Senin, 06 Februari 2012

Freemason bahagian 2


LAHIRNYA FREEMASON MODEN


Pada sekitar tahun 1717, pergerakan ini mula berkembang di benua Inggeris. Setelah berjaya memperluaskan penga­ruhnya di benua tersebut, ia melebarkan sayap dan pengaruhnya ke Perancis dan akhirnya, ke seluruh benua Eropah.





Logo Rasmi Freemason


Ada beberapa cendekiawan Barat yang mengatakan bahawa pergerakan ini sebenarnya telah mula tersebar di benua Inggeris lebih awal dari tahun tersebut, iaitu pada tahun 1641. Pendapat ini dibuat setelah mereka menemui catatan diari seorang kerabat diraja Inggeris yang bemama, Robert Moray, yang mengatakan, dia menjadi anggota rasmi Freemason di sekitar tahun 1641 di Edinburgh, London.


Selain itu, para sarjana Barat turut menjadikan catatan diari seorang lagi kerabat diraja Inggeris, Elias Ashmole, sebagai bukti bagi menguatkan lagi hujah bahawa Freemason sebenarnya sudah bertapak di benua Inggeris se­awal abad ke-16 lagi.Catatan diari Elias yang dipetik oleh Francis A. Yates dalam bukunya yang berjudul The Rosicrucian Enlightement menyatakan kerabat diraja itu meng­anggotai Freemason di Lancashsire, England pada 16 Oktober 1646.




Elias Ashmole dan Robert Morey


Pada 24 Jun 1717, secara rasminya pergerakan Freemason diiktiraf sebagai sebuah organisasi bertaraf antarabang­sa. Pada tahun yang sama, Grand Lodge of England diwujudkan. Ketika penubuhan dewan Freemason tersebut, kesemua ahli Freemason yang ber­naung di bawah Grand Lodge itu ber­janji dan berikrar akan mengikut fal­safah:


“Agama yang boleh diterima oleh semua manusia, yang membawa mak­sud agama yang dipersetujui oleh se­mua manusia… menjadi seorang manu­sia yang baik dan benar”.


Apabila wujudnya Grand Lodge of England secara rasmi, maka pengaruh dan ideologi serta matlamat pergerakan ini semakin merebak. Ia seterusnya ber­kembang ke Amerika Syarikat pula, dan berjaya menjadi salah sebuah organi­sasi yang kukuh dan berpengaruh di be­nua tersebut.



Grand Lodge of England


Buktinya, Presiden Amerika Syari­kat yang pertama, George Washington, yang dilantik pada 30 April 1789, diketahui umum sebagai salah seorang anggota pergerakan Freemason.Selain daripada presiden pertama Amerika Syarikat, beberapa orang indi­vidu penting dan berpengaruh seperti William Hoper, Benjamin Franklin, Matthew Thorton, John Hancock, Phi­lip Livinston dan beberapa orang lagi yang terlibat dalam perjanjian Dekla­rasi Kemerdekaan pada 4 Julai 1778,juga adalah anggota Freemason.


Kaitan antara tokoh-tokoh yang terlibat dengan Deklarasi Kemerdekaan 1778 itu dengan pergerakan Freemason turut dijadikan filem berjudul The National Treasure, lakonan Nicholas Cage.




Filem National Treasure

Beberapa kajian yang dijalankan terhadap fakta-fakta sejarah Freemason secara tidak langsung menyerlahkan kewujudan agenda rahsia dalam pergerakan ini yang sememangya sudah cukup menimbulkan pelbagai persoalan.


Antara agenda rahsia yang sering kali dikaitkan sebagai salah satu objektif utama pergerakan ini ialah membina kembali Kuil Haikal Sulaiman. Perkara ini terbongkar apabila ada di antara sarjana barat yang mengkaji sejarah pergerakan Freemason mendakwa, bahawa pergerakan ini sebenarnya sudah wujud semenjak zaman kerajaan Nabi Sulai­man a.s. lagi.


Pergerakan ini, kata mereka, terus berkembang sejak terbinanya Kuil Hai­kal, atau The Solomon Temple dan ia bagaikan satu pusaka untuk diwarisi se­cara turun-temurun, dari zaman ke za­man hingga ke hari ini.


Manakala, menurut Christopher Knight dan Robert Lomas dalam buku­nya, The Hiram Key: Pharaohs, Free­masons and the Discovery of the Secret Scrolls of Jesus, pergerakan ini sebe­narnya berasal daripada ilham para pe­juang salibiyah yang bertujuan menjaga dan memelihara Kuil Haikal atau The Solomon Temple.


Lantaran itu, tidak hairanlah apabila agenda dan misi rahsia untuk membina kembali Kuil Haikal di Baitulmuqaddis, yang didakwa betul-betul berada di atas tapak Masjil al-Aqsa hari ini,sering kali dikaitkan dengan pergerakan Free­mason.Golongan ini dikatakan percaya mereka perlu membina kembali Kuil Hai­kal di Baitulmuqaddis di tapak runtuh­an Dinding Ratapan, tempat ibadat kaum Yahudi di Israel, kerana mereka percaya di situlah tapak asal Haikal tersebut.




Lakaran Kuil Haikal Sulaiman



Jika Freemoson tiada kena mengena dengan Yahudi,kenapa mereka begitu mengagungkan Haikal Sulaiman?



Replika 2 tiang utama Haikal Sulaiman adalah simbol wajib bagi semua Lodge Freemason


Bukan itu sahaja, ada lagi beberapa misteri dan persoalan tentang Freema­son, terutama dari sudut pemahaman dan falsafah pemikiran kumpulan ini yang dikatakan jauh tersasar daripada akidah Kristian dan Islam.


*bersambung di “bahagian 3″




Tidak ada komentar:

Posting Komentar