Rabu, 31 Juli 2013

Pilihan Saya


Pilih pemimpin cinta islam dan yang beriman dengan akidah agama islam.

Bukannya pemimpin cinta islam tetapi tidak beriman...





Do’a Malam Lailatul Qadar



Do’a Malam Lailatul Qodar**

"Ya Allah, perbaikilah untukku agamaku yang merupakan penjaga urusanku, dan perbaikilah untukku duniaku yang di dalamnya adalah kehidupanku, dan perbaikilah untukku akhiratku yang kepadanya aku kembali, dan jadikanlah kehidupan (ini) menambah untukku dalam setiap kebaikan, dan kematian menghentikanku dari setiap kejahatan.

Ya Allah bebaskanlah aku dari (siksa) api Neraka, dan lapangkanlah untukku rizki yang halal, dan palingkanlah daripadaku kefasikan jin dan manusia, wahai Dzat Yang Hidup dan terus menerus mengurus (makhluk-Nya)"

Aamiin..

Petua mencari malam Lailatul Qadar



Petua oleh Imam Ghazali dan lain-
lain ulama untuk cari mencari malam
Lailatul Qadar

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
I) Ahad atau rabu malam qadar
dijangka berlaku pada malam 29
ramadhan
II) Isnin – malam qadar dijangka
berlaku pada malam 21 ramadhan
III) Selasa atau jumaat – malam
qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan
IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan              



Carilah Lailatulqadar



Carilah Lailatulqadar itu di 10 malam terakhir ramadhan.
Tidak perlu kompas untuk mencarinya.
Carilah dengan iman,amal dan taqwa.

Ramadhan ini,
tiada yang lebih di damba selain keampunan Allah SWT.

APAKAH ITU JIN?


APAKAH ITU JIN?

Jin adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah Jiniy
(dalam bahasa arab dahulu kala, dan Genie dalam bahasa Inggeris ) yang artinya “yang tersembunyi” atau “yang tertutup” atau “yang tak terlihat”.

Hal itulah yang memungkinkan kita mengaitkannya dengan sifat yang umum “alam tersembunyi”, sekalipun akidah Islam memaksudkannya dengan makhluk-makhluk berakal, berkehendak, sedar dan punya kewajipan, berjasad halus and hidup bersama-sama kita di bumi ini.

Dalam sebuah hadith dari Abu Tha’labah yang bermaksud :
Jin itu ada tiga jenis iaitu :
~Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara,
~Jenis ular dan jengking,
~ Jenis yang menetap dan berpindah-pindah.

AWAL PENCIPTAAN JIN
Allah S.W.T. menciptakan jin sebelum menciptakan manusia, dengan selisih waktu yang lama bila dikiaskan pada manusia mahupun jin sendiri.

Allah S.W.T. berfirman :
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering ( yang berasal ) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu dari api yang sangat panas.” [Surah Al-Hijr: 26-27]

BAGAIMANA JIN DAN SYAITAN HIDUP
Jin adalah makhluk yang sangat banyak sekali penduduknya, boleh dikatakan sama bilangan penduduk bumi sebanyak 5 bilion. Jarang ada suatu tempat di bumi ini yang tidak diduduki oleh jin, baik di daratan, lautan mahu pun udara.

Dunia mereka seperti dunia kita. Ada NEGARA, KERAJAAN, berbagai BANGSA & KABILAH, PENGUASA dan RAKYAT JELATA. Agama mereka pun tidak berbeza dengan AGAMA MANUSIA. Diantara mereka, alhamdulillah, ada yang MUSLIM dan memperoleh hidayah dari Allah S.W.T. Yang lain, beragama MASEHI, HINDU, BUDDAH, PENYEMBAH BERHALA dan penganut ajaran KOMUNIS.

TEMPAT TINGGAL JIN
Makhluk JIN lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yang sunyi dan sepi dari manusia seperti di padang pasir. Ada yang tinggal di tempat-tempat kotor seperti di tempat pembuangan sampah kerana mereka memakan makanan lebihan manusia. Ada juga mereka yang tinggal bersama manusia iaitu di dalam rumah.

Abu Bakar bin Ubaid meriwayatkan :
“Pada setiap rumah kaum muslimin ada JIN ISLAM yang tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka mereka turun dan makan bersama penghuni rumah.”

Jin juga menjadikan tandas sebagai tempat tinggalnya.
Rasullullah s.a.w. telah bersabda :
“Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas maka hendaklah ia mengucapkan doa”

DOA yang diajar oleh Rasul Allah itu berbunyi seperti ini :
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari jin lelaki dan perempuan” [HR. Abu Dawud]

Jin juga sangat suka tinggal di lubang-lubang. Oleh kerana itu didalam sebuah hadis dijelaskan yang maksudnya :
“Janganlah kamu kencing dilubang.” [HR. An-Nas’i]

Sekarang anda memiliki dua pilihan ,
1. Membiarkan sedikit pengetahuan ini hanya dibaca disini
2. Membagikan pengetahuan ini kesemua teman facebookmu , insyallah bermanfaat dan akan menjadi pahala bagimu

Saya Bukan Orang Baik



~ Saya BUKAN ORANG BAIK tapi saya mempunyai CITA-CITA untuk menjadi baik..bila saya tegur KESALAHAN orang lain bukan bermakna saya hendak tunjuk alim/baik cuma itu juga menjadi TELADAN BUAT DIRI SENDIRI supaya tidak berkelakuan begitu..hodoh dan HINA rupanya jika kita berkelakuan seperti TIADA AGAMA..

~ Saya BUKAN ORANG BAIK tapi saya mempunyai CITA-CITA untuk menjadi baik, marilah semua kita BERUBAH..KIAMAT SUDAH DEKAT,berubahlah semua sementara masih ada MASA dan PELUANG..

~ Saya BUKAN ORANG BAIK tapi saya mempunyai CITA-CITA untuk menjadi baik..InsyaAllah, saya akan terus MENDOAKAN kalian semua dan saya sendiri agar ditetapkan hati dan ISTIQAMAH dalam mencari cinta Ilahi..Amin..

~Saya PUJUK anda, saya SERU anda dan saya AJAK anda ke arah KEBENARAN dan KEBAIKAN kerana saya SAYANGKAN anda semua..♥♥

Duhai Sahabat



•••˙•:DUHAI SAHABAT..•˙♥●••˙**˙♥●••˙*••˙˙*
❝..JANGAN bermimpi mencipta KEBAHAGIAAN,
Jika TIDAK mampu memupuk SABAR melalui KEKECEWAAN..❞
❝..JANGAN terlalu mengharap akan KESEMPURNAAN,
Jika TIDAK mahu berusaha MEMPERBAIKI DIRI melalui KESALAHAN..❞
❝..JANGAN mendamba dan meminta BERLEBIH-LEBIHAN,
Jika TIDAK tahu untuk BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIH di atas PEMBERIAN..❞ .

Renungan Bersama



~✿>> DETIK ITU,
Bila dah dapat SESEORANG YANG BAIK AGAMA DAN AKHLAKNYA..
Mengapa perlu MENCARI yang lain?
Bila tiada, SIBUK MENCARI-CARI..
Bila dah dapat, tak pandai untuk MENGHARGAI DAN MENJAGA HATI..♥♥

#Renungan

Tuhan.. terimalah ibadahku yg tidak sempurna


Tuhan..
terimalah ibadahku yg tidak sempurna
ia serba kekurangan
dan banyak cacat celanya

tapi
apakah daya
ini yang mampu ku persembahkannya,
kepadaMu

telah ku cuba
sepenuh hati tapi masih tidak mampu sempurna
aku harap dgn rahmatMu
terima juga ibadahku

aku tetap tidak jemu
ku teruskan walau tidak meningkat
aku tetap istiqamah...

Utamakan Pandangan Allah


~✿>> Jangan MALU UNTUK BERUBAH..biarlah orang nak cakap kita "BAJET ALIM" ke, ustaz/ustazah ke..sekurang-kurangnya kita SEDAR DAN MULA INSAF, bahawa kita BANYAK DOSA daripada semakin lalai dan alpa..

UTAMAKAN PANDANGAN ALLAH daripada pandangan Manusia..
Moga hari ini LEBIH BAIK dari semalam..
Tabarakallah..♥♥

Kecantikan Ini Eksklusif Untuk Suami


~✿>> KAGUM dengan PEREMPUAN yang BERPAKAIAN BIASA dan MENUTUP AURAT, TIDAK BERMAKE UP TEBAL untuk menutup kecantikannya di khalayak ramai..bila ditanya kenapa, dia menjawab :
"KECANTIKAN saya ini eksklusif untuk SUAMI SAHAJA.."

BERUBAHLAH kerana Allah.



✿~ LELAKI : Awak..IZINKAN saya BERUBAH dulu, tiba masanya nanti saya akan kembali..
✿~ WANITA : Saya FAHAM awak, PERGILAH..mungkin ujiannya sampai sini saja, tapi JANJI dengan saya awak..JANGAN BERUBAH KERANA SAYA tetapi BERUBAHLAH KERANA ALLAH..

#BERUBAHLAH kerana Allah..♥♥

Yang tertutup itu LEBIH INDAH


~✿>> Moga dari kerana TUDUNG LABUH itu, hati awak TERJAGA..akhlak awak TERPELIHARA, akidah awak makin TEGUH PADANYA..saya TAHU Allah SAYANG awak, terima kasih Allah..

Yang tertutup itu LEBIH INDAH..
Dan kerana TERTUTUP itu, Allah akan sentiasa MELINDUNGI awak..♥♥

Baby


Awak,

Kenapa awak comel sangat?

Geram pula tengok baby macam ni..


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Tiada bayi yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan bersih dari dosa). Maka kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi."

(Hadis riwayat Bukhari)

BERUSAHA menjadi lebih baik


~* Kadangkala apabila kita DIPERTEMUKAN dengan seseorang yang kelihatan baik dan soleh/solehah..dan dalam masa yang sama kita CUBA MENGENALINYA dengan lebih dalam, tapi hakikatnya kita merasa dia tidaklah sesoleh/solehah pada pandangan..dan kita mula MENDUGA dengan pandangan negatif terhadapnya..

Ingatlah,
Insan yang kamu kenali itu cuma insan biasa,
Ada KEKURANGAN di sebalik kelebihannya..
Ada KELEMAHAN di sebalik keistimewaannya..
Hakikatnya dia cuba BERUSAHA menjadi lebih baik..
Tiada siapa yang tahu hatinya,
Saban hari, dia BERDOA agar mampu menjadi hamba yang TERBAIK buat Penciptanya.. <3

Belajar menjaga hati


~* Belajar menjaga hati sendiri sebelum menjaga hati orang lain, kerana orang lain tidak akan fikir apa yang kita faham dan orang lain tidak akan faham apa yang kita fikir..

Dia Yang Satu ... Allah..


~* Aku hanya perlu berdiri sekejap, usirkan diri.
Jauh, jauh dari segala masalah dan mata-mata manusia.
Lalu menangis sendiri, sendirian.
Biar Dia melihat,
Biar Dia memerhati,
bahawa hambaNya ini memang tidak kuat, seringkali rebah.

...

Bila kau bersendirian dan berfikir,
kau akan mengerti bahawa kau hanya punya Dia.
Kaki yang dilangkah,
walau sejauh mana bergerak,
ia tetap akan menuju Dia yang Satu.

:')

Nasihat Untuk Adam Dan Hawa



~* Lelaki,
Jangan mudah menyara perempuan sebelum kahwin,
jangan mudah bagi duit atau beli macam-macam pada perempuan yang belum jadi isteri.

Dan perempuan,
jangan buat muka tak malu minta duit dekat lelaki,
jangan gedik-gedik suruh lelaki belikan kamu barang ni, barang tu.

Cuba bergantung pada diri sendiri kalau inginkan sesuatu.
Jangan mudah nak minta ajnabi belikan macam-macam.

Nafkah belum wajib bagi sebelum kahwin.
Jadi, tak payah nak mengada or nak tunjuk baik sangat bagi nafkah zahir dan batin sebelum kahwin.

Seorang Yang Jahil


Aku lebih suka orang kenal aku sebagai seorang yang jahil,
daripada mereka sangka aku alim tapi hakikatnya aku jahil.

Aku tak perlukan penghargaan.
Cukup di hargai,
walaupun sedikit.

Kita hanya mampu merancang... Tapi Tuhan Yang Menentukan...



Belajarlah untuk kehilangan dia. andai dia bukan jodoh kamu.

Belajarlah untuk tabah. andai dia pergi dari hidup kamu.

Belajarlah untuk menerima hakikat.yang dia bukan milik kamu.

Belajarlah untuk berhenti mencintai dia. andai cinta dia bukan untuk kamu.

Kita hanya mampu merancang... Tapi Tuhan Yang Menentukan... Percaya & Yakini... Rancangan NYA Jauh Lebih Baik... Karena "DIA" Maha Tahu, Mana Yang Terbaik Untukmu...

BILA INI SUJUD TERAKHIRKU


BILA INI SUJUD TERAKHIRKU

Ya Allah..
Dalam sujud terakhirku
Kuteriakkan asma'Mu sekeras-kerasnya
Agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku
Biar tenggelam segala kejahilanku..

Ya Rabbi..
Dalam sujud terakhirku
Ku menangis sejadi-jadinya
Biar kering air mata ini
Namun basah ladang hati yang gersang..

Ya Rahman..
Dalam sujud terakhirku
Kulihat semua dosa yang membayangiku
Kelam mencengkam jiwa yang lusuh...

Ya Mujib..
Aku berlindung di atas nama-Mu dan kekuasaanMu..
Peliharalah diri dan hatiku
Agar ia mampu membesar dengan baik
Redhalah daku menjadi sayap kiri perjuangan..
Biarlah daku menyemarakkanya..
Kan ku teguh menatang serikandi ummah..

Ya Rahim..
Dalam sujud terakhirku
Biarkan daku patah dalam cahaya-Mu
Biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
Agar daku kembali ke dalam pelukan hidayah-Mu

Ya Allah..
Aku akui keagungan-Mu..
Namun hatiku sering leka..
Jahiliah seringkali bertakhta dijiwaku..
Aku mohon agar diberikan hati yang baru..
Hati yang sering terikat dengan-Mu..
Yang sentiasa rindu dan takut pada-Mu..

Ya Malik..
aku berharap diri ini belum terlewat..
Untuk aku kembali sujud dan bertaubat kepada-Mu..
Ampunkan segala dosa-dosaku
Di atas setiap keterlanjuranku
Janganlah Engkau panggil daku tika diri ini masih berlumuran noda..
Kasihanilah daku, Ya Allah
Bantulah daku dalam menempuh jalan rasul2Mu..
Dalam usaha mencari firdaus-Mu..

Ya Allah Hanya kepada-Mu lah terletaknya harapanku
Biarkanku hirup nafasku sekali lagi
Hanya untuk menyebut nama-Mu dan kekasih-Mu tercinta
Sesungguhnya aku adalah kepunyaan Allah
Dan kepada-Nya jualah aku pasti kembali....Amiin ya Rabbal 'alamin

•••• Bayangkan, hari ni kita ketawa bersama kawan-kawan kita,
esok kita tiada lagi.

Allahurabbi.

Benarlah kata Baginda s.a.w,
bila kita banyak mengingati mati,
kita akan menjadi seorang yang bijak.

:: Masuk je 1 Syawal .. Syaitan akan dilepaskan .. Maka berlarilah dia sekuat hati untuk melihat manusia yang dia telah sesatkan .. Jika manusia itu sama seperti waktu dia tinggalkan .. Maka ketawalah syatian dengan sekuat kuatnya .. Tapi jika manusia itu telah berubah kembali kepada Allah .. Maka dia akan menangis dengan sekuat kuatnya .. Beruntunglah mereka yang menyebabkan Syaitan menangis ..

Cuba renung diri kita ni .. Kita dalam golongan yg mcm mana ... ?

Orang Beriman Itu Bersaudara



Memang iman bukan diukur dari pakaian,
tapi orang beriman pasti akan menjaga apa yang dipakainya,
dan menjaga auratnya dengan sebaik-baik pakaian.

Kan? :)

Jika seseorang itu dikehendaki baik oleh Allah SWT



Jika seseorang itu dikehendaki baik oleh Allah SWT,
maka Allah akan lontarkan dia,
duduk bersama para alim ulama.

Allah. :')    

Kasih Rasulullah Kepada Umatnya


Kita bangun dari tidur,
apa yang mula-mula kita cari?

Handphone mana?
Kunci kereta mana?
Nak makan apa pagi ni?
Nak pergi mana hari ni?

Rasulullah bila mula-mula dibangkitkan di padang Mahsyar,
apa yang Baginda cari dulu?
"Aina ummati ya Jibril?" -
(Di mana umatku wahai Jibril?)

Cintanya Rasulullah pada kita.. :'(

Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran


Ya Allah di hari penghulu segala hari , dibulan
penghulu segala bulan tersaksilah hari Nuzul
Quran, hiaskanlah diri kami dengan keindahan
al-Quran. Muliakan diri kami dengan
kemuliaan al-Quran. Serikan kami dengan
ketinggian martabat al-Quran. Pakaikan kami
dengan pakaian permata al-Quran. Masukkan
kami ke dalam Syurga dengan syafaat al-
Quran. Selamatkan kami dari segala bencana
dunia dan azab hari akhirat dengan barakah
kehormatan al-Quran. Amin
*Banyakkan Berselawat pada hari
Jumaat..Allahumma Solli'alaa Saiyidinaa
Muhammad wa'alaa alihi wasohbihi
wasallam..
ALLAH MAHA KUASA ...

Selamat Menjalani Ibadah Puasa


Syaitan memang dah tak ada,
tapi didikan dari syaitan tu,
bagi kesan yang mendalam dekat hati.

Sampaikan bila syaitan dah takada pun,
still nak ikut 'acuan' dia.

Allah.

Aktiviti Di Bulan Ramadan


Puasa,
qiam,
solat awal waktu,
solat sunat rawatib (solat sebelum dan selepas solat fardhu),
baca Quran,
sedekah,
jaga aurat.

Buat ibadah,
jangan hanya di bulan Ramadhan,
eloklah jika dilakukan secara berterusan,
walaupun Ramadhan telah berlalu pergi.

bak kata ustaz Abdullah Sabu :
jadikan aktiviti di bulan ramadan sebagai ibadat,
bukannya sebagai adat semata2..          

Ramadhan bakal meninggalkan kita.


Ramadhan bakal meninggalkan kita.
Bersediakah kita untuk melepaskan Ramadhan pergi?

Sudah banyak kah amalan yang dilaksanakan?
Alhamdulillah.
Masih sedikit?
Ayuh tambah dan tambah.
Tiada langsung?
Insaflah wahai teman, usah bazirkan masamu lagi.

Cukuplah berseronok,
cukuplah berhibur.

Alangkah ruginya andai kita tergolong dalam golongan orang yang berpuasa,
tetapi hanya sekadar mendapat rasa lapar dan dahaga.

Allah.

Bangun untuk sahur.



Bangun untuk sahur.
Menikmati rezeki dari Allah.
Lepas sahur, terus tidur.

Subuh entah kemana.
Apa tu?
Puasa hanya syarat ke?

Wahai Adam


Wahai adam,
biarpun dia berniqab,
bertudung labuh kau kata lawa.

Ya, memang lawa.
Tapi tak wajar kau tenung dia lama-lama.
Adam, rendahkan lah pandangan.

Kalau dia(hawa) dah pandai menjaga aurat,
adam kau pun kena pandai menjaga pandangan.

Doa Hari Ketiga Ramadhan


Doa Hari Kedua Ramadhan


Doa Ramadhan Hari Pertama

     

BERPUASALAH dan DIRIKANLAH SOLAT.


BERPUASALAH dan DIRIKANLAH SOLAT.
*Semoga Jadi Yang Bertaqwa.

Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan yang tertentu waktunya kepada orang yang beriman.
(Al-Qur'an, Surah An-Nisa', 4:103)

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda, mafhumnya:
"Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga"
{H.R. Ibnu Majah}

Ramadhan Yang Barakah.



Assalamu'alaikum

1 Ramadhan 1434
Alhamdulillah,
Ramadhan Yang Barakah.

"Apabila tiba saja malam pertama bulan Ramadhan, dibelenggulah syaitan-syaitan dan jin-jin yang ganas (yang besar). Pintu-pintu neraka ditutup dan tiada satu pun yang terbuka. Pintu-pintu syurga pula dibuka dan tiada satu pun yang tertutup".
{Sunan At-Tirmizi, no 682, Ibnu Khuzaimah, no 1883}

SUBHANALLAH

*Ramadhan Yang Istimewa...

Selamat beribadah, Ramadhan Kareem!


Ramadhan ialah utusan Allah, dikirimkan kepada hamba-hambaNya untuk memberikan mereka ganjaran dan kebaikan. Sesiapa yang menerima dan melaluinya dengan baik akan bersih dari dosa dan mendapat kebaikan syurga manakala yang mengabaikannya akan rugi lagi sia-sia.

Rahsia Ramadhan terletak pada 3 perkara :

1. Mengawal diri
2. Ibadah
3. Ehsan dan rahmat terhadap manusia dan makhluk Allah

Mengawal diri dari perkara yang haram dan keji, melakukan ibadah dengan sebanyak-banyaknya dan bersikap ehsan dan rahmat terhadap makhluk Allah SWT melalui sedekah, zakat, ziarah dan ukhuwah.

[via: Ustaz Emran]

Senin, 01 Juli 2013