Kamis, 20 Oktober 2011

Beribadah Di Akhir Zaman


Beribadah Diakhir Zaman. Cuba kita renung dan fikir...

Adakalanya kerana mengejar fadhilat terlanggar yang fardhu dan yang wajib, kerana membuat yang sunat tidak peduli pantang-larang syariat.

1. Hendakkan fadhilat puasa Isnin Khamis, waktu berbuka tidak kira makanan halal atau haram.
... 2. Kerana mengejar pahala umrah, setiap tahun mengerjakan umrah, fakir miskin depan rumah diabaikan, bahkan dibiarkan.
3. Kenduri arwah tidak dicuaikan, tapi sembahyang fardhu diabaikan.
4. Rajin bersembahyng malam tapi bakhil menjadi pakaian, sombong menjadi budaya sedangkan perbuatan itu adalah haram termasuk dosa besar.
5. Rajin berdakwah, sering membuat ceramah tapi kerana nama dan glamour yang dilarang Allah.
6. Beribadah di masjid rajin, tapi di rumah Allah Taala itu jugalah dia mengumpat, bercerita tentang dunia.
7. Berpuasa sunat jarang ditinggalkan tapi sepanjang hari membuka aurat atau berpakaian ketat. Meninggalkan sunat bukan satu kesalahan, mendedahkan aurat perkara yang dilarang.
8. Kerana hendak mencium hajarul aswad melanggar dan menyiku orang, padahal perbuatan itu adalah haram, mencium hajarul aswad hanya sunat sahaja di dalam Islam, tidak mencium bukan satu kesalahan.

Begitulah umat Islam bersyariat di akhir zaman. Rajin juga beribadah tapi pantang larang, tata tertib, mana yang utama tidak difaham. Semoga menjadi iktibar dan teladan kepada kita semua...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar