Kamis, 31 Januari 2013

Menghitung Tasbih Cinta


Bismillahir Rohmaanir Rohim

Cara Rasulullah SAW Bertasbih Dengan Jari
Bertasbih sambil memuji Kebesarannya, Kekuatannya semesta alam buat diri kita berasa kerdil selalu. Nian di hati Rasulullah s.a.w. tidak pernah luntur di makan usia. Tidak kira masa, keadaan Rasulullah s.a.w. sentiasa membasahinya dengan kalimah yang mengasyikan itu.

Abdullah bin ‘Amr berkata: “Saya melihat Rasulullah s.a.w menghitung tasbih dengan melipatkan jari-jarinya menggunakan tangan kanannya.” (Diriwayatkan oleh Abu Dawud (1/235) dan At-Tirmidzi, ia menghasankannya.)

Pembaca yang di rahmati Allah, perhatikan gambar ini dengan seksama di mana setiap jari-jari tangan kita ini ada ruas hitungan dari 1-33 bilangannya, SubhanAllah.. ^_^

Jom Selawat



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sabda Nabi s.a.w:

Barangsiapa berselawat kepadaku 10x waktu pagi dan 10x pada waktu petang tiap hari, dia akan beroleh syafaatku pada hari kiamat.

5 Langkah Cinta Kepada Rasulullah SAW



Ada 5 langkah bg mengetahui sejauh mana Cinta kita terhadap Rasulullah SAW...

1. Ingat
2. Hormat
3. Taat
4. Dakwah
5. Ingin Bersama
Penceramah Pertubuhan Islam Seluruh Sabah *USIA*

Selawat ke Atas Rasulullah s.a.w



سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ...يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيك...يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ...صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ

أَشْرَقَ البَدْرُ عَلَيْنَا....فَاخْتْفَتْ مِنهُ البُدُورُ...مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا....قَطُّ يَا وَجْهَ السُّ...رُورِ

أَنْتَ شـَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ...أَنْتَ نُورٌ فَوْقَ نُورِ...أَنْتَ اِكْسِيْرٌ وَغَالِي...أَنْ...تَ مِصْبَاحُ الصُّدُوري

الله أكبر
آمِيّنْ..آمِيّنْ... آمِيّنْ...يَا رَ بَّ الْعَلَمِيّنْ

Kemanisan Iman

 


Daripada Anas رضي الله عنه Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :

“Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman :

1. Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya,

2. Mencintai seorang hanya kerana Allah,

3. Tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.”

Hadith Riwayat | Al Bukhari | Muslim


Mengakui “Wahai Kekasih Allah, Ya Rasulullah.. Aku Rindu Dan Cinta Kepadamu..”

Kita berpendapat bahawa generasi baru perlu dididik untuk mencintai Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Ya, ia adalah dituntut Islam. Akan tetapi tuntutan yang lebih utama bukanlah sekadar mengingati kelahiran Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam itu pada suatu hari tertentu sahaja malah SETIAP HARI..!

Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad~

ISTERI-ISTERI NABI MUHAMMAD SAW


1. Siti Khadijah binti Khuwailid.
Manusia pertama masuk Islam. Rasulullah tidak berpoligami semasa hayat Siti Khadijah. Berusia 40 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling terhormat di kalangan kaumnya dari segi keturunan, kekayaan dan kepintaran. Meninggal tahun ketiga sebelum hijrah.

2. Saudah binti Zam’ah.
Wanita pertama dinikahi selepas kewafatan Siti Khadijah. Berusia 65 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Rasulullah meminangnya untuk menjaga anak-anak Rasulullah dengan Khadijah.

3. Aisyah binti Abu Bakar.
Satu-satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara. Rasulullah mengahwininya bagi merapatkan lagi hubungan dengan Sayidina Abu Bakar. Berusia 9 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling alim dalam pengetahuan agamanya.

4. Hafsah binti Umar.
Untuk merapatkan hubungan baik dengan bapanya, Sayidina Umar, dan memuliakan suaminya yang syahid dalam perang Uhud. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Pandai menulis dan berbahasa.

5. Zainab binti Khuzaimah.
Rasulullah menikahinya demi memuliakan suaminya yang syahid dalam Perang Uhud. Berusia 29 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau digelar ummu al-Masakin (ibu orang-orang miskin) kerana sikap penyayang dan kelembutannya terhadap mereka.

6. Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah.
Berusia 34 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memecah tembok permusuhan dengan kabilah Bani Makhzun terhadap Islam dan memadamkan kebencian mereka. Wanita pertama hijrah ke Habsyah. Paras cantik dan akal pintar.

7. Zainab binti Jahsy.
Seorang yang sangat kuat beribadah, paling banyak bersedekah dan memuliakan orang miskin. Berusia 35 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Perkahwinan dengan Rasulullah adalah perintah langsung daripada Allah.

8. Juwairiyah binti Al-Harith.
Tawanan perang bani Mustalaq yang dibebaskan oleh Rasulullah dan kemudian dinikahi Baginda. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Banyak berpuasa dan beribadat.

9. Safiyyah binti Huyai.
Pembebasan daripada tawanan perang. Berusia 17 tahun dan sudah menjanda ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau bersifat lemah lembut dan bersikap benar.

10. Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufiyan.
Berusia 31 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memperbaiki hubungan dengan Abu Sufiyan. Berhijrah ke Habsyah bersama suaminya dan suaminya meninggal di sana. Nabi meminang beliau menerusi raja Najasyi.

11. Maimunah binti Al-Harith.
Berusia 25 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi menyebarkan syiar Islam. Paling bertakwa dan bersungguh-sungguh menyambung silaturahim.

12. Mariah binti Syam’un.
Hadiah daripada Raja Muqawqis. Satu-satunya isteri yang mempunyai zuriat selepas Siti Khadijah.

ANAK-ANAK NABI
1. Zainab (hayat – 31 tahun)
2. Al-Qasim (hayat – kurang setahun)
3. Ruqaiyyah (hayat – 24 tahun)
4. Ummu Kalthum (hayat – 28 tahun)
5. Fatimah (hayat – 29 tahun)
6. Abdullah (hayat – kurang setahun)
7. Ibrahim (meninggal semasa kecil)
(Kesemua adalah hasil perkongsian dengan Siti Khadijah, kecuali yang ketujuh. Ibrahim adalah hasil perkongsian dengan Mariah binti Syam’un)

ANTARA CUCU NABI
1. Al-Hassan bin Ali (hayat – 46 tahun)
2. Al-Husain bin Ali (hayat – 55 tahun)

Nota: Maklumat dipetik daripada buku ‘Muhammad Rasulullah’ oleh Mohd Khalil Haji Nordin dan Wan Hassan Wan Ahmad, dan ‘mengenal Rasulullah saw’ oleh Ustaz Johari Yaman. Wallahu’alam…

Pengertian dan Peristiwa Penting bulan Rabiul Awal



Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka.dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiul Awal ini sehinggalah sekarang. Manakala maksud bagi bulan Rabiul Akhir atau Rabiul Thani pula ialah bulan kedua musim bunga.

Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

1. Kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w
(12 Rabiulawal tahun gajah).

2. Perlantikan Nabi menjadi rasul.
(berumur 40tahun)

3. Hijrah
- Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah
sampai di Quba' pada hari isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Peperangan
- Peperangan Safwan (Badar Pertama)
- Bawat, Zi Amar (Ghatfan)
- Bani An-Nadhir
- Daumatul Jandal
- Peperangan Bani Lahyan

5. Wafatnya junjungan besar kita, Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w (Hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632 M.)
- wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan
di Madinah al-Munawwarah.

6. Pembukaan Iraq
- Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah
memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam
di bumi Iraq di zaman Saidina Abu Bakar ra.

7. Pembukaan Baitul Muqaddis
- Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam
menewaskan Salib dan seterusnnya membuka pintu
bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

Doa Rasulullah s.a.w Di Pagi Hari



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan Baginda Rasulullah SAW
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Doa Rasulullah s.a.w Di Pagi Hari

10 SIFAT TERPUJI RASULULLAH S.A.W



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Akhlak berasal dari perkataan al-khuluq. Al-khuluq bererti tabiat atau tingkah laku. Akhlak yang mulia adalah matlamat utama bagi ajaran Islam. Ini telah dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam dalam hadisnya yang bermaksud :"Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia".

Abu Darda berkata, bersabda Nabi SAW maksudnya : "Tiada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan seorang mukmin di hari kiamat daripada husnul Khulq (akhlak yang baik)." (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Aisyah r.ha. berkata, "Saya telah mendengar Rasulullah SAW. bersabda, 'Sesungguhnya seorang mukmin yang dapat mengejar budi pekerti yang baik, darjat orang itu sama seperti orang yang terus menerus berpuasa dan solat malam'." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Akhlak yang mulia adalah merupakan tanda dan hasil dari iman yang sebenar. Tidak ada nilai bagi iman yang tidak disertai oleh akhlak.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan." (Hadis riwayat Ad-Dailami).

Jabir ra. berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya orang yang sangat saya kasihi dan terdekat denganku pada hari kiamat nanti adalah orang terbaik akhlaknya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh dariku pada hari kiamat nanti adalah orang yang banyak bicara, sombong dalam pembicaraannya, dan berlagak menunjukan kepandaiannya." (Hadis Riwayat Tirmidzi).

Islam adalah ajaran yang benar untuk memperbaiki manusia dan membentuk akhlaknya demi mencapai kehidupan yang baik. Islam memperbaiki manusia dengan cara terlebih dahulu memperbaiki jiwa, membersihkan hati dan menanamkan sifat-sifat terpuji. Islam benar-benar dapat membawa manusia untuk mencapai kebahagiaan, kelapangan dan ketenteraman.

Sebaliknya manusia akan menjadi hina apabila ia merosakkan sifat, pembawaan dan keadaan dalam jiwanya.

Terdapat 10 ciri-ciri akhlak yang mulia akan menghiasi diri seseorang insan supaya ia menjadi seorang mukmin yang benar.

1) Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Bersifat warak/alim dan meninggalkan perkara yang syubhat

Seorang muslim mestilah menjauhkan dirinya dari segala perkara yang dilarang oleh Allah SWT dan juga perkara-perkara yang samar-samar di antara halal dan haramnya (syubhat) berdasarkan dari hadis Rasulullah SAW bersabda maksudnya

:Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu'Alaihi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan haram itu nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya ia memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh kedalam perkara kesamaran jatuhlah ia kedalam yang haram, seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah! Bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah! Bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkan-Nya. Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosakkalah sekeliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Adapun setinggi-tinggi pencapaian darjat warak/alim adalah sebagaimana Rasulullah Sallallahu'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : "Seorang hamba (Allah) itu tidaklah termasuk dalam martabat golongan muttaqin sehinggalah ia meninggalkan sesuatu perkara yang tidaklah menjadi kesalahan (jika dilakukan tetapi ia meninggalkannya) kerana sikap berhati-hati dari terjerumus ke dalam kesalahan"

2) Kedua : Memelihara penglihatan.

Seseorang mukmin itu mestilah memelihara pandangan daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT kerana pandangan terhadap sesuatu (yang menarik itu) boleh merangsang syahwat dan boleh membawa ke kancah pelanggaran dan maksiat. Sehubungan dengan ini Al-Quranul Karim mengingatkat orang –orang mukmin supaya memelihara diri dari penglihatan yang tidak memberi faedah, firman Allah SWT maksudnya :

"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat". (Surah an-Nur ayat 30)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu memelihara pandangan kamu, menjaga kehormatan (kemaluan) kamu atau Allah akan menghodohkan wajah kamu." (Hadis Riwayat At Tabrani)

3) Ketiga : Memelihara Lidah

Seseorang mukmin itu mestilah memelihra lidahnya dari menuturkan kata-kata yang tidak berfaedah, memfitnah, berdusta, berbohong, memaki-hamun dengan perkataan yang buruk dan kotor, percakapan-percakapan kosong, mengumpat, mengeji dan mengadu domba.

Imam Nawawi rahimahumullah mengatakan. "Ketahuilah, seorang mukallaf itu sewajarnya menjaga lidahnya dari sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan. Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama sahaja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri kerana percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh. Kejadian demikian telah banyak berlaku tetapi kebaikan darinya adalah jarang."

Sebenarnya banyak dari hadis-hadis Rasulullah Sallallahu'Alaihi Wasallam yang menerangkan keburukan dan bencana lidah ke atas empunya diri.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tidaklah dihumbankan muka manusia kedalam neraka itu sebagai hasil tuaian (buruk) lidahnya"

(Hadis Riwayat Tarmizi)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : "Bukanlah ia seorang mukmin (jika) jika ia suka menuduh, melaknat, bercakap kotor dan keji." (Hadis Riwayat Tarmizi)

Sabda baginda lagi maksudnya : "Sesiapa yang banyak bercakap, maka banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya, maka banyaklah dosanya, dan sesiapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya."

(Hasid Riwayat Baihaqi)

4) Keempat : Bersifat Pemalu.

Seorang mukmin mestilah bersifat pemalu dalam setiap keadaan. Namun demikian sifat tersebut tidak seharusnya menghalangnya memperkatakan kebenaran. Di antara sifat pemalu seseorang ialah ia tidak masuk campur urusan orang lain, memelihara pandangan, merendah diri, tidak meninggikan suara ketika bercakap, berasa cukup serta memadai sekadar yang ada dan sifat-sifat seumpamanya.

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Iman itu lebih daripada 70 cabang, yang terbaik daripadanya ialah mengucapkan La ilaha illallah (Tiada tuhan yang patut disembah kecuali Allah SWT) dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menyakiti ditengah jalan, dan malu itu satu cabang daripada iman". (Hadis Riwayat Muslim, bab menerangkan bilangan cabang iman, bil. 153)

Berhubung dengan sifat malu ini para ulama mengatakan: "Hakikat malu itu ialah sifat yang menggerakkan seseorang itu meninggalkan kejahatan, dan menghalangnya dari mencuaikan hak orang lain.

5) Kelima : Bersifat Lembut dan Sabar

Di antara sifat-sifat yang paling ketara yang wajib tertanam di dalam diri seseorang mukmin ialah, sifat sabar dan berlemah lembut kerana kerja-kerja untuk Islam akan berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan, malah jalan dakwah sememangnya penuh dengan kepayahan, penyeksaan, penindasan, tuduhan, ejekan dan persendaan yang memalukan. Halangan–halangan ini sering dihadapi oleh para petugas 'amal Islami sehingga himmah dan lemah lembut mereka menjadi pudar, gerakan menjadi lumpuh malah mereka mungkin terus berpaling meninggalkan medan dakwah.

Dari keterangan ini jelaslah, tugas dan tanggungjawab seorang pendakwah adalah satu tugas yang amat sukar. Ia bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada seluruh lapisan manusia yang berbeza kebiasaan, taraf pemikiran dan tabiatnya.

Firman Allah SWT maksudnya : "Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan, sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan".(Surah al-Syura ayat 43)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu?".

(Surah an-Nur ayat 22)

"Dan apabila orang-oran jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandungi) keselamatan".

(Surah al-Furqan ayat 63)

Sabda-sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam yang bermaksud : "Sesungguhnya seorang hamba itu akan mencapai darjat orang-orang yang berpuasa serta bersembahyang malam dengan sifat lemah-lembutnya."

Sabda Nabi SAW maksudnya : "Mahukah aku memberitahu kamu suatu perkara yang dengannya, Allah akan memuliakan binaan (kedudukan seseorang) dan mengangkatnya kepada beberapa darjat ketinggian. Mereka menjawab: Ya wahai Rasulullah. Baginda bersabda: "Berlemah-lembutlah kamu terhadap orang jahil, maafkanlah orang yang menzalimi kamu, hulurkanlah pemberian kepada orang yang menahan pemberiannya kepadamu dan sambunglah ikatan silaturrahim terhadap orang yang memutuskannya terhadap kamu."

Sabda Nabi SAW maksudnya : "Apabila Allah Subhanahuwata'ala telah menghimpunkan makkhluknya di hari kiamat, penyeru pada hari itu pun menyeru; "Di manakah orang-orang yang mempunyai keistimewaan". Baginda bersabda: Lalu bangun segolongan manusia dan bilangan mereka adalah sedikit. Mereka semua bergerak dengan cepat memasuki syurga lalu disambut oleh para malaikat. Kemudian mereka ditanya: "Apakah keistimewaan kamu". Mereka menjawab: "Adalah kami ini apabila dizalimi kami bersabar, apabila dilakukan kejahatan kepada kami, kami berlemah-lembut", lalu dikatakan kepada mereka: "Masuklah kamu ke dalam syurga kerana ia adalah sebaik-baik ganjaran bagi orang yang beramal"

6) Keenam : Bersifat Benar dan Jujur.

Seorang mukmin itu mestilah bersifat benar dan tidak berdusta. Berkata benar sekalipun kepada diri sendiri kerana takut kepada Allah SWT dan tidak takut kepada celaan orang. Sifat dusta adalah sifat yang paling jahat dan hina malahan ia menjadi pintu masuk kepada tipu daya syaitan. Seorang yang memelihara dirinya dari kebiasaan berdusta bererti ia memiliki pertahanan dan benteng yang dapat menghalang dari was-was syaitan dan lontaran-lontarannya.

Berhati-hati dan memelihara diri dari sifat dusta akan menjadikan jiwa seorang itu mempunyai pertahanan dan benteng yang kukuh menghadapi hasutan dan tipu daya syaitan. Dengan demikian jiwa seseorang akan sentiasa bersih, mulia dan terhindar dari tipu daya syaitan. Sebaliknya sifat dusta meruntuhkan jiwa dan membawa kehinaan kepada peribadi insan. Lantaran itu Islam mengharamkan sifat dusta dan menganggap sebagai satu penyakit dari penyakit-penyakit yang dilaknat.

Rasulullah Sallallahu' Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud :

"Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnya kebajikan itu membawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seorang lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta".

(Hadis Riwayat Muttafaqun 'alaihi)

7) Ketujuh : Bersifat rendah diri

Seseorang mukmin mestilah bersifat tawaduk atau merendah diri khususnya terhadap saudara-maranya yang muslim dengan cara tidak membezakan (dalam memberi layanan) sama ada yang miskin maupun yang kaya. Rasulullh Sallallahu'Alaihi Wasallam sendiri memohon perlindungan kepada Allah agar dijauhkan dari sifat-sifat takbur (membangga diri). Baginda bersabda maksudnya :

"Tidak akan memasuki syurga sesiapa yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarah (sedikit) sifat takbur."

(Hadis Riwayat Muslim)

Di dalam hadis qudsi Allah berfirman maksudnya : "Kemuliaan itu ialah pakaianKu dan membesarkan diri itu ialah selendangKu. Sesiapa yang cuba merebut salah satu dari keduanya pasti Aku akan menyeksanya".

(Hadis Qudsi Riwayat Muslim)

8) Kelapan : Menjauhi sangka buruk dan mengumpat.

Menjauhi sangka buruk dan mengintai-intai keburukan orang lain. Oleh itu seorang itu mestilah menjauhi sifat-sifat ini kerana mematuhi firman Allah SWT maksudnya :

"Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang dari kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi penyayang". (Surah al-Hujurat ayat 12)

Allah SWT berfirman lagi yang maksudnya : "Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata."

(Surah al-Ahzab ayat 58)

Dan Rasulullah SAW bersabda maksudnya :

"Wahai golongan yang beriman dengan lidahnya sahaja, sedang iman belum memasuki hatinya, janganlah kamu mengumpat orang-orang Islam yang lain dan janganlah kamu mengintai-intai keburukan mereka, kerana sesiapa yang mengintai-intai keburukan saudaranya, Allah akan membongkar keburukannya sekalipun ia berada di dalam rumahnya." (Hadis Riwayat Abu Daud)

9) Kesembilan : Bersifat pemurah.

Seorang mukmin mestilah bersifat pemurah, sanggup berkorban dengan jiwa dan harta bendanya pada jalan Allah. Di antara cara yang dapat menyingkap kebakhilan seseorang itu ialah dengan cara memintanya membelanjakan wang ringgit kerana berapa banyak dari kalangan mereka yang berkedudukan, berharta dan berpangkat gugur dari jalan ini, lantaran rakus terhadap mata benda. Di dalam al-Quran al-Karim sendiri terdapat banyak ayat yang menjelaskan ciri-ciri keimanan yang dikaitkan dengan sifat pemurah.

Firman Allah SWT maksudnya : "Orang-orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka." (Surah al-Anfal ayat 3)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah) maka pahalanya itu untuk diri kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan nescaya kamu akan diberikan pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak dianiayai".(Surah al-Baqarah ayat 272)

Orang-orang yang bakhil atau kikir seharusnya mendengar dan mengambil pelajaran dari pesanan Rasulullah Sallallahu'Alaihi Wasallam maksudnya : "Tidaklah hamba-hamba Allah bangun di pagi hari, kecuali disertai dengan turunnya dua malaikat. Salah satu dari keduanya lalu berkata : 'Ya Allah berilah orang yang berinfaq ganti (dari barang yang diinfaqkan)'. Dan salah satu lagi berkata ; 'Ya Allah berilah orang yang menahan (bakhil) akan kerugian."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

10) Kesepuluh : Qudwah Hasanah (Suri teladan yang baik)

Selain dari sifat-sifat yang disebutkan di atas, seorang mukmin mestilah menjadikan dirinya contoh ikutan yang baik kepada orang ramai. Segala tingkah lakunya adalah menjadi gambaran kepada prinsip-prinsip Islam serta adab-adabnya seperti dalam hal makan minum, cara berpakaian, cara pertuturan, dalam suasana aman, dalam perjalanan malah dalam seluruh tingkah laku dan diamnya. Membina diri menajdi suri teladan merupakan peranan besar yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

Firman Allah swt yang bermaksud: "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah " ( Surah al-Ahzab Ayat 21 )

Marilah kita beramal dengan 10 ciri-ciri akhlak mulia dan terpuji seperti yang dinyatakan diatas. Akhlak yang mulia dan terpuji adalah asset yang besar di dunia dan akhirat. Jika di dunia kita akan dikasihi oleh manusia dan akan menjadi ikutan dan jika di akhirat akhlak yang mulia dan terpuji adalah menjadikan amalan yang memberatkan timbangan (mizan) kita di sana. Jadikanlah akhlak yang terpuji ini sebagai pakaian hidup kita dan menjadikan kita hamba Allah SWT yang diredai-Nya di dunia dan akhirat.

Sesungguhnya Kami telah menyucikan mereka dengan (menganugerahkan kepada mereka) akhlak yang tinggi, yaitu selalu mengingatkan (manusia) kepada negeri akhirat
(Surah As-Suad 38: Ayat ke 46)

Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W



Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.

Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.



BIODATA RASULULLAH S.A.W:

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)


SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W:

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’


Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.

8 cara untuk mencintai Nabi



1. Mengenal Nabi
Mengenal Nabi adalah dengan banyak membaca sirah perjalanan hidupnya yang tersurat dan tersirat. Kita pelajari bagaimana hidup Nabi dan kita akan temui kehidupan yang cukup luar biasa untuk dicontohi

2. Berselawat ke atas Nabi
Selalu berselawat ke atas Nabi dan memberikan kesejahteraan kepadanya. Dengan berselawat kita akan selalu mengingati Nabi dengan banyak menyebut mengenai Nabi akan melahirkan cinta pada Nabi

3. Mengikuti sunnah dan cara hidupnya
Kita ikut cara hidup Nabi dalam bentuk dirinya, cara hidup Nabi dalam keluarga, cara hidup Nabi dalam masyarakat, sunnah Nabi dalam bentuk kenegaraan dan sampai kepada Ummah sekeliannya

4. Membuat amalan disukai Nabi
Antara perkara yang Nabi suka ialah menjaga, memelihara dan meraikan anak yatim, memberi makan orang yang susah, membantu orang kesempitan, menyampaikan hajat muslimin dan menasihati orang yang lupa

5. Menghindari perkara yang Nabi benci
Antara perkara yang Nabi benci ialah syirik, menentang sunnah baginda dan berbohong di atas namanya

6. Menyampaikan dari Nabi kepada orang lain.
Kita menyampaikan apa yang disampaikan oleh Nabi pada orang lain. Ia disebut sebagai berpesan-pesan sesama muslim.

7. Mendampingi penggantinya
Iaitu mendampingi alim ulama dan mendampingi para Daie (para pendakwah)

8. Berdoa
Mendoakan Nabi, ahli keluarga dan sahabatnya. Berdoa supaya kita direzekikan mencintai Allah dan Rasulnya

Inilah lapan cara bagaimana ingin mencintai Nabi. Orang yang mencintai Nabi adalah orang yang layak mendapat syafaat dari baginda.

KEKASIH AGUNG PERMATA DUNIA



Tanggal 12 Rabiulawal Isnin Subuh Tahun Gajah
Lahirlah seorang Insan Agung pembela dunia
Kemunculannya dikhabarkan sudah
Dalam Taurat serta Injil Zaman Nabi Musa dan Isa a.s

Seorang Anak Yatim yang bertuah
Kekurangan kasih Ibu dan Ayah
Ibu susuannya Halimatul Sa’adiah
Muhammad namanya terpuji mulia

Dialah kekasih Agung permata dunia
Gelarannya Al-Amin insan benar jujur pekerti
Pemuda luhur budi bicara cantik bahasanya
Berdakwah mengembangkan Agama Suci

Sifat perwatakan terpuji sangat menyerlah
Insan penuh tawaduk budi pekerti tiada bandingan
Contoh sekalian penghuni Alam Buana
Mukjizat terbesar Al-Quran panduan umat manusia

Semangat keperwiraan sudah terserlah
Pemberani dan penegak Agama Allah
Contoh terbaik kepada Umat Akhir Zaman
Pahlawan perkasa berbakti menaburkan jasa

