Kamis, 31 Mei 2012

Antara 9 SITI yang patut dicontohi



1) Siti Khadijah - Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah - Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti A'ishah - Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.


4) Siti Hajar - Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali). 5) Siti Mariam - Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah - Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah - Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8) Siti Muti'ah - Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah - Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

10 Wasiat Hassan Al-Banna



1. Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekalipun.

2. Bacalah Al-Quran, tatapilah buku-buku, pergilah mendengar perkara yang baik, amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring adalah resmi yang sia-sia dan boleh menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap umat Islam yang ditemui..asas gerakan dakwah kita ialah kasih sayang dan berkenal-kenalan.

10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada; oleh itu, tolonglah saudaramu agar mereka dapat menggunakan masa dengan berfaedah; dan jika anda mempunyai tugas sendiri; ringkaskanlah pelaksanaannya.


Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..

Keburukan Tidur Selepas Subuh & Asar


Sabda Nabi:
Maksudnya:berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.(riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)

Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya:
“Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?

Di dalam riwayat lain pula,sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah radiallah anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.’ (Diriwayatkan al-Baihaqi)

maka dengan sebab ini para fuqaha menetapkan hukum makruh tidur selepas subuh.

‘Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi org yg beraqal.’(dinukilkan oleh Imam as-Safarini)

Hukum Tidur Selepas Waktu Asar :

Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan:
Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah S.A.W ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.
Ibn Qaiyim menambah:

“Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar).”

Setengah ulama mengatakan:
“Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri.

KECANTIKAN WANITA



Untuk membentuk BIBIR yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan.


Untuk mendapatkan MATA yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.


Untuk mendapatkan bentuk BADAN yang langsing,bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan.


Untuk mendapatkan RAMBUT yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.


Untuk mendapatkan SIKAP tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.


Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali,dan diampuni.


Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.


Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.


Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya.


Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Karena di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.


Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.


Kecantikan wanita ada pada sikap lembutnya, yang terpancar dari keihlasan hati dalam merawat dan menjaga keluarga "Wanita yang cantik Adalah Wanita yang bisa menjaga harga dirinya"

Wasiat Nabi Untuk Wanita



Saidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda , “Hai Aisyah, aku berwasiat kepada engkau. Hendaklah engkau sentiasa mengingati wasiatku ini. Sesungguhnya engkau akan sentiasa di dalam kebajikan selama engkau mengingati wasiatku ini.”


Intisari wasiat Rasulullah s.a.w. tersebut dirumuskan seperti berikut. Hai Aisyah, peliharalah diri engkau. Ketahuilah bahawa sebahagaian besar daripada kaum engkau (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka. Antara sebab-sebabnya ialah kerana mereka itu:


Tidak dapat menahan sabar dalam menghadapi kesakitan (kesusahan). Apabila dibalakan, mereka tidak bersabar.


Tidak memuji Allah s.w.t. di atas kemurahan Nya (mensyukuri nikmat), atau dalam erti kata lain mengkufuri nikmat.


Membanyakkan kata-kata yang sia-sia. Wahai Aisyah, ketahuilah bahawa:


1.Wanita yang menidak-nidakkan kebajikan (kebaikan) yang diberikan oleh suaminya akan digugurkan oleh Allah Taala akan amalannya.


2.Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, maka pada hari kiamat, Allah menjadikan lidahnya 70 hasta dan dibelitkan di tengkuknya.


3.Isteri yang memandang jahat (menuduh atau menaruh sangkaan buruk terhadap suaminya), Allah akan menghapuskan muka dan tubuhya pada hari kiamat.


4.Isteri yang tidak memenuhi kemahuan suaminya (yang halal/harus) di tempat tidur atau menyusahkan urusan ini atau mengkhianati suaminya, akan dibangkitkan Allah pada hari kiamat dengan muka yang hitam, matanya kelabu, ubun-ubunnya terikat kepada dua kakinya di dalam neraka.


5.Wanita yang mengerjakan solat dan berdoa untuk dirinya tetapi tidak untuk suaminya, akan dipukul mukanya dengan solatnya.


6.Wanita yang dikenakan bala ke atasnya lalu dia menampar-nampar mukanya atau mencarik-carikkan pakaiannya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Luth dan tiada harapan mendapat kebajikan syafaat dari sesiapa pun.


7.Wanita yang berzina akan diderakan dia di hadapan segala makhluk di hadapan neraka pada hari kiamat dan tiap-tiap perbuatan zina dengan 80 cemeti daripada api.


8.Isteri yang mengandung itu adalah baginya pahala seperti berpuasa pada siang harinya dan mengerjakan qiamullail pada malamnya serta pahala berjuang fisabilillah.


9.Isteri yang bersalin, bagi tiap-tiap kesakitan yang dideritainya diganjari pahala memerdekakan seorang sahaya. Demikian juga pahalanya setiap kali menyusukan anaknya.


10.Wanita apabila bersuami dan bersabar daripada menyakiti suaminya, maka samalah dengan titik-titik darah dalam perjuangan fisabilillah. Dialah antara wanita-wanita yang qanitat (banyak beribadat kepada Allah s.w.t.)


Semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. InsyaAllah..

10 LALUAN YANG BAKAL DI LALUI OLEH MANUSIA DARI DUNIA



1) LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)

2) LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

3) LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

4) LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

5) LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

6) LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

7) LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

8) LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

9) LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.

10) LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya

Dua Nikmat



“Dua nikmat yang sering dilupakan manusia; nikmat sehat dan waktu luang.” (HR. Bukhari, Tirmidzi, Ibnu Majah, ad-Darimi, Ahmad, al-Hakim, Baihaqi, Ibnu Abi Syaibah, Thabrani).


Mari sejenak bersyukur terhadap apa pun yang Allah berikan kepada kita, seremeh temeh apa pun nikmat-Nya, menurut kedangkalah akal kita. Karena bisa jadi, nikmat yang melekat pada diri kita tanpa kita syukuri akan dicabut oleh Allah tanpa pernah kembali lagi. Pada saat itulah kita akan sadar diri. Ternyata, terlampau banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita, tanpa kenal henti, setiap hari, bahkan setiap mili detik yang kita lalui. “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya.” (QS. Ibrahim : 34). Dan jika kamu mengeja setiap nikmat-Nya, kamu tidak akan pernah bisa. Tidak akan pernah.

Pertukaran Siang dan Malam



Maksud firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran, Ayat 190-191

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmah Allah) bagi orang-orang yang berakal. (190) (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (191) —

20 Amalan Murah Rezeki


1. Menyempatkan diri beribadah

2. Memperbanyakkan istighfar

3. Tinggalkan perbuatan dosa

4. Sentiasa ingat Allah (SWT)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

7. Tunaikan hajat orang lain

8. Banyak berselawat

9. Buat kebajikan banyak-banyak

10. Berpagi-pagi

11. Menjalin silaturahim

12. Melazimi kekal berwuduk

13. Bersedekah

14. Melazimi solat malam

15. Melazimi solat Dhuha

16. Bersyukur kepada Allah (SWT)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

18. Berdoa

19. Berikhtiar sehabisnya

20. Bertawakal

DOA AGAR DIBERI JODOH TERBAIK



Ya Allah.Ya Tuhanku!

Jika pendampingku tlah Engkau

lahirkan

Dimana dia?

Gerakan hatinya tuk menujuku

Pertemukanlah kami dlm sebaik2

pertemuan tuk menuju Ridha-Mu

Karena Engkaulah yg berhak atas

hati hamba2-Mu

Dan Engkau jua yg kuasa

membolak balikannya




Rabb,bila dia jauh,mohon

dekatkanlah

Eratkan hati kami dlm ikatan

karna-Mu

tautkan hatiku dg hatinya

yg sama2

mengharap&mendamba sebuah

keinginan menuju ridha-Mu




Ya Allah,

yg Maha Pecinta

Pemilik cinta sejati

Jikalau cintaku kau ciptakan untuk

dia

Tabahkan hatinya

Teguhkan imannya

Tegarkan penantiannya




Ya Rabb...

Sang Pemilik Hati

Jikalau hatiku KAU ciptakan untuk

dia

Penuhi hatinya dg Kasih-Mu

Terangi langkahnya dg Cahaya-Mu

Limpahkan kelapangan

dikalbunya dg kesabaran

Temani dia dlm kesepian




Ya Rabbi,

Tiada tempat kubersandar

Selain padaMu

kutitipkan cintaku padaMu

untuknya

Kutitipkan sayangku padaMu

untuknya

Kutitipkan rinduku padaMu

untuknya

Mekarkan cintaku bersama

cintanya

Satukan hidupku&hidupnya dlm

CintaMu




Rabb....

Ku yakin bila saatnya sudah

menghampiri

Pasti kebahagiaan itu aku dapati

Mohon beri aku kekuatan dan

kesabaran dlm penantianku




Ya ALLAH

kirimkan dia yg dpt membawa

kebaikan

Baik bagi duniaku,akhiratku dan

agamaku

Agar kami sama2 berjamaah tuk

tetap Menuju-Mu

bimbinglah hati kami

Kuatkan hati kami

Penuhilah dg Rahmat&kasih

sayangMu

( Aamiin...)

subhanallah walhamdulillah —

Segala kebahagiaan



Dalam sebuah hadith Nabi saw bersabda,

"Sesiapa yang mendapat empat perkara, nescaya dia akan memperolehi segala kebaikan di dunia dan akhirat. Pertama, lidah yang sentiasa sibuk dengan berzikir. Kedua, hati yang sentiasa sibuk dengan bersyukur. Ketiga, anggota tubuh yang sentiasa sabar menahan segala penderitaan. Keempat, isteri yang tidak mengkhianati maruah dirinya dan harta benda suaminya."

Anak Soleh vs Anak Tidak Soleh di akhirat nanti



Di akhirat nanti, seorang lelaki yang alim ingin masuk ke syurga dengan izin Allah swt.
Lagi selangkah sahaja kakinya akan memasuki syurga, tiba-tiba kedengaran satu suara berteriak daripada belakangnya..

"Ya Allah,dia bapaku.Dia tidak pernah mengajak aku utk bersolat. Dia tidak pernah didik aku untuk mentaati perintahMu. Di dunia dulu, bila dia nampak aku buat maksiat, dia biarkan sahaja..Sedikit teguran pun tidak pernah diberikan. Jika hari ini adalah hari pengadilan, mana mungkin dia masuk ke dalam syurga. Sedangkan kerana dialah aku dicampakkan ke dalam neraka."
Maka bapa tadi pun akan dicampak ke dalam neraka.

Di tempat yang lain pula,
seorang anak soleh yg hafiz sedang melangkah kaki masuk ke syurga,
Tiba-tiba,dia ternampak ibubapanya mahu dicampakkan ke dalam api neraka.
Dia pun memohon,
"Ya Allah,hari ini Kau izinkan aku utk masuk ke syurga.Tetapi,aku tidak akan masuk ke dalamnya tanpa membawa kedua-dua ibubapaku. Kasihanilah mereka. Kerana didikan merekalah aku dapat masuk ke syurga pada hari ini. Ya Allah, aku merayu padamu, masukkanlah mereka ke dalam syurga"
Maka ,Allah swt pun menarik kedua ibubapanya daripada neraka, dan anak soleh tadi dapat masuk ke syurga bersama kedua ibubapanya :)

Kesimpulan:

Anak yang tidak soleh akan menarik bapanya memasuki neraka.
Sementara anak yang soleh akan menarik ibubapanya masuk ke syurga.

Semoga Allah swt mengurniakan kita anak-anak yang soleh di dunia & di akhirat..Aamiin


Siapakah muslimah?

Wanita yang mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW

Wanita yang cukup ilmu dan Rendah diri

wanita yang menutup aurat dengan rapi

wanita yang pandai mengambil hati orang sekeliling

Wanita yang menjadi penyejuk hati

Wanita yang tidak mudah tunduk kepada nafsu yang merosakkannya

Wanita yang berakhlak mulia serta tulus hatinya

Wanita yang tutur katanya penuh berhikmah

Wanita yang sentiasa menjaga kehormatan diri

Wanita yang solat lima waktu dan berpuasa

Wanita yang tidak suka dipandang dan sentiasa menjaga pandangan

Wanita yang mentaati suaminya

Wanita yang rajin mengaji

Wanita yang matlamat hidup dan matinya hanya kerana Allah swt..

“Carilah kesempurnaan dan kamu hanya akan menemui kehampaan, kerana tiada manusia biasa yang dilahirkan tanpa kekurangan dan kelemahan. Saat kau memilih seseorang kerana kelebihannya bermakna kelemahannya masih terlindung dan tika kau menemui itu nescaya kau akan dirundung kecewa. Tetapi, jika kau tahu kelemahannya dan dapat menerima dengan lapang, di saat kau nampak kelebihannya kau akan menjadi seperti dikalung kebahagiaan memiliki dia sebagai teman.. “

Jangan LAH Kamu... Saling Dengki & IRI HATI.




Jangan LAH Kamu... Saling Dengki & IRI HATI.....
dan jangan pula Mengungkit Keburukan Orang Lain....

Jangan Saling Membenci & Jangan Saling Bermusuhan serta Jangan Saling Menawar Lebih Tinggi atas Penawaran Yang Lain...

Jadilah " HAMBA HAMBA ALLAH " yang bersaudara.

Seorang Muslim adalah SAUDARA MUSLIM Lainnya dengan tidak menzhalimi nya..., tidak Mengecewakannya...., tidak Membohongi nya dan tidak Merendahkan nya.

Letak " T A Q W A " ada di sini ( Nabi Muhammad Sallallah Alai Wassalam Menunjuk ke DADA beliau sampai di Ulang Tiga Kali )...

Seorang Patut Di Nilai BURUK.. bila Merendahkan saudaranya yang muslim.

Seorang muslim haram menumpahkan darah, merampas harta, dan menodai kehormatan muslim lainnya. ( HR. Muslim )

JODOH MU ADALAH CERMINAN DIRIMU







☆。"★。


☆★。 .. Jika ingin mendapatkan yang baik..

☆。"★。
☆★。 .. Jadikan dirimu Baik pula..

☆。"★。
☆★。 .. Jika Ingin mendapatkan yang Shalih..

☆。"★。
☆★。 .. Jadikan dirimu Shalihah..

☆。"★。
☆★。 .. Jika ingin mendapatkan imam yg baik..

☆。"★。
☆★。 .. Jadilah makmum yang baik pula..

☆。"★。
☆★。 .. Jangan terlalu sibuk menuntut..

☆。"★。
☆★。 .. Tapi jadilah apa yang kau tuntut..

☆。"★。
☆★。 .. Jodohmu adalah cerminan dirimu ✿‿✿

Khasiat Bunga Untuk Kesihatan


.::Khasiat Bunga Untuk Kesihatan::.

Bunga merupakan sebagian dari tanaman. Selain cantik, bunga juga kaya akan hormon tanaman. Karena adanya berbagai senyawa, bunga digunakan di seluruh dunia dalam pengubatan populer dan tradisional.

Kekuatan bunga dapat digunakan sebagai sebagai infus atau penambah cairan (biasanya teh bunga atau buah). Bunga juga dapat digunakan sebagai tapal untuk masalah kulit dan sebagai aroma terapi untuk berbagai penyakit.

Bunga juga berperanan sebagai moderator suasana hati yang sihat dan alami karena bunga berdampak langsung pada kebahagiaan, memiliki efek positif jangka panjang pada suasana hati dan membuat hubungan semakin intim. Dilansir dari Lifemojo, selain manfaat emosional, bunga juga dapat memiliki pengaruh yang jauh lebih nyata pada tubuh manusia, antara lain:

1. Mawar

Rose atau mawar merupakan bunga yang sangat populer sebagai ubat alami. Mawar sering digunakan dalam bentuk minuman untuk menyembuhkan hati dan usus, terutama dalam hal buang air besar, kandung empedu dan hati. Hal ini seharusnya sangat baik dalam masalah empedu. Aroma satu buket bunga mawar juga dapat meningkatkan suasana hati.

2. Marigold

Kelopak bunga Marigold digunakan untuk membuat ubat cuci mata yang sangat baik. Marigold juga digunakan dalam pengobatan homeopati dan konvensional sebagai salep untuk penyembuhan luka. Marigold memiliki antiseptik, stimulan dan sifat anti-jamur.

3. Dandelion

Cairan dandelion dapat membantu mengubati anemia, penyakit kuning dan gugup. Ini juga dapat memurnikan darah. Dandelion pun dipercaya biasa berkontribusi banyak untuk masalah diet serta asupan gizi karena mengandung vitamin A dan kalium, bahkan dikatakan dandelion lebih bergizi dari brokoli atau bayam.

4. Krisan

Minuman yang terbuat dari bunga krisan dapat membantu mengubati flu, demam, sakit kepala dan hipertensi. Jus krisan yang dioleskan ke atas kelopak mata juga dapat mengubati pembengkakan dan kemerahan mata yang terjadi karena polusi.

5. Bunga matahari

Cairan bunga matahari dapat mengurangi nyeri haid dan bisul. Berkumur dengan cairan bunga matahari juga dipercaya dapat mengurangi sakit tenggorokan dan tonsilit. Dikutip dari Healthmad, bagian lain dari tanaman bunga matahari yang juga bermanfaat adalah daunnya. Bagian ini mampu meredakan asma dan batuk rejan karena bronkitis, bahkan bisa menyembuhkan luka dan infeksi.

6. Bunga Sedap Malam

Bunga sedap malam dikenal bisa memperbaiki ketenangan pikiran seseorang. Bunga ini bisa membuka chakra mahkota, sehingga memperbaiki kekuatan fisik seseorang. Sedap malam juga memperkuat inspirasi artistik dalam diri seseorang karena kemampuannya menstimulasi sisi kanan otak yang mengurusi bagian kreativitas. Dari stimulasi di otak kanan itu sedap malam memberi ketenangan di pikiran dan hati.

Gambaran Saiz Baju Nabi Adaam as



Sabda Rasullulah SAW:

“Allah menciptakan adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini“

(HR.Bukhari), hadis ini juga terdapat dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad.


Berdasarkan hadis di atas, maka benarlah ketinggian Nabi Adam a.s adalah 60 hasta. 1 hasta = 45.72 cm. Jadi, tinggi Nabi Adam adalah kira-kira 27.432 meter. Hampir mencapai 30 meter. wallahu’alam.


Cuba lihat replika baju Nabi Adam a.s di dalam gambar. Ia dibuat di Jeddah, Arab Saudi dan memakan masa selama 18 hari untuk menjahitnya. Panjang 29 meter dan lebar 9 meter.


Para saintis Amerika Syarikat membuat kajian terhadap bangsa mereka sendiri yang dulunya didakwa sebagai bangsa yang mempunyai purata ketinggian yang paling besar dalam kalangan bangsa lain di dunia.


Namun , daripada kajian yang dilakukan itu, bangsa Amerika Syarikat didapati semakin merosot purata ketinggian mereka. Salah satu puncanya adalah kerana memakan makanan (yang diawet).

Ingatlah Wahai Lelaki



INGATLAH WAHAI LELAKI

Wahai lelaki,
Wanita punya hati bukan untuk kau lukai
Mereka menagih cinta suci minta dikasihi

Wahai lelaki,
Wanita punya keindahan bukan sekadar perhiasan
Mereka amaran dalam tingkahmu membelai iman

Wahai lelaki,
Wanita punya emosi bukan untuk dimanjakan
Mereka membawa maruah untuk kau pertahankan

Wahai lelaki,
Wanita punya jasad bukan pelempias nafsumu
Mereka aset mulia demi menjaga nasabmu

Wahai lelaki,
Wanita punya tingkah bukan untuk kau takuti
Mereka dilengkapi jiwa selayaknya kau hormati

Wahai lelaki,
Wanita punya hidup bukan untuk disia-sia
Mereka itu lapangan permai bagimu menabur jasa

Wahai lelaki,
Jika engkau penyambung warisan junjungan Baginda, pimpinlah wanitamu dijalan hasanah mengharap redhaNya.

HAWA wanita



pepatah mengatakan WANITA itu ibarat sebuah kerang yang bertaburan di lautan... Dan tertutup oleh cangkangnya .,

namun saat kerang itu dapat .. Bukalah cangkangnya dan kou akan menemukan sebuah mutiara yang amat sangat indah dan berkilauwan

tahukah wahai sahabatku .. Siapakah pemilik mutiara yang cantik itu!., pemiliknya adalah sang . SUAMI .


Maka perihalalah wahai sahabtq


betapa indah dan tertutup itu.

Empat (4) Mazhab Muktabar (Besar)



Empat (4) Mazhab Muktabar (Besar)

Boleh dikatakan majoriti atau 90 peratus umat Islam di dunia ini bertaklid (mengikuti) 4 mazhab yang muktabar (besar) ini. Ikutlah pandangan 4 mazhab ini. Empat (4) mazhab yang besar (Hanafi, Maliki, Syafie, Hambali) semuanya berpegang pada sunnahnya. Matlamat mereka adlah satu iaitu membawa manusia balik ke akhirat dengan selamat.


Sabda Nabi “Sesiapa yang tidak berpegang pada sabdaanku mereka akan sesat“.


Mazhab-mazhab juga mengikut jalan yang sahabat pakai, misalnya Imam Syafie banyak mengambil pendapat Abdullah bin Abbas r.a.. Mazhab Hanafi banyak memilih pendapat Abdullah Ibnu Mas’ud r.a. dan Sayyidina Ali krmwjh. Mazhab Maliki pula banyak memilih pendapat Sayyidina Umar r.a.


Rasulullah s.a.w. bersabda “Sahabat-sahabatku adalah laksana bintang-bintang di langit, siapa dari mereka yang kamu ikut nescaya kamu dapat petunjuk”.

Kelebihan surah Al-Ikhlas


Dari Abu Hurairah, Nabi SAW pernah bersabda "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas, seolah-olah ia membaca sepertiga Al-Quran"

Dalam kitab Sa'adatul Darain, Rasulullah SAW bersabda " Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas ketika memasuki rumah, maka hilanglah kefakiran penghuni rumah dan tetangganya" (HR At-Tabrani dan Ibnu Mas'ud).

Imam Hambali rahimahullah berkata, barangsiapa yang melalui kawasan perkuburan dan menghadiahkan 11 kali surah Al-Ikhlas kepada penghuni kubur itu, maka ia akan dapat pahala sebanyak mana mayat yang ditanam disitu.

Ibu Bapa & Anak




IBU BAPA akan dipakaikan MAHKOTA yang bercahaya yang lebih cantik daripada cahaya MATAHARI jika:

(1) ANAK²nya rajin memBACA AL-QURAN dan
(2) ibu bapa MENYURUH ANAK²nya memBACA AL-QURAN

:: Ust. Don ::

3 Golongan Yang Lebih Awal Ke Neraka



Pada hari kiamat nanti, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah orang alim , orang kaya dan orang yang berperang di jalan ALLAH S.W.T.

ALLAH S.W.T bertanya kepada orang alim itu,”Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?” Orang itu menjawab. “Benar,wahai Tuhan.” ALLAH SWT kembali bertanya. ”Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?” Orang tersebut menjawab, ”Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari” Malaikat berkata kepadanya, “engkau berdusta”. ALLAH SWT berfirman “engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim”.

Kemudian dipanggil orang kaya. ALLAH SWT berfirman, ”Engkau telah AKU beri rezeki sehingga berkeadaan cukup”. Orang itu menjawab, ”Benar wahai tuhan”. ALLAH SWT kemudian bertanya, ”Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?”, dia menjawab, ”Dengannya aku bersillaturrahir03;m dan juga bersedekah.” ALLAH SWT berfirman kepadanya, “Engkau dusta”. Malaikat juga berkata begitu. ALLAH berfirman, ”Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.” Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan ALLAH SWT. Maka ALLAH SWT berfirman, ”Apa yang menyebabkanmu terbunuh?” Dia menjawab, ”Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-MU, maka aku berperang sehingga terbunuh.” Maka ALLAH SWT berfirman kepadanya ,”Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu.” ALLAH SWT berfirman, ”Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani”.

“Kemudian RASULULLAH S.A.W menepuk lututku sambil bersabda, ”Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.”

Wallahu A’lam..

Senin, 28 Mei 2012

TENTERA YAHUDI MEMPERKOSA WANITA ISLAM!



Gambar menunjukkan salah seorang daripada wanita-wanita Iraq yang menjadi mangsa tentera Amerika.


Pada hari Sabtu sekitar jam 12:25 tengahari, pejuang mujahiddin telah melancarkan serangan ke atas penjara Abu Gharaib di selatan Baghdad. Serangan tersebut bagi menyahut seruan yang dibuat melalui seucuk surat yang dikirimkan oleh seorang tahanan wanita yang bernama Fatima yang merayu agar pejuang mujahidin mengambil tindakan.


Surat Fatima, sepucuk surat yang ditulis tangan, baru-baru ini telah diseludup keluar dari Abu Gharaib. Fatima adalah adik kepada salah seorang pejuang mujahiddin di kawasan berkenaan. Tentera pengganas AS telah menyerbu rumahnya beberapa ketika dulu tetapi gagal menemuinya, oleh itu mereka telah menawan adik perempuannya bertujuan untuk memaksa beliau menyerah diri. Berikut adalah salinan surat Fatima yang disiarkan oleh Mafkarat al-Islam.


---------------------------------------------------------------------------------------

Surat Fatima


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. [Quran, Surat 112 al-Ikhlas].


Saya memilih surah yang suci ini daripada kitabullah kerana ia memberi satu kesan yang besar keatas saya dan ke atas kamu semua dan ia membawa kesan yang besar dan kesedaran di dalam hati orang-orang yang beriman.


Saudaraku para mujahiddin yang berjuang pada jalan Allah SWT! Apa yang dapat saya katakan kepada kamu semua? Ingin saya nyatakan kepada kamu: Perut kami telah dipenuhi oleh anak-anak haram yang dilakukan oleh para haiwan dan babi yang telah memperkosakan kami. Atau saya boleh katakan kepada kamu bahawa mereka telah menelanjangkan kami, meludah ke muka kami dan mengoyak ayat al-Quran yang tergantung pada leher kami? Allahu Akbar! Dapatkah kamu memahami keadaan kami? Adakah benar kamu tidak tahu menahu apa yang telah berlaku kepada kami? Kami adalah adik-adik kamu. Allah SWT pasti akan menyoal kamu mengenainya kelak.


Demi Allah, tidak pernah kami melalui satu malam semenjak kami berada di penjara ini tanpa dilompat oleh para haiwan dan babi tersebut untuk mengoyakkan tubuh kami dengan rakusnya. Dan kami telah berusaha sedaya upaya untuk melindungi perawan kami demi kerana takutkan Allah SWT.


Takutlah kamu kepada Allah! Bunuhlah kami semua berserta dengan mereka! Hancurkanlah kami bersama-sama dengan mereka! Jangan tinggalkan kami di sini untuk dijadikan sebagai bahan melepas nafsu ganas mereka dengan memperkosa kami! Ia merupakan satu tindakan yang boleh menggoncang arasy Allah SWT. Takutlah kepada Allah berhubung dengan kami! Tinggalkanlah kereta kebal dan pesawat mereka di luar sana . Datanglah kepada kami di sini di penjara Abu Gharaib. Saya adalah adik-adik kamu pada jalan Allah (Fatimah). Mereka telah

memperkosakan kami lebih dari sembilan kali dalam satu malam. Bolehkah kamu memahaminya? Bayangkanlah salah seorang daripada adik-adikmu,kakakmu,atau ibumu diperkosakan.!!


Kenapa kamu semua tidak boleh membayangkannya, sedangkan saya adalah adikmu. Bersama-sama saya terdapat 13 orang gadis yang lain, kesemua mereka belum berkahwin. Kesemua mereka telah diperkosakan dihadapan mata dan telinga setiap orang. Mereka tidak membenarkan kami menunaikan solat. Mereka membuang pakaian kami dan tidak membenarkan kami memakainya. Semasa saya menulis surat ini, salah seorang daripada gadis tersebut telah membunuh diri. Beliau telah diperkosa secara rakus dan zalim. Seorang tentera telah memukul dada dan pinggangnya setelah beliau memperkosakannya. Beliau telah dijadikan mangsa penderaan dan penyiksaan. Beliau telah menghantuk kepalanya ke dinding sehingga beliau mati, kerana beliau tidak dapat menahannya lagi, walaupun membunuh diri adalah haram menurut Islam. Tetapi saya memaafkan gadis tersebut. Saya juga berharap agar Allah SWT mengampun segala dosanya, kerana Dia adalah Maha Pengampun! Saudaraku! sekali lagi ingin saya katakan, takutlah kepada Allah! Bunuhlah kami bersama-sama dengan mereka agar kami dapat menikmati keamanan. Tolonglah! Tolonglah! Tolonglah! [Wa mu'atasima!]

-------------------------------------------------------------------------------------

Sebaik sahaja selepas itu, lebih kurang seramai 100 pejuang mujahiddin melancarkan serangan besar-besaran ke atas penjara Abu Gharaib, memaksa tentera kafir AS berselindung di dalam berek mereka dalam kawasan penjara. Pejuang mujahiddin telah melancarkan mortar 82mm dan 120mm ke arah tentera kafir Amerika. Orang ramai berkumpul secara beramai-ramai di luar penjara, bimbang jika mortar tersebut mengenai para tawanan yang berada di dalam penjara tetapi mereka telah diberi jaminan oleh pejuang mujahidin yang berkata bahawa mereka tahu kedudukan penjara tersebut.


Wartawan Mafkarat al-Islam di Baghdad melaporkan bahawa pejuang mujahiddin telah berjaya memusnahkan sebahagian besar dinding penjara, menyebabkan lubang sebesar empat meter di dalam dan di luar pagar yang mengelilingi penjara tersebut. Nasib Fatima dan lain-lain gadis bersamanya masih belum dapat diketahui. Pada nota terakhir, seorang individu telah menjawab surat Fatima semalam dalam laman web Ansar dengan menulis: Maaflah adikku, kami bukanlah lelaki yang sebenar. Hanya lelaki yang sebenar sahaja boleh menjawab tangisan kamu memohon pertolongan. Kami tidak

mempunyai bekalan yang cukup beberapa hari ini. Maaf sekali lagi, wahai adikku." Komen seperti inilah yang menunjukkan betapa kurangnya maruah dan tanggungjawab umat Islam pada hari ini.


Kami di LADANG WEB telah beberapa kali mendedahkan perbuatan perkosaan ke atas gadis Islam oleh tentera Salib Amerika (yang masih dianggap wira oleh kebanyakan umat Islam di dunia ini) semenjak mereka memijakkan kaki mereka ke bumi Iraq , tetapi tidak dipedulikan.




Kami merasa amat kecewa dan gagal menerima surat seperti yang dituliskan oleh Fatima sebelum ini, kerana kami tahu lebih ramai lagi Fatima yang telah diperkosa di penjara di Iraq dan Afghanistan dan ramai lagi adik-adik perempuan atau anak-anak perempuan kita yang diperkosa dengan zalim dan mereka tidak dapat melawannya.


Apakah yang perlu kita lakukan untuk menjadikan suara-suara mereka dapat didengar dan di manakah wira-wira Islam untuk mempertahankan maruah mereka?!!


Sebelum ini, pada satu ketika dulu, keagungan dan dan maruah telah diintegrasikan ke dalam kehidupan umat Islam sebagai sebahagian dari sistem Islam yang sempurna dan syumul. Sebagai contoh,


seorang lelaki telah mengikat hujung pakaian seorang wanita Islam kepada kerusi semasa beliau sedang membeli belah dan apabila beliau bangun, sebahagian daripada kemaluannya telah terdedah. Beliau menjerit, "Wa Mu'atasima", dan seruannya telah sampai kepada pengetahuan khalifah. Khalifah telah menulis surat kepada ketua gereja dengan berkata: "Kepada anjing Rome , saya akan datang kepada kamu dengan tentera-tentera kami di mana barisan hadapannya berada di pintu pintu kami dan barisan belakangnya berada di sini."

Inilah merupakan maruah dan keagungan yang bertindak ke atas sesuatu tindakan yang tidak sampai kepada tahap perkosaan. Mereka telah menghantar satu bala tentera dan bukannya 100 pejuang. Hari-hari tersebut merupakan hari di mana seorang muslim sejati dapat dicari. Nilailah diri anda dan dimanakah kedudukan iman anda. Bolehkah maksiat ditutup dengan bayaran dan kontrak? Adakah kita takut mengkritik Amerika kerana bimbang kita akan kehilangan peluang perniagaan? Bagaimana pula keadaan kita di Malaysia ini?


BANGKIT MUJAHIDIN! BANGKIT BERJIHAD!!!


Bukti serangan Mujahideen terhadap tentera Amerika di penjara Abu Ghraib - Peristiwa "Battle of Abu Ghraib"

ZIKIR UNTUK MELEMBUTKAN HATI SUAMI.PARA ISTERI BACA NI!



Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut hati

1. Ya Aziz
2. Ya Jabbar
3. Ya Mutakabbir

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.

4. Amalkan doa ini: "Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"

TIPS AGAR REZEKI SEMAKIN BERTAMBAH DAN BERKAT




Berdoalah. Memohon pada Allah s.w.t. agar dimurahkan rezeki kita dan jauhkan dari kesulitan hidup.
1. Setiap hari Jumaat (mulai maghrib hari Khamis sampai maghrib Jumaat)
2. Waktu hujan mula turun. (Jangan mengeluh, angkat tangan terus berdoa)
3. Setiap malam (1/3 malam. Maksudnya di antara jam 3-5 pagi solat tahjud, hajat, dan
taubat)
4. Sebelum subuh (Sebelum azan, pastikan sudah bersedia ada atas tikar solat. Istighfar dahulu)
5. Sebelum Maghrib (sama seperti subuh)
6. Dalam bulan puasa sebelum berbuka puasa .
7. Waktu sakit (jangan mengeluh. Masa inilah doa dimakbulkan sebab kifarah-kifarah dosa kita.

InsyaAllah setiap doa itu ALLAH s.w.t. akan makbulkan. Cuma jangan putus asa.

Mendekatkan diri padaNya




Sahabat yang disayangi :

~ Cubalah ambil masa untuk DEKAT dengan Allah..

~ Cubalah ambil masa untuk SIBUKKAN diri dengan Allah..

~ Cubalah ambil masa untuk mencintai Allah dengan sepenuhnya..

~ Cubalah ambil masa untuk merenung DOSA-DOSA yang belum diampunkanNya..

~ Cubalah ambil masa DEMI DIA..


Kerana amat KURANG PERHATIAN kita kepadaNya, kita LEBIH BANYAK menghabiskan masa berjam-jam berbual dengan sahabat kita, LEBIH BANYAK meluangkan masa untuk BERGEMBIRA dengan insan yang kita sayangi..lalu apakah TUJUAN kita diciptakan di dunia? Hati yang terpaut untuk MENCINTAINYA merupakan satu NIKMAT yang amat jarang diperolehi oleh hamba-hambaNya..maka, ambillah waktumu untuk BERBICARA denganNya, kelak dirimu akan BERBAHAGIA..


>> TANYA DIRI SENDIRI :

"KELMARIN, SEMALAM dan HARI INI..apa yang telah aku lakukan untuk DEKATKAN DIRI dengan Allah?"



CINTAILAH Dia, AKRABLAH bersamaNya sentiasa..kelak dirimu akan DICINTAI DAN DILINDUNGI olehNya..TERIMA KASIH ya Allah..♥♥

BILA JODOH TAK KAN KEMANA




Jika dlm cintamu
hatimu lebih sering terluka
... daripada digembirakannya
Maka.....

Lepaskanlah dia
dari genggaman penuh
khawatirmu
Jika dia memang cinta sejatimu
Dia akan kembali sebagai belahan
jiwa
Yang memuliakanmu
Tapi jika dia tak pernah kembali
Karena memang dari awal
Dia tak pernah direncanakan
bagimu

Hapuslah sedihmu
indahkanlah dirimu
Dan harumkanlah ruang tamu
dihatimu
Bagi cinta yang baru
Jika kamu percaya dg janji ALLAH
maka dia akan datang dg pilihan
TERBAIK dari-Nya
Yang memang PANTAS bagimu......

Apa sulitnya bagi ALLAH
bila DIA sudah berkehendak
Dan berpeganglah sahabatku dlm
DOA indahmu
Dalam kepasrahan HATI&JIWA.........

Selasa, 15 Mei 2012

ANTARA JENIS MAKANAN YANG ADA DI DALAM NERAKA



.::ANTARA JENIS MAKANAN YANG ADA DI DALAM NERAKA::.

>> ZAQQUM

Firman Allah swt: Sesungguhnya pohon zaqqum itu, makanan orang yang banyak berdosa. Ia bagaikan kotoran minyak yang mendidih di dalam perut, seperti mendidihnya air yang amat panas. (43 – 46 : ad-Dukhan)

Firman Allah swt: (Makanan surga) itukah hidangan yang lebih baik ataukah pohon zaqqum.? Sesungguhnya Kami menjadikan pohon zaqqum itu sebagai ujian bagi orang-orang yang zalim (samada mereka percaya atau tidak). Sesungguhnya ia adalah sebatang pohon yang tumbuh dari dasar neraka. Buahnya seperti kepala syaitan-syaitan. Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebagian dari buah pohon itu sehingga memenuhi perutnya dengan buah zaqqum itu. (62 – 66 : as-Saffat).

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya Nabi saw membaca ayat ini: “bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.”

Rasulullah saw bersabda: “Sekiranya setitis zaqum menitis ke dunia nescaya akan merosakkan seluruh kehidupan ahli dunia. Bagaimana keadaan orang yang setiap hari buah zaqum menjadi makanannya?”

Hadis riwayat Tirmizi, Nasaie, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban. Syekh Syuaib menyatakan sanad hadis ini sahih.

Imam Ibnu Kathir berkata: “Allah swt menyatakan mereka memakan pokok ini walaupun rupanya sangat buruk dan sangat hodoh. Tambahan lagi dengan rasanya yang tidak sedap dan bau yang busuk. Mereka terpaksa makan kerana tidak ada yang lain.”

>> GISLIN

Firman Allah swt: Maka tiada seorang temanpun baginya pada hari ini di neraka ini Dan tiada (pula) makanan sedikitpun (baginya) kecuali dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa. (35-37 : al-Haqqah).

Ulama berselisih pendapat terhadap hakikat Gislin seperti berikut:

1. Nanah ahli neraka yang keluar dari luka dan kemaluan mereka. (Ibnu Abbas)
2. Pohon yang menjadi makanan ahli neraka. (Dahhak dan Rabie bin Anas)
3. Air dari basuhan daging dan darah ahli neraka. (Akhfasy)

>> DARIE’

Firman Allah swt: Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri. yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar. ( 6 dan 7 : al-Ghasiah)

Para Ulama berselisih pendapat terhadap Darie’. Diantaranya adalah seperti berikut:

1. Tumbuhan yang berduri yang melata di tanah. (Pendapat Ikrimah, Mujahid dan kebanyakan ulama tafsir).
2. Batu (pendapat Said bin Jubair).
3. Tumbuhan hijau yang busuk. Ianya dilemparkan laut ke daratan. (pendapat Khalil).
4. Pohon berasal dari api neraka. (Pendapat Ibnu Abbas)

Pendapat yang dipilih adalah seperti yang dinyatakan oleh Imam Qurtubi:

“Pendapat yang lebih jelas adalah ianya pokok yang berduri seperti ianya di dunia. Daripada Ibnu Abbas ra, Nabi saw bersabda: “ Darie adalah sesuatu yang ada dalam neraka. Ia meyerupai duri. Lebih pahit dari pokok lidah buaya. Lebih busuk dari bangkai. Lebih panas dari api. Allah swt namakannya sebagai Darie.” (Hadis riwayat Ibnu Mardawiyah – sanadnya lemah)

MAKANAN YANG SUKAR UNTUK DITELAN

Karena sesungguhnya pada sisi Kami ada belenggu-belenggu yang berat dan neraka yang menyala-nyala. Dan makanan yang menyebabkan tercekik di kerongkong dan azab yang pedih. (12 – 13 : al-Haqqah)

Ibnu Abbas berkata: “Makanan yang tidak boleh ditelan dan tersangkut di halkum. Tidak boleh turun ke perut dan tidak boleh dikeluarkan. Makanan ini adalah Gislin, Zaqqum dan Dharie.”

KELAPARAN YANG MENYEKSAKAN

Abu Darda berkata: Rasulullah saw bersabda: “ Dicampakkan rasa lapar kepada ahli neraka. Kelaparan yang mereka rasai menyamai azab yang mereka alami dalam neraka. Lalu mereka menjerit meminta tolong dan mereka pun diberikan Darie yang tidak menghilangkan kelaparan mereka. Lalu mereka menjerit meminta makanan dan mereka pun dibawa makanan yang menyebabkan mereka tercekik. Mereka teringat kalau tercekik didunia mereka hilangkan dengan air. Mereka pun meminta air minuman. Lalu mereka diberi air yang sangat panas dengan besi-besi panjang yang berkapala sabit. Muka mereka hangus terbakar apabila air ini menghampiri mereka. Segala isi perut terputus apabila masuk kedalam perut mereka.

Hadis riwayat Tirmizi dengan sanad yang lemah. Kebanyakan apa yang disebut dalam hadis ini ada disebut dalam ayat Quran dan Hadis sahih yang lain.

RUJUKAN:
Tafsir Qurtubi, Tafsir Ibnu Kathir, Tuhfatul Ahwazi, Sunan Tirmizi tahqiq syeikh Syuaib, Muntaqa oleh Dr Yusuf Qardawi, Tazkirah oleh Qurtubi, Buhur Zahirah oleh Imam as-Safirani.

Sumber: Muslim

Allah rindu pada HambaNya



.::Allah rindu pada HambaNya::.

Ketika Allah RINDU pada hambaNya, Dia akan mengirimkan sebuah HADIAH istimewa melalui malaikat Jibril yg isinya adalah UJIAN. Dalam hadits Qudsi Allah berfirman:

"Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.." ^_^

(HR Thabrani dari Abu Umamah)

Tanda-tanda wanita yang baik Akhlaknya



.::Tanda-tanda wanita yang baik Akhlaknya::.

"Rasulullah Shallallahu Alaihi wa sallam bersabda,"Perkara dunia yang paling aku sukai adalah wanita shalihah."

1. Berakhlak dgn mentaati perintah Alloh. seperti tekun dan bersungguh-sungguh dalam beribadah, sabar dalam menempuh sgl cobaan, senantiasa bersyukur serta banyak mengingat Alloh.

2. Mentaati suaminya, ridho dgn pemberian suami, melayani suami dgn baik, sopan santun dalam sgl ucapan dan tingkah laku, menutup aurat, menjaga kehormatan keluarga dan memelihara amanah suami.

3. Berakhlak kpd kedua orang tua, memuliakan mereka, serta membantu dan menyenangkan mereka, selalu berusaha mengajak keluarga kpd kebaikan dan keridhoan Alloh Ta'ala.

4. Berakhlak kpd sesama teman, tetangga dan masyarakat sekitarnya, tidak mengganggu dan menyakiti mereka melainkan membantu dan memudahkan mereka dgn apa yang kita mampu.

5. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki diri, berakhlak baik, mengurus rumah tangga dgn baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dgn manusia.

wallahu a'lam

TIGA CAHAYA DIHARI KIAMAT


.::TIGA CAHAYA DIHARI KIAMAT::.

Dihari kiamat ada 3 cahaya yang berlainan...
Cahaya pertama seperti bintang-bintang...
Cahaya kedua seperti cahaya bulan...
Cahaya ketiga seperti cahaya matahari...

Apabila ada yang bertanya cahaya apakah ini?
Lalu dijawab....

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika didunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air solat apabila mendengar azan"

"Cahaya Yang kedua adalah cahaya wajah mereka yang mengambil air solat sebelum azan"

"Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi"

MAKANAN BERKHASIAT YANG DI GEMARI RASULULLAH S.A.W



MAKANAN BERKHASIAT YANG DI GEMARI RASULULLAH S.A.W

Nabi Muhammad adalah contoh terbaik ummat. Selawat dan salam padamu ya Rasulullah.. Mari kita belajar sunnah Rasulullah dalam bab memilih makanan yang berkhasiat

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminum waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai/Melon(segala jenis) – Wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Sekarang dah jadi trend yang popular di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk dengan gelojoh. Jika tidak, mudah mendapat sakit pada hati.

KAJIAN DOSA-DOSA YANG KINI DIANGGAP “BIASA”


KAJIAN DOSA-DOSA YANG KINI DIANGGAP “BIASA”

1. Riya’ Dalam Beribadah

Di antara syarat diterimanya amal shalih adalah bersih dari riya’ dan sesuai dengan sunnah. Orang yang melakukan ibadah dengan maksud agar dilihat orang lain maka ia telah terjerumus pada perbuatan syirik kecil, dan amalnya menjadi sia-sia belaka. Misalnya shalat agar dilihat orang lain.
Allah SWT berfirman :
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apa bila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya’ (dengan shalat) di hadapan Allah. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali”.
(QS.4 An Nisaa : 142)

Demikian juga jika ia melakukan suatu amalan dengan tujuan agar diberitakan dan didengar oleh orang lain, ia termasuk syirik kecil. Rasulullah saw memberi peringatan kepada mereka dalam hadits yang di riwayatkan oleh Ibnu Abbas ra :
“Barangsiapa melakukan perbuatan sum’ah, niscaya Allah akan menyebarkan aibnya dan barang siapa melakukan perbuatan riya’ niscaya Allah akan menyebarkan aibnya”.
(HR. Muslim)
Barangsiapa melakukan suatu ibadah tetapi ia melakukannya karena mengharap pujian manusia di samping ridha Allah maka amalannya menjadi sia-sia belaka, seperti disebutkan dalam hadits qudsi :
“Aku adalah sekutu yang Maha Cukup, sangat menolak perbuatan syirik, barangsiapa melakukan suatu amal dengan dicampuri perbuatan syirik kepadaKu, niscaya Aku tinggalkan dia dan (tidak aku terima) amal syiriknya”.
(HR. Muslim. Hadits no : 2985)

Barangsiapa melakukan suatu amal shalih, tiba-tiba terdetik dalam hatinya perasaan riya’, tetapi ia membenci perasaan tersebut berusaha melawan dan menyingkirkannya maka amalannya tetap sah. Berbeda halnya jika ia hanya diam dengan timbulnya perasaan riya’ tersebut, tidak berusaha menyingkirkan bahkan malah menikmatinya maka menurut sebagian besar ulama, amal yang dilakukannya menjadi batal dan sia-sia.

2. Thiyarah

Thiyarah adalah merasa bernasib sial atau meramal nasib buruk karena melihat burung, binatang lainnya atau apa saja. Allah SWT berfirman :
“Kemudian apabila datang kepada mereka kemakmuran, mereka berkata : Ini adalah karena (usaha) kami”. Dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka lemparkan sebab kesialan itu kepada Musa dan orang-orang yang besertanya”.
(QS.7 Al A’raf : 131)

Dahulu diantara tradisi orang Arab adalah jika salah seorang mereka hendak melakukan suatu pekerjaan, bepergian misalnya maka mereka meramal peruntungannya dengan burung. Salah seorang dari mereka memegang burung lalu melepaskannya. Jika burung itu terbang kearah kanan maka ia optimis sehingga melangsungkan pekerjaannya, sebaliknya, jika burung itu terbang ke arah kiri maka ia merasa bernasib sial dan mengurungkan pekerjaan yang diinginkannya.

Oleh Nabi Muhammad saw hukum perbuatan tersebut diterangkan dalam sabdanya : “Thiyarah adalah syirik”
Termasuk dalam kepercayaan yang diharamkan, yang juga menghilangkan kesempurnaan tauhid adalah merasa bernasib sial dengan bulan–bulan tertentu.
Seperti tidak mau melakukan pernikahan pada bulan shafar.
Juga kepercayaan bahwa hari rabu yang jatuh pada akhir setiap bulan membawa kerugian terus menerus.
Termasuk juga merasa sial dengan angka 13, nama-nama tertentu atau orang cacat.
Misalnya, jika ia pergi membuka tokonya lalu di jalan melihat orang buta sebelah matanya, serta merta ia merasa bernasib sial sehingga mengurungkan niat membuka toko.
Juga berbagai kepercayaan yang semisalnya.

Semua hal di atas hukumnya haram dan termasuk syirik. Rasulullah saw berlepas diri dari mereka. Sebagaimana disebutkan dalam hadits riwayat Imran bin Hushain :
“Tidak termasuk golongan kami orang yang melakukan atau meminta tathayyur, meramal atau meminta diramalkan (dan saya kira juga bersabda) dan yang menyihir atau yang meminta disihirkan.”
[HR. Thabrani].

Merasa pesimis atau bernasib sial termasuk salah satu tabiat jiwa manusia. Suatu saat, perasaan itu menekan begitu kuat dan pada saat yang lain melemah. Penawarnya yang paling ampuh adalah tawakkal kepada Allah.

Ibnu Masud Radhiallahu’anhu berkata :
“Dan tiada seorangpun di antara kita kecuali telah terjadi dalam jiwanya sesuatu dari hal ini, hanya saja Allah menghilangkannya dengan tawakkal (kepadaNya).”
[ HR.Abu Dawud ]

3. TIDAK THUMA’NINAH DALAM SHALAT

Di antara kejahatan pencurian terbesar adalah pencurian dalam shalat. Sabda Rasulullah saw
“Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri dalam shalatnya, mereka bertanya : “ bagaimana ia mencuri dalam shalatnya? Beliau menjawab : (Ia) tidak menyempurnakan ruku’ dan sujudnya.”
[HR. Imam Ahmad]

Thuma’ninah adalah diam beberapa saat setelah tenangnya anggota-anggota badan. Para Ulama memberi batasan minimal dengan lama waktu yang diperlukan ketika membaca tasbih.
Meninggalkan Thuma’ninah, tidak meluruskan dan mendiamkan punggung sesaat ketika ruku’ dan sujud, tidak tegak ketika bangkit dari ruku’ serta ketika duduk antara dua sujud, semuanya merupakan kebiasaan yang sering dilakukan oleh sebagian besar kaum muslimin. Bahkan hampir bisa dikatakan, tak ada satu masjid pun kecuali di dalamnya terdapat orang-orang yang tidak thuma’ninah dalam shalatnya.
Thuma’ninah adalah rukun shalat, tanpa melakukannya shalat menjadi tidak sah. Ini sungguh persoalan yang sangat serius. Rasulullah saw bersabda :
“Tidak sah shalat seseorang, sehingga ia menegakkan (meluruskan) punggungnya ketika ruku’ dan sujud “ (HR. Abu Dawud)
Tak diragukan lagi, ini suatu kemungkaran, pelakunya harus dicegah dan diperingatkan akan ancamannya.
Abu Abdillah Al Asy’ari berkata : “ (suatu ketika) Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam shalat bersama shahabatnya kemudian Beliau duduk bersama sekelompok dari mereka. Tiba-tiba seorang laki-laki masuk dan berdiri menunaikan shalat. Orang itu ruku’ lalu sujud dengan cara mematuk, maka Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam barsabda :
“Apakah kalian menyaksikan orang ini ? barang siapa meninggal dalam keadaan seperti ini (shalatnya) maka dia meninggal dalam keadaan di luar agama Muhammad. Ia mematuk dalam shalatnya sebagaiman burung gagak mematuk darah. Sesungguhnya perumpamaan orang yang shalat dan mematuk dalam sujudnya bagaikan orang lapar yang tidak makan kecuali sebutir atau dua butir kurma, bagaimana ia bisa merasa cukup (kenyang) dengannya.
[Hadits riwayat Ibnu Khuzaimah dalam kitab shahihnya : 1/ 332, lihat pula shifatus shalatin Nabi, Oleh Al Albani hal : 131]

Sujud dengan cara mematuk maksudnya : sujud dengan cara tidak menempelkan hidung dengan lantai, dengan kata lain, sujud itu tidak sempurna, sujud yang sempurna adalah sebagaimana disebutkan dalam hadits Ibnu Abbas bahwasanya ia mendengar Nabi saw bersabda : “jika seseorang hamba sujud maka ia sujud denga tujuh anggota badan (nya), wajah, dua telapak tangan, dua lutut dan dua telapak kakinya”.
[HR Jamaah, kecuali Bukhari, lihat fiqhus sunnah, sayyid sabiq : 1/ 124]

Zaid bin wahb berkata : Hudzaifah pernah melihat seorang laki-laki tidak menyempurnakan ruku’ dan sujudnya, ia lalu berkata : kamu belum shalat, seandainya engkau mati (dengan membawa shalat seperti ini) niscaya engkau mati di luar fitrah (Islam )yang sesuai dengan fitrah diciptakannya Muhammad saw.

Orang yang tidak thuma’ninah dalam shalat, sedang ia mengetahui hukumnya, maka wajib baginya mengulangi shalatnya seketika dan bertaubat atas shalat-shalat yang dia lakukan tanpa thuma’ninah pada masa-masa lalu. Ia tidak wajib mengulangi shalat-shalatnya di masa lalu, berdasarkan hadits : “Kembalilah, dan shalatlah, sesungguhnya engkau belum shalat.”

4. MENDAHULUI IMAM SECARA SENGAJA DALAM SHALAT

Di antara tabiat manusia adalah tergesa-gesa dalam tindakannya, Allah SWT berfirman :
“Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa.”
(QS.17 Al Isra’ : 11)

Nabi Muhammad saw bersabda :
“Pelan-pelan adalah dari Allah, dan tergesa-gesa adalah dari syaitan”
[Hadits riwayat Baihaqi dalam As Sunanul kubra : 10/ 104; dalam As Silsilah As Shahihah hadits no : 1795]

Dalam shalat jamaah, sering orang menyaksikan di kanan kirinya banyak orang yang mendahului imam dalam ruku’ dan sujud takbir perpindahan bahkan hingga mendahului salam imam. Mungkin dengan tak disadari, hal itu juga tarjadi pada dirinya sendiri.

Perbuatan yang barangkali dianggap persoalan remeh oleh sebagian besar umat Islam itu oleh Rasulullah saw diperingatkan dan diancam secara keras, dalam sabdanya :
“Tidakkah takut orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam, bahwa Allah akan mengubah kepalanya menjadi kapala keledai”
(HR Muslim : 1/320-321)
Jika saja orang yang hendak melakukan shalat dituntut untuk mendatanginya dengan tenang, apalagi dengan shalat itu sendiri.
Tetapi terkadang orang memahami larangan mendahului imam itu dengan harus terlambat dari gerakan imam. Hendaknya dipahami, para fuqaha telah menyebutkan kaidah yang baik dalam masalah ini, yaitu hendaknya makmum segera bergerak ketika imam telah selesai mengucapkan takbir. Ketika imam selesai melafadzkan huruf ( ra’)dari kalimat Allahu Akbar, saat itulah makmum harus segera mengikuti gerak imam, tidak mendahului dari batasan tersebut atau mengakhirkannya. Jika demikian maka batasan itu menjadi jelas.
Dahulu para sahabat Nabi saw sangat berhati–hati sekali untuk tidak mendahului Nabi Muhammad saw. Salah seorang sahabat bernama Al Barra’ Bin Azib ra berkata :
“Sungguh mereka (para shahabat) shalat di belakang Rasulullah saw. Maka, jika beliau mengangkat kepalanya dari ruku’, saya tak melihat seorangpun yang membungkukkan punggungnya sehingga Rasulullah saw meletakkan keningnya di atas bumi, lalu orang yang ada di belakangnya bersimpuh sujud (bersamanya)”
(HR Muslim, hadits No : 474)

Ketika Rasulullah saw mulai udzur, dan geraknya tampak pelan, beliau mengingatkan orang-orang yang shalat di belakangnya:
Wahai sekalian manusia, sungguh aku telah gemuk [lanjut usia], maka janganlah kalian mendahuluiku dalam ruku’ dan sujud …
( HR Baihaqi )
Dalam shalatnya, Imam hendaknya melakukan sunahnya takbir. Yakni sebagaimana disebutkan dalam hadits Abu Hurairah ra :
“Bila Rasulullah saw berdiri untuk shalat, beliau bertakbir ketika berdiri, kemudian bertakbir ketika ruku’ kemudian bertakbir ketika turun (hendak sujud) kemudian bertakbir ketika mengangkat kepalanya, kemudian bertakbir ketika sujud, kemudian bertakbir ketika mengangkat kepalanya, demikian beliau lakukan dalam semua shalatnya sampai selesai dan bertakbir ketika bangkit dari dua (rakaat) setelah duduk (tasyahhud pertama)”

Jika imam menjadikan takbirnya bersamaan dan beriringan dengan gerakannya, sedang makmum memperhatikan ketentuan dan cara mengikuti imam sebagaimana disebutkan di muka maka jamaah shalat tersebut menjadi sempurna.

5. PENOLAKAN ISTRI TERHADAP AJAKAN SUAMI

Dari Abu Hurairah ra bahwasanya Nabi Muhammad saw bersabda :
“Jika seorang suami mengajak istrinya ke tempat tidur (untuk melakukan senggama) ia menolak, sehingga suami marah atasnya maka Malaikat malaknat perempuan itu hingga datang pagi”
(HR Al Bukhari).
Manakala terjadi perselisian dengan suami, banyak perempuan yang menghukum suaminya (menurut dugaannya) dengan menolak melakukan hubungan suami istri. Padahal perbuatan semacam itu bisa mendatangkan masalah yang lebih besar. Misalnya terperosoknya suami pada perbuatan yang haram. Bahkan masalahnya bisa menjadi berbalik sehingga bisa lebih menyusahkan istri; misalnya suami berusaha menikahi perempuan lain.

Karena itu manakala suami memanggil, hendaknya sang istri memenuhi ajakannya. Realisasi dari sabda Rasulullah saw :
“Jika seorang laki-laki mengajak istrinya ke tempat tidur hendaknya ia memenuhi panggilannya, meskipun itu berada di atas sekedup (sesuatu yang diletakkan di atas punggung onta. Digunakan oleh penunggangnya sebagai tempat duduk, berlindung diri dan berteduh).”
(lihat zawaidul Bazzar, 2/181, dalam shahihul jami’, hadits no : 547).

Meski begitu, hendaknya sang suami memperhatikan kondisi istrinya. Misalnya apakah sang istri dalam keadaan sakit, hamil, atau dirundung kesedihan, sehingga tak terjadi perpecahan dan keharmonisan rumah tangga tetap terjaga.

6. PERMINTAAN AGAR DITALAK SUAMI TANPA SEBAB YANG DIBOLEHKAN SYARA’.

Ketika terjadi percekcokan dengan suami, banyak di antara para istri yang langsung mengambil jalan pintas, yaitu minta cerai. Ada juga perceraian itu disebabkan sang suami tak mampu memberi nafkah seperti yang diinginkan istri.

Padahal, terkadang keputusan itu di ambil hanya pengaruh dari sebagian keluarganya atau tetangga yang memang hendak merusak keluarga orang lain. Bahkan tak jarang yang menantang sang suami dengan kata-kata yang menegangkan urat leher. Misalnya, “kalau kamu memang laki-laki, ceraikan saya !!”
Semua mengetahui, talak melahirkan banyak kerugian besar antara lain terputusnya tali keluarga, lepasnya kendali anak dan terkadang disudahi dengan menyesal pada saat penyesalan tak lagi berguna dan sebagainya.

Dengan akibat-akibat seperti disebutkan di atas, menjadi nyatalah hikmat syariat mengharamkan perbuatan tersebut, dalam sebuah hadits marfu, riwayat Tsauban ra disebutkan :
“siapa saja wanita yang minta diceraikan suaminya tanpa alasan yang dibolehkan maka haram baginya bau surga”
(HR Ahmad: 5/277, dalam shahihul jami’ :2703)
Hadits marfu’ lain riwayat Uqbah bin Amir ra menyebutkan :
“Sesungguhnya wanita-wanita yang melepaskan dirinya dan memberikan harta kepada suaminya agar diceraikan, mereka adalah orang-orang munafik”
(HR Thabrani)
Adapun jika memang ada sebab-sebab yang dibolehkan menurut syara’, seperti suaminya suka meninggalkan shalat, suka minum-minuman keras dan narkotika, atau memaksa istrinya berbuat haram, suka menyiksanya dan menolak memberikan hak-hak istri, tidak mau lagi mendengar nasihat dan tak berguna lagi upaya ishlah (perbaikan) maka tidak mengapa bagi sang istri meminta cerai sehingga ia tetap dapat memelihara diri dan agamanya

7. JABAT TANGAN DENGAN WANITA BUKAN MAHRAM

Pada zaman sekarang jabat tangan antara laki-laki dengan perempuan hampir sudah menjadi tradisi. Tradisi bejat itu mengalahkan akhlak islami yang semestinya ditegakkan. Bahkan mereka menganggap kebiasaan itu jauh lebih baik dan lebih tinggi nilainya dari pada syariat Allah SWT yang mengharamkannya.
Sehingga jika salah seorang dari mereka kita ajak dialog tentang hukum syariat dengan dalil-dalil yang kuat dan jelas tentu serta merta ia akan menuduh kita dengan sebagai orang kolot, ketinggalan zaman, kaku, sulit beradaptasi, ekstrim, hendak memutuskan tali silaturrahmi, menggoyahkan niat baik ….dan sebagainya.
Seandainya mereka melihat secara jernih dan penuh pengetahuan tentang bahaya persoalan tersebut menurut syara’ tentu mereka tidak akan melakukan hal tersebut.
Rasulullah saw bersabda :
“Sungguh ditusuknya kepala salah seorang dari kalian dengan jarum dari besi lebih baik baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya”
(HR Ath Thabrani).
Kemudian tak diragukan lagi, hal ini termasuk zina tangan sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah saw :
“Kedua mata berzina, kedua tangan berzina, kedua kaki berzina dan kemaluanpun berzina” (HR. Ahmad).
Dan, adakah orang yang hatinya lebih bersih dari hati Nabi saw ? Namun begitu beliau mengatakan :
“Sesungguhnya aku tidak menyentuh tangan dengan wanita”
(HR Ahmad).
“Sesungguhnya aku tidak menjabat tangan wanita”
(HR Ath Thabrani)
Dan dari Aisyah ra, dia berkata :
“Dan Demi Allah, sungguh tangan Rasulullah saw tidak (pernah) menyentuh tangan perempuan sama sekali, tetapi beliau membaiat mereka dengan perkataan”
(HR Muslim).
Hendaknya takut kepada Allah, orang-orang yang mengancam cerai istrinya yang shalihah karena tidak mau berjabat tangan dengan kolega-koleganya. Perlu juga diketahui, berjabat tangan dengan lawan jenis, meski memakai alas (kaos tangan) hukumnya tetap haram.

8. WANITA KELUAR RUMAH DENGAN MEMAKAI PARFUM SEHINGGA MENGGODA LAKI-LAKI.

Inilah kebiasaan yang menjadi fenomena umum di kalangan wanita. Keluar rumah dengan menggunakan parfum yang wanginya menjelajahi segala ruang. Hal yang menjadikan laki-laki lebih tergoda karena umpan wewangian yang manghampirinya.

Rasulullah saw amat keras mamperingatkan masalah tersebut. Beliau saw bersabda :
“Perempuan manapun yang menggunakan parfum kemudian melewati suatu kaum agar mereka mencium wanginya maka dia seorang pezina”
(HR Ahmad)
sebagian wanita melalaikan dan meremehkan masalah ini, sehingga dengan sembarangan memakai parfum. Tak peduli di sampingnya ada sopir, penjual, saptam, atau orang lain yang tak mustahil akan tergoda.
Dalam masalah ini, syariat Islam amat keras. Perempuan yang telah terlanjur memakai parfum jika hendak keluar rumah ia di wajibkan mandi terlebih dahulu seperti mandi jinabat, meskipun tujuan keluarnya ke masjid. Rasulullah saw bersabda :
“Perempuan manapun yang memakai parfum kemudian keluar ke masjid (dengan tujuan) agar wanginya tercium orang lain maka shalatnya tidak diterima sehingga ia mandi sebagaimana mandi jinabat”
(HR Ahmad)
Setelah berbagai peringatan kita sampaikan, akhirnya kita hanya bisa mengadu kepada Allah soal para wanita yang memakai parfum dalam pesta dan berbagai pertemuan yang diselenggarakan. Bahkan parfum yang wanginya menyengat hidung itu tak saja digunakan dalam waktu-waktu khusus, tetapi mereka gunakan di pasar-pasar di kendaraan dan di pertemuan-pertemuan umum hingga di masjid-masjid pada malam-malam bulan suci Ramadhan.
Syariat Islam memberi batasan, parfum wanita muslimah adalah yang tidak tampak warnanya dan tidak keras semerbak wanginya.

♥♥ Wa'llahu Alam Bisowab ♥♥

✿ Semoga Bermanfaat ✿

✿ Jazaakumullahu Khayran wa Barakallahu Fiikum✿ 

Maha Besar Kuasa Allah





.::Maha Besar Kuasa Allah::.

SubhanaAllah...
Kalau sekali lihat, memang macam tak ada apa-apa kebiasaan pada ikan hiasan akuarium ini.., tapi jika anda teliti betul-betul, ada perkara luarbiasa di badan ikan itu.
Ikan jenis ini banyak dijual kedai ''ikan perhiasan''. ikan yang ada tertera nama Allah ini mungkin satu saja dalam sejuta..

Ini semua kebesaran yang ditunjukkan kepada kita oleh sang pencipta..
Mengapa kita tidak melihat pada ciptaan-ciptaanNya yang jauh lebih hebat? Kita sedar tak tentang hebatnya kejadian langit dan bumi.., pertukaran siang dan malam.., kejadian banjir, tsunami, taufan, dan gempa bumi?

Malah pusingan orbit-orbit planet dan bintang yang cukup sempurna sekali pun tergolong dalam kekuasaan Tuhan.

Bukankah semua itu adalah kebesaran Tuhan yang patut kita kagumi? Namun tidak semua yang mampu melihat melainkan orang-orang yang mampu berfikir dan meneliti setiap kejadianNya.

KETAHUI 10 JENIS TANGISAN



.::KETAHUI 10 JENIS TANGISAN::.

Menurut Ibnu Qayyim terdapat 10 Jenis Tangisan :

Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
Menangis kerana rasa takut.
Menangis kerana cinta.
Menangis kerana gembira.
Menangis kerana menghadapi penderitaan.
Menangis kerana terlalu sedih.
Menangis kerana terasa hina dan lemah.
Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
Menangis orang munafik – pura-pura menangis.

“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini. Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah. Tangisan dapat memadamkan api Neraka “Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata.

Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.” Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”

Air mata yang tiada di tuntut:

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
Janganlah menangis menonton filem kerana itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda “Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam”. ”Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat”??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya”. ”Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.” Air mata tanda rahmat Tuhan

Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara. kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.

Apabila dahi nya berpeluh.
Airmatanya berlinang.
Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu
Dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.
Ingatan ku hanya pada kalian…dan hati akan bahagia jika diriku jua dalam ingatan kalian… Dan aku akan bertambah bahagia jika bertemu kalian dan kalian bertemu diriku di suatu masa dan satu tempat….

Allahualam

Faedah Wudhu



.::Faedah Wudhu::.

Neurology Australia membeberkan fakta mengejutkan tentang "Wudhu".

Prof. Leopol Werner von Ehrenfels, psikiater dan sekaligus Neurolog berkebangsaan Australia menemukan sesuatu yang menakjubkan terhadap Wudhu.

Ia mengemukakan sebuah fakta yang sangat mengejutkan : "Bahwa pusat-pusat syaraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di dahi, tangan dan kaki, pusat-pusat syaraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar.

Dari sini ia menemukan hikmah dibalik Wudhu yang membasuh syaraf-syaraf tersebut. Ia bahkan merekomendasikan agar wudhu bukan hanya milik kebiasaan umat muslim, tetapi untuk semua umat manusia secara keseluruhan.

Dengan senantiasa membasuh air segar pada pusat-pusat syaraf tersebut, berarti orang itu akan memelihara kesehatan dan keselarasan pusat-pusat syarafnya.

Akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Ulama Fiqh juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bagian untuk memelihara kebersihan fisik dan rohani. Daerah yang dibasuh dengan air wudhu, seperti tangan, daerah muka termasuk mulut dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Sebab itu, wajar kalau daerah itu yang harus dibasuh.

Ulama Tasawuf menjelaskan bahwa daerah yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering bersentuhan dengan dosa. Kita tidak ingat apa yang pernah diraba, dipegang dan dilakukan tangan kita, banyak panca indera tersimpul dibagian muka, berapa banyak orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain, apa saja yang dimakan dan diminum ? Apa saja yang baru diintip mata ini ? Apa saja yang didengar oleh telinga ini ? Dan apa saja yang baru dicium hidung ini ? Kemana kaki ini melangkah setiap hari ? Tegasnya.

Anggota tubuh yang dibasuh dalam wudhu ialah daerah yang paling riskan untuk melakukan dosa.

Semoga berkenan dan bermanfaat.

ANTARA 10 SEBAB SESEORANG ITU MENDAPAT HIDAYAH



.::ANTARA 10 SEBAB SESEORANG ITU MENDAPAT HIDAYAH::.

Walau bagaimanapun untuk mendapat hidayah ada bermacam-macam sebab atau ada berbagai-bagai cara yang di antara satu sama lain tidak sama. Di antara 10 sebab seseorang itu mendapat hidayah yang dapat disenaraikan di sini adalah seperti berikut:

1. Dia lahir di dalam keluarga yang beragama, maka dia mendapat didikan secara langsung dan praktikal daripada suasana berkeluarga. Orang ini agak bernasib baik.

2. Dia yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepada kebaikan dan kebenaran. Dia terus mencari dan mengamalkan. Orang seperti ini amat sedikit. Ini adalah pemberian Allah secara wahbiah (secara anugerah).

3. Orang yang di dalam perjalanan hidupnya terjumpa golongan atau kelompok yang beragama Islam dan mengamalkan syariat. Manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu.

4. Orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta melihat-lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan ideologi serta bergaul dengan golongan-golongan itu maka akhirnya mereka bertemu dengan kebenaran.

5. Orang yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis-majlis agama maka dia mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.

6. Orang yang diuji oleh Allah, mungkin selepas kaya jatuh miskin, atau mendapat sakit teruk, atau ditimpa bencana alam dan lain-lain lagi maka di situ dia sedar dan insaf. Lantaran itu dia kembali mendekati diri kepada Allah SWT.

7. Orang yang mendapat kebenaran, kerana Allah mengizinkannya mengalami alam kerohanian seperti melihat di dalam mimpi alam Barzakh, melihat orang kena azab atau dia sendiri yang kena azab atau melihat gambaran Qiamat
atau Allah perlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih dan lain-lain kejadian yang ajaib. Selepas itu dia pun kembali kepada kebenaran.

8. Orang yang sedar setelah melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah besar, kaya-raya, kenderaan yang mewah, harta banyak tetapi kehidupan keluarga itu sentiasa porak-peranda, krisis sering berlaku, kasih sayang dan ukhwah tidak ada, masing-masing membawa haluan sendiri maka dari peristiwa itu dia sedar dan insaf bahawa kemewahan hidup tidak menjamin kebahagiaan di dunia apatah lagi di Akhirat kelak.

9. Orang yang dia sendiri mengalami kehidupan mewah, serba ada, apa hendak semua dapat, pangkat ada, duit banyak, namun kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan keluarga porak-peranda lantas dia insaf dan sedar dan akhirnya mencari jalan kebenaran.

10. Orang yang dapat petunjuk kerana ada orang yang soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doa itu dikabulkan oleh Allah, maka Islamlah dia sepertimana Sayidina Umar Al Khattab dapat petunjuk kerana doa Rasulullah SAW.