Rabu, 18 Januari 2012

SIFAT TERPUJI YG ADA PADA ANJING.....


Hassan Al-Basri r.a mengatakan bahwa pada anjing ada sifat mulia yang perlu diteladani oleh setiap orang mukmin :

# 1
> Anjing itu sentiasa lapar, dia jarang makan sampai kenyang.

> Sifat ini adalah sifat orang-orang soleh.

# 2
> Anjing tidak mempunyai tempat yang tetap. Dia selalu berpindah randah mengikut keperluannya.

> Sifat ini adalah sifat orang-orang yang bertawakkal kepada ALLAH Ta'aLa.

# 3
> Anjing tidak tidur pada waktu malam, melainkan sedikit sahaja. Dia selalu berjaga-jaga.

> Sifat ini sama seperti sifat orang-orang yang cintakan ALLAH, sentiasa renggang punggungnya dari tempat tidur kerana bermunajat kepada Allah.

# 4
> Jika anjing mati, dia tiada barang yang diwariskan dan tidak ada pula yang mewaris.

> Sifat ini adalah sifat hamba-hamba Allah yang zuhud.

# 5
> Anjing tidak suka meninggalkan tuannya, tidak merajuk atau melarikan dirinya daripada tuannya sekalipun dipukul dan dimarah.

> Sifat inilah tanda-tanda yang dimiliki oleh para murid yang siddiqin yang sedang belajar dengan Gurunya. Tidak marah dan tidak merajuk walaupun dia diuji dengan berbagai-bagai ujian.

# 6
> Dia lebih redha dan lebih suka bertempat di tanah, tidur di tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah daripada tempat manusia. Ini adalah tanda-tanda orang yang tawadhu’

> orang-orang yang suka merendah diri dan tidak menyombong.

# 7
> Jika tempatnya diambil alih oleh orang lain atau ditempati oleh benda lain, dia pindah ke tempat lain tanpa merasa marah atau berdendam.

> Inilah tanda-tanda hamba Allah yang redha akan bahagiannya.

# 8
> Jika ia dipukul, dihalau atau dibaling dengan benda-benda yang menyakitkan, dia menerimanya.

# 9
> Jika dia berjalan atau pergi dari tempat asalnya, tidak menoleh-noleh ke belakang...

Renung-renungkan dan selamat beramal....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar