Selasa, 26 Februari 2013

Kisah Pemuda dan Solat Subuh


Kekalkan Niat Yang Baik....Kisah Pemuda dan Solat Subuh

Seorang lelaki muda bangun di awal pagi untuk solat
subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan
berjalan menuju masjid.
Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor.
Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang
ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu',
dan berjalan menuju masjid.

Dalam perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat
yang sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan
dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia,
sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan
lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang
lelaki yang memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki
itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali
di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan
lampu untuk menerangi jalan kamu.'
Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan
mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak
teman barunya yang membawa lampu untuk masuk
bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak.
Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.
Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk
masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:
AKU ADALAH SYAITAN !
Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan
ke masjid, dan sayalah yang membuat kamu
terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah,
membersihkan badan dan kembali ke masjid,
Allah mengampunkan semua dosamu.
Saya membuatmu jatuh kedua kalinya,
dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran
tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh
keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu
jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan
mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu,
jadi saya harus memastikan bahawa kamu sampai
dimasjid dengan selamat..'

*Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu
lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran
yang bakal kita perolehi dari segala kesulitan
yang kita hadapi demi melaksanakan niat baik
tersebut .

Tidak ada komentar:

Posting Komentar