali normal.

Dalam masa yang sama, susu ibu terus disalurkan ke perut Oliver sebagai makanan sewaktu proses tersebut.

Setelah 11 hari bertarung nyawa, Oliver akhirnya dibenarkan oleh doktor untuk pulang ke rumah setelah doktor mengesahkan tahap kesihatannya berada dalam keadaan stabil.

9 Jenis Anak Syaitan Sering Menggangu Kita



Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari


Jenis anak syaitan manakah yang selalu mengganggu anda?

Minggu, 29 Januari 2012

VALENTINE DAY (HARI BERKASIH SAYANG) Menurut pandangan Islam



Benarkah ia hanya kasih sayang belaka ?

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)


Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui jargon-jargon (simbol-simbol atau iklan-iklan) tidak Islami hanya wujud demi untuk mengekspos (mempromosi) Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari diskotik(disko/kelab malam), hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan dukungan(pengaruh) media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebagian besar orang Islam juga turut dicekoki(dihidangkan) dengan iklan-iklan Valentine Day.


SEJARAH VALENTINE:

Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.


Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.


Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.



Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.


Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.



Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.



PANDANGAN ISLAM


Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?


Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:


“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)


Dalam Islam kata “tahu” berarti mampu mengindera(mengetahui) dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekedar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, kapan(bila), bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.


Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang membonceng(mendorong/mengikut) kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.


Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.


Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.


HAL-HAL YANG HARUS DIBERI PERHATIAN:-


Dalam masalah Valentine itu perlu difahami secara mendalam terutama dari kaca mata agama kerana kehidupan kita tidak dapat lari atau lepas dari agama (Islam) sebagai pandangan hidup. Berikut ini beberapa hal yang harus difahami di dalam masalah 'Valentine Day'.



1. PRINSIP / DASAR

Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (kristian), maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.


2. SUMBER ASASI

Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak.


Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.


Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.


3. TUJUAN

Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda :“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.


4. OPERASIONAL


Pada umumnya acara Valentine Day diadakan dalam bentuk pesta pora dan huru-hara.


Perhatikanlah firman Allah s.w.t.:“Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaithon dan syaithon itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. (Surah Al Isra : 27)


Surah Al-Anfal ayat 63 yang berbunyi : “…walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.


Sudah jelas ! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan import dari luar yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.


Sudah berapa jauhkah kita mengayunkan langkah mengelu-elukan(memuja-muja) Valentine Day ? Sudah semestinya kita menyedari sejak dini(saat ini), agar jangan sampai terperosok lebih jauh lagi. Tidak perlu kita irihati dan cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain. Bukankah Allah itu Ar Rahman dan Ar Rohim. Bukan hanya sehari untuk setahun. Dan bukan pula dibungkus dengan hawa nafsu. Tetapi yang jelas kasih sayang di dalam Islam lebih luas dari semua itu. Bahkan Islam itu merupakan 'alternatif' terakhir setelah manusia gagal dengan sistem-sistem lain.


Lihatlah kebangkitan Islam!!! Lihatlah kerosakan-kerosakan yang ditampilkan oleh peradaban Barat baik dalam media massa, televisyen dan sebagainya. Karena sebenarnya Barat hanya mengenali perkara atau urusan yang bersifat materi. Hati mereka kosong dan mereka bagaikan 'robot' yang bernyawa.


MARI ISTIQOMAH (BERPEGANG TEGUH)


Perhatikanlah Firman Allah :


“…dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim”.


Semoga Allah memberikan kepada kita hidayahNya dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajarannya.

Tujuan dari semua itu adalah agar diri kita selalu taat sehingga dengan izin Allah s.w.t. kita dapat berjumpa dengan para Nabi baik Nabi Adam sampai Nabi Muhammad s.a.w.


Firman Allah s.w.t.:

“Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka dia akan bersama orang-orang yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para shiddiq (benar imannya), syuhada, sholihin (orang-orang sholih), mereka itulah sebaik-baik teman”.





Semoga bermanfaat,

11 GOLOGAN AHLI NERAKA



Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

"Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan

oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat

ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut

kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda

menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12

golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan

sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka

adalah seperti berikut:-

1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana

mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.


2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka

melengah-lengahkan solat lima waktu.


3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular

dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.


4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang

berdusta.


5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan

mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.


6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah

balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.


7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan

darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan

kebenaran.


8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan

kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati

sebelum bertaubat.


9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api.

Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.


10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang

menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua

ibu bapanya.


11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,

bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar

kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.


Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:


12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas

titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal soleh

dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati

dalam keadaan bertaubat."

TEGURAN RASULALLAH SAW KEPADA SAHABAT YANG KETAWA



Suatu ketika Rasulallah saw dalam perjalanan untuk menunaikan solah lalu Baginda saw ternampak satu kumpulan orang yang sedang ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi.

" Sekiranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan berlaku keadaan yangsaya lihat ini; Oleh itu perbanyakkanlah mengingati maut. Tiada satu haripun berlalu tanpa kubur berkata, "Aku ialah rumah kesunyian, rumah kesaorangan, rumah debu dan rumah ulat-ulat".

Apabila seseorang mukmin dimasukkan kedalam kubur maka kubur akan berkata,

"Kedatanganmu dialu2kan, tersangat baik kerana kamu telah datang kepadaku. Daripada kalangan manusia yang berjalan diatas muka bumi, engkaulah yang paling aku sukai. Hari ini engkau telah datang kepadaku, engkau akan melihat sebaik-baik layanan daripadaku".

Selepas itu kubur akan meluas sejauh mata memandang. Kemudian akan terbuka satu pintu yang melalui pintu itu akan masuk bayu dan wangi-wangian dari syurga secara berterusan.

Apabila orang yeng berdosa dimasukkan, kubur akan berkata,

"Tiada kata-kata aluan untuk kedatanganmu. Sangat jelek kedatanganmu. Daripada kalangan manusia yang berjalan diatas muka-bumi engkaulah yang paling aku benci. Hari ini engkau telah diserahkan kepadaku, engkau akan melihat layanan daripadaku"

Selepas itu kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuk akan berceragah antara satu sama lain. Kemudian 70 ekor ular akan dilepaskan keatasnya. Sekiranya seekor sahaja daripada ular itu menghemburkan bisa keatas bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tinggal. Ular itu akan terus mematuk orang tersebut hingga kehari khiamat. Selepas itu Rasulallah saw bersabda,

"Kubur merupakan satu kebun daripada kebun-kebun syurga ataupun satu lembah daripada lembah-lembah neraka". (Misykat)


Keterangan

Takutkan Allah snt ialah perkara yang sangat-sangat perlu lagi penting. Perkara inilah yang menyebabkan Rasulallah saw sering merenung. Mengingati maut akan menamakan sifat takut kepada Allah, oleh sebab itulah, Rasulallah saw menyarankan supaya kita sering mengingati maut kerana amalan ini penting lagi pula memberi munafaat.

KETAKWAAN DAN SIFAT HATI-HATI



Setiap kelakuan dan sifat para sahabat r.a. patut kita miliki dan ikuti. Kenapa tidak? Sedangkan merekalah orang yang telah dipilih dan diambil oleh Allah ta'ala untuk bersahabat dengan RasulNya yang dikasehi lagi dicintai. Rasulullah saw bersabda,

"Aku dihantar pada zaman dan kurun bani Adam yang terbaik." (Shifa)

Oleh kerana itu, zaman tersebutlah yang terbaik dari setiap segi dan sebaik-baik manusia ialah mereka yang telah dipilih untuk bersahabat dengan Rasulullah saw.


Kepulangan Rasulullah saw dari satu pengurusan Jenazah dan Jemputan Seorang Wanita

Semasa Rasulullah saw pulang daripada satu pengurusan jenazah, utusan daripada seorang wanita telah datang untuk menjemput Baginda saw makan. Baginda saw telah pergi bersama para sahabatnya. Makanan telah dihidangkan dihadapan mereka. Para sahabat r.a. melihat Rasulullah saw menyuap sesuap makanan lalu mengunyah tetapi Baginda saw tidak dapat menelan makanan itu. Baginda saw bersabda,

"Nampaknya daging kambing ini telah dibeli tanpa keizinan tuannya."

Wanita itupun menerangkan,

"Ya Rasulullah, saya telah menyuruh seseorang ke pasar untuk membeli kambing tetapi dia tidak mendapati kambing di sana. Kebetulan jiran saya telah membeli seekor kambing. Saya telah menghantar orang kesana untuk membeli kambing itu tetapi dia tidak ada dirumah. Isterinya yang telah menjualkan kambing tersebut."

Rasulullah saw bersabda,

"Berikan makanan ini kepada tawanan."


Keterangan

Bukanlah suatu perkara yang menakjubkan apabila makanqn syubhat yang dikunyak oleh Rasulullah saw terlekat di halkum Baginda saw memandangkan kedudukan Baginda saw yang tinggi. Sedangkan peristiwa-peristiwa seumpama ini turut dialami oleh umat yang biasa pun.


Rasulullah SAW Berjaga Sepanjang Malam Kerana Risau Termakan Tamar Sedekah

Pada suatu hari Rasulullah saw tidak dapat tidur sepanjang malam dan asyik membolak-balikkan lambungnya sahaja. Salah seorang isteri Baginda saw telah bertanya,

"Ya Rasulullah, mengapa tuan tidak dapat tidur?"

Baginda saw menjawab,

"Ada sebiji tamar terletak di suatu tempat, saya telah mengambil tamar itu lalu memakannya supaya tidak membazir. Sekarang saya bimbang mungkin tamar itu ialah tamar sedekah."


Keterangan

Kemungkinan besar tamar itu ialah kepunyaan Rasulullah saw sendiri. Oleh kerana harta sedekah pun dihantar ke rumah Baginda saw maka kesangsian itu menyebabkan Rasulullah saw tidak dapat tidur sepanjang malam bimbang tamar itu ialah tamar sedekah. Jika demikian, berarti Rasulullah saw telah makan harta sedekah.

Inilah keadaan penghulu kita, hanya kerana sedikit kesangsian Baginda saw tidak dapat tidur, berbolak-balik gelisah sepanjang malam. Sementara itu lihatlah keadaan umat Baginda saw dengan perasaan bangga mereka melaungkan bahawa mereka ialah pengikut Nabi Muhammad saw sedangkan mereka masih terus mengambil rasuah, memakan riba, merompak dan memakan pelbagai jenis harta yang haram.

kredit: Fadhilat Amal



Sabtu, 28 Januari 2012

‎10 golongan yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:



1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8. ORANG PEREMPUAN YANG TIDAK MENUTUP AURAT.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Mungkin tanpa kita sedar ada diantara kawan-kawan kita, saudara-mara kita tergolong di dalam golongan seperti tersebut di atas..

Atau mungkin juga diri kita. Seringkali kita terdengar dialog mereka yang tidak bertudung "aku tak pakai tudung pun, aku tak pernah tinggal solat, so aku lebih baik dari orang yang solat, kalau solatnya pun tunggang langgang".

Pernah tak mereka terfikir bahawa solat yang didirikan hanya lah sia-sia jika ia tak diterima oleh Allah. Tapi, aurat perempuan bukanlah hanya rambut, tapi seluruh badan melainkan muka dan tapak tangan. Oleh yang demikian, marilah kita menutup aurat secara sempurna. Solat adalah tiang agama, jika solat pun tak terjaga, bagaimana dengan amalan yang lain nya?

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya."

(Tabyinul Mahaarim)

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

kredit: rakangroup

Aurat Wanita dari Firman Allah dan Hadis Nabi SAW




1. Bulu kening

- Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. HR Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)

- "Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." QS An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian

- "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." HR Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada

- "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " QS An-Nur : 3. Keterangan: Melabuhi tudung atau memakai tudung yang tidak menampakkan bentuk dada dan bahagian tepi tudung dibawah bahu.

5. Gigi

- "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. ". HR At-Thabrani.

- "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". HR Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher

- "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu." Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan

- "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." HR Muslim dan Bukhari.

8. Tangan

- "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". HR At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata

- "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." QS An Nur : 31.

- Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." HR Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)

- "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." QS Al Ahzab: 32.

- Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." HR Ibn Majah.

11. Kemaluan

- "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " QS An Nur : 31.

- "Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." HR Al Bazzar.

- "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." HR Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian

- "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." HR Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

- "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." HR Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/ jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/ membuka bahagian-bahagian tertentu.

- "Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." QS Al Ahzab : 59.

13. Rambut

- "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." HR Bukhari dan Muslim.

Jumat, 27 Januari 2012

Wanita, Jadilah Bunga Yang Indah.



Wanita, Jadilah Bunga Yang Indah.

Bunga yg kembang dan cantik itu jarang yg wangi.. begitulah juga orang yg cantik, kebanyakannya jarang berbudi. Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, “kamu ni cantiklah,” maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah dia. Ah.. siapa yg tidak seronok bila dikatakan cantik dan menawan? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yg merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yg cantik selalu ditimpa ‘perasan’ kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya.

Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari. Jika dia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya.

Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya.. Jadilah laksana nakhoda, Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yg cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.

Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Andai dia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yg indah. Wanita yg cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yg cantik yg derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya.

Cantik warnanya, harumnya tiada. Sebaliknya wanita yg kurang cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaan-Nya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang.

Ibarat gadis murahan yg mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yg berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan. Wanita yg kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yg tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.

Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia.. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yg bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhluk-Nya. Seharusnya diri yg dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya.

Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yg iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung pahala-pahala yg tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yg bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.

Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah (sikap negatif) akibat dari kecantikan diri yg dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan. Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk, cantik hodoh itu adalah pemberi-Nya.

Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yg berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yg gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?

Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita mendaki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan.

Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran.

Firman Allah SWT yg bermaksud : "Dan apa sahaja nikmat yg ada padamu dari Allah lah datangnya dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya pada-Nyalah kamu meminta pertolongan." [Surah An-Nahl ayat 53]

Firman Allah S.W.T yg bermaksud : " Wanita - wanita yg buruk itu untuk lelaki yg buruk dan lelaki - lelaki yg buruk untuk wanita yg buruk, Sedangkan wanita - wanita yg baik untuk lelaki yg baik dan lelaki yg baik untuk wanita yang baik." [Surah An-Nur ayat 26]

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa dibulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan mentaati suaminya, maka masuklah dia ke dalam syurga dari mana-mana pintu yg ia kehendaki." [Hadith Riwayat Al-Bazzar]




Kemuliaan Ibu Mengandung Dalam Islam.





1. Dua rakaat solat wanita yg hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yg hamil mendapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yg bersalin mendapat pahala 70 tahun solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah memberi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia pada masa 40 hari selepas bersalin, semasa bersalin, ia dikira sebagai mati syahid.

5. Wanita yg beri minum susu badannya kepada anaknya akan mendapat 1 pahala daripada tiap titik susu yg diberikannya.

6. Wanita yg memberi minum susu badan kepada anaknya yg menangis maka Allah memberi pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Jika wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yg menghabiskan masa malamnya dengan tidur yg tidak selesa kerana menjaga anaknya yg sakit mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yg tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yg sakit akan di ampunkan oleh Allah dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah menberi 12 tahun pahala ibadat.

Selasa, 24 Januari 2012

Doa Hari Lahir




Hari lahir atau hari jadi merupakan hari yang istimewa bagi setiap orang. Berdoalah kepada Allah agar umur dan hidup kita sentiasa diberkati oleh-Nya. Berikut merupakan doa yang sesuai dibaca untuk menyambut hari lahir.




Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.


Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.


Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.


Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.


Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.


Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.


Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.


Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.


Amin Ya Rabbul Alamin.



p/s: semoga ulang tahun kelahiran anda lebih bermakna dengan doa yang diamalkan. Selamat menyambut hari jadi..

Senin, 23 Januari 2012

Perbaiki Amalan Kita



Suatu hari, seorang salafushalih terkenal, Fudhail bin Iyadh, bertanya kepada seorang lelaki,

"Berapa umurmu?"

"Enam puluh tahun," jawab lelaki itu.

Lalu Fudhail berkata,

"Sesungguhnya engkau sudah enam puluh tahun menuju Rabb-mu, dan kini kau hampir sampai."

Laki-laki itu berkata,

"Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. (Sesungguhnya kita ini milik Allah dan kepadaNya lah kita akan kembali)."

Mendengar ucapan lelaki itu, Fudhail kembali bertanya,

"Tahukah engkau bagaimana tafsirnya?"

"Tafsirkanlah kepada kami, wahai Abu Ali (panggilan Fudhail)," pinta lelaki itu.

"Jika engkau mengatakan, "Inna lillahi," berarti engkau mengikrarkan bahawa engkau adalah hamba Allah dan kepada Allah engkau akan kembali. Barangsiapa yang mengetahui bahwa dia adalah hamba Allah dan kepada Allah lah dia akan kembali, maka ketahuilah bahwa ia akan mati. Dan ketahuilah, barangsiapa yang akan mati, maka ia akan ditanya. Dan barangsiapa yang mengetahui bahwa ia akan ditanya, maka bersiap-siaplah untuk menjawabnya."

"Lalu bagaimana cara kami mempersiapkannya," tanya lelaki itu lagi.

"Penuhilah," jawab Fudhail bin Iyadh.

"Apa yang harus saya penuhi?" tanyanya.

Fudhail menjawab,

"Perbaikilah amalan-amalanmu yang akan datang, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu di masa lalu dan yang akan datang. Tapi jika engkau memperjelek amalan-amalanmu yang akan datang, niscaya Allah akan menyiksamu lantaran dosa-dosamu yang telah engkau perbuat di masa lalu dan yang akan datang."

Begitulah nasihat Fudhail bin Iyadh begitu jelas. Maka, sekecil apa pun kesempatan yang Allah berikan untuk berbuat baik, maka harus kita lakukan. Kita harus menabung amal shalih. Melakukan hal-hal yang bermanfaat, dan membuang jauh apa yang tidak berguna. Selagi umur masih ada. Selagi waktu masih tersedia. Seringkali kesempatan itu tidak datang untuk yang kedua kali.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Perbezaan Antara Sembahyang Dan Solat



Salam Safar...walaupun Ramadhan masih jauh dari Safar, namun semoga di bulan ini kita semua dapat membuat persediaan awal untuk menghadapi bulan yang mulia iaitu bulan Ramahdan.

Ini adalah sebuah perkongsian tentang perkataan 'Sembahyang' dan 'Solat'

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan mementingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.

Siiru 'ala barakatillah...


Salam Ukhuwah..~

Ratu Belanda



Orang Islam khususnya bertaraf VVIP di Malaysia dan dunia amnya dan seluruh umat Islam patut rasa malu kepada Ratu Belanda, Beatrix yang menutup aurat sepenuhnya dengan berjubah, bersarung tangan dan kaki dan kepalanya sehelai rambut pun tak terjelir keluar ketika melakukan lawatan di sebuah masjid di sebuah negara Teluk.

Baginda memberitahu wartawan, baginda berterampilan demikian kerana semata-mata menghormati agama Islam.

Baginda juga menyelar pemimpin di negaranya yang bersifat anti-Islam.


Berita lanjut dibawah ini...


AMSTERDAM: Ratu Belanda, Beatrix, menghentam pemimpin parti anti-Muslim negaranya, Geert Wilders, dengan menyifatkan kata-katanya sebagai ‘mengarut’ mengenai tindakan ketua diraja itu memakai tudung kepala ketika melakukan lawatan di sebuah masjid di sebuah negara Teluk.

Kenyataan beliau dianggap luar biasa kepada wartawan Belanda yang mengiringinya ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman, baru-baru ini.

Beatrix memberitahu wartawan, beliau memakai tudung kepala berkenaan ketika di UAE dan sekali lagi sewaktu mengunjungi Masjid Besar Sultan Qaboos, sebagai menghormati agama Islam.

Ratu Belanda berkenaan menjawab pertanyaan wartawan berhubung soalan yang dikemukakan di Parlimen yang dikemukakan oleh Wilders, pemimpin Parti Kebebasan (PVV) yang menuduh keputusan ketua diraja itu menutup kepala ketika mengunjungi masjid di Abu Dhabi, Ahad lalu, sebagai mengesahkan penindasan wanita.

Wartawan yang mengiringi ratu Belanda itu di Muscat pada Khamis lalu melaporkan Beatrix menarik nafas panjang sambil berkata beliau tidak terkejut dengan apa yang disuarakan oleh Wilders.

Puteri Maxima juga menolak tuduhan Wilders dengan menyatakan bahawa dua pertiga pelajar di Abu Dhabi adalah wanita, lapor media Belanda.

Media Eropah menyifatkan kata-kata yang diluahkan secara terus terang oleh Beatrix itu sebagai luar biasa kerana ia jarang disuarakan terhadap parti politik Belanda sendiri.

Wilders berpendirian menentang pemakaian tudung termasuk burqa bagi wanita. Malah, kerajaan Belanda sendiri sudah mengumumkan rancangan mengharamkan burqa.

Di Belanda, orang Islam meliputi satu juta daripada 16.7 juta penduduk negara berkenaan, kebanyakannya imigran dari Turki dan Maghribi.

Sementara itu, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte pula mempertahankan tindakan Beatrix.

“Apabila beliau mengunjungi rumah ibadat, sudah semetinya beliau menghormati adab berpakaian,” kata Rutte dalam jawapan bertulis kepada soalan Wilders di Parlimen.

kredit: Agensi berita


Salam Ukhuwah..~

LINDUNGI UR SELF & UR FAMILY



Khas untuk wanita dan lelaki...Diri kita serta keluarga kita wajib kita lindungi daripada gangguan syaitan dan Iblis laknatullah.

1. Tempat syaitan rehat is the lubang najis. Jangan duduk lama di situ. Dah habis ‘bisnes’ keluar la..

2. Ubah tabiat suka baca suratkhabar or majalah dalam jamban!

3. Also, do not sing in tandas! Jin can also attack thru mirror.

4. Oleh itu protect yourself by reciting the doa menghadap cermin.

5. Jangan bagi anak-anak keluar waktu maghrib. Jin dan syaitan banyak di taman-taman, halaman rumah, padang . So, always know where your kids are bila masuk waktu maghrib.

6. Kita suka buang sampah waktu maghrib. Time to change!

7. Seelok-eloknya ada tamar di rumah, especially tamar dari Mekah or Madinah. Jin dan syaitan tak suka tamar dari Mekah dan Madinah. Makan 7 biji tamar Ajwa atau tamar dari Madinah tiap pagi.

8. Tiap malam sebelum tidur dan tiap pagi baca 3 Qul, tiup ke tangan dan sapu seluruh tubuh. Boleh baca dan niatkan sebagai zikir bila datang haid.

9. Jika rasa diri terkena sihir, sebaik-baiknya usaha untuk mencari tempat sihir dan buangnya. Ayat khas untuk mencari tempat sihir - surah Al-Kauthar.

10. Muhasabah diri, bertaubat dan banyak beristighfar. Gangguan might be from your own doings.


Bagaimana Hendak Mencegah Sihir?

1. Bacalah 3x selepas solat subuh dan 3x selepas maghrib - read loudly, not in heart!

“Maasyaa Allahukaana wamaalam yasyaklam yakun Walaa haulawala quwata illabillahi ‘aliiyil ‘azhiim”

Maksudnya: Apa yang Tuhan kehendaki akan berlaku. Apa yang Tuhan tidak restui tidak akan berlaku. Tidak ada upaya melainkan kehendak Allah.

A. Bacalah secara lafaz, jangan baca di hati.
B. Agar jin/syaitan lari dari rumah kita. Imagine rumah yang tiada syaitan dan jin, tiada perasaan marah, takdelah asyik nak gaduh sesama ahli keluarga betul tak?

C. Sometimes when you have a bad fall, or when your kids suddenly fall, don’t just laugh it off. Cepat -cepat baca 3 Qul dan ayat di atas dan gosok badan. Jin tak akan masuk dalam badan.

2. Turut perintah Allah.

Antaranya: Mandi hadas besar as soon as haid kering. Do not wait after 1 day baru nak mandi hadas. Sometimes kita suka melengahkan mandi hadas ni. Same goes to junub. Kita dikelilingi syaitan! Don’t prepare breakfast dalam keadaan junub! Bahaya!

3. Lebihkan zikir.

A. Ayatul Kursi - mengiringi tiap waktu solat fardhu

B. Surah Al Baqarah - baca di rumah 1 hari, 3 hari syaitan tak masuk rumah. Baca sebagai wirid harian ayat 285 yang bermula dari “Aamanarasul. …”

C. Doa Rasulullah saw untuk tiap perbuatan seperti doa masuk tandas, keluar tandas, menghadap cermin, doa makan ect.

kredit: Ustazah Dato’ Dr Fatima Zahra


Salam Ukhuwah..~

Sihir Dab Tukang Sihir



Sihir ni perbuatan jin dan syaitan, dan juga daripada manusia yang mahu merosakkan orang lain sebab dengki, sakit hati, cemburu dan sebagainya. Manusia ni pegi kat tukang sihir or what we know as bomoh or pawang. Tukang sihir ni guna khidmat jin dan syaitan provided that tukang sihir ni buat sesuatu balik untuk jin atau syaitan ni. Contohnya, jin atau syaitan ni suruh tukang sihir ni kencing pada Al_Quran, baru dia mahu berkhidmat dengan tukang sihir ni.


Bagaimana kita nak tahu orang yang kita ‘minta tolong’ tu adalah tukang sihir?

1. Bomoh ni akan minta things like gambar, songkok, kain pelikat/kain batik, asam limau, telur, and also your birthdate.

2. Bomoh ni akan minta binatang ‘pelik’ like ayam hitam ke, kambing putih ke etc.

3. They read Quran in a funny way, very fast and unclear. Sebenarnya mereka mencampuradukkan/ menterbalikkan ayat-ayat Al-Quran dan masukkan nama jin/syaitan di antara ayat-ayat yang dibaca tu.

4. They are dirty, kuku kotor, pakaian bau busuk. Do not reflect as orang yang mengamalkan Islam. Akibat orang cari tukang sihir - telah kufur kepada Rasulullah. Sbb cara ini menunjukkan you be! lieve there are people who knows ghaib and that is HARAM! Even Rasulullah saw bersabda that cuma Allah saja yang tahu tentang ilmu ghaib, not even him yang ada ilmu tu.


Bagaimana kita tahu kena sihir?

1. Cannot sleep at night

2. Suka ketawa sendiri

3. Tak suka mandi

4. Suka makan banyak. Actually makan for two - sendiri + jin!!

5. Suka duduk dalam bilik air lama-lama.

6. Able to speak in different language secara tiba-tiba!

Ha ha ha... anda ada ker salah satu dari simpton kat atas tu? Kalau ada eloklah cuba berubah atau berubat. Cara nak berubah senang jer, yakni menghampiri Allah ta'ala.


Salam Ukhuwah..~

Minggu, 22 Januari 2012

Amalan Untuk Selamat Dari Seksaan Kubur.



Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)

2. Hasan (anak Fatima r.a)

3. Husin (anak Faimah r.a)

4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yg kami bawakan kepada kamu? Jenazah yg kami bawa ini adalah Siti Fatimah az- Zahra, anak Rasulullah S.A.W." Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yg berdarjat atau orang yg bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yg banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk- buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya

2. Hendaklah dia rajin bersedekah

3. Hendaklah dia rajin membaca al-Quran

4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.


Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :

1. Jangan berdusta.

2. Jangan mengkhianat.

3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini).

4. Jangan kencing sambil berdiri.

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari kencing." [Hadith Riwayat Muslim]

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yg bapanya sangat dekat dengan Allah S.W.T

Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yg telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini. Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yg dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal.

Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yg jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yg akan dikemukakan ke atas kamu oleh Malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yg tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yg akan menjawab ialah amalnya sendiri.

Sayangnya Allah Pada Perempuan



Siapa kata jadi perempuan tu SENANG

Nak kena tutup sana , tutup sini

Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang tak bising

Perempuan, stoking pon kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

Kompom tak tahan bertutup semua

Tapi, perempuan cool jer

Tengah panas pun boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan


Siapa kata jadi perempuan tu SENANG

Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

Nak pergi kelas pun susah

Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jer meraung sebab sakit

Cuba tengok budak lelaki , selamber jer

Kadang2 setahun sekali pun susah nak dapat sakit

Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dengan penyakit tiap2 bulan, survive jer

Tengah2 sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yang dia sakit

Hebat kan perempuan.


Siapa kata jadi perempuan tu SENANG

Hati ini Allah jadikan lembut betul

Cepat jer sensitif

Cuba tengok orang putus cinta

Selalu perempuan yang paling susah nak lupa

Lelaki lepas putus cinta cepat jer pasang baru

Cuba pergi tengok wayang cerita hindustan

Siapa yang paling teruk menangis

Perempuan kan ?lelaki boleh gelak2 lagi

Lembut tak lembut hati perempuan

Tapi dengan hati yang lembut itu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ini lah, ramai perempuan yang merajuk Dengan Allah.


Diorang cakap, Allah tak adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, tak susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yang bebel

Diorang pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pon'

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati

Kesian kan kat diorang

Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

Diorang cakap diorang buat macam tu sebab Allah tak adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah tak adil dengan perempuan

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya seorang perempuan

Betul, isteri kena ikut cakap suami

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

Tak adil lagikah Allah pada perempuan

Allah bukan setakat adil, tapi Allah itu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

Cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki itu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

Bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seseorang perempuan itu

MashaAllah, hebatnya perempuan kan

Kenapa perempuan hebat? Sebab kasih sayang Allah yang jadikan mereka hebat

Cuba dengar pula lagu2 yang berkumandang dekat radio

Banyak lagu pasal perempuan kan

Contohnya macam lagu OH FATIMAH, SUZANA, SUMAIYYAH,

Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang tak sayang Allah itu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:

'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita tak pernah dengar orang cakap:

'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan ? Hebat tak Allah jadikan perempuan tu

Masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ini

Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Tak adil lagikah Allah dekat perempuan

Oh perempuan, sedarlah

Betapa sayangnya Allah dekat anda

Betapa cintanya Allah dekat anda

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yang tak berasas dekat Allah

Allah jadikan perempuan itu sebagai hiasan dunia

Bayangkan, dunia yang besar ini, dunia yang cantik ini, anda jadi hiasan

Dan seindah2 hiasan itu adalah wanita solehah

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan

Sekadar perkongsian bersama

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yang sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah kerana dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi?

kredit: Siti Sahlah

Tsunami Besar Di Langit !



Tsunami Besar Di Langit !

Subhanallah,

Allahuakbar,

satu fenomena alam yang terjadi di langit pada 16/12/11 di Alabama, Amerika Syarikat menunjukkan seolah-olah ombak tsunami besar berlaku yang terbentuk di langit biru..

Penduduk di Alabama berasa kagum dengan fenomena yang terjadi lalu mengambil gambar dan menghantarnya ke stesen kaji cuaca. Pakar mengatakan fenomena hebat ini berlaku apabila satu lapisan bahagian atas (udara) bergerak lebih pantas berbanding lapisan bahagian bawah(air).

30/12/11 - seperti ombak besar -di Segamat,Johor,Malaysia

30/12/11 - Subhanallah..fenomena sama yang berlaku di Segamat, Johor. Gambar ini diambil di Labuan,Sabah oleh seorang hamba Allah.

Adakah ini suatu petanda? wallahu a’lam

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam''



‎"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." [Hadis riwayat Ibnu Majah]


Abdullah bin Abbas berkata:

"Kebaikan itu mendatangkan sinar pada wajah, cahaya di hati, kelapangan dalam rezeki, kekuatan badan dan perasaan cinta di hati."

"Sedangkan dosa itu mendatangkan kesuraman pada wajah, kegelapan di hati, kelemahan badan, kekurangan rezeki dan kebencian di hati manusia."

Pedoman Diri


Pedoman Diri:

Jarak antara matahari dengan bumi adalah lebih kurang 149,680,000 km. Sangat jauh, tapi itu pun kita dah boleh terasa bahang panasnya matahari. Di akhirat nanti jarak antara kita dan matahari hanya sejengkal. Bayangkan keadaan kita nanti, dapatkah kita tahan betapa panasnya matahari? Ini bukan borak kosong, ianya pasti akan terjadi pada kita semua suatu masa nanti. Masanya akan tiba, tapi telah bersediakah kita dengan amalan yang akan menyelamatkan kita dari kepanasan itu? Itu baru matahari, 1 dari 70 bahagian kepanasan api Neraka.

7 petanda kebahagiaan dunia



7 petanda kebahagiaan dunia

Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :

1. Qalbun syakirun atau hati yg selalu bersyukur

2. Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yg soleh

3. Al auladun abrar, iaitu anak yg soleh

4. Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yg kondusif untuk iman kita

5. Al malul halal, atau harta yg halal

6. Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama

7. Umur yang barakah – ertinya umur yg semakin tua semakin soleh, yg setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.

Balasan Meninggalkan Solat



Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?” Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.” Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.” Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?” Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.” Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.” Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :

 - Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.

- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya.

 http://www.solat.info/v1/

Sabtu, 21 Januari 2012

Beruntungkah Sentiasa Mengingati Mati



Beruntunglah mereka yg selalu mengingati mati dan sentiasa bersungguh-sungguh memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri, mencari keredhaan Allah S.W.T disamping mengumpul bekalan akhirat sebanyak yg mungkin..


