Minggu, 31 Maret 2013

CADANGAN ATASI WANITA LAMBAT KAHWIN


Islam menggariskan beberapa cara untuk memudahkan umatnya berkahwin, seperti menggalakkan orang yang berkemampuan supaya segera berkahwin, meringankan mas kahwin, mengadakan kenduri kahwin yang sederhana, menghalalkan perkahwinan serta mengharamkan zina... Malangnya, apa yang berlaku di dalam masyarakat hari ini, PERKAHWINAN SEOLAH-OLAH MENJADI SUATU PERKARA MEMBEBANKAN... Ini berlaku apabila pelaksanaan perkahwinan itu tidak mengikut panduan syariat... HANTARAN PERKAHWINAN MENCECAH RIBUAN RINGGIT, mementingkan status dan kedudukan serta mengutamakan kecantikan berbanding agama..
Akibat paling ketara daripada fenomena ini IALAH BERTAMBAHNYA WANITA YANG BELUM BERKAHWIN, walaupun usia semakin meningkat... Ia bukan masalah peribadi bagi mereka yang terbabit saja, MALAH MASALAH BERSAMA MASYARAKAT dan ummat Islam sendiri... Justeru, beberapa usaha boleh dilakukan, umpamanya:

1] MENGATUR PERKAHWINAN MENGIKUT SYARIAT tanpa menyusahkan mana-mana pihak, iaitu dengan merendahkan belanja perkahwinan sama ada wang hantaran atau mas kahwin serta elakkan perkara membazir.... Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: “Hai golongan pemuda, barang siapa di antara kamu telah sanggup kahwin maka kahwinlah, kerana berkahwin itu lebih menundukkan mata dan lebih memelihara faraj.” (Hadis riwayat Bukhari-Muslim)...

2] Mendidik generasi muda supaya MENGUTAMAKAN KEDUDUKAN AGAMA berbanding kecantikan fizikal atau status kedudukan di dalam memilih calon suami atau isteri... Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Seorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya. Maka pilihlah yang beragama. Kamu menempah kerugian jika tidak mengutamakan yang beragama.”

3]Menganjurkan PEREMPUAN MEMINANG LELAKI - Rasulullah SAW menunjukkan contoh ini, dimana baginda sendiri dipinang oleh oleh Khadijah r.anha.... Wanita boleh menyatakan hasrat hatinya kepada lelaki yang diingininya, secara terus terang, secara sindiran, atau melalui perantaraan.... Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan, sebaliknya merupakan sunnah.. Hadith dari Anas r.a. yang berkata telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW, dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata: “Wahai Rasulullah, apakah engkau berhajat kepada aku?” maka menyampuklah anak perempuan Anas r.a. dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas r.a. : “Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu, kerana dia mencintai Nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan”.. (hadith sahih riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah)....

4] MELAKSANAKAN POLIGAMI... hukum Islam adalah jelas memberikan keizinan kepada kaum lelaki berkahwin sehingga empat isteri, DENGAN SYARAT BERLAKU ADIL.. (surah an-Nisa, ayat 3)... POLIGAMI YANG POSITIF adalah antara cara penyelesaian terhadap masalah wanita belum berkahwin dan ibu tunggal.. WANITA JANGAN TERLALU MEMILIH... mungkin jodohnya adalah lelaki yang tidak sebaya dengannya... Yang penting adalah bakal suami yang BERAGAMA....

~Ramli Joned

Tidak ada komentar:

Posting Komentar