Rabu, 01 Februari 2012
Malaysia Negara Paling Sosial Di Dunia Siber
Orang Amerika mungkin telah mencipta Facebook, Tagged, myspace dan pelbagai lagi, tetapi bila bercakap mengenai social networking, orang Malaysia sebenarnya yang paling hebat.
Dan sekarang kita juga telah mempunyai laman social network tersendiri iaitu myfriends2u.com yang dicipta oleh anak tempatan. Juga jangan dilupa friendster.com yang telah dibeli oleh syarikat Malaysia.
Fakta ringkas:
Malaysia diiktiraf sebagai negara paling sosial di dunia siber dengan setiap rakyat Malaysia secara purata mempunyai 233 rakan web sosial dan menghabiskan purata 9 jam sehari untuk berinteraksi.
Ia diikuti oleh Brazil dengan 231 dan Norway dengan 217 rakan web sosial.
Paling sedikit adalah Jepun iaitu hanya 29 orang.
Kajian ini dilakukan oleh firma penyelidikan TNS yang mewawancara 50,000 pengguna di 46 negara.
Baca selanjutnya di sini:
LONDON: Rakyat Malaysia yang menggunakan rangkaian web sosial untuk berinteraksi mempunyai kawan paling ramai manakala warga Jepun paling sedikit, menurut tinjauan besar-besaran yang menilai peri laku online di seluruh dunia.
Tinjauan itu juga mendapati, 61 peratus pengguna memilih teknologi digital mengatasi saluran media lain untuk komunikasi termasuk televisyen, radio dan akhbar.
Hasilnya, secara purata, warga Malaysia mempunyai 233 rakan web sosial diikuti rapat Brazil dengan 231 dan Norway, 217. Ini amat berbeza dengan Jepun yang hanya mencatat 29 dan China, 68.
“Keputusan itu menunjukkan kewujudan budaya menekankan kepada kawan yang kurang tetapi lebih rapat,” kata Ketua Pegawai Pembangunan TNS, Matthew Froggatt.
Selain memiliki rakan paling ramai, pengguna internet di Malaysia juga paling lama berinteraksi menggunakan laman sosial iaitu sembilan jam setiap minggu, diikuti dengan Russia (8.1 jam) dan Turki, 7.7 jam, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).
Kajian itu mendapati, pengguna juga lebih banyak menggunakan laman sosial daripada emel, sebahagiannya berpunca daripada peningkatan akses teknologi telefon bimbit.
Majalah Time mengemukakan soalan sama ada seseorang yang sosial di alam siber juga mesra di alam nyata.
Di Amerika, satu pertiga pengguna online menjangka dapat mengakses rangkaian sosial menggunakan telefon bimbit dalam tempoh 12 bulan lagi. – Agensi
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar