Jumat, 31 Agustus 2012

Puasa Sunat 6 Syawal


 
 
Di Dalam Riwayat Hadith Muslim :

Barang Siapa yang TELAH BERPUASA FARDHU RAMADHAN.....
kemudian Di Ikuti pula dengan Berpuasa Enam ( 6 ) Hari di Bulan SYAWAL...
...
Maka Adalah Pahala nya seperti " DIA BERPUASA Sepanjang Tahun "

Subhanallah...., Rebutlah Peluang untuk Menambahkan SAHAM KITA Di Akhirat dengan Berpuasa Enam Hari SYAWAL Menyahut Sabda Nabi Muhammad Sallallah 'Alai Wassalam seperti Di Atas..

PERADABAN MENYAMBUT SYAWAL


1. Allah haramkan berpuasa pada 1 Syawal
2. Jangan campurkan dengan perbuatan-perbuatan yang haram. Jangan menganggap Aidilfitri sama dengan perayaan-perayaan lain.
3. Orang yang menang itu adalah orang yang mengawal dan mengalahkan hawa nafsunya.
4. Kita disuruh menyebut nama Allah dengan bertakbir di mana-mana bagi mengagungkan Allah dan melahirkan rasa kesyukuran
5. Takbir, solat jemaah, berdoa dan berbuat kebaikan pada malam raya.
6. Menunaikan solat sunat Aidilfitri pada pagi raya.

Imam Syafie berkata doa itu mustajab pada 5 malam iaitu:
1. Malam Jumaat
2. Malam Hari Raya Aidilfitri
3. Malam Hari Raya Haji
4. Malam Awal Bulan Rejab
5. Malam Nisfu Syaaban

Antara amalan-amalan yang sunat dilakukan di pagi raya ialah:
1. Mandi sunat pagi raya
2. Mengenakan dan memakai pakaian yang terbaru
3. Memakai harum-haruman
4. Berhias diri
5. Makan dan minum sebelum ke masjid
6. Pergi ke masjid melalui jalan lain dan pulang melalui jalan lain
7. Ucap tahniah
8. Ziarah-menziarahi kubur, saudara-mara dan rakan-rakan.

See translation

Takbir Raya


~*Takbir Raya*~


اللّهُ أكبر
Allahu Akbar

لا إلَهَ الا اللّه

La illaha il Allah

اللّهُ أكبر اللّهُ اكبر
Allahu Akbar, Allahu Akbar

و لِلّه الحمدَ
walilahil Hamd

اللّهُ أكبرُ كَبيِرَا
Allahu Akbaru Kabeera

وَالحَمدُ لِلّهِ كَثِيرا
wal-Hamdulilahi katheera

وَ سُبحَان اللّهِ
wa Subhan allahi

بُكرَةً وَأصْيِلا
bukratan wa aseila

لا إلَهَ الا اللّه
La illaha il Allah

صَدَقَ وَعدَه
sadaqa wa’dah

وَنَصَرَ عبده
wa nasara abda

وأعزَ جُنَده
wa a’azza jundahu

وَهزم الأحْزَابَ وحْدَه
wa hazamal-ahzaaba wahdah

لا إلَهَ الا اللّه
La illaha il Allah

وَلا نَعبُد الا أياه
wa laa na’budu illa iyyah

مُخلِصِّينَ لَهُ الدّيِنَ
mukhlessena lahud-deena

وَلوْ كَرِهَ الكَافِروُن
walaw karehal-Kafeeroon

اللّهمَ صَلِّ على سيْدنَا مُحَمد
Allahumma salli ala sayyedna Muhammad
O
وَعَلى آلِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala aalie sayyedna Muhammad

وَعَلى اصْحَابِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala as-haabie sayyedna Muhammad

وَعَلى أنصَارِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala ansari sayyedna Muhammad

وَعَلى أزوَاجِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala azwajie sayyedna Muhammad

وَعَلى ذُرِّيَةِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala dhurreyatie sayyedna Muhammad

Amalan Sunat Di Malam Raya


Sememangnya agama Islam tidak melarang kita membuat persediaan bagi memeriahkan sambutan hari raya kerana hari raya adalah hari kemenangan umat Islam dalam melaksanakan rukun Islam ketiga dan berjaya menumpaskan hawa nafsu dan godaan syaitan.

Namun, dalam kerancakan menyambut lebaran, kita hendaklah sentiasa ingat supaya tidak dilalaikan dalam membuat persiapan hari raya kerana pada saat dan ketika itulah kita

sewajarnya merebut peluang untuk mempertingkatkan amal ibadat kita untuk memperoleh ganjaran berlipat ganda yang dijanjikan Allah.

Walaupun Ramadan berlalu pergi, tidak bermakna ia bukan waktu terbaik bagi kita melaksanakan ibadat serta menambah amalan.

Jangan kita abaikan nilai dan roh Ramadan yang dilaksana seolah-olah ibadat puasa yang kita kerjakan tidak memberi kesan baik pada diri kita.

Begitu juga berpuasa dapat mengembalikan kesihatan tubuh badan yang mungkin sebelum ini kita tidak berkesempatan mengamalkan pemakanan seimbang.

Dalam menyambut kedatangan Syawal, kita hendaklah meraikannya mengikut panduan digariskan agama Islam iaitu sunat melaungkan takbir sebaik tibanya Syawal serta menghidupkan malam raya dengan berzikir, bertahmid, bertasbih, beristighfar, berdoa dan mengerjakan solat sunat.

Selain disunatkan mandi dengan niat kedatangan Aidilfitri, memakai bau-bauan harum, memotong kuku, memakai pakaian elok, kita disunatkan mengerjakan solat sunat hari raya sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (Hari Raya) ialah dengan solat.” (Riwayat Imam Al-Bukhari)

Begitulah indahnya dan telitinya agama Islam sehingga menyambut hari raya ada adab serta garis panduan yang memimpin umatnya supaya tidak terpesong daripada tujuan sebenar sambutan diadakan iaitu sebagai menzahirkan rasa syukur terhadap Allah SWT.

Namun, di samping bersyukur dan bergembira meraikan hari raya, kita disunatkan melakukan puasa sunat enam hari pada Syawal, bermula pada dua Syawal.

Puasa enam pada Syawal lebih afdal dilaksanakan secara berturut-turut tetapi tidak menjadi kesalahan jika puasa enam itu dilakukan secara berselang hari atau dibuat pada bila-bila masa asalkan pada Syawal.

Ganjaran bagi orang yang mengerjakan puasa sunat enam hari pada Syawal selepas berpuasa sebulan Ramadan, seolah-olah berpuasa sepanjang tahun.

Ini sebagaimana hadis Rasulullah SAW bermaksud:

“Barang siapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.” (Riwayat Muslim)

Ini bukti Allah SWT sentiasa memberi peluang dan ruang kepada hamba-Nya untuk melaksanakan ibadat tambahan bagi memperoleh pahala disediakan-Nya.

Berpuasa enam hari adalah sebagai petanda betapa seseorang itu meningkat iman dan takwanya kepada Allah hingga sanggup menahan lapar dan dahaga, sedangkan pada waktu itu mereka dibolehkan menikmati aneka makanan dan juadah.

Ia juga sebagai bukti serta pengukur bahawa ibadat yang dilakukan sepanjang Ramadan memberi kesan kepada diri dengan perasaan penuh kesyukuran, sedangkan ada antara kita meraikannya dengan menikmati juadah yang ada.

Ramadhan sudah mahu pergi.



Ramadhan sudah mahu pergi.
Rugilah orang-orang yang merugikan diri mereka dengan tidak mengambil peluang,
beruntunglah orang-orang yang beruntung dengan mengisi kebaikan pada segala ruang.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan membuat kerja-kerja kebaikan. Dan saling berpesan kepada kebenaran dan saling berpesan kepada kesabaran." Surah Al 'Asr

Kebaikan disemai, RedhaMU dituai



Pada yang empunya harta melimpah
hulurkanlah zakat dan sedekah
Pada yang gagah sihat dan kuat
berilah tenaga dan keringat

 Pada yang berbakat dan cendikiawan
murahlah dengan khidmat dan pengajaran
Pada yang miskin dan kesempitan
bersedekahlah pula dengan senyuman

Semua kita harus pemurah
Memberi bukan untuk bermegah
Tetapi itulah perintah Allah
Sebagai perantara rahmat dan barakah

Di dunia menyemai kebaikan
Di akhirat nanti menuai keredhaan
Di sini tempat bekerja memerah tenaga
Di sana tempat berehat menikmati syurga

Ramadan itu medan mujahadah
Agar di Syawal kembali ke fitrah
Perjuangan memang pahit
kerana syurga itu manis

Ramadan itu bagai ‘dunia’ – menempuh ujian
Syawal itu umpama ‘akhirat’ – menempah kejayaan!

Credit: Tinta Khalifah

RENUNGAN JUMAAT



renung-renungkan dah selamat beramal

Setiap ilmu ada amalannya.
Setiap perkara ada sebabnya.
Setiap persoalan ada jawapannya.

Setiap perlakuan ada ganjarannya.
Setiap kesulitan ada kemudahannya.
Setiap kehidupan ada ujian dan dugaannya.
Setiap takdir ada hikmah di sebalik ketetapanNYA...

Lalu, renungilah dengan mata hati..
Berfikirlah dengan akal kurniaan ILAHI moga sentiasa diberkati, InsyaAllah.

Cara Mencari Malam Lailatul Qadar Oleh Imam Ghazali



Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar | Dalam mengerjakan ibadat dalam bulan ramadhan, sudah tentunya kita akan sentiasa tertunggu-tunggu 10 malam yang terakhir. Itulah malam yang mana ia berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir iaitu hari ganjil bulan ramadhan. Adakah malam lailatul qadar ini jatuh pada 21, 23, 25, 27 atau 29 ramadhan tahun ini? Hanya orang yang berusaha saha
ja akan merasai nikmat beribadat di malam lailatul qadar. Terdapat petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar.

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan
Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda malam qadar ialah :
Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

mengisi malam-malam di 10 hari terakhir Ramadan


DALAM beberapa hadits, Rasulullah SAW menerangkan hal-hal yang harus dilakukan untuk mengisi malam-malam di 10 hari terakhir Ramadan. Ada beberapa hal yang dicontohkan.

I’tikaf
Rasulullah SAW menghabiskan 10 malam terakhir dengan beribadah di masjid (i’tikaf). Pintu rumahnya langsung menempel ke masjid hingga saat i’tikaf dia menyisir rambutnya hanya dengan membuka tirai antara rumah dan masjid.

Ini dilakukan karena ia tidak ingin beranjak sedikit pun dari masjid saat beri’tikaf. Istri Rasulullah SAW. Aisyah RA menuturkan, Rasulullah SAW beri’tikaf dengan tujuan mendapat malam lailatul qadar. Dengan menghilangkan segala kesibukan dunia maka akan lebih mudah bermunajat kepada Allah, banyak berdoa dan banyak berdzikir ketika itu.

Meningkatkan Kesungguhan dalam Beribadah
Aisyah menceritakan, “Rasulullah SAW sangat bersungguh-sungguh pada 10 hari terakhir Ramadan melebihi kesungguhan beliau di waktu yang lainnya,” (HR Muslim).

Hal dasar yang harus dilakukan untuk mengoptimalkan ibadah lailatul qodr adalah meningkatkan kesungguhan. Biasanya pada akhir Ramadan, masyarakat sibuk dengan persiapan menghadapi Lebaran. Berbelanja, membuat kue-kue, mempersiapkan tiket mudik, dan kegiatan lainnya. Kelelahan menyiapkan hal-hal remeh-temeh kadang membuat kita tidak sempat meramaikan malam-malam di akhir Ramadan dengan optimal.

Oleh sebab itu, kesungguhan menjadi hal utama. Kegiatan yang berkaitan dengan mudik dan perayaan Idul Fitri dapat dilaksanakan pada awal atau pertengahan Ramadan.

Memperbanyak Salat Malam
Dari Abu Hurairah Nabi Muhammad SAW bersabda, “Barangsiapa melaksanakan salat pada malam lailatul qadar karena iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni,” (HR Bukhari).

Setelah melaksanakan puasa selama 20 hari, tentu tubuh kita telah terbiasa. Makan dan minum sudah tentu tidak perlu berlebihan agar rasa kantuk tidak datang saat beraktivitas di siang hari. Pada 10 malam terakhir, qiyamu lail atau tarawih, lebih utama dilaksanakan pada sepertiga malam atau mulai pukul 03.00 dini hari.

Memperbanyak Istighfar
Selain sebagai waktu yang tepat untuk berdoa kepada Allah, lailatul qodr juga tepat untuk memohon ampunan kepada-Nya. Setelah Ramadan kita menyonssong Idul Fitri, sebuah hari raya yang merupakan simbol kembali pada kondisi bersih dan suci. Tentu kondisi suci ini harus diupayakan selama Ramadan berlangsung. Salah satu penyuciannya dilaksanakan pada 10 malam terakhir.

”Katakan padaku wahai Rasulullah, apa pendapatmu, jika aku mengetahui suatu malam adalah lailatul qadar. Apa yang aku katakan di dalamnya?” Beliau menjawab, ”Katakanlah: Allahumma innaka afuwwun tuhibbul afwa fa’fu anni (Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku).” (HR Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Hukuman Orang yang Tidak berpuasa



Dari Abu Umamah Al-Bahili r.a, berkata : Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :

“Ketika aku sedang tidur, datanglah dua orang lelaki kemudian memegang lenganku, lalu membawaku ke satu gunung yang kasar (tidak rata), keduanya berkata, “Naik”. Aku katakan, “Aku tidak mampu”. Keduanya berkata, ‘Kami akan memudahkanmu’. Akupun naik hingga sampai ke puncak gunung, ketika itulah aku mendengar suara yang keras. Akupun bertanya, ‘Suara apakah

ini?’. Mereka berkata, ‘Ini adalah teriakan penghuni neraka’. Kemudian keduanya membawaku, ketika itu aku melihat orang-orang yang digantung dengan kaki di atas, mulut mereka robek, darah mengalir dari mulut mereka. Aku bertanya, ‘Siapa mereka?’ Keduanya menjawab, ‘Mereka adalah orang-orang yang berbuka sebelum halal puasa mereka (sebelum masuk waktu berbuka)”.

(Riwayat An-Nasa’i)

Ingatlah wahai saudara-saudaraku, meninggalkan puasa ramadhan dengan sengaja adalah berdosa besar jika tiada sebab yang diizinkan syarak. Pada hari ini azab memang tidak terasa atau dilihat sesiapa. Bagi yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mereka akan sentiasa bersungguh-sungguh berpuasa dan berwaspada daripada mendapat kehinaan di Akhirat kelak.Dan ingatlah jua masa berbuka, bersabarlah sehingga benar-benar pasti masuk waktu berbuka. Wallahu a’lam

Allahumma inna nas-aluka ridhaka wal jannah……..amin

Hari Ini



Hari ini sebelum engkau berpikir untuk mengucapkan kata-kata kasar, ingatlah akan seseorang yang tidak bisa berbicara.

Sebelum engkau mengeluh mengenai cita rasa makananmu, ingatlah akan seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum engkau mengeluh tentang suamimu, ingatlah akan seseorang yang menangis kepada Allah untuk meminta penyembuhan sehingga suaminya tidak lumpuh seumur hidup.


Hari ini sebelum engkau mengeluh tentang hidupmu, ingatlah akan seseorang yang begitu cepat pergi ke alam kubur dengan masih menyertakan kemiskinannya.

Sebelum engkau mengeluh tentang anak-anakmu, ingatlah akan seseorang yang begitu mengharapkan kehadiran seorang anak, tetapi tidak mendapatnya.

Dan ketika engkau lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, ingatlah akan para penganguran, orang cacat dan mereka yang menginginkan pekerjaanmu.

Dan ketika beban hidup tampaknya akan menjatuhkanmu, pasanglah senyuman di wajahmu dan berterima kasihlah pada Allah karena engkau masih hidup dan ada di dunia ini.

Hidup adalah anugerah, syukurilah, jalanilah, nikmatilah dan isilah hidup ini dengan sesuatu yg bermanfaat untuk umat manusia.

Nikmatilah dan beri yang terbaik di setiap detik dalam hidupmu, karena itu tidak akan terulang lagi untuk waktumu selanjutnya.

Sifat yang harus kita amalkan seharian...insyaAllah..



1. Diam dan jangan banyak cakap. Biasanya kalau banyak cakap nanti timbul pula perkataan dusta dari mulut kita.

2. Berasa cukup dengan apa yang dimiliki. Biasanya kalau berlebih-lebihan nanti mesti masih tak puas dan nak lebih lagi.

3. Jangan tonjolkan diri untuk jadi popular. Biasanya kalau dah popular nanti pandang rendah terhadap orang lain.


4. Biasakan diri dengan sikap kasih sayang dan saling hormat menghormati. Biasanya kalau tak ada rasa belas nanti sifat zalim pula yang datang.

5. Jangan bersifat berburuk sangka kepada orang lain. Biasanya kalau ada sifat buruk sangka nanti kita hilang kawan atau tiada kawan langsung.

6. Sentiasa bertafakur memikirkan kelemahan diri dan mengingati kebesaran Allah s.w.t. Biasanya kalau kita tidak bermuhasabah nanti kita hanya tahu yang kita ini kononnya bagus.

7. Selalulah berdoa dan memohon taufik dan hidayah Allah s.w.t. Biasanya kalau kita tidak berdoa nanti kita menghidap penyakit ‘syirik kecil’. Nauzubillah

muhasabah diri.

Allah Memandang Hati Bersih


Kita berkewajipan memelihara hati, malah Rasulullah s.a.w. telah memperingatkan kita melalui sebuah hadis Baginda: “Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik daging tersebut, maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak daging tersebut, maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hati merupakan tempat pandangan Allah. Hati diibaratkan sebaga

i pakaian yang kita gunakan. Kita akan selalu membersihkan pakaian yang kita gunakan lantaran akan dilihat oleh orang lain. Bagaimana pun juga, orang akan menilai kita dari pakaian yang kita gunakan.

Begitu pun dengan hati. Allah akan melihat siapa kita melalui hati. Untuk itu, senantiasalah menjaga hati agar selalu bersih seperti kita menjaga pakaian kita agar selalu indah dipandang orang lain.

Hati orang yang bersih, tercermin dari bersihnya jasad. Bagaimana pun juga, di dalam tubuh setiap manusia, terdapat segumpalan daging yang bernama hati. Bersih atau kotornya hati, menentukan sifat manusia yang memilikinya.


Untuk meyakinkan perihal hati yang bersih, Kita kaji bandingan mengenai hati dan hidup di dunia. Apa definisi kehidupan yang berkaitan dengan hati. “Bila hati kita hidup tetapi jasad kita diam, apakah itu kehidupan atau kematian? Bila hati kita mati tetapi jasad kita bergerak, apakah itu kehidupan atau kematian?”

Bagaimana pun , kehidupan kita ditentukan oleh kualiti hati masing-masing. Kita bayangkan mengenai seorang yang sakit dirawat di rumah sakit . Pesakit ini selalu mengeluh setiap waktu.

Namun, di tengah keluhannya, ada seorang pesakit di kamar lainnya, tengah bersyukur dengan mengucapkan kalimat dzikir. Ketika ditengok, ternyata orang tersebut tidak memiliki kaki dan tangan. “Apakah ini kehidupan atau kematian?”

Bukan lah mudah untuk menjaga hati dan tidaklah sukar menjaga kebersihan hati. Bagaimana caranya? Pesan yang pertama, adalah bersihkan hati dari syirik. Hal ini bisa dilakukan dengan menguatkan ketauhidan. Caranya pun cukup mudah, yaitu dengan menundukan hawa nafsu.

Pesan yang kedua adalah membersihkan hati dari kesombongan. Hal ini boleh dilakukan dengan mencoba bersikap rendah hati dan tidak melihat dirinya lebih baik dari orang lain. Dalam hal ini, kita mesti sentiasa untuk memohon kepada Allah agar menumbangkan pohon kesombongan yang tumbuh dalam hati.

Pesan yang ketiga, membersihkan hati dari iri dan dengki. Meskipun begitu, iri dan dengki diperbolehkan asal digunakan dalam kebaikkan.

Selain ketiga pesanan diatas, kita juga hendaklah senantiasa memeriksa hatinya masing-masing. Maka kita hendaklah senantiasa berdoa dengan penuh pengharapan kepada Allah agar hati kita dibersihkan oleh-Nya. Bersungguh-sungguh untuk membersihkan hati dan bersahabat dengan orang-orang yang baik, juga menjadi dua perkara yang harus dilakukan manusia agar hatinya bisa tetap bersih.

BUATMU BERNAMA ADAM



Jadilah ADAM yang berpendidikan tinggi dalam agama yang boleh membimbing hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang membinasakan. Jadilah ADAM yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki hawa. Jadilah ADAM yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri. Jadilah juga ADAM yang boleh menjadi ketua keluarga, imam solat dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh kaum hawa.

Menjaga Kesihatan Mengikut Cara Nabi


Sama-sama kita amalkan cara menjaga kesihatan seperti nabi
agar sentiasa sihat dan bahagia...

Sunnah Sunnah Hari Jumaat


INDAHNYA JIKA PEMIMPIN MENJADI IMAM SOLAT


Mempraktikkan SOLAT BERJEMAAH dalam masyarakat mampu menguatkan sistem organisasi dalam negara... Hal ini dapat dilihat melalui hikmah solat berjemaah, antaranya, merapatkan hubungan rakyat dengan pemimpin dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan penduduk....

ALANGKAH INDAHNYA jika pemimpin menjadi imam, kerana kekuatan solat berjemaah juga boleh menimbulkan sikap kasih sayang, hormat-menghormati d

an menjalinkan persefahaman.... Syarat-syarat untuk menjadi imam solat berjemaah adalah sama dengan syarat untuk menjadi pemimpin dari segi kemampuan menguasai ilmu agama.... Seorang imam perlu menguasai bacaan Al-Quran lebih baik daripada makmumnya dan lebih faham perkara berkaitan rukun dan syarat.... Begitu juga pemimpin, seorang pemerintah perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam untuk mentadbir negara, kerana kuasa menghukum terletak di bahunya.... Kejayaan umat Islam sebelum ini adalah kerana MEREKA MEMPRAKTIKKAN ROH SOLAT itu di luar solat....

Dalam SOLAT, mereka merendah diri kepada Allah SWT.... Di luar solat, mereka tawaduk, tidak sombong, tidak angkuh atau membesarkan diri..... Mereka solat berjemaah dan patuh kepada imam, selagi imam patuh kepada syarat dan rukun... Di luar solat, mereka hidup dalam masyarakat yang harmoni, mentaati pemerintah selagi pemerintah mentaati Allah SWT....

Dalam solat berjemaah juga mereka berbaris dalam satu saf yang tersusun rapi.... Di luar solat, mereka berganding bahu dalam organisasi yang teratur untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka....
Seseorang yang dianugerahi Allah SWT untuk menjadi pemimpin, hendaklah menunjukkan rasa cintanya dalam menyampaikan dakwah Islam kepada bawahannya atau rakyatnya.... Dakwah tidak semestinya dilakukan oleh pendakwah, ustaz mahupun tabligh, tetapi dakwah juga dipertanggungjawab kepada pemimpin..... Maksud dakwah ialah mengajak individu ataupun masyarakat ke arah yang lebih baik dari setiap sudut ekonomi, politik, sosial, pendidikan, sains dan teknologi serta kesihatan....

Insya-Allah, jika seseorang itu berjaya menjadi imam dalam solat jemaah, maka dia akan berjaya dalam memimpin rakyatnya... DEMIKIANLAH YANG DILAKUKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.... Baginda adalah pemimpin negara, dan Baginda juga adalah IMAM dalam solat berjemaah.... “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri TELADAN yang baik bagi kamu, yaitu bagi orang-orang yang mengharapkan menemui Allah dan Hari Akhir dan mengingat Allah sebanyak-banyak” (QS Al Ahzab 33 : 21)....

Cukuplah Allah Bagiku



Kadang dalam hidup ini, terpaksa juga kita lalui walaupun sendiri. Sendiri bukan bermakna kita tidak punya sesiapa namun sendiri itu menjadi ruang untuk kita muhasabah diri. Memperbaiki mana yang kurang dan merasai sendiri redup kasihNya.

Mungkin pada padangan mata, sendirian itu nampak menyedihkan namun hakikatnya mereka yang bersendiri itu lebih bahagia sebenarnya. Bersediri memberi kita lebih ruang untuk merasai dan

menganggumi nikmat kebesaran Allah SWT Yang Maha Kaya.

Sendiri mengajar kita untuk memperbaiki diri tanpa halangan dan gangguan daripada sesiapapun. Sendiri juga menjadi penguat hubungan kita dengan sang Pencipta.

Dengan bersendiri, kita mampu mendekatkan lagi hubungan kita dengan Allah SWT serta memperbaiki ibadah kita kepadaNya. Sendiri juga mengajar kita untuk menilai antara kaca dan permata. Sendiri juga membantu kita untuk menghapuskan dosa-dosa lalu. Kerana apa gunanya kita berteman, andai diri diulit dengan kesedihan?

Sesungguhnya, sendiri itu indah. Indah bagi mereka yang benar-benar memahami dan merasainya. Sendiri itu dicipta bukan untuk menghukum, tapi sebaliknya untuk menyatakan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya.

Jika bersendiri, pujuklah hati dengan berkata.. 'Cukuplah Allah bagiku'...

Allah SWT berfirman:"Aku akan bersama (mengikut) sangkaan hamba-hambaKu. Maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan" (Hadis Qudsi Riwayat At-Thabrani)

Bersangka baiklah dengan Allah SWT. Setiap perkara itu ada hikmahnya. Janganlah bersedih bila sendiri. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Wallahualam...

Nuzul Al Quran Merubah Sikap Manusia



Sesungguhnya dengan turunnya al-Quran pada bulan Ramadhan sejak lebih 1,400 tahun lalu, telah menyelamatkan manusia daripada melakukan tabiat serta tingkah laku yang tidak selari dengan fitrah mereka sendiri. Ia menjadi inspirasi ke arah kebaikan kerana di dalamnya penuh dengan ayat-ayat yang mampu merubah sikap manusia kepada sesuatu yang baik dalam hidup mereka. Sayidina Umar bin al-Khattab yang dulunya
dikenali sebagai seorang yang bengis dan amat membenci Rasulullah s.a.w. telah menemui jalan terbaik dalam hidupnya apabila dipertemukan dengan al-Quran yang akhirnya memeluk Islam.

Yang menariknya, Umar telah memeluk Islam hanya kerana membaca dan menatap beberapa potong ayat Quran daripada surah Taha dan setelah mengucap dua kalimah syahadah. Umar menjadi seorang Muslim yang amat komited dan yakin dengan Islam. Umar, setelah mengucap, terus mengisytiharkan keislamannya kepada seteru tradisi Rasulullah termasuk Abu Jahal.

Umat Islam yang soleh seperti Saidina Umar dan umat Islam akhir zaman juga mengharapkan untuk mendapat syurga dan rahmat pada hari pembalasan, sedangkan cara hidup dan keyakinan mereka amat berbeza.

:: Sama-sama hayati keindahan Al-Quran ::

Waspada Dengan Sikap Diri Sendiri



Sudah terang lagi nyata bahawa sikap dan pemikiran yang mencorakkan tindak tanduk kita seharian!
Jika negatif pemikiran anda, maka akan terhasil tindakan yang negatif.
Jika positif sikap dan pemikiran anda, maka hasilnya juga akan positif.
Mereka yang berfikiran negatif seperti selalu bimbang, terlalu mengharap, mementingkan diri sendiri dan mengenepikan agama akan sukar merealisasikan kebahagiaan dalam hidu

p mereka.
Sikap itu juga menjadi tembok penghalang kesejahteraan emosi dan ketenangan jiwa.

Mari kita renungkan bersama:

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berdoa dalam solat malam dengan lafaz yang bermaksud:
"Ya Allah,ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku,
dan semua dosaku yang ENGKAU lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri.
Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku"
-Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim

Aku Tak Solat Tapi Aku Berjaya


 
Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat , tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan
penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusia yang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

See translation

Aku Bertanya Apa Itu Kebahagiaan?



KETIKA aku ingin hidup KAYA,
Aku lupa bahwa HIDUP adalah KEKAYAAN.

KETIKA aku takut MEMBERI,
Aku lupa bahwa semua yang aku miliki adalah PEMBERIAN.


KETIKA aku ingin jadi yang TERKUAT,
Aku lupa bahwa dalam KELEMAHAN, Allah memberi aku KEKUATAN.

KETIKA aku takut RUGI,
Aku lupa bahwa HIDUPKU adalah sebuah KEBERUNTUNGAN.

HIDUP ini sangatlah INDAH jika
MENSYUKURI apa yang sudah ada.

Adakalanya yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK,

Yang SEMPURNA tidak menjanjikan KEBAHAGIAAN.

Tetapi ketika kita mampu dan mahu MENERIMA semua KEKURANGAN & KELEBIHAN…

Itulah KEBAHAGIAAN!

Amalan-amalan yang kerap dilakukan oleh Baginda Rasulullah S.A.W dan para sahabat-sahabatnya pada hari-hari terakhir di bulan Ramadhan


6 Wasiat Sayyidina Umar Bin Khattab



Berikut adalah 6 Wasiah Sayyidina Umar Bin Khattab kepada para shabatnya, semoga wasiat tersebut bisa menjadi bahan renungan kita juga untuk menjadi orang yang lebih baik lagi.

Pertama, bila kalian menemukan aib yang ada dalam diri seseorang, maka galilah aib yang ada dalam diri kalian sendiri, karena aib kalian belum tentu sedikit.

Kedua, bila kalian ingin memusuhi seseorang atau sesuatu, maka musuhila

h perut kalian, karena tidak ada musuh yang lebih berbahaya bagi kalian selain perut kalian sendiri.

Ketiga, bila kalian ingin memuji, pujilah Allah SWT, karena tidak ada sesuatu yang lebih banyak memberi kepada kalian dan lebih santun serta lembut kepada kalian selain Dia.

Keempat, bila ada yang ingin kalian tinggalkan, maka tinggalkanlah kesenangan dunia, sebab justru bila kalian tinggalkan kalian akan menjadi terpuji.

Kelima, bila kalian ingin bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati, sebab bila kalian tidak menyiapkan bekal untuk mati kalian akan menderita, rugi dan penuh penyesalan.

Keenam, bila kalian ingin menuntut sesuatu maka tuntutlah akhirat karena kalian tidak akan mendapatkannya kecuali dengan mencarinya."

Itulah enam wasiat dari Sayyidina Umar bin Khattab yang patut kita renungkan dan ikuti.

Ku Mahu Syurga-Mu!


Ku Mahu Syurga-Mu!

Bila aku berjalan terus..
Di lantai bumi..
Ribuan indah.. Ku lihat di mata..

Ku lihat di sana..
Keindahan flora..
Keunikan fauna..
Memukau jiwa..

Lantas hatiku bertanya..
Begini hijau dunia..
Oh, bagaimana warnanya syurga?

Aku berdoa..

"ALLAHUMMA INNI AS'ALUKAL JANNAH!
WA A'UZUBIKA MIN SAKHOTIKA WANNAR!"

Ya Allah kurniakanku syurga..
Jauhi aku dari neraka..

Di sini mengalir sungai yang jernih..
Bagaimanakah syurga..
Yang mengalir mutiara sungai..
dibawahnya...

Ku dipersembahkan dengan..
Kecantikan manusia..

Ku terbayang..
Keramahan malaikat..
Senyuman bidadari disana!

Ku mahu syurga-Mu..
Pasti takkan sama..
Tiada tara..

Ya Allah!
Ku usaha semampunya..
Untuk mencintai-Mu..
Sepenuhnya..

Agar aku..
Dapat bersama kekasih-Mu..
bersama pencinta-Mu..

di mahligai syurga...

See translation

PERISTIWA-PERISTIWA DALAM BULAN RAMADAN


1. Perang Badar Al-Qubra
Perang Badar terjadi pada tahun ke-2 setelah hijrah di bulan Ramadhan. Bagi kaum muslimin, perang Badar mempunyai arti sejarah tersendiri, sebagai tonggak sejarah terpisahnya kubu Al-Haq dan kubu Al-Bathil. Perang itu tepatnya terjadi tanggal 17 Ramadhan.

2. Peristiwa Nuzul Al-Quran
Peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berp

eringkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.


3. Persiapan tentera Islam menghadapi Perang Khandaq/Ahzab
Rasulullah saw meminta pandangan para sahabatnya dalam menghadapi peperangan ini. Salman al-Farisi mengusulkan supaya digali parit di sekitar kota Madinah. Kemudian bersama Rasulullah saw kaum Muslimin keluar dari kota Madinah dan berkemah di lereng Gunung Sila dengan membelakanginya. Mereka mulai menggali parit yang memisahkan mereka dengan musuh mereka. Waktu itu jumlah kaum Muslimin sebanyak tiga ribu sedangkan kaum Quraisy bersama kabilah-kabilah lain berjumlah sepuluh ribu.

4. Perang Tabuk
Dalam sejarah Islam, peperangan ini merupakan peperangan terakhir bagi Nabi Muhammad s.a.w. Perang ini telah berlaku pada bulan Rejab ketika tahun ke-9 Hijrah (Oktober 631 M). Keadaan cuaca pada ketika itu adalah terlalu panas terik dan tempat berlakunya peperangan itu, Tabuk merupakan destinasi padang pasir yang terlalu jauh menyukar para musafir. Setelah segala-galanya selesai tentera Islam berjalan pulang ke Madinah di bulan Ramadan dengan selamatnya tanpa seorang pun yang terkorban nyawa.

5. Pembukaan kota Mekah
Berikutan dengan perlanggaran perjanjian Hudaibiyah oleh kaum musyrikin Mekah, Nabi Muhammad SAW dan umat islam mengambil keputusan untuk menyerang dan memasuki Kota Mekah.

6. Tertawannya Garis Bar Lev, Israel
Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung Sinai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di Sinai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.
Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa tidak dapat ditawan kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel.

7. Perang Ain Jalut
Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

8. Kekalahan Tentera Salib
Perang Hittin, salah satu perang besar dalam sejarah dunia, yang dimenangi pasukan Islam. Guy dan Reynald ditawan dan dihadapkan ke hadapan Salahudin. Reynald dibunuh oleh Salahudin dan Guy diseret Salahudin ke Jerusalem. Pasukan Islam memenangi pertempuran di Arce lima hari selepasnya. Wilayah dari Gaza hingga Jubayl dikuasai Salahudin pada awal September. Pada hari Jumaat, 2 Oktober 1187, Salahudin berjaya menawan Jerusalem. Jatuhnya Jerusalem ke tangan umat Islam adalah puncak kejayaan Salahudin dalam memimpin umat Islam semasa Perang Salib. Merebut Jerusalem dari tangan kaum Frank adalah cita-cita terbesar Salahudin dan Perang Salib Kedua berakhir dengan kemenangan umat Islam.

9. Perluasan negara Islam di Andalus.
Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

10. Pembebasan Sinai
Tentera Mesir dan Syria menyerang Israel serentak pada hari perayaan Yahudi Yom Kippur. Mesir menyerang kubu sekitar Terusan Suez dan Sinai sementara Syria menyerang kubu di Bukit Golan dan Israel mengalami kerosakan teruk. Walaubagaimanapun, Mesir gagal menembusi kubu pasir Bar Lev walaupun menggunakan teknologi ketenteraan yang mahal. Amerika Syarikat membekalkan senjata kepada Israel selepas tiga minggu peperangan dan mereka berjaya mengundurkan tentera Arab dan merampas kembali Sinai dan Bukit Golan.

Di Penghujung Ramadhan Ini



Di penghujung Ramadhan ini, mari sejenak kita memuhasabah diri.

Di Mana Puasa Kita?

Menurut Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, terdapat tiga tingkatan atau kedudukan orang-orang yang berpuasa.


Tingkatan 1: Puasa Orang Awam (Umum)
Yakni puasa hanya dengan menahan lapar dan dahaga sahaja. Puasa orang awam hanya menahan diri dari makan, minum, dan nafsu syahwat sahaja.

Tingkatan 2: Puasa Khowas (Khusus)
Puasa menahan lapar dan dahaga serta menjaga pancaindera dari perkara-perkara batil. Puasanya sama dengan yang pertama, namun, puasanya telah mampu mencegah pancainderanya iaitu pendengaran, lisan, penglihatan dan anggota tubuhnya daripada perbuatan yang mendatangkan dosa.

Tingkatan 3: Puasa Khowasil Khowas (Sangat Khusus)
Puasa ini adalah seperti puasa tingkatan yang kedua dan ketiga tetapi hati-hati orang di tingkatan ini juga ikut berpuasa daripada nita-niat atau lintasan yang tidak baik seperti iri hati, riak dan sebagainya.

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapakan rahmat Allah taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu."
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


Lalu, di manakah puasa kita? Di manakah letaknya diri kita ketika penggal Ramadhan ini sudah hampir berakhir.

::Bazar Ramadhan::

Setiap kali Ramadhan kita akan ke bazar membeli juadah makanan yang bermacam-macam. Bazar ini meriah dan ada pada setiap hari.

Ramadhan juga diumpamakan seperti bazar. Terlalu banyak tawaran untuk kita rebutkan. Namun, apakah sudah cukup hingga ke hari ini kita berjual beli di Bazar Ramadhan ini untuk kita bawa ke akhirat menjadi bekal?


Ketika malam-malam terakhir Ramadhan, ada yang kesibukan mencari malam kemuliaan, ada yang kesibukan membuat persiapan menunggu tibanya lebaran.
Dan lagu raya semakin rancak berkumandang daripada bacaan Al-Quran dan alunan puji-pujian kepada Tuhan.


"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan." (Al-Qadr; 97:1)


Ganjaran yang lebih baik daripada 1000 bulan, apakah kita tidak mahu merebutnya?

Ramadhan ini mungkin yang terakhir bagi kita.
Rebutlah. Mujahadahlah.
Pesanan ini juga buat diri saya sendiri.
Benar, mujahadah itu susah.
Kerana jalan ke Syurga itu hanya untuk mereka yang bersusah payah.
Mari kita mohon kekuatan daripada Allah.

La haw lawala quwwata illa billah.

Tragedi Ramadhan 1433H

Khas buat saudara-saudara Muslim diluar sana yang menderita dan tiada berupaya untuk sahur dan berbuka seperti kita, moga Allah melimpahkan pertolongan dan rahmat-Nya kepada mereka.

Khas buat saudara-saudara Muslim di Rohingya yang telah mengalami penderitaan di sepanjang Ramadhan ini, marilah kita doakan pertolongan dan kemenangan untuk mereka. Setiap kali kita mendapat nikmat, marilah kita beringat untuk mensyukuri nikmat ini.


Ya Allah limpahkan kepada saudara-saudara Muslim kami ini pertolongan dan kekuatan.
Berilah mereka kekuatan iman dalam hati-hati mereka.
Dan lembutkanlah hati-hati kami untuk sentiasa mengirim pertolongan berbentuk fizikal mahupun doa kepada mereka.
Aamiin..

~Ya Allah, moga kami keluar dari Ramadhan ini dengan nilaian taqwa dan iman yang lebih baik dari sebelumnya untuk kami persembahkan diri kami kepada-Mu~

TAK PERNAH SENDIRI



Sesungguhnya kita tak pernah sendirian dimanapun, kapanpun

Dan sesungguhnya tak ada yang luput dari penglihatan Alloh, apapun yang kita lakukan, terang-terangan maupun sembunyi-sembunyi.

"Dan DIA bersamamu dimanapun kamu berada, dan Allah Maha Melihat apapun yang kamu kerjakan" (QS.57;4).


Sungguh kita sering tak menyadari betapa setiap saat kita benar-benar dilihat oleh-Nya, apapun yang kita perbuat.

