Kamis, 31 Mei 2012

Anak Soleh vs Anak Tidak Soleh di akhirat nanti



Di akhirat nanti, seorang lelaki yang alim ingin masuk ke syurga dengan izin Allah swt.
Lagi selangkah sahaja kakinya akan memasuki syurga, tiba-tiba kedengaran satu suara berteriak daripada belakangnya..

"Ya Allah,dia bapaku.Dia tidak pernah mengajak aku utk bersolat. Dia tidak pernah didik aku untuk mentaati perintahMu. Di dunia dulu, bila dia nampak aku buat maksiat, dia biarkan sahaja..Sedikit teguran pun tidak pernah diberikan. Jika hari ini adalah hari pengadilan, mana mungkin dia masuk ke dalam syurga. Sedangkan kerana dialah aku dicampakkan ke dalam neraka."
Maka bapa tadi pun akan dicampak ke dalam neraka.

Di tempat yang lain pula,
seorang anak soleh yg hafiz sedang melangkah kaki masuk ke syurga,
Tiba-tiba,dia ternampak ibubapanya mahu dicampakkan ke dalam api neraka.
Dia pun memohon,
"Ya Allah,hari ini Kau izinkan aku utk masuk ke syurga.Tetapi,aku tidak akan masuk ke dalamnya tanpa membawa kedua-dua ibubapaku. Kasihanilah mereka. Kerana didikan merekalah aku dapat masuk ke syurga pada hari ini. Ya Allah, aku merayu padamu, masukkanlah mereka ke dalam syurga"
Maka ,Allah swt pun menarik kedua ibubapanya daripada neraka, dan anak soleh tadi dapat masuk ke syurga bersama kedua ibubapanya :)

Kesimpulan:

Anak yang tidak soleh akan menarik bapanya memasuki neraka.
Sementara anak yang soleh akan menarik ibubapanya masuk ke syurga.

Semoga Allah swt mengurniakan kita anak-anak yang soleh di dunia & di akhirat..Aamiin

Tidak ada komentar:

Posting Komentar