Kamis, 02 Februari 2012

Nostradamus Ramal Kemunculan Imam Mahdi...part 1

Buat pertama kali dalam blogku ni..aku masukkan sebuah rencana yang aku sendiri kurang pasti kesahihannya..tapi disebabkan kisahnya interesting..aku sharekan bersama...kena open-minded laa membacanya...sangat ku harapkan..jangan ada cerdik-pandai agama menyerangku...ini hanya maklumat..
can be true n can be false..




Michel de Nostredame
Sebelum Rasulullah saw dilahirkan, kisah kelahiran baginda telah diceritakan  di dalam Kitab Taurat dan Injil. Dikenali dengan nama Ahmad, dan bukannya Muhammad sebagaimana setelah dilahirkan. Kelahiran agung itu telah dihafal dan dijiwai oleh pendeta Nasrani dan rahib Yahudi, hingga mereka mengenali sifat Rasulullah saw itu lebih daripada anak mereka sendiri. Malah ada yang ternanti-nanti kelahiran tersebut dan mengharap Nabi tersebut adalah dari kalangan mereka.


Ketika lahirnya Rasulullah saw, mereka segera mengenalinya melalui tanda-tanda yang telah tersebut di dalam Kitab Taurat dan Injil.Tetapi apabila tiba seruan Islam dari Rasulullah saw, merekalah orang yang pertama menjadi penentang baginda disebabkan iri hati dan dengki...bukan kerana tidak tahu kebenaran. Hingga kini, Yahudi dan Nasrani tidak berhenti memusuhi Islam. Mereka terus menerus mengkaji rahsia-rahsia kekuatan umat Islam dengan tujuan untuk melumpuhkan ajaran Islam.


Mereka sentiasa berusaha agar umat Islam lupa akan keagungan Islam yang telah dibina oleh rasulullah saw. Mereka palingkan umat Islam dari jihad fi sabilillah kepada cinta dunia.. sehingga   umat Islam menjadi lemah..berperang sesama sendiri..dan lupa siapa musuh sebenar..baqarah:120

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan redha kepada kamu sehingga kamu menuruti millat mereka. Katakanlah..'Sesungguhnya pertunjuk Allah, itulah pertunjuk yang benar'. Dan sesungguhnya jika kamu menuruti kehendak mereka sesudah datangnya  pengetahuan kepada kamu,maka  Allah tidak lagi menjadi pelindung dan pertolongan bagimu.

Ketika Sepanyol hendak ditakluki kembali oleh puak Kristian dari tangan umat Islam, pelbagai strategi diatur dengan begitu rapi.

Pemimpin mereka berpesan..
Jika kamu lihat mata umat Islam cerah (tidak kuyu atau merah kerana kurang tidur-beribadah malam).. waktu itu seranglah mereka. . jika kamu lihat mereka sembahyang malam.. kamu tidak akan dapat mengalahkan mereka.

Kini abad baru telah tiba.
Bagi umat Islam di akhir zaman khususnya di abad ke-21 masihi ini, sebenarnya ada janji Allah untuk kebangkitan kembali Islam buat kali kedua. Masalahnya.. sebahagian umat Islam memandang remeh, kurang yakin bahkan ada yang menolak dan menentang pendapat ini. Termasuk juga para ulama yang terpengaruh dengan orientalis Barat.

Keyakinan umat Islam terhadap hadith berkaitan akhir zaman.. dimentahkan dengan memberitakannya sebagai hadith dhaif atau palsu. Akhirnya umat Islam terus dibelenggu oleh kepompong ciptaan Yahudi dan Nasrani. Sedangkan dipihak mereka ,Yahudi dan Nasrani, telah bersiap-siaga dengan kebangkitan yang dijanjikan oleh Allah swt itu.

Seorang peramal berbangsa Yahudi yang terkenal telah meramalkan kebangkitan Islam di tahun 2000 bermula dari sebelah Timur. Bagi saya (penulis atikel ni), ini bukan semata-mata ramalan, tetapi adalah tafsiran atau hasil analisis hadith oleh pakar-pakar Yahudi. Mereka amat peka terhadap hadith-hadith yang menyebut secara khusus kebangkitan Islam.

Kebangkitan Islam berarti kejatuhan dan kekalahan mereka. Segala kepalsuan dan kebathilan mereka akan terbongkar, dan segala kezaliman akan bertukar kepada keadilan.

Memang secara jelas disebut di dalam hadith..bahwa kita tidak boleh mempercayai ramalan nujum. Tetapi apabila  hadith mendahului ramalan itu..maka ia tidak menjadi ramalan nujum lagi!!.Kajian2 itu dikatakan sebagai ramalan.. hanya untuk mengelabui umat Islam.. Mereka katakan itu ramalan mereka..nostradamus prophecies.. sedangkan sebenarnya itu adalah tafsir atau hasil kajian dari hadits yang mereka sembunyikan dari umat Islam selama ini.

 Di antara yang disebut oleh Michael Nostradamus... 1503-1566...seorang warga Perancis keturunan Yahudi,tokoh peramal dari Barat yang terkenal.. yang dikatakan banyak ramalannya yang tepat... menurut ramalan beliau yang ditulis semula oleh V. J. Hewitt dan Peter Lorie dalam buku The End of the Millennium.. Prophecies : 1992 to 2001.. beliau meramalkan pada tahun 2000..disebutkan secara khusus mengenai munculnya seorang pemimpin Islam yang bakal merubah dunia.

Menurut beliau:
1. Akan muncul A New World Religion.
2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East.
3. Dia muncul dari negara yang terletak di pertemuan tiga buah lautan
4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat.
5. Ketika muncul, dia memakai serban biru (The Blue Turban).
6. Dia menjadikan hari Kamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.

Bersambung part 2.. >> next

Tidak ada komentar:

Posting Komentar