Kita mudah tergelincir berbuat dosa, bila kita lupa/tak yakin akan kehadiran-Nya

Semoga Alloh menolong agar kita selalu yakin bahwa Dia senantiasa bersama kita dan Dia menyaksikan segala-galanya..

Pemuda: Syawal, Menanglah Dengan Taqwa


Dalam kehibaan kita melambai-lambai syahrul Quran yang sudah berangkat pergi meninggalkan kita, mudah-mudahan Syawal yang menyapa menggantikan Ramadhan akan menjadi bulan muhasabah dan bulan kemenangan buat kita semua. Secara bahasa, Syawal bererti meningkat atau peningkatan. Bagi mereka yang berpuasa dan beribadah sepanjang Ramadhan kerana iman, maka pada Syawal ini adanya peningkatan kebaikan dalam di
rinya. Merekalah orang-orang yang mendapatkan manfaat Ramadhan dan mendapatkan kemenangan. Minal Aidin wal Faizin.

Hamba Ramadhani?

Tetapi bagi mereka yang berpuasa sekadar menggugurkan kewajiban sahaja, maka yang mereka dapatkan hanyalah lapar, haus dan lelahnya saja. Nah, orang-orang yang termasuk dalam kategori inilah yang kemungkinan besar meningkat keburukannya justru setelah keluar dari Ramadhan. Maka bagi mereka Ramadhan bukanlah sekolah atau training centre untuk perbaikan tingkah laku dan akhlak, tetapi merupakan penjara, yang mengekang semua kebebasan. Oleh kerana itulah, tatkala masuknya bulan Syawal, mereka merasa merdeka untuk melakukan apa saja.

Sedih tatkala melihat Syawal menjadi bulan kecundang keimanan dan hawa nafsu kembali menguasai diri. Ternyata kita hanya menjadi seorang Ramadhani sahaja,

iaitu orang yang mengingati Allah kala Ramadhan sahaja. Dalam sebuah ceramah Syeikh Al-Qardhawi mengatakan bahawa barangsiapa yang menyembah bulan Ramadhan, sesungguhnya bulan Ramadhan itu telah pergi dan berlalu. Sementara Allah tidak pernah mati dan senantiasa hidup. Di antara orang salaf ada yang berkata:

“Seburuk-buruk orang ialah yang tidak mengenal Allah kecuali pada bulan Ramadhan. Maka jadikanlah diri anda seorang Rabbani, dan jangan menjadi Ramadhani.”

Muhasabah bersama, benarkah Ramadhan menemukan kita dengan hidayah dan kesedaran, khusyuk dalam amalan, ikhlas dalam berbuat kebajikan dan tulus dalam memberi sumbangan? Benarkah Ramadhan telah menanamkan kekuatan, keazaman dan semangat yang cukup untuk kita meneruskan perjalanan selama setahun lagi sebelum kita bertemu dengan Ramadhan yang akan datang? Benarkah Syawal yang sedang kita raikan saat ini merupakan hari kemenangan buat kita?

Siapa Yang Menang?

Matlamat akhir Ramadhan adalah untuk menumbuhkan ketaqwaan bagi mereka yang berpuasa. Itulah kemuncak kemenangan. Kemenangan adalah tujuan dari sebuah perjuangan. Sebulan kita telah berjuang, itupun jika kita berjuang. Bagi yang berjuang, tidak ada yang tahu dan pasti, seberapa besarkah sebuah pencapaian itu memberi makna kemenangan bagi sang pejuang. Namun yang pasti, tidak ada jalan mudah untuk mencapai kemenangan itu. Apakah kita memperoleh kemenangan itu? Apakah kita berjaya memperoleh piala taqwa?

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itulah yang mendapatkan kemenangan.” (An-Naba’ : 31)

Menang itu penting, tapi bertaqwa itu jauh lebih penting. Menang itu penting, tapi bertaqwa itu jauh lebih menang. Menang itu penting, tapi bertaqwa itu jauh lebih utama. Orang-orang yang memenangkan suatu pertandingan, peraduan, ataupun ujian, baik dalam bidang apapun, bersukan, belajar, berpolitik, bekerja, maka jika kemenangannya dengan cara yang tidak bertaqwa, dengan cara yang batil, manipulasi, mencuri, korupsi, dan rasuah, maka mereka yang menang dengan cara yang licik itu lebih berhak untuk bersahabat abadi dengan neraka yang menggelora.

Marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya taqwa. Jangan menunggu menang baru bertaqwa, tapi bertaqwalah maka kita akan menang. Jangan menunggu kaya baru bertaqwa, tapi bertaqwalah maka kita akan kaya. Begitulah janji Allah. Allah akan memberikan kemenangan yang sejati kepada orang-orang yang bertaqwa, dan Allah akan memberikan kekayaan yang sejati kepada orang-orang yang bertaqwa. Luarbiasa kuasa taqwa, beruntunglah bagi mereka yang perjalanan akhir Ramadhannya mendekati nilai taqwa. Firman Allah dalam Surah Ath Thalaaq ayat 2-3;

“…Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, niscaya Ia akan memberikan kepadanya jalan keluar (dari permasalahan hidupnya). Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan, bagi setiap sesuatu.”

Amalan Seperti Perempuan Gila?

Waspadalah, jangan sampai sikap dan amalan kita seperti perempuan gila yang tinggal di Mekah pada zaman dahulu, namanya Riithah bintu Sa’d. Dia telah memintal benangnya seharian penuh dengan pintalan yang kuat, lalu dia menguraikan kembali pintalannya itu, maksudnya dia merosakkan kembali pintalan yang telah kokoh dibuatnya. Maka Allah SWT berfirman:

”Dan janganlah kamu seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat, menjadi cerai berai kembali,… (An-Nahl: 92)

Perumpamaan ini menggambarkan situasi sebahagian kita, yang dengan hanya selesai dari Ramadhan begitu cepatnya kembali kepada perbuatan dosa dan maksiat. Padahal selama sebulan penuh dia solat, puasa, tadarus Al Quran, solat malam dengan khusyuk, menangis (kerana mengingati kesalahannya), berdoa, dan merendahkan diri di hadapan Allah. Dengan itu semua dia telah mngumpulkan kebaikannya, hatta terkadang saat berada pada kemuncak beramalnya berharap diambil nyawanya oleh Allah pada saat yang seperti itu, kerana banyaknya kebaikan yang dia telah dapatkan berupa kelazatan ibadah dan ketaatan. Akan tetapi, sebahagian kita mengurai dan menghapuskan semua itu setelah terbenamnya matahari di hari terakhir bulan Ramadhan.

Taqwa Adalah Oksigen

Taqwa adalah oksigen bagi kita. Tanpa taqwa, kehidupan kita tidak ada maknanya di sisi Allah. Rasulullah SAW pernah menjelaskan hakikat taqwa dengan sabda baginda;

“Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintahNya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepadaNya dan tidak mengkufuri nikmatNya”. (Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas RA)

Kita memerlukan kuasa taqwa yang tinggi untuk kembali membina struktur asas ummat Islam yang kian runtuh. Taqwa adalah formula tepat untuk memproses penawar bagi memulihkan kecederaan iman yang sangat parah dewasa kini, khasnya dikalangan generasi muda hari ini. Justeru, teruskanlah usaha anda membina taqwa kerana inilah hakikat ibu segala kemenangan yang akan membersihkan jiwa kita, mengampuni dosa kita dan memperbaiki prestasi amal kita. Firman Allah SWT:

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” (Al Ahzab: 70 -71)

Mudah-mudahan kita termasuk orang yang lebih baik dari itu. Mudah-mudahan Ramadhan ini membekas di hati kita dan kebiasaan-kebiasaan baik yang telah kita lakukan di bulan Ramadhan ini menjadi tetap. Jika tidak 100% melekat, mungkin sekian persen sajhaa. Mudah-mudahan…

See translation

Apabila Ramadhan Berakhir



Syaitan2 mula dilepaskan..
Azab kubur mula diteruskan..
Pintu neraka mula dibukakan
Begitulah keadaan apabila Ramadhan telah berakhir...

Manusia ini terbahagi kepada 4 dalam ibadah



Imam Muhammad Sha'rawi berkata:
Manusia ini terbahagi kepada 4 dalam ibadah, sangat untung dan rugi (2 UNTUNG, 2 RUGI/CELAKA):

1. ALLAH beri HATI dan BADAN beribadah ----> Sangat untung

2. Hati nak beribadat, badan tak mampu beribadat (mungkin kerana sakit atau tua)---> Untung tapi ada rugi

3. Badan diizin beribadat, HATI tidak beribadat ----> Rugi/celaka

4.Badan dan lidah DITAHAN beribadah kepada ALLAH ----> Sangat rugi dan sangat celaka - orang yang tidak terlintas untuk beribadah kepada ALLAH dan tidak terlintas untuk meninggalkan maksiat.

~ petikan kuliah Ustaz Halim Hassan bertajuk: "Suatu Perjalanan" ~

Bermaaf-maafan membaiki hubungan bukan satu kelemahan diri


 
 
Syukur Alhamdulillah, setelah 30 hari kita berpuasa, kini Syawal tiba. Setiap dari kita mempunyai anggapan yang berbeza tentang Aidilfitri. Ada yang menganggapnya sebagai hari kemenangan setelah sebulan berpuasa, ada juga yang menganggap Aidilfitri sebagai hari untuk berkumpul dengan ahli keluarga. T
erpulanglah kepada individu tersebut untuk memikirkan takrifan Aidilfitri dalam hidupnya. Ada juga yang merebut peluang untuk memohon maaf pada hari Raya Aidilfitri. Amalan memohon maaf merupakan amalan yang terpuji namun amalan ini bukanlah hanya perlu dilakukan sekadar setahun sekali iaitu pada hari raya, bersalam-salaman dan sekadar mengucap “Saya minta maaf.” Ya, Aidilfitri boleh dijadikan sebagai platform untuk kita saling bermaafan, tetapi perlulah lebih ikhlas dalam mengharapkan kemaafan dan memaafkan insan lain bagi mendapatkan keredhaan Allah.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.” (Riwayat Ibnu Abi Dunya)

Di dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Tidak ada keberanian yang paling disukai oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan.” (Riwayat Ibn Abi Dunya)

Kenapa kita sering berasa sukar untuk memohon maaf? Mungkinkah kerana kita terlalu ego dan tidak mahu mengaku kalah? Kebanyakkan orang menganggap perlakuan memohon maaf akan menunjukkan kelemahan diri. Benarkah? Mampukah kita merobohkan ‘tembok’ yang meletakkan ego dan emosi pada kedudukan yang sangat tinggi sehingga kita alpa tentang ukhuwah yang pernah terbina sebelum ini?

Bagaimana pula jika kita tidak tahu akan kesilapan yang telah dilakukan? Atau mungkin juga kita yakin bahawa kita tidak bersalah, tapi perlukah kita memohon maaf? Mungkin senang untuk menjawab secara lisan, mungkin sukar bagi sebahagian masyarakat. Usahlah memohon maaf hanya semata-mata untuk menjernihkan suasana. Cuba tanamkan rasa bertanggungjawab untuk menjaga ukhuwah tersebut. Fikirkan bahawa memohon kemaafan itu sebagai komitmen untuk memperbaiki hubungan dan bukannya satu kelemahan diri.

Memang sukarkan untuk memohon maaf? Lebih-lebih jika kita sendiri tidak pasti apa kesalahan kita. Namun,jika kita sedar akan betapa mahalnya nilai sebuah ukhuwah, nescaya semua manusia di muka bumi ini akan hidup aman damai dan saling bermaaf-maafan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.”(Riwayat Bukhari)

Jika ada orang yang berbuat salah terhadap kita, alangkah baiknya jika kita dapat sucikan hati dan cuba memaafkan insan tersebut sempena Aidilfitri. Cuba lupakan kesilapan yang telah dilakukan oleh orang lain terhadap kita. Bukankah lebih baik jika kita cuba memaafkan orang lain dan cuba selesaikan masalah yang telah berlaku daripada kita terus mengeruhkan keadaan?

Wasallam. Jazakallah Khairan.

Istighfar



Barang siapa selalu membaca istighfar, maka Allah akan menjadikan untuk dirinya jalan keluar dari semua kesulitan, menjadikan kegembiraan dari semua kesusahan, dan akan memberi rizki kepadanya dari jalan yang tidak disangka-sangka. (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibn Majah, dari Ibnu 'Abbas ra.)

KELEBIHAN PUASA ENAM SYAWAL



Hikmat puasa enam dalam bulan Syawal banyak sekali. Rebutlah peluang yang datang hanya sekali setahun. Kita pun tidak pasti bahawa kita akan hidup lagi di tahun hadapan.

Hikmat Puasa Enam:

* Di Dalam Riwayat Hadith Muslim :

Barang Siapa yang TELAH BERPUASA FARDHU RAMADHAN.....
kemudian Di Ikuti pula dengan Berpuasa Enam ( 6 ) Hari di Bulan SYAWAL... Maka Adalah Pahala nya seperti " DIA BERPUASA Sepanjang Tahun "

* Puasa enam dalam bulan Syawal merupakan tanda kesyukuran seorang hamba kepada Allah s.w.t kerana berjaya puasa penuh sebulan bulan Ramadhan.

* Barang siapa yang berjaya berpuasa enam dalam bulan Syawal , itu adalah merupakan tanda Allah s.w.t telah menerima puasa Ramadhannya.

* Puasa enam dalam bulan Syawal merupakan tanda kerelaan hamba-Nya melakukan ibadat kepada Allah yakni tanpa rasa ada paksaan.

* Tanda kerinduan seorang hamba untuk melakukan ibadah kepada Allah s.w.t secara berterusan.

* Puasa enam mengantikan pahala solat sunat rawatib.

7 PERKARA – WASIAT RASULULLAH S.A.W. KEPADA ABU DZAR r.a.



Dari Abu Dzar Radhiyallahu 'anhu , ia berkata: “Kekasihku (Rasulullah) Shallallahu 'alaihi wa sallam berwasiat kepadaku dengan tujuh hal:

(1) SUPAYA AKU MENCINTAI ORANG-ORANG MISKIN, dan dekat dengan mereka...

(2) AGAR AKU MELIHAT KEPADA ORANG YANG BERADA DI BAWAHKU dan tidak melihat kepada orang yang berada di atasku..


(3) AGAR AKU MENYAMBUNG SILATURAHIM meskipun mereka berlaku kasar kepadaku...

(4) agar memperbanyak ucapan LÂ HAULÂ WALÂ QUWWATA ILLÂ BILLÂH (tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah)...

(5) aku diperintah untuk MENGATAKAN KEBENARAN MESKIPUN PAHIT....

(6) agar aku TIDAK TAKUT CELAAN ORANG YANG MENCELA dalam berdakwah kepada Allah, dan

(7) beliau melarang aku agar TIDAK MEMINTA-MINTA SESUATU PUN KEPADA MANUSIA”...

[SHAHIH.. Imam Ahmad dalam Musnadnya (V/159), Imam ath-Thabrani dalam al-Mu’jamul-Kabîr (II/156, no. 1649), Imam Ibnu Hibban dalam Shahîh-nya (no. 2041-al-Mawârid), Imam Abu Nu’aim dalam Hilyatu- Auliyâ` (I/214, no. 521), Imam al-Baihaqi dalam as-Sunanul-Kubra (X/91).]....

Kredit:Ustaz Ramli Joned

*♥* JADILAH MUSLIMAH SHOLEHAH *♥*



*♥* Jadilah muslimah sholehah..
Yang senantiasa bersedia menjadi makmum imamnya.
Yang hidup dibawah naungan AL QUR'AN dan QANA'AH..
Yang tidak dikotori dengan perhiasan dunia..
Yang menjaga matanya dari berbelanja..

Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat ALLAH keatasnya,,.

*♥* Jadilah muslimah sholehah..
Yang selalu menjaga lisan,penyayang keluarga dan suaminya.Matanya kepenatan karena membaca AL QUR'AN..
Suaranya lesu karena penat berdzikir..
Tidurnya lelap dengan cahaya keimanan.
Bangunnya subuh penuh kesigapan..
Karena dia sadar betapa indahnya menjadi wanita sholehah melebihi perhiasan apapun didunia,..

*♥* Jadilah muslimah sholehah..
Yang senantiasa mengabdikan diri untuk menjadi mujahidah ALLAH..
Yang baginya hidup didunia untuk ladang akhirat..
Yang mana buah kehidupan itu perlu dipelihara dan dijaga,..
Agar tumbuh putik tunas yang bakal menjaga dirinya dialam baka,..
Meneruskan perjuangan islam sebelum hari kemudian.

*♥* Jadilah seorang muslimah sholehah,..
Yang tak terkesima dengan buaian dunia,..
Karena ia mengimpikan surga ALLAH..
Semoga kita semua senantiasa di rahmatiNYA..
Aamiin ya Robbal Allamiin..

♥ Salam Eratkan Silaturrahim♥

When you are afraid to go to sleep or feel lonely & depressed recite this du'aa:



In the Name of Allah Most Gracious and Most Merciful

When you are afraid to go to sleep or feel lonely & depressed recite this du'aa:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ، وَشَرِّ عِبَادِهِ، وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِ


I seek refuge in the Perfect Words of Allah from His anger and His punishment, from the evil of His slaves and from the taunts of devils and from their presence.

Abu Dawud 4/12. See also Al-Albani, Sahih At- Tirmidhi 3/171.

Mati


 
 
 
 
Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian kepada Kami kamu dikembalikan. (Every soul will taste death. Then to Us will you be returned). (Al-Ankabut: 57)

Jangan takut mati.
Yang perlu kita takuti adalah azab siksa sesudah mati.
Akan ada azab kubur, azab di Mahsyar dan azab Neraka.
Azab siksa adalah balasan untuk sesiapa yang mempunyai dosa.

Allah Taala berfirman, maksudnya : "Dan sesungguhnya akan Kami rasakan kepada mereka yang melakukan dosa sebahagian azab yang dekat (di dunia) selain azab yang lebih besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar)." (as-Sajadah: 21)

Untuk selamat dari azab siksa selepas mati adalah mati tanpa dosa.

Untuk mencapai matlamat mati tanpa dosa:

1. Jaga diri dari melakukan dosa. Perkara WAJIB, jangan tinggal. Perkara haram, jangan buat.

2. Segera bertaubat jika melakukan dosa.

3. Segera memohan maaf dan halal jika melakukan kesalahan kepada manusia lain.

4. Sentiasa berdoa kepada Allah memohon keampunan dosa, keselamatan dan perlindungan dari siksa azab neraka dan siksa kubur.

See translation

Muhasabah Diri



 
HADIS QUDSI:

Wahai manusia, setiap hari umurmu semakin berkurang.
dan engkau tidak menyedarinya. Aku berikan rezekimu setiap hari, tetapi engkau tidak berterima kasih kepadaKu.
Yang sedikit tidak mencukupi dan yang banyak pun masih terasa kurang.

[Sumber: 'Nasihat & Bimbingan Hadis Qudsi, Imam Al-Ghazali, ms: 17, perenggan 2]


10 Hal Terbaik



Ali Bin Abi Thalib Radhiyallahu'anhu berkata 10 hal terbaik :
1. Ilmu = Sebaik baik harta warisan
2. Sopan santun = Sebaik baik perolehan
3. Takwa = Sebaik baik bekal akhirat
4. Ibadah = Sebaik baik harta perniagaan
5. Amal shalih = Sebaik baik penuntun ke surga
6. Akhlaq yang baik = Sebaik baik teman
7. Sifat santun = Sebaik baik pembantu
8. Qanaah = Sebaik baik kekayaan
9. Taufiq = Sebaik baik pertolongan
10. Kematian = Sebaik baik pendidikan

(Syarh al Munab Bihat ' alal isti' aad. Karya Ibnu Hajar al Asqalani).

APAKAH ALLAH MENJAWAB DOA DOA



Satu hal yang membuat kita KUAT adalah DOA.
Satu hal yang membuat kita DEWASA adalah MASALAH.
satu hal yang membuat kita MAJU adalah USAHA.
Satu hal yang membuat kita HANCUR adalah PUTUS ASA.
satu hal yang membuat kita SEMANGAT adalah HARAPAN.
Satu hal yang membuat kita MENJADI yang terbaik adalah MENGAKRABKAN diri dngn Keheningan jiwa dan memperbanyak SUJUD dihadapan ALLAH SWT.
Jangan mengangap kegagalan menjadi HAMBATAN.....TETAP SEMANGAT

Jika Kamu



Jika kamu menyukai seseorang,usahlah kau pamerkan kasih sayangmu,
kelak kamu akan kecewa...

Jika kamu meminati seseorang, usahlah menunjukkan kepada si dia,
kelak kamu akan derita...


Jika kamu berkenankan seseorang, usahlah kau luahkan pada si dia,
sebaliknya luahkanlah hanya pada Dia...

Jika kamu memang benar-benar tergila-gilakan seseorang,
marilah meminta daripada Allah S.W.T, kerana Dia Maha Mendengar....

Jika benar cinta kamu kepada seseorang itu kerana Allah S.W.T,
siapa tahu Dia menggerakkan hati kamu berdua & menjOdOhkan kalian didunia serta disyurga....

InsyaAllah,Aamiin allahumma aamiin.....

Amalan yang boleh dilakukan oleh wanita ketika sedang haid



Amalan yang boleh dilakukan oleh wanita ketika sedang haid

Aku yang kau kahwini, hanya Wanita Biasa



Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..
Terima kasih karena telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa,
yang sangat jauh dari sempurna.
Karenanya ku ingin kau tahu,
aku bukan wanita yang sempurna,

aku begitu banyak kekurangan.

Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..
Aku tak sebijak bunda khadijah,
karenanya ku ingin kau tahu,
aku boleh saja berbuat salah dan begitu menyebalkan.
Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku,
jangan marah padaku,
nasihati aku dengan hikmah,
karena bagiku kaulah pemimpinku,
tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak..

Ingatlah, tak selamanya aku dapat nampak cantik di matamu,
ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek.
Mungkin karena aku begitu sibuk di dapur,
menyiapkan makan untuk kau dan malaikat-malaikat kita nanti
–insya’Allah-.
Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap.
Atau karena seharian ku harus membenahi istana kecil kita,
agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat.
Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja..
maka tegurlah aku, dan khabarkan padaku dengan lemah lembut dan bijaksana...


Ataukah kau akan menemukanku tersenguk-senguk saat mendengar keluhan dan ceritamu,
bukan karena aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasa,
tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak,
aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang sakit,
dan ku tau kau letih mengais rezeki untuk kami,
maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu..
Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku,
maka tetaplah tersenyum padaku,
karena kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, mungkin ada saatnya, aku tak sesabar Fatimah,
ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah,
menangis dan tak terkawal,
bukan karena ku membangkang padamu,
tapi aku hanya wanita biasa,
aku juga memerlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku,
tempat untuk melepaskan penatku,
dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu,
atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu,
maka bersabarlah,
yang aku perlukan hanya pelukan dan belaianmu..
Karena bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan
memukul pelan si kecil karena lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya.
Sungguh bukan karena ku ingin menyakitinya,
tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya.
Maka jangan membentakku karena telah menyakiti buah hati kita,
tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku,
tegurlah aku dengan hikmah,
karena dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian,
dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita,
dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya,
dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas aisyah..
Maka jangan pernah bosan mengajariku,
membimbingku ke arah-Nya,
walau terkadang aku begitu bebal dan bodoh,
tapi jangan pernah letih mengajariku..
Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk
bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih..
Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah..
Bimbing tanganku ke JannahNya,
agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu,
kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah,
akan menipis dan memutih.
Kulitku yang bersih akan mulai keriput.
Tanganku yang halus akan menjadi kasar..
Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik,
yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu..
Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu..
Maka jangan pernah berpaling dariku..
Karena satu yang tak pernah berubah,
bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah,
yaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah..
Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya,
telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..
Maka, cintailah aku,
dengan apa adanya aku..
Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna..
Maafkan aku karena aku bukan putri..
Aku hanya wanita biasa....
terimalah aku apa adanya dan bimbinglah aku menuju jalanNYA.....
semoga kita bisa sama-sama bahagia...