Selasa, 30 April 2013

Sedekah itu ada 10 KEMULIAAN


» 5 di dunia dan 5 di akhirat ..

✔ 5 di dunia :
1. Menyucikan harta.
2. Menyucikan badannya.
3. Menolak bala' dan penyakit.
4. Menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal.
5. Berkah hartanya dan diluaskan Allah rezekinya.

✔ 5 di akhirat :
1. Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari kiamat ketika sangat panas.
2. Ringan hisabnya.
3. Berat timbangan amalannya di akhirat.
4. Mudah melalui titian sirat.
5. Bertambah darjatnya didalam syurga.

Renungi maksud hadis ini :

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ; Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah , Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan . Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya .

|Hadis Riwayat : Muslim|

Senyum itu SEDEKAH yang paling MUDAH ^^
Doa pula SEDEKAH yang paling INDAH ^^

#insya ALLAH ✿

Tidak ada komentar:

Posting Komentar