Sabtu, 30 Juni 2012

Israk dan Mikraj (27 Rejab) Amalan & perisitwa





~*Israk dan Mikraj (27 Rejab) Amalan & perisitwa*~

Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Malam 27 Rejab

Beramallah bersungguh-sungguh dengan berjaga sepanjang malam bagi melakukan ibadah solat-solat sunat, beristighfar, bertahmid, berzikir, bertasbih, berselawat dan berdoa. Bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya dan amal ibadat yang lain.

Amalan Malam Rejab

1.Solat sunat Tahajud 2, 8 atau 12 rakaat.

2.Solat sunat Tasbih, Taubat dan sunat witir.

3.Beristighfar 70 kali, 100 kali atau lebih..

4.Berdoa.

5.Memohon keampunan diri dan ibu bapa.

6.Berselawat, berzikir dan bertasbih sehingga fajar subuh.

Banyak lagi ganjaran dan fadilat yang Allah beri jika umat Islam beribadat sepanjang Rejab. Berpuasa sunat adalah antaranya. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari Israk-Mikraj.

Beberapa peristiwa penting telah berlaku dalam bulan Rejab, antaranya:

1.Peristiwa Israk dan Mikraj (27 Rejab)

2.Malaikat Jibril melakukan pembedahan ke atas dada Rasulullah SAW.

3.Diperlihatkan keadaan syurga dan neraka melalui Rasulullah SAW.

4.Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Rasul-Rasul terdahulu.

5.Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj)

Peristiwa Israk dan Mikraj ke atas Nabi Muhammad SAW. adalah perkara besar yang berlaku dalam bulan ini. Baginda telah di“Israk”kan (dibawa berjalan) dengan menggunakan `Buraq’, dari Masjidil Haram di Kota Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, Palestin serta di“Mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah SWT. Di mana dengan izin-Nya, Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah SAW.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar