Sabtu, 14 Januari 2012

Kerap Berlakunya Gerhana Antara Tanda Kiamat


4 Gerhana Matahari dan 2 Gerhana Bulan pada tahun ini 2011

Empat gerhana matahari sebahagian dan dua gerhana bulan total akan terjadi di 2011. Kombinasi empat dan dua gerhana dalam satu tahun ini adalah peristiwa yang jarang berlaku.Gerhana matahari sebahagian pada 2011 akan terjadi pada 4 Januari, 1 Jun, 1 Julai, dan 25 November. Sedangkan gerhana bulan total akan terjadi pada 15 Jun dan 10 Disember. Kombinasi empat gerhana matahari dan dua gerhana bulan dalam setahun hanya akan berlaku enam kali sepanjang abad ke-21, yakni pada tahun 2011, 2029, 2047, 2065, 2076, dan 2094.

Malah kekerapan berlakunya gerhana bulan dan matahari akhir-akhir ini mengingatkan kita tentang kaitannya dengan tanda-tanda Qiamat sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim:

Maksudnya : Nabi saw muncul ketika kami sedang berbincang, lalu baginda bertanya: Apa yang kalian bicarakan? Mereka berkata: “Kita berbicara berkaitan Qiamat, baginda bersabda: Qiamat tidak akan berlaku sehingga kamu lihat sepuluh tanda iaitu

[1] keluar asap,
[2] muncul Dajjal,
[3] keluar binatang Dabbah,
[4] matahari terbit dari barat
[5] turunnya nabi Isa Ibni Mariam,
[6] muncul Ya’juj Makjuj

berlaku tiga gerhana iaitu:

[7] satu gerhana di timur,
[8] satu di barat
[9] dan satu lagi di Semenanjung Arab
[10] dan lain yang adalah api keluar dari Yaman lalu menghalau manusia ke tempat berkumpul


Tidak ada komentar:

Posting Komentar