Kamis, 09 Februari 2012

Kebesaran Allah S.W.T yang menciptakan Semesta Bahagian 3




Cluster NGC 6397


Lihatlah Kebesaran Allah S.W.T yang menciptakan Alam Semesta..


Firman Allah S.W.T Maksudnya :“Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan – (mu) – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?”(Al-Mulk : 3-5)


“Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).”(Al-Mulk : 3-5)


“Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.”(Al-Mulk : 3-5)


“Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)? “(As Sajadah : 4)

Sedarkah bahawa satu ketika nanti sistem suria kita juga akan mengalami nasib yang sama. Sebagai umat Islam sememangnya kita telah diajar untuk beriman dengan mempercayai akan berlakunya hari kiamat.


Saintis barat kebelakangan ini telah membuat kajian dan menemui banyak fakta

serta kebenaran tentang alam ini termasuk proses pengakhirannya. Satu-satunya teleskop hubble yang di orbitkan di angkasa oleh saintis barat telah banyak merungkai misteri alam semesta. Dengan izin Allah imej-imej yang menakjubkan tentang misteri alam semesta dapat kita perhatikan walau tidak semua namun cukup membuat sesiapa yang melihatnya terpegun dan takjub dengan kebesaran Allah S.W.T


Firman Allah maksudnya:“Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak; “(Surah Ar Rahman ayat 37)


“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”(Surah Ar Rahman ayat 38)


Ayat diatas menerangkan tentang kedasyatan tentang hari kiamat yang akan berlaku yang mana seluruh alam semesta akan musnah samasekali. Imej ini seolah menggambarkan apa yang telah diterangkan di dalam ayat di atas. Wallahu’alam.


Apapun, ayat di atas merupakan firman Allah yang tiada keraguan sedikitpun. Sekiranya tiada bukti sekalipun sememangnya kita mempercayai dan mengimaninya dengan sepenuh hati. Namun kita patut berasa bersyukur dengan setiap ruang dan peluang yang kita perolehi lantas mengambil inisiatif untuk menginsafi dan mengambil iktibar dalam merancang hidup menghadapi hari pembalasan yang sudah pasti akan tiba.


Sebagai umat Islam, kita patut bersyukur di atas nikmat Islam yang telah didikurniakan pada kita. Sememangnya Allah menyuruh kita sentiasa memerhatikan kejadian alam dan sentiasa berfikir betapa hebatnya alam yang telah diciptakan lantas mengimaninya.


Walaupun kajian demi kajian yang dibuat oleh orang-orang barat adalah dari golongan yang bukan Islam namun tidak bermakna kita tidak perlu ambil tahu. Bukankah menuntut ilmu itu suatu yang sangat dituntut apatahlagi ilmu-ilmu yang bermanfaat. Perhatikanlah antara beribu imej yang berjaya dirakam oleh teleskop hubble & berfikirlah tentang kebesaran Allah S.W.T..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar