Sabtu, 29 Juni 2013

10 Punca Hati Kita Gelap Dan Keras


Hati Lihat hati ini.Asalnya putih.Namun,sedikit demi sedikit ditumbuhi titik2 hitam sehingga akhirnya gelap.Kotor.Jijik kan?Iya.jijik melihat hati yang kotor.Ape sebabnya?

10 punca hati kita jadi gelap dan keras:

1-Suka melihat maksiat.
2-Suka melihat najis.
3-Suka bercakap kotor.
4-Suka berfikiran kotor.
5-Tidak solat.
6-Tidak baca al-Quran
7-Tidak bertahajjud.
8-Tidak berzikir.
9-Tidak berdoa.
10-Sombong dan angkuh.

Bagaimana nak bersihkannya?

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. (Diolah oleh Datuk Haji Fadilah Kamsah)

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

BAGAIMANA hendak membersihkan hati yang kotor? Dalam hal ini, Rasulullah saw pernah bersabda maksudnya: “Bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya besi.”

Lalu orang bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana membersihkanya?”

Jawab Rasulullah: “Membaca al-Quran dan mengingati mati.” Membaca al-Quran dijelaskan di sini bagi membersihkan kekotoran di jantung yang didatangkan syaitan mengikut saluran darah.

Sabda Rasulullah lagi bermaksud: “Tiadalah antara yang memberi syafaat yang lebih utama kedudukannya pada Allah daripada al-Quran.

Tidak nabi, tiada malaikat dan tidak lainnya.”

Baginda bersabda lagi: “Yang terbaik daripada kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”.

Amalkan membaca al-Quran pada malam, terutama malam Jumaat dan malam-malam awal, pertengahan dan akhir bulan. Seperti yang diriwayatkan, al-Quran itu ada jantungnya seperti manusia yang mempunyai jantung dalam dirinya.

Yang dimaksudkan dengan jantung al-Quran ialah surah Yasin.

Justeru, hikmat membaca Yasin pada malam Jumaat, pada malam bulan Ramadan dan pada subuh menjelang hari raya adalah terlalu besar serta diampunkan dosanya.

Sabda Rasulullah: “Jantung al-Quran adalah surah Yasin. Tidaklah dibaca akan dia oleh seorang melainkan menghendaki keredaan Allah dan keselamatan pada hari akhirat dan Allah mengampuni dosanya.”

Ayat terbesar dan digelar raja segala ayat dalam al-Quran ialah ayat Kursi.

Hadis Nabi: “Sebesar-besar ayat di kitab Allah ialah ayat Kursi.

“Ada satu ayat yang menjadi penghulu daripada segala ayat.

“Jika dibaca ayat itu dalam sebuah rumah, sedangkan di dalamnya ada syaitan, maka keluarlah syaitan itu dari rumah itu.

“Ayat itu ialah ayat Kursi.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Firman Allah bermaksud: “Tidak akan diseksa hati yang terbendung dalamnya ayat-ayat suci al-Quran pada akhirat nanti.”

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya... ... (perkara yang elok- elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik,berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -
Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut... dsb), jangan dengar orang mengumpat.

18 Mengingati kematian

25 komentar:

  1. terima kasih atas tazkirah....sangat terkesan di hati..In Shaa Allah mulakan step by step supaya hati kita terus istiqamah...Ameen

    Jemput singgah juga blog http://haniqhanisalihah.blogspot.com/ untuk perkongsian tazkirah dan tips kesihatan...

    terima kasih...

    BalasHapus
  2. mohon share di fb...sangat bermanfaat....tq

    BalasHapus
  3. mohon meng'copy'....tq...

    BalasHapus
  4. Terima kasih. Perkongsian yang penuh manfaat.

    BalasHapus
  5. Terima kasih. Perkongsian yang penuh manfaat.

    BalasHapus
  6. alhamdulilah..perkongsian ilmu.

    BalasHapus
  7. alhamdulilah..perkongsian ilmu.

    BalasHapus
  8. Minta copy ye.. Sangat2 bermanfaat utk seluruh hamba Allah...

    BalasHapus
  9. Assalaamu'alaikum.
    Terima kasih ya

    BalasHapus
  10. Terima kasih kerana sudi berkongsi..alhamdulillah..

    BalasHapus
  11. Asalamualaikum semua ny..saya mau tanya kpd semua bila ada yang tau selusi. Nya..?? Bila hati dan pikiran sering menuju kehaRah negatif .bagai mana cara menghilang kan nya..??mohon selusi nya. Wslm.!!trmksh.

    BalasHapus
  12. mohon share tq ilmu bermanafaat dikongsi bersama sahabat2

    BalasHapus
  13. mohon share tq ilmu bermanafaat dikongsi bersama sahabat2

    BalasHapus
  14. inssaalahh tazkirah yang disampaikan di atas di baca oleh orang ramai

    BalasHapus
  15. Bagus artikelnya dan saya suka tulisan Anda karena sangat membantu Para Pembaca seperti sy yang masih belajar .

    Promo Umroh Desember
    Terima kasih
    oleh : Wasbir21

    BalasHapus
  16. Salam, mohon copy ya... Terima Kasih

    BalasHapus
  17. Subhanallah. Ilmu yg bermanfaat dan byk membantu. Terima kasih di atas perkongsian oleh penulis. Sy mohon utk copy paste ye sbg rujukan. Tq.

    BalasHapus