Rasulullah kekasih teristimewa
Rahmat Allah memayungi dilindungi sentiasa
Dakwah islam bermula berkembang ke seluruh buana
Berkat disuluh kebenaran Penciptanya

Sudah lebih 1400 tahun dikau meninggalkan kami
Engkau insan sempurna hamba Allah paling bertaqwa
Penghulu segala Nabi, Imam seluruh Manusia
Selawat ke atasmu Insan penuh berjasa pada umat

Wahai Kekasih Agung permata dunia
Engkau pergi meninggalkan harta terbesar
Mewasiatkan khazanah berharga kepada umatnya
AlQuran dan sunnah panduan sepanjang zaman

Wahai seorang Kekasih Teragung
Menyebarkan kebenaran menebarkan dakwah
Tugasmu diwarisi hamba dagang pewaris nabi
Menyebarkan dakwah Amanah dilaksanakan

Sempena Maulidul Rasul dikenang setiap tahun
Adalah untuk menghayati kembali berfikir sejenak
Muhasabah diri perjuangan menegakkan kebenaran
Rindunya kepadamu berilah Syafaat kepada kami semua...

Selasa, 22 Januari 2013

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1434H/2013


" dan tidak kami ( Allah ) utuskan kau ( wahai Muhammad ) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam ..." -- surah al anbiya : ayat 107


Salam Maulidur Rasul kepada semua muslimin dan muslimat seluruh dunia, selawat dan salam ke atas Rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW...


"sesungguhnya org yg paling dekat denganKu pada hari kiamat adalah org yg paling banyak berselawat kepadaKu"(Al-nasai & Ibnu Hibban)


Daripada Abu Hurairah r.a... Nabi s.a.w bersabda:
''barangsiapa yang berselawat ke atas nabi Muhammad sekali ...Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali ..."Allahumma solli a'ala Muhammad wa'ala alihi wasohbihi wasallam...

Pada tanggal 12 rabiul awal tahun gajah di kota mekah...lahirnya seorang ikon sejagat yang merubah peradaban dunia dan manusia bernama Muhammad bin Abdullah ....sekian ..

Generasi Al-Quran


Generasi Al-Quran

Betapa bertuahnya kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW, yang dibekalkan Allah SWT sebuah kitab panduan TERHEBAT dan TERAGUNG; Al-Quran Al-Karim.
Sesiapa yang mengamalkan Al-Quran insyaAllah akan hidup dalam ruh beragama dan berilmu, Allahu Akbar

IriHati


IriHati

Irihati itu boleh,
Jika kita iri hati melihat orang lain lebih banyak ibadahnya dari kita..
Jika kita iri hati melihat orang lain lebih baik amalannya dari kita..
Jika kita iri hati melihat orang lain lebih rajin dari kita..
Jika kita iri hati melihat orang lain lebih berilmu dari kita..

Seterusnya menaikkan semangat kita untuk melakukan seperti mereka..

Tetapi ada segelintir 'manusia' yang iri hati sampai menjatuhkan maruah orang lain, cemburu melihat kebahagiaan orang lain, dengki melihat kebaikan orang lain..moga kita dijauhkan dari sifat iri hati/dengki/cemburu yang tidak bertempat ini ♥

Berjaya Kerana Agama



Berjaya Kerana Agama

Kalau hendak berjaya, kena ada agama. Allah telah tetapkan kepada manusia untuk berjaya di dunia dan akhirat, kemuliaan hanya dalam agama. Jika nak berjaya kena ambil agama. Allah tidak letak kejayaan dalam dunia, harta dan pangkat. Boleh mati kalau tidak ada dunia, tidak ada keluarga tapi jangan mati tanpa ada agama dalam kehidupan kamu. Jadikan dirimu untuk akhirat

Pilihlah jodoh dengan dua cara..


Pilihlah jodoh dengan dua cara..

-- Pertama, jadilah orang yang baik. Insya Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik.

-- Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”

Prinsip jodoh itu :

Berikanlah yang terbaik untuk Allah maka Allah akan berikan yang terbaik untukmu...Cintailah Allah sungguh-sungguh(Q.S.3:31)... maka Allah akan kirimkan orang yang mencintaimu karena Allah... Sayangilah Allah dengan segenap jiwa ragamu.. maka akan Allah kirimkan orang yg menyayangimu segenap jiwa raganya...(Q,S.24:26)

Khas buat sahabat-sahabat muslimah


Khas buat sahabat-sahabat muslimah…

Bila anda berbadan saiz S..
Pakailah baju bersaiz M..
Bila anda berbadan saiz M..
Pakailah baju bersaiz L..
Bila anda berbadan saiz L..
Pakailah baju bersaiz XL..

Bukan....
Berbadan saiz M…
Pakai baju saiz S…
Berbadan saiz L…
Pakai baju saiz M…
Berbadan saiz XL…
Pakai baju saiz L…


Buat muslimah...
Tidak rugi seorang wanita itu menutup auratnya dengan sempurna, melainkan dia mendapat pahala di sisi Allah, InsyaAllah dia akan selamat dari segala macam fitnah...
Tutuplah aurat kita dengan sebaik-baiknya...kerana yang tertutup itu lebih berharga...

Buat Si Gadis


~>> Diganggu RIBUAN LELAKI RAMAINYA bukanlah menandakan betapa CANTIKNYA SI GADIS namun jelas menunjukkan betapa hebatnya si gadis TIDAK MENJAGA DIRI DAN MARUAHNYA..

p/s : Jangan sesekali dirimu MEMBUKA RUANG DIGANGGU LELAKI yang berpenyakit hatinya sekaligus boleh MENJATUHKAN MARUAHMU..jangan sampai diminati namun LANGSUNG TIDAK DIHORMATI..

Kiraan Wanita Solehah dari Al-Khawarizmi


Kiraan Wanita Solehah dari Al-Khawarizmi

Al Khawarizmi seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang WANITA TERBAIK ;
Dia menjawab ,

Jika wanita SOLEHAH dan BERAGAMA = 1
Jika dia CANTIK ; tambah 0 pada 1 = 10
Jika dia dia KAYA ; tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari KELUARGA BAIK-BAIK ; tambah lagi 0 = 1000

Tetapi jika yang "1" TIADA maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0".

CINTA ♥


CINTA ♥

Definisi CINTA menurut Ibnu Qayyim Al Jauziyah
>>>> ~Tidak ada CINTA sebelum IJAB QABUL diucapkan.,,

CINTA antara JIWA ♥
dalam hadist RASULULLAH..

>>>>~ Jiwa-jiwa itu bagaikan TENTARA berbaris rapi;
Jika saling MENGETAHUI / MEMPERCAYAI mereka akan BERSATU,
dan jika saling MENGINGKARI, mereka akan BERPISAH~

{ HR. Bukhari }

Aku Cuma An-Nisa'


Aku Cuma An-Nisa'

Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada..

Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah..

Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah…
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah..

Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat..

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..

Amin Ya Rabbal A'lamin...

Lelaki di akhir zaman ini..


Lelaki di akhir zaman ini..

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kuberfikir…
Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir
Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki di akhir zaman ini
Seperti yang kufikir..

Peringatan Pasangan Couple Di Laman Sosial


Peringatan

Pasangan-pasangan couple di facebook, twitter, dll yang:-

- terang-terang ambil gambar bersama
- jelas-jelas letakkan gambar dating bersama di khalayak ramai.
- set relationship bagai (kejap engaged kejap single)
- dipelopori ikon-ikon remaja dengan followers puluhan ribu di facebook, tidak segan-silu memaparkan gambar-gambar kemesraan bagai untuk minta doa dan pujian ramai...

Sebenarnya mereka tak faham. Nampak seperti nak tunjuk pada orang. Tapi hakikatnya, mereka tayang tu untuk Allah tengok. Seolah-olah mencabar kekuasaan Allah:

"Wahai Tuhan! Nah, tengoklah gambar kami bersama ni. Kami tak takut pada azab-MU pun! Tak kena petir pun! Dapat like dan doa org ramai lagi ada la!"

Bila dah 'cabar' Tuhan begitu sekali, tunggulah balasannya. Balasan Allah ada yang datang sekelip mata, ada yang datang di hari tua, ada yang ditunda untuk digandakan hukumannya di akhirat kelak.

Balasan awal Allah berupa putus cinta. Selalu orang lepas clash akan tanya soalan, "Kenapa jadi begini, kenapa dan kenapa..bla bla..". Baik, ni sebabnya anda putus cinta:-

1. Allah tak redha. (mungkin byk sgt buat dosa bila berdua)
2. Allah sedia yang lebih baik. (Allah tahu orang yg bersama dgn kamu tu tak boleh guide kamu pun mungkin)
3. Allah benci org bermaksiat.
4. Allah Maha Mengetahui masa depanmu.
5. Takdir. (dah tersurat dia bukan untuk kamu sampai kiamat)

Jangan cabar Allah.

oleh: Syabab Musafir Kasih

Cahaya Ilmu



Cahaya Ilmu

'Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan,
yang telah menciptakan manusia daripada segumpal darah.
Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Maha Pemurah,
yang telah mengajar (manusia) melalui perantaraan qalam.
Dan telah mengajarkan manusia apa-apa yang tidak diketahuinya.
( Al-Alaq 1-5)

Tip Menarik Bantuan Allah Ketika Menjawab Peperikasaan



TIP MENARIK BANTUAN ALLAH KETIKA MENJAWAB PEPERIKSAAN:

1. Istighfar 100x
2. Takbir 7x sebelum keluar rumah dan 7x sebelum masuk dewan
3. Baca doa penerang hati sebaik duduk
4. Lakukan penyerahan sepenuhnya kepada Allah. Bercakap terus dengan Allah, dimulai dengan "Ya Allah, aku mohon izinMu yang Maha Perkasa supaya dapat menjawab soalan ini dengan tenang dan tepat...."
5. Sebutkan alhamdulillah sebaik selepas selesai.

Teruskan perjuangan! :)

Katakan ini Kepada Ayahmu Wahai Wanita



::Katakan ini Kepada Ayahmu Wahai Wanita::

Ayah..jangan nikahkan aku dengan pemuda yang gemar bermaksiat
Ayah..tolaklah pinangan kepadaku dari pemuda yang tidak menjaga sholatnya
Ayah..jangan restui kedatangan pemuda di rumah ini yang mengajakku keluar sebelum dia halal bagiku
Ayah..jangan segan menolak jika engkau tidak meridhoi agamanya

Tapi Ayah..
Pertimbangkan lamaran seorang pemuda jika dia engkau ridhoi agamanya
Pertimbangkan keinginannya mengajukan ta'aruf kepadaku jika baca'an Al Qur'annya mampu membuat ayah menitikkan air mata
Pertimbangkan niat sucinya menikahiku meskipun dia miskin, tapi agama dan akhlaknya telah membuat ayah bangga

Ayah..engkau waliku dalam memilihkan calon imamku, tidaklah ringan tanggung jawab itu ayah, karena kelak akan dimintai pertanggungjawabannya oleh Allah diakhirat

Maka pilihkan seorang pemuda yang terbaik untukku ayah, yang engkau, ibu serta Allah ridhoi

Seorang pemuda yang akan menjadi panutan, pelindung dan cahaya bagiku, bagi keluarga dan terutama bagi agamaku..!!

Page : Srikandi Islam

Sedekah Membuat Kita Semakin Kaya


Diceritakan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tarmidzi dan Ahmad:

Tatkala Allah Ta’ala menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung. Dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya.
“Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung?”
Allah menjawab, “Ada, iaitu besi.”
(Kita mafhum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi).
Para malaikat bertanya lagi,
“Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi?”
Allah yang Maha Suci menjawab, “Ada, iaitu api.”
(Besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api).
Para malaikat kembali bertanya,
“Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api?”
Allah yang Maha Agung menjawab, “Ada, iaitu air.”
(Api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air).
Para malaikat pun bertanya kembali,
“Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air?”
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, “Ada iaitu angin.”
(Air di samudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat).
Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi,
“Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua?”

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, “Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya”

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.

Kenapa Aku Tak Nikah Lagi?


JAWAPAN DARI ALLAH SWT : KENAPA AKU TAK KAHWIN-KAHWIN LAGI ?

1- KITA BERTANYA : KENAPA SEHINGGA KINI AKU BELUM ADA JODOH, SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK AKU ?

ALLAH MENJAWAB :
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." [Surah An Nur : Ayat 26]


2- KITA BERTANYA : AKU ORANG BUJANG LAGI MISKIN, MAKAN DAN MINUM PUN CUKUP HANYA UNTUK KEPERLUAN SENDIRI. APAKAH AKU LAYAK UNTUK BERKAHWIN ?

ALLAH MENJAWAB :
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan.

Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." [Surah An Nur : Ayat 32]


3- KITA BERTANYA : TAPI ORANG MASIH LAGI MENGATAKAN AKU BELUM LAGI MAMPU BERKAHWIN ?

ALLAH MENJAWAB:
"Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya.." [Surah An Nur : Ayat 33]


4- KITA BERTANYA : WALAUPUN MASIH BELUM MAMPU UNTUK BERKAHWIN AKU JUGA INGIN HIDUP BAHAGIA SEPERTI INSAN-INSAN LAIN, BERKASIH SAYANG, MEMPUNYAI PASANGAN HIDUP DAN ZURIAT, APAKAH AKU LAYAK UNTUK SEMUA ITU?

ALLAH MENJAWAB :
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.." [Surah Ar Rum : Ayat 21]


5- KITA BERTANYA : KALAU BEGITU AKU LAYAK LAH UNTUK BERKAHWIN, TAPI APAKAH CARANYA UNTUK MENCARI PASANGAN HIDUP?

ALLAH MENJAWAB :
"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdo'alah kepada-Ku, niscaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina". [Surah Al Mu’min : Ayat 60]


6- KITA BERTANYA : AKU SUDAH BERDOA, TAPI SEHINGGA KINI BELUM LAGI DIMAKBULKAN DOANYA?

ALLAH MENJAWAB :
”Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat”. [Surah Al-Baqarah : Ayat 153]

”Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. [Surah Alam Nasyrah : Ayat 5 – 6]


7- KITA BERTANYA : AKU TAHU SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN. TAPI, APAKAH TIDAK ADA CARA LAIN YANG MAMPU AKU BUAT?

ALLAH MENJAWAB :
”Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. [Surah Muhammad : Ayat 7]


8- KITA BERTANYA : KALAU BEGITU, BAGAIMANAKAH CARANYA ?

ALLAH MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong agamaNya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Kuasa.." [Surah Al-Hajj : Ayat 40]


9- KITA BERTANYA : SETELAH SEMUA ITU DILAKUKAN, BILAKAH PULA ALLAH AKAN MENOLONG AKU?

ALLAH MENJAWAB :
"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.." [Surah Al-Baqarah : Ayat 214]


=============================================================
Itulah jawapan Allah buat orang yang bertanya..

Dan Allah swt, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang tidak akan menyalahi janji-janji NYA.

Inilah juga keyakinan yang PERLU ada pada setiap mukmin dan mukminat. Insyaallah..


Dibenarkan untuk Share..

Doa Taubat, Redha dan Ilmu



...Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, terimalah taubatku, redhakanlah aku hidup di bumiMu, dan ingatkanlah aku segala ilmu yang pernah aku pelajari... Aamiin...

Duhai diri...



Sebagian orang bijak mengatakan,

“Semestinya bagi orang yang berakal untuk senantiasa memperhatikan wajahnya di depan cermin. Apabila
wajahnya bagus maka janganlah dia perburuk dengan perbuatan jelek.
Dan apabila wajahnya jelek maka janganlah dia mengumpulkan dua kejelekan di dalam dirinya.”
(al-Muntakhab min Kitab az-Zuhd wa ar-Raqaa’iq, hal. 105)

********************

---Duhai diri ... Pelajaran akhlak yang engkau terima seharusnya engkau gunakan untuk menilai
perilaku engkau sendiri, bukan malah engkau gunakan untuk menilai perilaku orang lain ---
Astaghfirullah hal Adzim
Ampuni Hamba ya Allah

7 Jenis Pahala Selepas Mati



7 Jenis Pahala Selepas Mati

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya:-

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur’an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Mencari kebahagiaan hidup



Mencari kebahagiaan hidup

Perjalanan hidup ini telah memberikan pelajaran kepada kita, bahawa kebanyakkan orang dilamun keluh kesah, gelisah, kesempitan dan kegoncangan batin, merasa sepi dan tidak mempunyai apa-apa, merekalah orang-orang yang tidak memperoleh nikmat iman dan keyakinan, hidup mereka tidak ada rasa dan tiada perisa, tawar dan kosong, walaupun mereka berada dalam lingkungan kelazatan dan kemewahan. ~Zahid~

Kebahagiaan yang dicari mestilah berpunca daripada ketakwaan sebagai kunci kebahagiaan. Apabila hati bertakwa seluruh tubuh badan akan berasa bahagia dan tenang. Bahagia yang didapati tidak boleh dirasai oleh orang lain. Hati berasa tenang dan jiwa sentiasa lapang.

Para cendekiawan ada mengatakan, dunia bersifat sementara. Oleh itu, kebahagiaan yang dikandunginya juga sementara. Sebaliknya akhirat bersifat abadi, maka kebahagiaan yang dikandunginya juga abadi.

Page : Ketaqwaan Kunci Kebahagiaan

Halangan Utama



Halangan Utama

Tidak banyak orang yang insaf dapat membetulkan dirinya
kerana halangannya yang banyak. Halangan utamanya ialah
nafsunya.

Terdapat 4 jenis manusia


Terdapat 4 jenis manusia, iaitu:

1) Manusia yang tahu, tetapi tidak tahu bahawa dia tahu.
Itulah orang yang lalai. Oleh itu berilah mereka peringatan.

2) Manusia yang tidak tahu, dan dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Itulah orang yang bodoh dan degil. Oleh itu tinggalkan mereka.

3) Manusia yang tidak tahu, dan tahu bahawa dia tidak tahu.
Itulah orang yang jahil. Oleh itu ajarlah mereka.

4) Manusia yang tahu, dan dia tahu bahawa dia tahu.
Itulah orang yang berilmu. Oleh itu, ikutilah mereka.

~Al-khalil ibn Ahmadal Farahidi~

Arti Doa duduk antara Sujud


TAHUKAH KAMU.....

Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
tahukah maksudnya??

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

Sebarkan dengan menekan perkataan "SHARE" Kepada rakan rakan yang lain. Mudah mudahan diberkati dan dikurniakan Pahala oleh Allah s.w.t
INSYAALLAH

Kejayaan manusia adalah dalam AGAMA



Kejayaan manusia adalah dalam AGAMA

Kejayaan manusia bukanlah terletak pada kecemerlangan peperiksaan~
Atau pun terletak pada kekayaan yang banyak~
Atau pun terletak pada pangkat yang tinggi~
Atau pun terletak pada kebahagiaan rumah tangga~
Atau pun terletak pada menjadi pujaan kepada orang ramai~
Atau pun terletak pada kemenangan dalam suatu pertandingan~
Atau pun terletak pada penciptaan alatan atau teori yg baru~
Atau pun terletak pada lakaran nama di Buku Rekod Dunia~
Tetapi kejayaan sebenar manusia adalah terletak pada AGAMANYA~

Hadis ada mengatakan,
"Barangsiapa berusaha untuk dunia, dia akan perolehi nikmat di dunia. Barangsiapa berusaha untuk akhirat, dia akan perolehi nikmat didunia & diakhirat~"
Tak salah jika mengejar kejayaan dunia, asalkan tidak lupa kepada akhirat~

Setiap manusia haruslah seimbangkan antara dunia & akhirat~ Untuk didunia kita perlu menabur bakti kpd masyakat & untuk diakhirat kita perlu beribadat kpd Allah s.w.t~

Jadikan di dunia ini sebagai tempat kita bercucuk tanam, dan segala hasilnya akan dituai diakhirat kelak~

Rabu, 16 Januari 2013

Tanda ilmu itu tidak berkat ialah :


Tanda ilmu itu tidak berkat ialah :

1. semakin kita menuntut ilmu semakin kita angkuh dan sombong dengan Allah SWT mahupun sesama manusia.

2. semakin banyak ilmu semakin rasa diri hebat, tidak langsung merasa hebatnya Allah SWT.

3. Penyakit hati semakin tebal bersarang didalam dada.

4. Memandang rendah pada orang lain.

Tunduklah pada Allah yang Maha Berilmu..



Tanda ilmu itu berkat ialah,semakin tinggi ilmu kita, semakin tunduk rendah kita bertawaduk kepada Allah dan sesama manusia. Kita merasakan kehebatan Allah dan ketinggian ilmuNya sehingga kita berasa betapa kerdilnya ilmu kita. Bila telah sampai ke peringkat ini,terubatlah penyakit hati dan kita sentiasa berdoa sebagaimana doa imam Shafie, "Semoga didatangkan kebenaran diatas hujah lawanku".

~Sabar & Berdoalah..Sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat..

Bagi Penuntut ilmu


'' Bagi penuntut ilmu, hendaklah mempercepatkan dalam 3 hal:
 MAKAN, BERJALAN, MENULIS'' 
~Imam As Suyuti~


Kita Tiada Beza


''...Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah yang lebih BERTAQWA diantara kamu, (bukan keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (amalanmu)".

~al-Hujurat :13~

Jangan kamu percaya...

''Jangan kamu percaya melihat kegagahan lelaki.
Jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya dari menganiayai (bergaduh) sesama mereka, itulah lelaki yang sebenar''. (Umar al-khattab)

Rahsia Amalan Wanita Solehah


1) Mendirikan solat dan menjaga solatnya.

2) Selalu bersedekah.

3) Takut murka Allah S.W.T

4) Menjaga maruah diri ( Menjaga aurat dan kehormatan diri)

5) Bersyukur dengan pemberian Allah S.W.T dan redha dengan ujian dan musibah dari Allah S.W.T

6) Pandai Membaca Al-Quran

7) Menjaga Amanah (sebagai isteri,ibu,anak,jiran dan sebagainya)

Mintalah Pertolongan Dengan Sabar & Shalat


MINTA TOLONG DENGAN SABAR DAN SHALAT

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah ) dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusu’.(Yaitu) orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Tuhannya dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya".( QS. Al Baqarah 45-46).

Tanda-tanda wujud ketaqwaan pada Allah S.W.T dalam diri setiap muslim.


Tanda-tanda wujud ketaqwaan pada Allah S.W.T dalam diri setiap muslim.

Hazrat Asy-Sheikh Abu Layth Samarqandi Rahimahullah berkata,tanda-tanda seseorang itu ada sifat Taqwa dan takutkan Allah S.W.T ialah:

1. Lidah - disebabkan ketakutkan pada Allah S.W.T telah menghalangnya dari berkata sesuatu yang tidak benar,mengumpat,mencarut dan perkataan yang sia-sia sebaliknya memperbanyakkan lidah mengalunkan tilawah dan berzikir pada Allah S.W.T.

2. Perut - mereka yang takutkan Allah S.W.T hanya akan mengambil makanan yang halal samada dari segi sumber mahupun bahan-bahannya,menggelakkan makanan yang syubhat,dan makan makanan yang halal sekadar yang diperlukan sahaja.

3.mata - mereka yang takutkan Allah S.W.T tidak melihat perkara yang haram dan banyak yang melihat yang halal,sekadar keperluan,bukan kehendaknya sendiri.

4. tangan - mereka yang takutkan Allah S.W.T tidak akan membuat perbuatan yang tidak disukai Allah S.W.T,segala tindakan dan perbuatannya hanyalah semata-mata untuk keredhaan Allah S.W.T.

5.kaki. - mereka yang takutkan Allah S.W.T tidak akan melangkah ke tempat dan perkara yang tidak disukai dan dilarang Allah S.W.T,malah mereka akan menjauhkan dan menggelakkan perkara ini semata-mata kerana Allah S.W.T

6. hati - di dalam hati,ketaqwaan pada Allah S.W.T menguasai hati dari perkara-perkara yang tidak elok,samada hasad dengki,sangka buruk,cemburu,permusuhan,tidak berperikemanusiaan dan tidak menhormati orang lain.

7. ikhlas - mereka yang takutkan Allah S.W.T akan terus belajar dan mengekalkan sifat ikhlas dalam amalan mereka dan mereka akan risau dan susah hati apabila amalan mereka mula lari dari sifat ikhlas pada Allah S.W.T.


Berkenaan dengan mereka ini,Allah S.W.T berfirman:

"serta berbagai barang perhiasan (keemasan). dan (ingatlah), Segala Yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia; dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang Yang bertaqwa." (Az Zukhruf:35)


"Sesungguhnya orang-orang Yang bertaqwa, disediakan syurga tempat mereka beroleh apa Yang mereka ingini." (An Naba':31)


"Sesungguhnya orang-orang Yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal Yang aman sentosa. " (Ad Dukhaan:51)


71. dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara Yang mesti (berlaku) Yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu.

72. kemudian Kami akan selamatkan orang-orang Yang bertaqwa, dan Kami akan biarkan orang-orang Yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut di Dalam neraka itu.

(Maryam:71&72)

Allah Maha Pelindung


Firman Allah :-

Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqarah 2:257)


Ingat sahabat-sahabatku.Jika kita ada masalah. Pohon kepada Allah SWT. kerana ia penjaga kita 24jam..

Jangan kita terlalu bergantung kepada manusia.Kerana bukan semua manusia boleh menolong kita. Tetapi Allah boleh tolong kita.

Ingatlah wahai sahabat-sahabatku.

Wallahualam

Malaikat Sentiasa Bertasbih


Sesungguhnya malaikat sentiasa bertasbih siang dan malam kepada Allah, mereka adalah tentera yang selalu mentaati perintah-Nya.