Minggu, 11 Maret 2012

Hentikan Fesyen Tudung Bersanggul





Bertudung adalah kewajipan bagi setiap wanita. Wanita dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Ada yang kata bertudung mengikut fesyen dan memandang sinis wanita bertudung tetapi masih melanggar hukum agama. Bertudung sebenarnya bukanlah pendinding dari wanita membuat maksiat. Apa yang penting ialah keimanan dalam diri.


Berdasarkan pemerhatian saya , sudah menjadi suatu budaya sekarang ini dimana ramai dalam kalangan wanita yang memakai tudung tetapi sengaja mengikat atau menyanggul rambutnya tinggi-tinggi. saya sendiri tidak pasti apakah motif mereka berbuat sedemikian ya? apakah ingin kelihatan cantik. menawan dan sebagainya.

Selain itu, ada juga dalam kalangan wanita memakai tudung yang dibelakangnya diletakkan pin lalu menampakkan sanggul di kepala. Tanpa kita sedari, ini sebenarnya merupakan fesyen jahiliah yang meresap secara perlahan ke dalam wanita Islam. Nauzubillah.


Renungkanlah hadith-hadith dibawah:

“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”

– Hadith Riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.


Rasulullah s.a.w bersabda:

“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-




حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بن عَيَّاشِ بن عَبَّاسٍ الْقِتْبَانِيُّ، حَدَّثَنِي أَبِي، سَمِعْتُ عِيسَى بن هِلالٍ الصَّدَفِيَّ، وَأَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ بن عَبْدِ اللَّهِ الْخَطْمِيَّ، ابْنَ يَزِيدَ الْحُبُلِيَّ،، يَقُولانِ: سَمِعْنَا عَبْدَ اللَّهِ بن عَمْرٍو، يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ:”سَيَكُونُ آخِرُ أُمَّتِي نِسَاءً كَاسِيَاتٍ عَارِيَاتٍ عَلَى رُؤُسِهِنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ، الْعَنُوهُنَّ فَإِنَّهُنَّ مَلْعُونَاتٌ” – المعجم الكبير للطبرانى


“Daripada Abdullah bin ‘Ayyasy bin ‘Abbas Al-Qityani, telah berkata bapaku, aku(bapa ‘Ayyasy) telah mendengar ‘Isa bin Hilal As-Shodafi dan dan Abu Abd Rahman bin Abdullah Al-Khathmi bin Yazid Al-Hubuli, berkata mereka berdua, kami mendengar Abdullah b Amru berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW berkata : Akan datang pada akhir zaman daripada umatku peremuan yang bertelanjang tanpa berpakaian. Sanggul mereka diangkat tinggi seperti bonggol unta. Kutuklah mereka sesungguhnya mereka golongan terkutuk.


Astaghfirullahalazim. Hadis di atas sudah cukup menjelaskan berkaitan pemakaian tersebut. Besar sungguh azab Allah terhadap mereka yang berpakaian sedemikian.


Sebagai seorang wanita, bagi saya sendiri tidak salah sekiranya kita hendak berfesyen dalam berpakaian tetapi berpada-padalah kerana kita ini merupakan wanita muslimah yang harus memelihara kehormatan diri kita agar hidup kita di dunia meskipun akhirat terpelihara, InsyaAllah.


Justeru itu, jika ada dalam kalangan sahabat-sahabat atau keluarga serta saudara seagama kita yang berpakaian sedemikian, dakwahlah mereka, beritahu dan terangkanlah kepada mereka secara berhikmah agar mereka tahu.


Ini merupakan tugas kita yang sudah tahu untuk menyampaikan kepada mereka yang masih jahil mengenai pemakaian sanggul tinggi ini. Maka sampaikanlah kepada wanita-wanita yang lain. Semoga kita diberikan hidayah dan sentiasa istiqamah dalam menutup aurat dengan BETUL.






Tidak ada komentar:

Posting Komentar