- Bekunya Air mata Dari Kerasnya Hati..

- Kerasnya Hati Dari Banyaknya Dosa..

- Banyaknya Dosa Dari Lupanya Mati..

- Lupanya Mati Kerana Terlalu Cintakan Dunia...


Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kau ampunilah segala kesalahan Kami, kejahilan Kami, sikap Kami yg melampaui batas dalam urusan Kami, dan segala hal yg Engkau lebih mengetahui hal itu dari Kami. Ya Allah Ya Tuhan kami, Kau ampunilah dosa-dosa kami semua, kesalahan2 yg kami buat tatkala secara sedar atau tidak, saat diri sengaja melakukannya atau tidak. Kau berikanlah petunjuk dan jalan yg sebenar-benarnya kepada kami semua yg sedang leka dan asyik dengan hal keduniaan semat-mata. Turunkanlah Rahmat Mu kepada kami yg sedang leka dan jahil ini, dan jadikanlah kami antara golongan hamba-hamba Mu yg berjaya dalam mencapai cita-cita kehidupan di Dunia dan di Akhirat... Amin.. Amin.. Amin Ya Robbal'alamin..

Dasyatnya Hari Kiamat Dan Padang Mahsyar



Dasyatnya Hari Kiamat Dan Padang Mahsyar.

- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yg memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu Malaikat Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Allah S.W.T pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yg menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup,tidak mati.

- Selepas 40 tahun,Malaikat Israfil a.s. dihidupkan,seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2 ,lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih,berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yg rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yg berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yg berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa).Ketika itu,ibu akan lupakan anak,suami akan lupakan isteri,setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan,matahari dan bulan dihapuskan cahayanya,lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yg tebal pecah dengan bunyi yg dahsyat,lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yg besar dan suaranya yg menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yg berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar,bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan.Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad S.A.W bernama Al-Kausar yg mengandungi air yg hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yg menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi,warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yg mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yg terik kecuali 7 golongan yg mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

- Pemimpin yang adil.

- Orang muda yg taat kepada perintah Allah.

- Lelaki yg terikat hatinya dengan masjid.

- Dua orang yg bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yg diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

- Lelaki yg suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu dipadang mahsyar,semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yg beriman,kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi.

Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT.

Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s,Nabi Ibrahim a.s,Nabi Musa a.s,Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yg lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu,terdengar bunyi pukulan gendang yg kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yg dipikul oleh 8 Malaikat yg sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yg amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yg amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 Malaikat yg besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yg mempunyai seribu bilik yg menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yg menghijab cahayanya yg sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yg terletak di hadapan Arasy yg dipikul oleh 4 Malaikat yg sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang. Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yg terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yg zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yg pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW dan amalan yg pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yg pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan,lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar,mempunyai satu tiang yg mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yg bercahaya untuk menimbang pahala dan yg gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yg diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam,maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab mulut manusia akan dipateri,tangan akan berkata- kata,kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang,mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yg sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yg mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

*(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah S.W.T)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yg lain.

Setelah berjaya dihisab,manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yg terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yg dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yg melintasinya seperti kilat,seperti angin,menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yg tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri dikanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yg lalu.Setiap 1000 orang yg meniti sirat, hanya seorang sahaja yg Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al - Fathani.Pustaka Nasional Singapura 2004.

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yg akan dibawanya bersama :

- Sedekah/amal jariahnya.

- Doa anak²nya yg soleh.

- Ilmu yg bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Sumber Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.

Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud: "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat." [Hadith Riwayat Muslim]

*Jika anda rasa post ini bermanfaat sila share dgn rakan2 anda supaya mereka semua turut mendapat manfaatnya.

Jumat, 20 Januari 2012

3 Golongan yang menjerit-jerit didalam neraka





3 Golongan di bawah akan menjerit-jerit didalam neraka apabila mereka dibakar dengan api neraka oleh para malaikat kerana sifat Ujub atau berbangga dengan amalan-amalan kebajikan yang telah mereka kerjakan di dunia.


1- Lelaki yang membaca dan menghafaz Al-Quran yang ingin dipuji-puji atau disebut-sebut serta mengharapkan habuan munusia.

2- Lelaki yang banyak harta yang tidak mengharapkan bantuan manusia, sentiasa bersedekah, sentiasa menghubungkan Silatul Rahim dengan mengharapkan pujian manusia.

3- Lelaki yang terkorban di dalam perang fi Sabilillah dengan mengharap pujian manusia.

Rahsia Solat..



Rahsia Solat..

Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya.Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur.Baginda ambil ranting sebatang pohon yg daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya,seraya Baginda s.a.w bersabda,"Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH,dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini".

Solat ini ada banyak kebaikan dan rahsianya. Antaranya, Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.