Sabtu, 14 Januari 2012
4 Golongan Lelaki Ke Neraka
Ilmu Untuk Kaum Adam
Pertama: - 'Ayahnya' - Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia.. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, Mengaji dan sebagainya.. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan di tarik oleh anaknya ke neraka..
Kedua: - 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.. Bergaul bebas di pejabat.. Memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram.. Apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (menjaga solat,puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya ke neraka..
Ketiga: - 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada.. Tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepada abang-abangnya.. Jikalau mereka hanya mementingkn keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat..
Keempat: -' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam.. Maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat... Maka kaum lelaki yang bergelar seorang ayah / suami / abang atau anak wajib memainkan peranan mereka yang sebenar..
Firman Allah S.W.T yg bermaksud : "Wahai Nabi,suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yg beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar);cara yang demikian lebih sesuai utk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik),maka dgn itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.” [Surah Al-Ahzab ayat 59.]
Firman Allah S.W.T yg bermaksud : "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yg beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (drpd memandang yg haram),dan memelihara kehormatan mereka,dan janganlah mereka memperlihatkan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya,dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka..” [Surah An-Nur ayat 31.]
Wahai wanita.. Kasihankan ayah anda.. Suami anda.. Abang abang anda serta anak-anak lelaki anda.. Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri.. Jalankan perintah ALLAH S.W.T dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas...
Akhir kata.. Marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak.. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga..
AMIN YA RABBALALAMIN .....
Subhanallah ...
Peringatan Untuk Semua Lelaki Muslim. Wahai lelaki yg mempunyai tanggungjawab sebagai ketua keluarga.. Jika benar kau mencintai hak mu yang sah.. Maka cintailah dia sepenuh hatimu.. Jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu, Jagalah dia dengan baik. Kasihanilah dia. Lindungilah dia, berilah kasih sayang padanya. Nasihatilah dia. bawalah dia ke jalan Allah S.W.T. Perbetulkan kesilapannya. Bersabarlah dengannya dan terimalah kekurangannya. Jadi imamnya yg terbaik dan redhalah dengan Hak mu yg telah ditetapkan itu. *Jika anda rasa post ini bermanfaat sila share dgn rakan2 anda yg lain supaya mereka turut mendapat manfaatnya.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar