Minggu, 30 September 2012

~*Memutuskan Hubungan Dengan Saudara*~



"Tidak halal seorang muslim memutuskan hubungan dengan saudaranya (sesama muslim) lebih dari tiga hari. Barangsiapa memutuskan lebih dari tiga hari dan meninggal, maka ia masuk neraka." (HR. Abu Dawud, 5/215, Shahihul Jami' : 7635)

Zulqaedah ~ Bulan ke 11 dalam kalendar Hijrah.




Zulkaedah merupakan bulan ke-11 dalam kalendar Islam. Zul ertinya "yang empunya". Qa'dah ertinya "duduk". Ini membawa erti bahawa bulan Zulkaedah ialah bulan untuk berehat-rehat. Sejak dari dahulu lagi, sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab telah mengiktiraf bahawa Zulkaedah adalah satu bulan daripada empat bulan ya
ng mulia dan diharamkan berperang. Maka masyarakat Arab jahiliah tidak keluar berperang pada bulan ini. Selain Zulkaedah, bulan Zulhijjah, Muharram dan Rejab juga adalah bulan haram ( bulan yang dimuliakan dan diharamkan berperang ). Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAW mengekalkan kemuliaan empat bulan haram ini, mengekalkan namanya dan mengharamkan berperang padanya. Bersempena inilah dinamakan ia dengan "Zulkaedah".

Tiada ibadah khusus dalam bulan Zulkaedah. Bulan Zulkaedah adalah bulan permulaan musim haji. Namun begitu sebahagian besar ulamak mengatakan bahawa umrah adalah lebih afdhal di bulan Zulkaedah berdasarkan Rasulullah SAW mengerjakan umrah-umrah beliau di bulan Zulkaedah dan haji tamattu' juga dimulakan di bulan Zulkaedah.

Daripada Abu Bakrah(1), sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya: Sesungguhnya zaman itu berputar sejak awal waktu Allah menjadikan langit-langit dan bumi. Satu tahun mengandungi dua belas bulan ini, darinya empat bulan haram, tiga dari empat bulan ini berturut-turutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram dan satu bulan berasingan ialah Rejab di antara Jamadil Akhir dan Sya'aban.

~*Mencari Ampunan Dari Tuhanmu dan Mendapatkan Syurga*~




"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa, (yaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang2 yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah mencinta
i orang-orang yang berbuat kebaikan, dan juga orang2 yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa2nya, dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa slain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga2 yang mengalir di bawahnya sungai2, dan mereka kekal di dalamnya. Dan (itulah) sebaik-baik pahala bagi org2 y beramal.

(SURAH ALI-IMRAN: 133-136)

♥ Surat Cinta dari Allah swt ♥


Apabila telah sampai seorang hamba pada martabat mukmin dan hamba yang bertakwa, maka layak baginya mendapatkan sebuah surat cinta dari Allah swt..

Jika di ibaratkan Email,
Dear Hambaku Tercinta...
"Tiada paling sempurna seorang hamba taqarrub kepada-Ku kecuali dengan jalan menunaikan fardhu-fardhu yang telah Kutetapkan. Dan dia akan lebih berusaha mendekatkan diri kepada-Ku dengan melakukan berbagai sunnat, sehingga Aku menyenanginya. Apabila Aku sudah senang/cinta kepadanya, Aku melindungi kakinya yang dengannya ia berjalan, tangannya yang ia pergunakan, lidahnya yang dengannya ia bertutur kata, dan akalnya yang dengannya ia berfikir. Jika ia minta kepada-Ku niscaya Kuperkenankan du'anya." (Hadits Qudsi Riwayat Ibnu Suni yang bersumber dari maemunah ra)

Segala du'anya akan terijabah, cita-cita dan harapannya akan tercapai dan akan di tolong oleh Allah setiap waktu dan tempat dimana ia memerlukannya.

~*Ku Cinta Allah*~



Ku beri hatiku pada DUNIA… Dunia menipu, mempersenda, melemparkan aku di lembah kehinaan.
Ku beri hatiku pada MANUSIA… Manusia memperguna, menghancurkan dan menfitnahku.
Ku beri hatiku pada ALLAH... Hatiku dibelai, disayangi, dilindungi ... Lembut, syahdu & mengasyikkan.. SubhanAllah,ku CINTA Allah ♥

Tangisan kerana Allah s.w.t


Sesungguhnya tangisan kerana Allah s.w.t ketika gembira atau derita ialah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup. Pesanan Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan kalam yang Esa:”Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah.

(Riwayat Ahmad dan Nasai)

~*Berubah Ke Arah Positif*~



FITRAH manusia itu BAIK, namun boleh berubah dan bertukar arah tatkala dirinya DIBELENGGU NAFSU dan DIGODA SYAITAN.. dan apabila manusia itu BERUSAHA untuk berubah ke arah yang LEBIH BAIK, itu bermakna dia mahu KEMBALI KEPADA FITRAH..

P/S: Biar berubah itu HALA TUJUNYA adalah Allah, Berubah kerana Allah.. Allah akan MENJAGA semuanya untuk kita.. , Berubah kerana Allah, Allah sentiasa ada.. Sentiasa MELIHAT USAHA-USAHA KEBAIKAN kita.. INSYAALLAH.. ♥♥

~*10 Perkara yang mendatangkan cinta ALLAH SWT*~



Setiap orang pasti ingin mendapatkan cinta ALLAH SWT. Bagaimana cara untuk mendapatkan cinta tersebut??


1) Membaca Al-Quran dengan merenungi dan memahami maknanya.

2) Mendekatkan diri kepada ALLAH dengan mengerjakan ibadah wajib dan ibadah sunnah.

3) Sentiasa mengingati ALLAH dalam semua keadaan, baik dalam hati, lisan atau dengan amalan. Cara yang paling mudah adalah dengan berZIKIR mengingati-NYA.

4) Lebih mendahulukan rasa cinta kepada ALLAH daripada rasa cinta kepada diri sendiri.

5) Merenungi, menghayati, memerhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat ALLAH. Semakin kita tahu dan sifat ALLAH, semakin kuat rasa cinta kita kepada ALLAH.

6) Merenung NIKMAT dan KURNIA ALLAH yang telah diberikan kepada kita. paling senang adalah nikmat UDARA yang membolehkan kita bernafas.

7) MENGHADIRKAN HATI @ MENGHAYATI secara keseluruhan ketika kita melakukan ketaatan kepada ALLAH.

8) Menyendiri dengan ALLAH pada sepertiga malam (qiamullail) dengan beribadah dan bermunajat kepada-NYA serta membaca kalam-NYA (Al-Quran). Kemudian beristighfar dan bertaubat kepada-NYA.

9) Berkawan dengan insan-insan yang mencintai ALLAH, menghadiri majlis-majlis ilmu.

10) Menjauhi segala sebab yang menghalang diri kita dengan ALLAH SWT.

"Kunci untuk mendapatkan kecintaan ALLAH adalah dengan mempersiapkan jiwa (hati) dan membuka mata hati" (Ibnu Qayyim)

Sumber: Madaarij Saalikin, Ibnu Qayyim Al-Jauziyah.

~*Istikharah Cinta*~



Ya Allah..

Jika ada 2 pilihan..
diantaranya adalah dia, tentu aku memilihnya
Jika ada 10 pilihan..
diantaranya adalah dia, tentu aku memilihnya
Jika ada 100 pilihan..
diantaranya adalah dia, tentu aku memilihnya

Dan jika hanya ada 1 pilihan..
tidak ada dia dalam pilihan itu
aku redha menerimanya sebagai PEMBERIAN TERBAIK dari-Mu

Ya Allah..
Buatlah aku mencintai pilihan yang engkau berikan
Buatlah aku setia pada pilihan-Mu
Buatlah aku menyayangi pilihan yang engkau amanahkan..
Aamiin Ya Rabbal A'lamin.

"Seseorang yang solat perlukan empat perkara supaya solatnya Sempurna dan diangkat kepada Allah :



"Seseorang yang solat perlukan empat perkara supaya solatnya Sempurna dan diangkat kepada Allah :

~Hati yang hadir

~Akal yang konsentrasi
~Sendi-sendi yang tunduk
~Anggota-anggota tubuh yang khusyuk

Tanpa kehadiran hati,
ia adalah orang yang lalai dalam solat.

Tanpa konsentrasi akal,
ia adalah orang yang lupa dalam solat

Tanpa sendi-sendi yang tunduk,
ia adalah orang yang kaku dalam solat

Tanpa anggota-anggota tubuh yang khusyuk,
ia adalah orang yang salah dalam solat.

~Al-Mazarban

♥ ♥ Ku kirimkan sebuah pesan untukmu ♥ ♥


 
♥ ♥ Ku kirimkan sebuah pesan untukmu
lewat
sebuah kertas berwarna
Yang ku lipat hingga membentuk perahu :-)

kertas bersahaja,

Ku hias perahuku dengan rindu dan asa. . .

Perahuku melaju bersama air dan gemericik
pena,
Ku harap perahuku sampai padamu, dan
kamu membaca pesanku. . .

''Semoga Alloh menjagamu, menjaga dirimu,
juga hatimu"

Alloh ada untukku,untukmu,dan untuk kita
semuana!
jika kita mencintai Alloh,maka kita akan
memiliki segalana ^^ ♥ ♥

Pribadi yang BERDZIKIR ITU INDAH ...




Setiap KALAMNYA adalah DAKWAH ...
Setiap DIAMNYA adalah DZIKIR ...
Setiap NAPASNYA adalah TASBIH ...

Setiap PANDANGAN MATANYA adalah RAHMAT ...
Setiap SUARA TELINGANYA selalu TERJAGA ...
Setiap PIKIRANNYA adalah BAIK SANGKA ...

Setiap GERAK HATINYA adalah DOA ...
Setiap SENTUHAN TANGANNYA adalah SEDEKAH ...
Setiap LANGKAH KAKINYA adalah JIHAD ...

Kekuatannya adalah SILATURAHMI ...
Kesibukannya adalah ASYIK MEMPERBAIKI DIRI ...
Kerinduannya adalah TEGAKNYA SYARIAT ALLAH SWT .

~*Kasih Sayang Allah*~



Kasih Sayang Allah kepada kita 70 kali melebihi kasih seorang Ibu kepada anaknya.

Allah S.W.T sentiasa menunggu agar kita kembali kepadanya dengan penuh Keinsafan..!

pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki.


pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.

Bagaimana saya nak tahu BAKAL SUAMI saya adalah seorang lelaki yang SOLEH dan BAIK?


◆ Soalan : Bagaimana saya nak tahu BAKAL SUAMI saya adalah seorang lelaki yang SOLEH dan BAIK?

◆ Jawapan : LELAKI yang SOLEH tidak akan mengajak kamu BERZINA..dia juga tidak akan mengajak kamu berpegangan tangan, bersentuh-sentuh SEBELUM NIKAH..Kerana dia ingin menjadikanmu sebagai isterinya dengan CARA BAIK DAN TERHORMAT, dia akan berjumpa dengan kedua ibubapamu terlebih dahulu..Dan yang penting, dia setia berjanji untuk MENIKAHIMU dan setia bersamamu sampai SYURGANYA..InsyaAllah

~*JANGAN PERNAH MENGANGGAP DIRI KITA SUCI*~


Manusia tiada ada seorangpun yang sempurna
Setiap Bani Adam pasti punya kesalahan dalam kehidupannya
Janganlah kita selalu memandang sinis dan hina
Kepada sahabat serta handai taulan yg bergelimang dosa
Karena tiada seorangpun yang tahu kesudahannya
Mungkin kelak mereka akan bertaubah Nasuha
Lantas mereka menjadi seorang muslimin sejati
Yang hidupnya hanya mengharapkan Ridho-Nya
Selagi nyawa masih ada..
Selama waktu masih tersisa..
Mari kita perbaiki diri secara bersama-sama
Semata-mata tuk menggapai Ridho dari-NYA
Semoga kesemuanya kan berujung di surga

aamiin ya robbal 'alamiin.

~*Jangan Pernah Membenci Seseorang*~


 
 
Jangan pernah MEMBENCI seseorang ...
Yang telah melukakan hati kita,
Kerana orang itu juga pernah membuat kita TERSENYUM....
Janganlah berteman dengan DENDAM kelak kita akan berteman dengan SYAITAN!!!

~*Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara*~




Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."


P/s: Hidup ini perlukan kekuatan..Selagi kita cuba berusaha untuk berubah..InsyaAllah..
Allah amat menyayangi umatNya..

~*Bicara Hikmah*~



"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

~*DUA KEJAHATAN*



Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.”

(Hadis riwayat at-Tirmizi)

~*Diari Kita*~



Ramai yang gemar menulis diari, untuk mencatat kenangan indah dan pahit dalam kehidupannya.

Sedar atau tidak, kita semua ada buku diari kita sendiri.
Semuanya dicatat di dalam buku itu, lengkap tanpa ada satu point pun yang tertinggal!


Every day of your life is a page of your history,
make it worth.


Setiap amalan dan perbuatan kita akan dicatatkan di dalam satu buku yang di mana buku itu akan diserahkan kepada kita, suatu hari nanti iaitu di Hari Pembalasan. Beruntunglah bagi siapa yang menerima buku lembaran hidupnya dengan tangan kanannya.


Masih ada waktu,
untuk memperbaiki buku kita,
masih ada ruang,
untuk menghiasi buku kita,
Agar kelak menerimanya dengan hati yang tenang.
InsyaAllah..

~*The greatest love*~



Everyday I hope and pray that my love for Allah never goes away.

Because I know..
Allah is always loves me. My love is unrequited.
Allah's love is perfect and I am sure i will not be regretted by Him.


"O Allah, guide me to continue to love you."

"O Allah, bestowed upon me your love,
and the love those who love you
and the love that can bring me towards your love"

Iblis Berkata



"Iblis berkata,"Wahai Tuhan,Engkau memutuskan saya sesat,saya pasti menjadikan mereka memandang baik perbuatan maksiat di muka bumi. Saya pasti menyesatkan mereka semua kecuali hamba-hamba-MU yang beriman,"

"Syaitan tidak ada kuasa ke atas orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya.."

(Surah an-Nahl ayat 99)

APA ITU PENGKHABARAN BUMI?


APA ITU PENGKHABARAN BUMI?

TAFSIR


Firman Allah SWT: “Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya”. (Az-Zalzalah 99:4)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w membaca ayat ini: Yang bermaksud: “Pada hari itu bumi menceritakan beritanya”. Kemudian baginda bertanya: “Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti?” Para sahabat menjawab: “Allah s.w.t. dan RasulNya yang lebih mengetahui”.

Baginda s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Solat lima waktu dan Jumaat


Solat lima waktu dan Jumaat yang satu ke Jumaat yang lainnya akan menghapuskan dosa yang ada diantaranya, kalau dosa-dosa kecil kamu jauhi.

(Hadith)

Pintu masuk bagi syaitan ke dalam Hati anak Adam itu ada Tiga.


 
Syaitan tidak akan masuk padamu melainkan dengan 3 pintu ini.
Sekiranya ketiga-tiga pintu ini ditutup,maka tiadalah bagi syaitan pintu untuk masuk padamu.

1. Pintu Syahwat (Nafsu).
Obat dan cara mengatasinya adalah dengan mentarbiyah/mendidik nafsu.
Mendidik nafsu itu caranya adalah dengan mengingkari dan menyanggah kehendaknya.

2. Pintu Kelalaian (Ghaflah).
Obat dan cara mengatasinya adalah dengan Berzikir.
Barangsiapa yang Berzikir mengingati Allah dia akan sentiasa berada dalam benteng yang kukuh.

3. Pintu Kejahilan.
Obat dan cara mengatasinya adalah dengan Ilmu.

[Ini adalah petikan dari Pengajian Syarah Soheh Al-Bukhari oleh Fadhilatus Syaikh Yusri Rusydi As-Sayyid Jabr Al-Hasani.
Fadhilatus Syaikh menamakan nasihat ini dengan "Petikan dari Al-Yusriyat"]

Semoga bermanfaat bagi yang membacanya.. Aamiin..

♥ Husband & Wife ♥



♥ Husband & Wife ♥
A Bond Of Love,
A Medal Of Trust…
A Shoulder In Sadness,
A Hand In Darkness…
A Special Relation To Hold,
An Ear Where Secrets Can Be Told…
An Appreciator For Encouragement,
Something That Doesn’t Cost…
A Jewel Never To Be Lost - Its The Magic Jewel Called HUSBAND/WIFE… ♥

"Our Lord, grant us from among our spouses and offspring comfort to our eyes and make us an example for the righteous."

(Du'aa from Surah Al Furqan, ayah 74)

Muhasabah Diri



"Bacalah Al-Quran, tatapilah ilmu, pergilah ke majlis ilmu, amalkan zikrullah, jangan buang masa dengan perkara yang tidak berfaedah, jangan banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara."

(Al-Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna)

.::RAHASIA HIDUP BERKAH DENGAN 7 SUNNAH NABI::.


 
Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat & yang sekejap untuk hidup yang panjang.

Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Karena, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah akhir cerita dalam hidup, tapi mati adalah awal
cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama,
Tahajjud karena kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua,
membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga,
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, karena masjid merupakan pusat keberkahan, bukan karena panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat,
jaga shalat Dhuha karena kunci rezeki terletak pada shalat dhuha.

Kelima
jaga sedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam
jaga wudhu terus menerus karena Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu shalat walau ia sedang tidak shalat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya
Allah”.

Ketujuh, puasa hari Senin Kamis adalah hari istimewa karena pada hari itulah Rasulullah dilahirkan, menjadi rasul dan mendapat wahyu (HR Muslim).

semua amal dibentangkan di hari Senin dan Kamis. Karena itu, sebagai orang beriman, MUHASABAH DIRI...

~*DAMAI DAN REDUPNYA SYURGA*~



Para penghuni syurga dilindungi di bawah lindungan yang terbentang luas, kekal sepanjang masa tidak terkena matahari kerana syurga suasananya sentiasa redup seperti yang disebut juga dalam ayat 13 surah al-Insaan:
Maksudnya: “Mereka tidak melihat (merasakan teriknya) matahari dan tidak pula dingin yang berlebihan” (Surah al-Insan ayat 13)
ALLAHUMMARZUQNAL JANNAH WAJ’ALNA MIN AHLIHA

.:::Antara sebab turunnya kadar iman seseorang:::.




MENYEBUT soal keimanan, ia waktu pasang dan surutnya bertambah atau berkurangan. Apabila bertambah amalan dan ketaatan, itu petanda iman sedang pasang manakala sekiranya semakin berkurangnya amalan dan bertambah pula kemaksiatan, itu tandanya iman semakin surut.

Sebagai renungan, mari sama-sama kita berkongsi kenapa dan apa sebabnya iman boleh menurun dan merosot supaya ia menjadi sempadan dan pedoman dalam menguruskan hati dan iman supaya sentiasa segar.

Antara sebab turunnya kadar iman seseorang kerana :

1)Kebodohan

Kebodohan adalah pangkal daripada pelbagai perbuatan buruk. Seseorang berbuat jahat boleh jadi kerana dia tidak tahu bahawa perbuatan itu dilarang agama.

Mereka juga mungkin tidak tahu ancaman dan bahaya yang akan dihadapinya kelak di akhirat atau ia tidak tahu keperkasaan Sang Maha Kuasa yang mengatur denyut jantungnya, mengatur musibah dan rezekinya.

2)Tidak peduli

Tidak peduli menyebabkan fikiran seseorang diisi dengan hal duniawi yang mereka sukai (yang dia pedulikan), sedangkan yang bukan dia sukai tidak diberi tempat di fikirannya.

Itu menyebabkan dia tidak ingat (zikir) kepada Allah, sifatnya tidak tulus, tidak mempunyai rasa takut dan malu (kepada Allah), tidak berasa berdosa (tidak perlu taubat) dan boleh jadi dia menjadi sombong kerana tidak merasakan pentingnya berbuat rendah hati dan sederhana.

Keengganan seseorang melakukan kebaikan padahal dia tahu hal itu diperintahkan Allah, maka dia termasuk orang yang menzalimi (melalaikan) dirinya sendiri.

Allah akan mengunci hatinya dari jalan yang lurus (Surah al-Kahfi 18:5) dan dia akan menjadi teman syaitan (Surah Thaaha 20:124).

Melupakan kewajipan dan kepatuhan seseorang dalam beribadah daripada sifat lalai atau lemah hatinya.

Waktunya perlu didorong supaya dapat diisi dengan lebih banyak perbuatan amal soleh. Kalau tidak, kesenangan duniawi akan semakin menguasai dirinya hingga dia semakin jauh daripada mengingati Allah.


3)Berterusan melakukan perbuatan dosa

Awal daripada perbuatan dosa adalah sikap tidak patuh terhadap perintah dan larangan Allah. Perbuatan

dosa umumnya dilakukan secara bertahap, contohnya dimulai daripada zina pandangan mata yang dianggap dosa kecil kemudian berkembang menjadi zina tubuh.

Dosa kecil yang dilakukan adalah proses pendidikan jahat untuk melakukan dosa besar. Justeru, jauhilah daripada melakukan dosa kecil sebelum ia tumbuh menjadi dosa besar.


4)Jiwa yang selalu mendesak melakukan perkara jahat

Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah mengatakan, Allah menggabungkan dua jiwa iaitu jiwa jahat dan jiwa yang tenang dalam diri manusia.

Mereka saling bermusuhan dalam diri seorang manusia. Ketika salah satunya kian lemah, maka yang lain akan terus kuat.

Perang antara kedua-duanya berlangsung sehingga mereka meninggal dunia. Sungguh rugi orang-orang yang jiwa jahatnya menguasai diri.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “...barang siapa yang diberi petunjuk Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barang siapa yang disesatkannya maka tidak ada seorangpun yang dapat memberinya petunjuk”.

Sifat lalai, tidak mahu belajar agama, sombong dan tidak peduli adalah beberapa cara membenamkan jiwa jahat dalam tubuh manusia.

Sedangkan sifat rendah hati, mahu belajar, melakukan muhasabah diri adalah cara menguatkan jiwa kebaikan yang ada dalam tubuh kita.


Sebab-sebab luaran diri kita pula ialah:


5)Syaitan

Syaitan adalah musuh manusia yang sentiasa berusaha untuk merosakkan keimanan seseorang. Siapa saja yang tidak menghalangi dirinya akan menjerumuskan diri dalam kesesatan.


6)Pujukan dan rayuan dunia

Allah berfirman yang bermaksud: “Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga mengenai banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu”.(Surah al-Hadiid 57:20).

Tujuan hidup manusia seluruhnya adalah untuk mengejar akhirat. Apapun kegiatan dunia yang kita lakukan seperti mencari nafkah, menonton televisyen, bertemu teman dan keluarga, semua itu bertujuan untuk meraih pahala di akhirat.

Ibnu al-Qayyim mengibaratkan hati sebagai wadah bagi tujuan hidup manusia (akhirat dan duniawi) dengan daya tampung tertentu.


7)Pergaulan buruk

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Seseorang itu terletak pada agama teman dekatnya, sehingga masing-masing kamu sebaiknya melihat kepada siapa dia mengambil teman dekatnya” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, al-Hakim, al-Baghawi).

Seorang teman yang soleh selalu memperhatikan perintah dan larangan Allah kerana dia selalu mengajak siapa saja orang di sekitarnya menuju ke arah kebaikan dan mengingatkan mereka apabila mendekati kemungkaran.

Bersahabat dengan orang soleh sangat penting untuk kita miliki pada zaman ini kerana pergaulan manusia sangat bebas dan tidak lagi memperhatikan nilai Islam.

.:::Aku yang kau kahwini, hanya Wanita Biasa:::.



Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..
Terima kasih karena telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa,
yang sangat jauh dari sempurna.
Karenanya ku ingin kau tahu,
aku bukan wanita yang sempurna,
aku begitu banyak kekurangan.

Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..
Aku tak sebijak bunda khadijah,
karenanya ku ingin kau tahu,
aku boleh saja berbuat salah dan begitu menyebalkan.
Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku,
jangan marah padaku,
nasihati aku dengan hikmah,
karena bagiku kaulah pemimpinku,
tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak..

Ingatlah, tak selamanya aku dapat nampak cantik di matamu,
ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek.
Mungkin karena aku begitu sibuk di dapur,
menyiapkan makan untuk kau dan malaikat-malaikat kita nanti
–insya’Allah-.
Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap.
Atau karena seharian ku harus membenahi istana kecil kita,
agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat.
Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja..
maka tegurlah aku, dan khabarkan padaku dengan lemah lembut dan bijaksana...


Ataukah kau akan menemukanku tersenguk-senguk saat mendengar keluhan dan ceritamu,
bukan karena aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasa,
tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak,
aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang sakit,
dan ku tau kau letih mengais rezeki untuk kami,
maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu..
Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku,
maka tetaplah tersenyum padaku,
karena kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, mungkin ada saatnya, aku tak sesabar Fatimah,
ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah,
menangis dan tak terkawal,
bukan karena ku membangkang padamu,
tapi aku hanya wanita biasa,
aku juga memerlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku,
tempat untuk melepaskan penatku,
dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu,
atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu,
maka bersabarlah,
yang aku perlukan hanya pelukan dan belaianmu..
Karena bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan
memukul pelan si kecil karena lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya.
Sungguh bukan karena ku ingin menyakitinya,
tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya.
Maka jangan membentakku karena telah menyakiti buah hati kita,
tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku,
tegurlah aku dengan hikmah,
karena dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian,
dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita,
dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya,
dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas aisyah..
Maka jangan pernah bosan mengajariku,
membimbingku ke arah-Nya,
walau terkadang aku begitu bebal dan bodoh,
tapi jangan pernah letih mengajariku..
Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk
bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih..
Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah..
Bimbing tanganku ke JannahNya,
agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu,
kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah,
akan menipis dan memutih.
Kulitku yang bersih akan mulai keriput.
Tanganku yang halus akan menjadi kasar..
Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik,
yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu..
Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu..
Maka jangan pernah berpaling dariku..
Karena satu yang tak pernah berubah,
bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah,
yaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah..
Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya,
telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..
Maka, cintailah aku,
dengan apa adanya aku..
Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna..
Maafkan aku karena aku bukan putri..
Aku hanya wanita biasa....
terimalah aku apa adanya dan bimbinglah aku menuju jalanNYA.....
semoga kita bisa sama-sama bahagia..

~*Nikmat *~



"Nikmat yang paling berharga selepas selepas nikmat Islam dan iman adalah memiliki sahabat yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh." (Umar al-Khattab)

Ya Allah,kurniakan iman dalam hati kami...dalam pendengaran kami,dalam penglihatan kami,dan dalam lisan kami.....aamiiin!...........

~*Tafsir Surah Al-Kautsar*



1. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.

2. Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu; dan berkorbanlah.
3. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu Dialah yang terputus.

Surah Al-Kautsar 108

Jika Kamu




 

Jika kamu menyukai seseorang,usahlah kau pamerkan kasih sayangmu,
kelak kamu akan kecewa...

Jika kamu meminati seseorang, usahlah menunjukkan kepada si dia,
kelak kamu akan derita...

Jika kamu berkenankan seseorang, usahlah kau luahkan pada si dia,
sebaliknya luahkanlah hanya pada Dia...

Jika kamu memang benar-benar tergila-gilakan seseorang,
marilah meminta daripada Allah S.W.T, kerana Dia Maha Mendengar....

Jika benar cinta kamu kepada seseorang itu kerana Allah S.W.T,
siapa tahu Dia menggerakkan hati kamu berdua & menjOdOhkan kalian didunia serta disyurga....

InsyaAllah,Aamiin allahumma aamiin...

~*APAKAH ALLAH MENJAWAB DOA DOA*~


Satu hal yang membuat kita KUAT adalah DOA.Satu hal yang membuat kita DEWASA adalah MASALAH.
satu hal yang membuat kita MAJU adalah USAHA.
Satu hal yang membuat kita HANCUR adalah PUTUS ASA.
satu hal yang membuat kita SEMANGAT adalah HARAPAN.
Satu hal yang membuat kita MENJADI yang terbaik adalah MENGAKRABKAN diri dngn Keheningan jiwa dan memperbanyak SUJUD dihadapan ALLAH SWT.
Jangan mengangap kegagalan menjadi HAMBATAN.....TETAP SEMANGAT

Sifat yang harus kita amalkan seharian...insyaAllah..


1. Diam dan jangan banyak cakap. Biasanya kalau banyak cakap nanti timbul pula perkataan dusta dari mulut kita.

2. Berasa cukup dengan apa yang dimiliki. Biasanya kalau berlebih-lebihan nanti mesti masih tak puas dan nak lebih lagi.

3. Jangan tonjolkan diri untuk jadi popular. Biasanya kalau dah popular nanti pandang rendah terhadap orang lain.

4. Biasakan diri dengan sikap kasih sayang dan saling hormat menghormati. Biasanya kalau tak ada rasa belas nanti sifat zalim pula yang datang.

5. Jangan bersifat berburuk sangka kepada orang lain. Biasanya kalau ada sifat buruk sangka nanti kita hilang kawan atau tiada kawan langsung.

6. Sentiasa bertafakur memikirkan kelemahan diri dan mengingati kebesaran Allah s.w.t. Biasanya kalau kita tidak bermuhasabah nanti kita hanya tahu yang kita ini kononnya bagus.

7. Selalulah berdoa dan memohon taufik dan hidayah Allah s.w.t. Biasanya kalau kita tidak berdoa nanti kita menghidap penyakit ‘syirik kecil’. Nauzubillah

muhasabah diri.

Hari Ini



Hari ini sebelum engkau berpikir untuk mengucapkan kata-kata kasar, ingatlah akan seseorang yang tidak bisa berbicara.

Sebelum engkau mengeluh mengenai cita rasa makananmu, ingatlah akan seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum engkau mengeluh tentang suamimu, ingatlah akan seseorang yang menangis kepada Allah untuk meminta penyembuhan sehingga suaminya tidak lumpuh seumur hidup.

Hari ini sebelum engkau mengeluh tentang hidupmu, ingatlah akan seseorang yang begitu cepat pergi ke alam kubur dengan masih menyertakan kemiskinannya.

Sebelum engkau mengeluh tentang anak-anakmu, ingatlah akan seseorang yang begitu mengharapkan kehadiran seorang anak, tetapi tidak mendapatnya.

Dan ketika engkau lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, ingatlah akan para penganguran, orang cacat dan mereka yang menginginkan pekerjaanmu.

Dan ketika beban hidup tampaknya akan menjatuhkanmu, pasanglah senyuman di wajahmu dan berterima kasihlah pada Allah karena engkau masih hidup dan ada di dunia ini.

Hidup adalah anugerah, syukurilah, jalanilah, nikmatilah dan isilah hidup ini dengan sesuatu yg bermanfaat untuk umat manusia.

Nikmatilah dan beri yang terbaik di setiap detik dalam hidupmu, karena itu tidak akan terulang lagi untuk waktumu selanjutnya.

~*10 Hal Terbaik*~


Ali Bin Abi Thalib Radhiyallahu'anhu berkata 10 hal terbaik :

1. Ilmu = Sebaik baik harta warisan
2. Sopan santun = Sebaik baik perolehan
3. Takwa = Sebaik baik bekal akhirat
4. Ibadah = Sebaik baik harta perniagaan
5. Amal shalih = Sebaik baik penuntun ke surga
6. Akhlaq yang baik = Sebaik baik teman
7. Sifat santun = Sebaik baik pembantu
8. Qanaah = Sebaik baik kekayaan
9. Taufiq = Sebaik baik pertolongan
10. Kematian = Sebaik baik pendidikan

(Syarh al Munab Bihat ' alal isti' aad. Karya Ibnu Hajar al Asqalani)

Jumat, 14 September 2012

Amaran NASA Matahari Akan Terbit Dari Barat ?


Amaran NASA Matahari Akan Terbit Dari Barat ?




Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.

Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat! Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda lama dahulu bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.

Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.


Pencapaian pengetahuan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.



Keratan akhbar yang menyatakan bahawa NASA telah mengeluarkan
kenyataan berkenaan isu ini.

TEORI QURAN VS TEORI BARAT
Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.


Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan. Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.

Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia masih lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).
Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan masih boleh dilalui.

Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas. Berita 2012 Puasa Terakhir Kita?