Selasa, 26 Februari 2013

Zikir Dan Kemanisan Iman


Sucikanlah Allah s.w.t. dari segala hal yang tidak patut bagi-Nya di waktu pagi dan petang.
Sebutlah nama Allah s.w.t. dengan hati dan lisan. Maka, Dia akan memberikan Rahmat dan Malaikat-Nya memohonkan keampunan buat hamba yang ingat kepada-Nya.

Sesiapa yang sangat inginkan keredhaan Allah, Syurga-Nya dan Rahmat-Nya, maka hendaklah menyebut nama Allah s.w.t. sebanyak-banyaknya samada ketika berada di dalam keadaan takut atau aman, senang atau susah, duka atau gembira dan dalam keadaan huru hara atau selamat.

Sebutlah nama Allah s.w.t. walau di mana kita berada, walaubagaimanapun keadaan dan kedudukan kita.

"Wahai orang-orang yang beriman,berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang. Dia memberikan Rahmat-Nya kepadamu dan Malaikat-Nya (memohon ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan cahaya (yang terang). Dan Dia adalah Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman". (Qs Al-Ahzab ayat : 41-43).


Sesungguhnya Allah s.w.t. Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman. Dia menerima amalan hamba-Nya yang sedikit tetapi memberikan Pengampunan yang banyak...Subhanallah.

Allah s.w.t menurunkan Wahyu kepada Nabi Musa a.s. : "Apakah engkau menyukai jika Aku tinggal bersamamu di dalam rumahmu". Lalu Musa pun bersujud kepada Allah dan berkata : "Bagaimana Tuhan-Ku, Engkau tinggal bersamaku di dalam rumahku?". Allah s.w.t. berfirman : "Wahai Musa, tidakkah Engkau tahu bahawa Aku duduk bersama orang yang menyebut-Ku ? Dan di mana pun hamba-Ku memohon kepada-Ku, maka ia akan mendapati-Ku"

Tidak ada komentar:

Posting Komentar