Senin, 06 Februari 2012

Freemason bahagian 1

Mungkin ramai di antara pem­baca yang pernah mendengar nama Freemason, tetapi keba­nyakkannya mungkin hanya mendengar sekkali imbas tanpa mengetahui latar belakang serta matlamat organisasi tersebut secara lebih mendalam. Dan yang lebih menarik, mungkin ramai yang tidak tahu tentang cerita-cerita mitos ser­ta misteri di sebalik gerakan yang dikatakan sudah mencecah usia 400 tahun itu.




Menurut ensiklopedia bebas, Wikipedia, Freemason secara umumnya diketahui sebagai sebuah organisasi sosial yang berasaskan persaudaraan di peringkat antarabangsa.


Bagaimanapun, dalam kajian para sarjana Barat dan sarjana Islam, mereka menemui beberapa fakta yang menimbulkan persoalan. Freemason didapati sebuah organisasi terancang dan wujud satu agenda rahsia yang diwarisi sejak zaman Kesatria Templar lagi. Agenda itu amat terselin­dung.


Hari ini, organisasi tersebut mendak­wa mereka memiliki lebih 5 juta ahli di seluruh dunia. Biarpun dilihat sebagai sebuah gerakan yang menjalankan ker­ja-kerja sosial secara sukarela, namun beberapa misteri dan mitos termasuk upacara ritual yang dilakukan oleh Freemason yang bertentangan dengan pegangan agama samawi, menyebab­kan beberapa gereja di Barat termasuk ulama Islam melarang penganut ma­sing-masing menjadi anggota gerakan terbabit.


Jadi, apakah agenda terselindung itu yang menyebabkan pergerakan Freemason ini diragui pelbagai pihak?Apakah semua dakwaan tersebut sebenarnya hanya mitos dan legenda semata-mata atau sememangnya pergerakan Freemason ini adalah sebuah organisasi terancang, bergerak secara rahsia sehingga digelar sebagai the secret society?


Sebahagian pengkaji sejarah di Barat yang berkeyakinan,pergerakan Freemason sebenarnya sudah pun wujud di Scotland seawal abad ke-14, sebaik sahaja anggota-anggota Kesatria Tem­plar, yang dikatakan sebagai pengasas kepada pertubuhan ini ditangkap, di­penjara dan dibunuh oleh Raja Perancis Philipe le Bel dan Paus Clement V.


SEJARAH AWAL

Tentangan terhadap organisasi ini terlebih dulu dilakukan oleh kalangan pemimpin gereja Katolik .Ini terjadi kerana Freemason telah menjadi organisasi tempat berkumpulnya masyarakat anti-agama. Dalam sebuah rencana bertajuk The Earlier Period Of Freemasonry, Freemason disebut sebagai tempat berkumpul para ahli Mason yang mencari kebenaran di luar gereja.Sejak awal penubuhan, Fremason telah menyokong kebebasan beragama, sama persis dengan yang terjadi belakangan ini di banyak negara.



Knight of Templar

Banyak sumber menjelaskan bahawa sejarah penubuhan gerakan ini berakar jauh dan boleh dikesan hingga ke masa Order Knight of Templar ketika perang Salib di Jerusalem, Palestin. Pengasas aliran ini adalah dua kesatria Perancis, iaitu Hugh de Pavens dan God Frey de St Omer. Spekulasi dari kalangan sejarawan berkata, bahawa ada darah-darah Yahudi yang mengalir dalam tubuh dan cita-cita para pengasas Order Knigh of Templar. Para perwira tinggi Kristian tersebut, sebenarnya memeluk agama Kristian untuk menyamar, sesungguhnya mereka masih berpegang teguh pada doktrin-doktrin Yahudi, terutama Kabbalah.



Grand Master pertama Knight of Templar Hugh de Pavens


Dalam masa yang singkat mereka menjadi kaya raya dengan melakukan kawalan penuh terhadap peziarah Eropah yang datang ke Palestin. Salah satunya adalah dengan cara merekrut anak-anak muda para bangsawan Eropah yang kaya.Disamping memungut cukai ,mereka juga disebut sebagai perintis sistem perbankan riba’ pertama pada abad pertengahan.


Dalam waktu singkat markas Knight of Templar di Perancis menjadi rumah Penghimpunan harta terbesar di Eropah. Mereka memberi pinjaman dana kepada Paus dan Raja-Raja di Eropah. Bagaimana tidak cepat kaya, setiap tahun, King Henry II of England meminjam duit untuk menanggung kos hidup 15.000 tentera Knight of Templar dan juga Knight Hospitaler selama mereka berperang dalam Perang Salib pada tahun 1170. Untuk menggambarkan betapa besarnya institusi perbankan yang dijalankan Templar, pada masa itu organisasi ini mempunyai 7,000 pegawai hanya untuk mengurusi masalah kewangan. Mereka juga mempunyai tak kurang dari 870 istana, dan rumah-rumah para bangsawan dari London hingga Baitulmuqaddis.



King Henry II of England

Dalam masa yang sama.Mereka mengembangkan doktrin dan ajaran mistik, juga sihir di biara-biara mereka. Mereka memuja syaitan dan roh-roh untuk berkomunikasi. Apa yang mereka praktikkan ini disebut sebagai Kabbalah, sebuah tradisi mistik Yahudi kuno yang telah berkembang bahkan sejak zaman sebelum Firaun.


Apabila perkara ini tersebar, Raja Perancis Philip le Bel, pada tahun 1307 mengeluarkan arahan untuk menangkap dan mengharamkan aliran Knight of Templar kerana dituduh telah sesat dari agama Kristian. Paus Clement V turut bergabung untuk memerangi kaum Mason ini. Beberapa pimpinan Order Knight of Templar yang bergelar Grand Master (gelaran ini masih digunakan sebagai peringkat tertinggi dalam gerakan Freemason sampai sekarang) telah berjaya ditangkap. Siasatan dilakukan terhadap mereka yang ditangkap mendapati bahawa ahli-ahli Templar telah melakukan kesalahan seksual terhadap beberapa perempuan bangsawan, melakukan seksaan, menyembah kucing, memakan daging rakan-rakan mereka sendiri yang sudah mati.




Raja Perancis Philip le Bel

Pada tahun 1307, Raja Philip IV memerintahkan Jacques de Molay ditangkap. Setelah melalui penyiksaan demi penyiksaan, de Molay mengakui segala ritual sesat yang dilakukan oleh Order Templar. Pada tahun 1312, Order Knight of Templar dibubar dan diharamkan. Atas perintah Gereja dan Raja, dua tahun kemudian, iaitu pada tahun 1314, para pimpinan Templar dihukum mati, termasuk Jacques de Molay, salah satu Grand Master terpenting Order Templar. Jacques de Molay dihukum dengan cara dibakar hidup-hidup di depan raja Philip IV. Dan sebelum menghembuskan nafasnya, de Molay mengeluarkan kata-kata bahawa Raja Philip dan Paus Clement akan mati dalam masa satu tahun. Dalam catatan sejarah, Raja Philip IV meninggal tujuh bulan kemudian, diikuti Paus Clement sebulan selepas Raja Philip mangkat.




Grand Master terakhir Knight of Templar,Jacques de Molay dibakar


Apabila pertubuhan Yahudi itu “dikalahkan” ,berlaku serangan besar-besaran ke atas kaum Yahudi. Pemusnahan ini tak hanya terjadi di Palestin, tetapi juga berlaku di Eropah. Mereka diburu, ditangkap dan dibunuh. Kebanyakkan mereka berjaya melarikan diri dan mendapat perlindungan dari Raja Scotland, Robert The Bruce yang dilantik dan menduduki singgahsana pada tahun 1306.Di Scotland, mereka menyusun kembali kekuatan.Sebab itu sehingga sekarang Scotland menjadi salah satu dari tiga aliran Freemason (Scotland Rites,Iris dan York Rites).



Tugu Pengiatan Raja Scotland Rabort Bruce


Versi yang lebih tua tentang sejarah Freemason adalah kisah pembentukan Freemasonry pada zaman Raja Israel, Herod Agripa I yang meninggal dunia pada tahun 44 Masihi. Freemason pada zaman ini dibentuk untuk membendung ajaran agama yang disampaikan oleh Nabi Isa as. Pertubuhan ini lebih dikenali dengan nama The Secret Power .Tujuan utamanya adalah untuk memusuhi pengikut Nabi Isa, menculik mereka, membunuh, melarang penyebaran agama baru tersebut, termasuk membunuh bayi-bayi Kristian.


*bersambung di “Bahagian 2″

Tidak ada komentar:

Posting Komentar