Jumat, 31 Mei 2013

Kemusykilan tentang Hukum Melewatkan Solat Isyak


Soalan :

Saya sering tidur awal tanpa solat isyak dan saya bangun awal pagi,
dalam sekitar pukul 4.30 pagi untuk solat isyak dan terus bersolat tahajud. Saya pernah diberitahu untuk bersolat tahajud, saya perlu solat isyak dan tidur dahulu kemudian bangun semula barulah saya boleh menunaikan solat tahajud, betulkah begitu ustaz dan adakah cara saya melakukan solat isyak beserta solat tahajud itu tidak betul?

Jawapan :

Waktu isyak memang panjang berbanding dengan waktu solat yang lain, bermula dari selepas tamat waktu maghrib sehingga fajar sidiq muncul (sebelum waktu subuh) terdapat sebuah hadis berbunyi:-

1. Jika kita melewatkan solat isyak dengan sebab majlis ilmu tidak menjadi masalah. akan tetapi jika kita lewatkn solat isyak dengan sengaja dan perkara yng sia-sia,ia tidak dibenarkan.

Melewatkan solat isyak untuk dilakukan waktu tengah malam adalah perkara yg kurng digalakkan, kerana takut2 terlepas solat isyak. ulama’ salafusoleh lebih gemar untk solat isyak pada awal wktu dn terus tido untuk memberi tenaga bertahajjud pada waktu mlm.

2. Adapun hadis yang menceritakan Rasulullah s.a.w. melewatkan solat isyak, maksudnya ialah melewatkannya hingga ke sepertiga malam atau seperduanya sahaja. Ini sebagaimana sabda Nabi s.a.w.;

“Jika tidak kerana bimbang akan memberatkan umatku, nescaya aku akan suruh mereka supaya melewatkan solat Isyak hingga ke sepertiga malam atau separuhnya” (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh)

Setahu saya tujuan melewatkan solat isya’ itu kerana untuk melakukan ibadah atau solat malam (solat witir, solat sunat taubah, solat istikharah, solat tasbih, solat sunat mutlak di malam hari, membaca al-Quran, berzikir dan sebaginya) .Ibadat seperti itu, tidaklah disyaratkan tidur terlebih dahulu. Tetapi, solat tahajjud digalakkan kita tidur terlebih dahulu dan bangun mengerjakan tahajjud selepas pertengahan malam.

3. Mengenai solat Tahajjud, ia termasuk dalam ibadah malam. Ibadah malam atau Qiyamullail masanya bermula dari awal malam (iaitu selepas isyak) dan berterusan hingga azan subuh. Ia boleh dilakukan sebelum tidur atau selepasnya. Namun yang terbaik ialah melakukannya selepas tidur terutamanya di penghujung malam kerana Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Solat paling baik selepas solat fardhu ialah solat di penghujung malam. Puasa yang paling baik selepas bulan Ramadhan ialah puasa di bulan Muharram” (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud dan at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.)

Menurut ulamak, maksud hujung malam dalam hadis di atas ialah sepertiga malam yang akhir. Pada saat itu, Allah SWT turun ke langit dunia sebagaimana sabda Nabi s.a.w.;

“Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika masih masih tinggal sepertiganya yang akhir. Ia berkata; ‘Mana orang yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan perkenankan untuknya doanya. Mana orang yang memohon kepadaku, maka aku akan berikan kepadanya (permohonannya). Mana orang yang meminta ampun dariKu, maka aku akan ampuninya’” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Solat sunat yang dilakukan selepas tidur itulah yang dinamakan tahajjud. Firman Allah s.a.w.;

“Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajjud (sebagai satu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji” (al-Isra’, ayat 79).

Menurut Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya; “Tahajjud ialah ibadah malam yang dilakukan selepas tidur”.

Cara terbaik untuk menghidupkan malam ialah dengan membahagikan malam kepada enam bahagian; tidur di tiga bahagian awalnya (yakni separuh malam), kemudian bangun bertahajjud pada dua bahagian selepas itu dan tidur semula pada satu bahagian yang hujung, iaitu sebelum azan subuh. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.;

“Sesungguhnya solat yang paling disukai Allah ialah solat Nabi Daud a.s. iaitu ia tidur separuh malam (yang awal), ia bangun solat sepertiganya dan ia tidur semula di seperenamnya. Puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud; ia berpuasa sehari dan ia berbuka sehari”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.).



Wallahu a’lam.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar