Kamis, 29 Maret 2012

Kenal dan Cinta




Sekadar Renungan moga-moga dapat manfaat..InsyaALLAH..!!!

Jangan mudah mendakwa dan mengaku beriman dan cinta ALLAH selagi hati masih belum benar-benar suci dengan segala sifat mazmumah yang keji dan hati masih berlumuran dengan najis syirik yang tersembunyi…

Betapa ramai yang tahu bahawa tiada yang mengerakkan dan mendiamkan sesuatu dan benda melainkan ALLAH namun kenapa masih ramai yang mempertikaikan dan mempersoalkan kenapa dan mengapa sesuatu itu berlaku????. Katakanlah ALLAH....

Tiada apa yang patut difikirkan dan dibuat kajian jika yakin semuanya adalah lakuan dan ketentuan ALLAH....

Sesungguhnya tiada sesiapa yang dapat menghalang apa jua pemberian dan kurniaan ALLAH dan tiada sesiapa yang dapat memberi apa yang telah ALLAH tahan dan tegah. Sesungguhnya ALLAH atas segala sesuatu MAHA BERKUASA...

Alamat dan tanda orang yang disukai dan dikasihi ALLAH sering ingat ALLAH dan mudah sebut ALLAH. Manakala tanda dan alamat orang yang dibenci ALLAH sering lupa dan derhaka kepada ALLAH serta payah untuk menyebut ALLAH....

Barangsiapa yang menjadikan ALLAH matlamat dan tujuan nescaya segala perkataan, amalan, tindakan, perbuatan, sifat dan akhlak lahir dan bathin akan selari dan muafakat dengan Sunnah Rasulullah saw....

Tiada ada jalan lain untuk dapat mengenal ALLAH malainkan dengan rahmat dan pertolongan ALLAH. Tiada akan dapat rahmat dan pertolongan ALLAH melainkan dengan melaksana dan menjunjung perintah ALLAH dan Rasulullah SAW lahir dan bathin..

Maka larilah kepada ALLAH, kerana kepada NYA jua tempat kembali dan berserah.. berpalinglah dari yang lain dan berhadaplah kepada ALLAH kerana semuanya selain ALLAH akan binasa, YANG KEKAL hanyalah ALLAH YANG HAQ dan BAQA' ....

INGATLAH..!!
Berusahalah bersungguh-sungguh dalam menuntut mengenal ALLAH kerana mana mungkin kita menyembah ALLAH dan memohon pertolongan ALLAH tetapi kita tiada mengenal ALLAH....

Barangsiapa yang mendakwa kenal, cinta dan kasih ALLAH tetapi masih melanggar hukum-hukum dan peraturan ALLAH sesungguhnya ia tertipu dan terpedaya dengan nafsu dan syaitan....

Sesungguhnya jalan-jalan yang membawa kepada petunjuk ALLAH dan jalan menuju ALLAH itu amat jelas dan terang sekali seterang cahaya matahari, namun kenapa masih teraba-raba kesesatan dan terkapai-kapai tenggelam dalam kegelapan. Bukankah telah dinyatakan barangsiapa yang berpegang dengan keduanya tiada akan sesat selama-lamanya ....

Hanya orang-orang yang benar-benar beroleh petunjuk dan rahmat ALLAH serta mendapat bimbingan dan pimpinan ALLAH sahaja yang layak membawa dan menunjuk jalan kepada manusia untuk kembali mengenal ALLAH…

Untuk beroleh kejayaan kena ada kesungguhan dan pengorbanan. Untuk pecahkan batu yang keras kena palu sehabis qudrat. Untuk kasih dan redha ALLAH pasti ditimpa ujian dan cubaan bagi mengesahkan keaslian, keikhlasan dan kesucian hati.. Hanya hati-hati yang ikhlas dan suci dapat masuk berhadap kepada yang MAHA SUCI.

[Sumber: diambil dari Facebook sufizamani]

Tidak ada komentar:

Posting Komentar