Kamis, 23 Februari 2012

Horoskop boleh meramal solat



Ada orang berkata mengapa tidak boleh mempercayai bintang horoskop sedangkan orang dahulu juga mempercayai bintang termasuk menentukan waktu dan arah perjalanan?


Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, berkata mempercayai ramalan bintang horoskop adalah haram bahkan sebarang ramalan lain juga adalah haram.

Menurutnya, kepercayaan seperti itu termasuk dalam hukum meramal nasib yang diharamkan dalam Islam, seperti ditegaskan pada ayat 90, surah Al-Maidah. “Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang anak panah adalah perbuatan keji dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
Horoskop atau ramalan zodiak adalah carta atau diagram yang menunjukkan kedudukan relatif objek langit seperti matahari, bulan dan planet. Perkataan horoskop berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud ‘melihat jam.’ Untuk memperoleh horoskop seseorang, tempat, hari dan tarikh lahir orang itu mesti diketahui.


Tarikh itu pula akan jatuh pada satu daripada 12 lambang zodiak yang sedia ada iaitu Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio, Sagitarius, Capricorn, Aquarius dan Pisces.

Berikut adalah contoh ramalan zodiak/horoskop
Lelaki Libra – 23 September – 22 October - Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik.
Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Sebahagian besar lelaki libra berwajah tampan. Bahkan jika wajahnya biasa2 sahaja, tetap terlihat menawan. Sisi negatifnya, ia keras kepala dan selalu memulakan pertengkaran. Ketika mood-nya baik, ia lelaki yang menyenangkan.
Jika sedang mendung, ia paling suka memancing perdebatan. Secara semulajadi, orang libra suka berada dalam dunianya sendiri. Tak suka melakukan hal yang pelik-pelik. Dia tak suka pada perempuan yang make up berlebihan atau yang mengalahkan artis.
Umum: Minggu ini perhatian anda tertumpu tentang masalah kesihatan. Anda jadi sangat menekankan dan sedikit agak berlebihan tentang segala perkara yang berkaitan dengan kesihatan. Itu baik, hanya memang perlu dikawal. Segala sesuatu yang berlebihan kan memang tak pernah baik.

Cinta: Jika anda mengharapkan situasi yang romantik minggu ini, anda memang akan mendapatkannya. Tetapi yang perlu anda ingat adalah tekan keegoan anda. Ada baiknya mengutamakan pasangan terlebih dahulu. Ada yang tak setuju dengan perkara tersebut? Hmm, sebaiknya anda berfikir semula.

Karier dan Kewangan: Mental anda sedang diuji, sehingga anda harus boleh menghadapi tekanan yang datang bertubi-tubi. Mengeluh? Berasa berat? Oh ya, itu wajar, tetapi anda masih punya semangat untuk menyelesaikannya kan?

Jodoh Bintang Libra: Capricorn, Aries, dan Libra sendiri.
Warna Tuah Bintang Libra: Biru
Batu Tuah Bintang Libra: Opal, berlian, dan mirah warna kuning
Hari Bertuah Bintang Libra: Jumaat
No Bertuah: 8, 17, 22, 35, 39, 44

“Dalam ilmu mengkaji bintang atau disebut juga ilmu falak ia dijadikan sandaran untuk mengenali komposisi kita, contohnya menentukan waktu solat, kita melihat kepada longitud dan latitudnya, apakah sudah waktu Isya atau Subuh. “Sama juga apabila berlayar di lautan, pelayar akan melihat bintang di langit, Berdasarkan kerlipan atau kedudukan bintang memberikan panduan kepada mereka untuk menentukan arah pelayaran dan tiba ke destinasi ditujui,” katanya.
Beliau berkata, ramalan horoskop pula ialah merujuk kepada bintang dan dengan ramalan itu mempercayai dapat memberikan penyebab kepada kehidupan seseorang sama ada kebaikan atau keburukan seseorang.
“Mempercayainya seperti seorang dilahirkan dalam bulan sekian membawa kebaikan atau keburukan adalah jelas haram kerana ia termasuk perkara karut dan khurafat.


“Dalam Islam, melahirkan atau dilahirkan dalam bulan dan hari apa sekalipun tidak memberikan kebaikan atau keburukan, cuma dalam Islam ada dibincangkan keistimewaan hari dan bulan tertentu.


“Tetapi mempercayai tarikh, waktu atau bulan tertentu memberikan kebaikan, keuntungan, kerugian atau keburukan adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
“Ini kerana bintang juga adalah makhluk iaitu benda yang diciptakan, sama dengan makhluk yang lain, diciptakan dan yang mencipta ialah Allah. “Sepatutnya kita kena mempercayai kepada Allah, yang berkuasa atas segala-galanya, bukannya seperti ramalan bintang, hanya terikut2 dengan pengaruh orang Barat.
“Kepercayaan kepada horoskop tidak lebih sekadar amalan orang Jahiliyah,” katanya. Beliau berkata, orang Jahiliyah memang mempercayai benda karut seperti ini, sehingga menjadikan bintang dan matahari sebagai Tuhan sembahan mereka, membuatkan mereka berada dalam kesesatan.
“Orang Islam tidak boleh terpengaruh dengan benda ini, walaupun sedikit kerana ia boleh menjejaskan akidah. “Kelahiran manusia dan nasib baik atau buruk adalah ketentuan Allah.


“Teori horoskop itu adalah satu tilikan berdasarkan teori falsafah orang Barat dan mereka yang mempercayainya cuma dari sudut perasaan saja. “Perasaan saja sudah boleh membuatkan orang yang mempercayai berasa ceria atau murung,”

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun/peramal kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari." [ Muslim ]. Maka sia2 lah solat bagi mereka yang mempercayai zodiak/horoskop ini. Sekali percaya 40 hari solat nya tidak diterima, jika hari2 berhoroskop? Ambil kalkulator kira sendiri. Selamat meramal solat anda.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar