Senin, 30 Juli 2012

Nilainya Tinggi


 
~*Nilainya Tinggi*~

Rasullallah SAW dalam meriwayatkan hadis qudsi menyatakan bahawa ALLAH SWT berfirman :

"Semua amal perbuatan Anak Adam adalah untuk dirinya sendiri ,kecuali puasa .Sesungguhnya puasa itu untukKu ,dan kerana itu Akulah yang akan membelasnya .Puasa itu ibarat perisai .Pada hari seseorang itu berpuasa ,janganlah ia mengucapkan perkataan perkataan kotor ,tidak sopan ,dan tidak enak didengar ,dan jangan bertengkar .Jika ada seseorang yang memaki atau berkelahi dengannya ,hendaklah ia mengatakan kepadanya :"Saya sedang berpuasa." Selanjutnya Nabi SAW bersabda :"Demi ALLAH yang diriku di dalam kekuasaanNya ,sesunguhnya bau busuk mulut orang berpuasa lebih wangi di sisi ALLAH dari bau kasturi," Dan bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan ,gembira ketika berbuka puasa kerana berbuka dan gembira ketika menemui Tuhannya kerana menerima pahala puasanya ."

(Hadis qudsi riwayat Syaikhan ,Nasa'i dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah)

Semua amal ibadat dan perbuatan taat ,mempunyai pahala dan ganjaran tertentu dan terbalas ,yang akan diterima oleh seseorang sesuai dengan amalannya .

Adapun puasa yang dilakukan dengan ikhlas menurut tuntutan syarak ,pahalanya besar dari kurnia dan rahmatNya ,Yang Maha Pemurah lagi Penyayang .

Puasa ibarat perisai ,dinding dan benteng ,kerana dapat melindungi pelakunya dari kelemahan rohani dan jasmani .Puasa menjadi sumber kekuatan cita cita ,kehendak dan kemahuan .Puasa sebagai sumber yang memancarkan kekuatan agama dan penambahan kekuatan sinar di dalam batin .Selain dari itu ,puasa menjadi sumber kekuatan dan kesihatan jasmani serta menambah lemah lembut dan kehalusan budi pekerti serta akhlak .

Manafaat puasa telah diakui oleh ahli ahli perubatan apabila puasa itu dilakukan menurut ketentuannya dan dengan ikhlas .

Hadis qudsi tersebut memberikan petunjuk dan bimbingan kepada orang yang berpuasa ,untuk melaksanakan adab dan tatacara puasa yang ikhlas dan bernilai tinggi .

a-Memelihara lidah dan anggota lainnya daripada perbuatan dan tindakkan yang tidak semestinya dilakukan oleh orang yang beribadat contohnya :mengucapkan perkataan perkataan kotor ,mencela ,memaki ,memfitnah dan sebagainya .

b-Menjaga diri jangan sampai terlibat dalam pertengkaran apalagi perkelahian .Apabila tanpa disengaja hampir terlibat dalam perkelahian ,hendaklah ia segera ingat dan mengingatkan orang lain dengan baik ,bahawa dirinya sedang berpuasa .Puasa yang baik memerlukan adab sopan dan tatasusila serta kusyuk ,tawaduk ,ketenangan serta ketenteraman batin .

c-Hendaknya orang yang berpuasa menjaga diri dengan sepenuh daya dan upaya agar puasanya sempurna ,bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga ,tapi berpuasa dalam erti menahan diri dari hal hal yang diharamkan ALLAH SWT dan tidak diredhaiNya .

d-Kedudukkan orang yang berpuasa itu itnggi nilainya di sisi ALLAH SWT .Mulut orang yang berpuasa ,akibat perut kosong dan mulut sering tertutup kerana kurang bicara ketika berpuasa ,mempunyai kedudukan yang khusus di sisi ALLAH SWT .Kelak di hari kiamat baunya lebih wangi dari kasturi .Tidak semua yang tidak disenangi manusia itu tidak berfaedah ,kadang kadang sesuatu yang kita anggap mudah dan remeh ,namun di sisi ALLAH agung dan utama

e-Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan ,kegembiraan di dunia dan kegembiraan di akhirat .

Kegembiraan di dunia adalah ketika berbuka puasa dan ketika selesai ibadah puasa ,di waktu hari raya Aidil Fitri .Pada saat itu ia merasa kerana ALLAH SWT telah memberinya taufik untuk dapat menunaikan ibadah suci itu kerana telah dapat menyelesaikan ibadat itu dengan sempurna dan kerana telah lulus dari cubaan dan ujian hawa nafsu ,terutama pada siang hari .

Kemudia kegembiraan di dkhirat ,ialah ketika bertemu dengan ALLAH ,ketika ia mengetahui bahawa ketaatan dan ibadahnya diterima dan ketika menerima balasan pahala yang telah dijanjikanNya .

Demikianlah kesimpulan hadis qudsi di atas
Wallahu A'lam Bissawab

sumber rujukkan hadis qudsi


Tidak ada komentar:

Posting Komentar