Jumat, 21 Oktober 2011

Zaman Fitnah Semakin Mengganas






Ada persoalan, kenapa libya masih lagi bermandi darah?Siapakah Gadafi ini? Negara Libya menjadi seperti negara Iraq. Saddam Hussien di bunuh. Sememangnya Saddam & Gadafi mengamalkan pemerintahan kuku besi.

Saddam di guling oleh Amerika, dan Libya rakyatnya merusuh. Tidakkah ada propaganda di sebalik rusuhan itu? Hosni Mubarak di gulingkan. Presiden Tunisia dihalau oleh rakyatnya. Benarkah mereka ini ketua2 negara yang memang jahat dan patut dilakukan demikian?

Tetapi kenapa Iran masih lagi aman sedangkan sekeliling negara Iran telah habis berlaku kekecohan. Sedangkan Iran dikatakan rancak membina system nuclear? Siapa kah Ahmadinehjab ini?

PERSOALAN KENAPA AMERIKA MASIH TIDAK MENYERANG IRAN?

Kenapa baitulmaqdis menjadi tumpuan oleh org kafir?

DAN BENARKAH ORANG YAHUDI DAN KRISTIAN SEMEMANGNYA TIDAK AKAN BERSATU WALAU APA PUN YG TERJADI? ADAKAH PERSOALAN INI DI NYATAKAN DIDALAM ALQURAN?

DAN APA YANG TERJADI SEKIRANYA YAHUDI DAN KRISTIAN INI BERSATU? SIAPA YAHUDI DAN KRISTIAN YANG BERSATU INI?

Di Malaysia pun rakyat sudah mula berpecah kepada 2 pihak. Satu yang hendak menggantikan kerajaan yang sedia ada dengan kerajaan baru manakala satu pihak lagi hendak mengekalkan kerajaan yang ada. Mungkin perpecahan ini juga terjadi hasil usaha tenaga yang sama serperti di Tuinisia, Mesir, Syria, Libya serta Jordan.

Bila dilihat kesemua negara ini adalah majoriti penduduknya Islam. Mungkin satu pakatan telah merancang untuk memecahkan perpaduan rakyat dalam negara2 ini dan kemudian nanti mudah untuk diperintah atau terus masuk dengan alasan 'kemanusiaan'.

Mari kita renung dan cari dimanakah peranan dajjal serta fitnah yang dibawanya. Sambil itu kita buka semula Al Quran serta Hadith untuk mengaitkan kisah ini.


Salam Ukhuwah..~

Tidak ada komentar:

Posting Komentar