Sesungguhnya didalam hidup kita di Dunia Hari Ini dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.
Terdapat perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.
1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.
2- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)
3- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
4- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.
5- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
6- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.
7- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
8- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
9- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.
10- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
11- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
12- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
13- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
14- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.
15- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
~ Yang baik itu adalah dari ALLAH S. W. T. dan yang buruk itu dari hambanya juga ~
Kehidupan di dunia hanya sementara, malah dianggap permainan dan hiburan yang tidak berkekalan seperti dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud: “Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain daripada main-main dan senda gurau belaka. Sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?” (Surah al-An’am, ayat 32)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar