Senin, 06 Februari 2012

Freemason bahagian 3

Di dalam buku Ancaman Global Freemason oleh penulis Islam Turki, Harun Yahya atau nama sebenarnya Ad­nan Okhtar, mendedahkan bahawa fa­haman materialis dan semua agama itu sama serta falsafah yang berdasarkan dewa-dewa kuno Mesir terdahulu, se­memangnya sedang disebarkan oleh Freemason kepada masyarakat.


Buku tersebut juga mendedahkan pergerakan ini mempunyai ritual yang tersendiri. Ritual itu pula merupakan upacara angkat sumpah yang diwarisi turun-temurun daripada tradisi Kesatria Templar.


Namun, beberapa fakta sejarah yang ditemui serta pengakuan mereka yang mendakwa ahli Freemason, membuat­kan ada sesetengah pihak pemikir Barat pula meragui, apakah upacara tersebut benar-benar satu upacara angkat sum­pah, atau ia sebenarnya upacara pe­nyembahan terhadap dewa-dewa kuno Mesir, antaranya yang digelar Poisedon?.Malah, dikatakan upacara ini diada­kan bagi anggota baru berikrar serta berjanji untuk taat setia kepada segala agenda pergerakan, sekali gus meletakkan matlamat Freemason mengatasi perkara lain termasuk agama yang dianuti oleh ahlinya.


Menurut penulis itu lagi, berdasar­kan beberapa pengakuan ahli Freema­son, pergerakan ini sebenarnya bukan­lah sekadar NGO biasa, tetapi ia adalah sebuah pergerakan yang berteraskan ideologi agama universal dan bermatlamat menyebarkannya kepada masyara­kat secara amnya.



Kitab Masonic menerangkan wujudnya agenda untuk menyebarkan falsafah keagamaan bagi mewujudkan satu agama universal untuk semua manusia di dunia ini. Antara ayat di dalam teks kitab Masonic itu bermaksud:


“Saat ini, sebuah agama universal sedang wujud, bergerak secara perlahan-lahan, sehingga dapat membangkitkan kesedaran akan hakikat yang sebenarnya. Dengan agama universal in akan terbentuk moral yang sepadan dengan pandangan dunia. Agama seperti ini akan menyatukan umat manusia di alam semesta. Itulah MASONRY. Agama ini akan berhubung dari hati ke hati.Kuil agama ini kelak adalah kuil semua manusia.


Sebagaimana pada upacara-upacara Mithra, kita merayakan kelahiran ini dengan memakan roti dan meminum anggur merah. Di sini kita bersatu di dalam kepercayaan bersama yang mempunyai karakter persaudaraan komuniti.Di tahun baru, saya ingin membastiskan perjuangan suci kita ini dan mengakhirinya: Makanlah sepotong roti lagi,saudara-saudaraku, kalian adalah penyebar agama ini, biarlah se­mua orang suci yang berbagi roti ini menjadi teman.


Saudara-saudaraku,untuk menjadi saudara sedarah, minumlah seteguk nyala lagi dari gelas anggur kalian.”


(Mason, Tahun, 29, to, 40-41, 1981, hal. 105-107)


Bagi meluaskan lagi ideologi perge­rakan ini, golongan Freemason dikata­kan mula merencana plot-plot yang lebih tersusun dan disalurkan melalui pelbagai bidang termasuk politik.Selain itu, secara senyap-senyap mereka juga didakwa menyebarkan Masonic Ideologi melalui media massa, seni,Sastera, filem, muzik dan apa sahaja bentuk hiburan yang boleh meraih populariti.




Kitab Masonic

Pergerakan serta perencanaan ini dijalankan dengan penuh berhati-hati,secara rahsia dan bijaksana menyebabkan masyarakat dunia tidak menyedari bahawa sedikit sebanyak mereka sebenarnya sudah mula terpengaruh dengan ideologi yang dibawa oleh kelompok ini.Salah satunya ialah pemikiran materialis dan juga pemahaman semua agama itu adalah sama.


Kelompok itu percaya mereka tidak mampu untuk menghapuskan keyaki­nan dan kepercayaan terhadap agama samawi. Mereka sedar akan hakikat itu dan golongan Freemason ini tidak tergesa-gesa untuk mencapai tujuan itu. Jadi, mereka bergerak secara perlahan dan teratur, biarpun memakan masa beratus-ratus tahun.


Salah seorang ahli pergerakan Free­mason di Amerika pernah mendedah­kan bagaimana golongan ini menjalan­kan agenda rahsia mereka dalam usaha untuk mencapai matlamat pergerakan.
“Freemasonry bekerja dengan diam­-diam, namun ini adalah kerja bagaikan sebuah sungai yang dalam, yang diam­-diam mendorong menuju lautan.”


Manakala menurut majalah Voice yang diterbitkan oleh Lodge di Chicago mengatakan bahawa:
“Maka, secara diam-diam namun pasti dan berkesinambungan, Masonry akan mengisi pemikiran serta ideologi struktur sebahagian besar masyarakat manusia.”


Pergerakan ini tidak dapat dihidu oleh masyarakat kerana mereka berge­rak bukan sebagai seorang anggota Freemason. Kelompok ini akan berada di tengah-tengah masyarakat, dengan kedudukan dan pengaruh yang berbeza-­beza, namun mempunyai satu matlamat yang sama, iaitu menyebarkan ideologi serta falsafah Freemason.

Seorang bekas pemimpin pergerakan ini di Turki, Halil Mulkus, menjelaskan dalam wawancara dengan sebuah akh­bar tempatan negara tersebut beberapa tahun yang lalu:

“Namun sebagaimana kita fahami,segala ideology yang cuba diterapkan terhadap masyarakat oleh kelompok ini sebenarnya tidak lebih daripada satu pembohongan semata-mata. Falsafah yang menjadi ideologi pergerakan ini sebenarnya berakar umbi daripada pemahaman serta kepercayaan pelbagai sumber termasuk mitos-mitos Mesir kuno, Yunani kuno, dan Kabbalah.


Mereka cuba untuk menyampai dan menyebarkan falsafah yang berdasar­kan mitos ini kepada masyarakat de­ngan cara yang boleh diyakini oleh ma­nusia termasuk dengan menggunakan ilmu sains dan logik akal. Sebenarnya, kelompok ini menipu diri sendiri, dan cuba untuk menipu orang lain. Dalam era globalisasi, inilah peranan ‘Freema­sonry Global’.


Buku tersebut mendedahkan, bermu­la dari kurun ke-18 dan ke-19, golongan ini cuba membangkitkan pelbagai per­soalan tentang agama terutama di ka­langan pengikut agama samawi bagi menimbulkan keraguan di dalam jiwa mereka melalui pelbagai corak pemiki­ran serta pemahaman ideologi. Antara­nya ialah ideologi rasisme, fasisme, se­kular dan juga komunis.


Malah golongan ini bertindak lebih jauh apabila menjadi penyokong kuat ideologi Darwinismeyang mengatakan bahawa manusia berasal daripada hai­wan, yang secara jelas menolak wujud­nya Tuhan.



Teori Kontroversi Oleh C.Darwin


Sikap menolak kefahaman bertuhan sebenarnya merupakan punca berlaku­nya konflik perang, kekejaman, kelapa­ran dan pelbagai bencana serta kemero­sotan moral seperti yang kita saksikan. hari ini.Sebenarnya bertitik tolak daripada ideologi dan falsafah hidup yang menolak agama.


Dan pergerakan Freemason adalah antara yang menyokong dan mempelo­pori kebebasan beragama serta paganis­me (menyembah berhala,sama ada berhala itu wujud dalam bentuk atau ti­dak) dengan menggunakan mitos dan kepercayaan nenek moyang yang di­warisi turun-temurun sejak beratus, atau mungkin beribu tahun sebelum ini.


Sebenarnya, banyak lagi persoalan mengenai mitos dan kepercayaan yang dianuti oleh kelompok Freemason yang masih lagi menimbulkan tanda tanya sehingga ke hari ini.


Apakah mitos dan misteri yang masih belum terungkai itu? Adakah is berkaitan dengan agama? Keselamatan? Politik? Atau is hanya dongengan semata-mata?Apa pula kena mengena dengan Malaysia?Apakah kejayaan yang telah dipeolehi oleh mereka?Benarkah perang yang berlaku (kejatuhan empayar terakhir Islam,perang dunia 1 dan 2) adalah rancangan mereka?..


Tidak ada komentar:

Posting Komentar