Kamis, 20 Oktober 2011

30 Fakta Menarik Tentang Facebook

                   


30 Fakta Menarik Tentang Facebook

Pada masa sekarang, siapa yang tidak kenal dengan laman sosial Facebook yang jauh telah meninggalkan para pesaingnya seperti Friendster dan Tagged. Facebook bukan sahaja dimiliki oleh golongan kanak-kanak dan juga dewasa bahkan ahli politik juga menggunakan Facebook untuk berinteraksi dengan rakyat.

Mula dibina pada tahun 2004 oleh Mark Zuckerberg, keahlian Facebook pada 2011 sudahpun melebihi angka 600 juta. Pada awal tahun 2011, timbul dakwaan bahawa Facebook bakal ditutup pada bulan Mac 2011 tetapi mana mungkin laman sosial yang bernilai US$1 billion mahu ditutup dan buktinya facebook semakin berkembang dengan pelbagai fungsi-fungsi menarik seperti facebook chat menggunakan smiley dan banyak lagi kelebihan lain.

Sebagai salah seorang pengguna Facebook, anda mungkin ingin mengetahui pelbagai fakta menarik tentang laman sosial terbesar dunia ini:

1 daripada 13 orang di dunia pada masa kini memiliki sebuah akaun Facebook. Lebih separuh daripada jumlah itu akan log in akaun mereka setiap hari.

2% dari seluruh pencarian di Google tahun 2010 mengandungi perkataan Facebook.

4 Februari 2004 ialah tarikh Mark Zuckerberg melancarkan Facebook ketika beliau masih menjadi mahasiswa di Universitas Harvard.

Secara purata, sebanyak 8 friend request dikirimkan oleh seorang pengguna Facebook setiap bulan.

Mark Zuckerberg memiliki 24% saham di Facebook. Salah satu pemilik saham yang lain adalah Microsoft dengan jumlah 1.3%.

25% syarikat dilaporkan menolak pelabur setelah menyelidiki profil Facebook mereka.

27% pengguna Facebook tidak memaparkan status hubungan mereka di Facebook.

42% lelaki dan 63% wanita mengaku menggunakan Facebook untuk mencari bekas kekasih.

Facebook diterjemahkan dalam 76 bahasa.

Pengguna Facebook paling tua berumur 104 tahun yang bernama Lilian Lowe dan berasal dari Wales.

Secara purata, setiap pengguna Facebook mempunyai 130 rakan dalam akaun mereka.

Facebook digunakan oleh 1700 karyawan di 12 negara.

Sebanyak 66168 gambar telah ditag di Facebook pada setiap minit.

Sebanyak 2176000 mesej peribadi dikirim menggunakan Facebook pada setiap 20 minit.

35 juta orang mengubah status Facebooknya setiap hari.

38 juta pengguna Facebook mengunjungi halaman ‘Texas HoldEm Poker’ setiap bulan.

Facebook dianggarkan bernilai 32 Juta Pound Sterling.

Kira-kira 400 juta orang ‘login’ ke facebook mereka sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan manakala 50% dari mereka ‘login’ setiap hari ke akaun mereka.

Facebook merupakan sebuah laman sosial untuk pengguna seluruh dunia dengan 70% penggunanya datang daripada luar Amerika Syarikat dan laman sosial ini memiliki lebih dari 70 pilihan bahasa.

Setengah dari penduduk Denmark memiliki facebook account yang aktif. (kira-kira 2421380 orang dari 5484723 jumlah penduduk).

Laman sosial Facebook merupakan sebuah laman web yang mempunyai trafik kedua tertinggi selepas Google mana Youtube berada pada kedudukan ke-3, Twitter di kedudukan ke-11 manakal myspace pula di kedudukan ke-19.

Google dan Yahoo pernah membuat tawaran kepada Mark Zuckerberg untuk membeli Facebook dengan harga mencecah US$1 billion tetapi tawaran tersebut telah ditolak. Nilai Facebook sekarang sudahpun dianggarkan melebihi angka tersebut.

Pages Michael Jackson di facebook berada pada kedudukan pertama senarai yang paling ramai dilawati pengguna. Pada kedudukan kedua ialah Homer Simpson manakala pages facebook sendiri berada pada kedudukan ke-3, kemudian diikuti oleh Barrack Obama di kedudukan ke-4 serta Starbucks Coffee di keduduan ke-5.

Jumlah masa dalam sebulan yang dihabiskan oleh setiap pengguna Facebbok dianggarkan 8.3 juta jam.

Di Amerika Syarikat, majoriti pengguna Facebook berusia 31 tahun.

Kebanyakan pengguna Facebook di Malaysia dianggarkan berusia 18 – 24 tahun manakala negara berkembang lainnya seperti Filipina, India, dan Afrika Selatan sedikit lebih tua iaitu 25 tahun serta di Indonesia majoriti pengguna Facebook berusia 23 tahun.

Jumlah pengguna Facebook di Malaysia sudahpun mencapai angka 10 juta pada tahun 2011.

Di Malaysia, pengguna Facebook lelaki lebih ramai berbanding wanita iaitu 53% lelaki serta selebihnya dimiliki oleh kaum wanita.

48% dari remaja yang berusia 18 hingga 34 tahun akan membuka Facebook ketika bangun tidur.

28% daripada pengguna akan melayari Facebook dengan menggunakan smart phones.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar