Persepsi masyarakat melayu umum: "Jangan hisap rokok woi, asap tu makanan jin!". Ayat yang selalu kita dengar diucapkan oleh sahabat sahabat kita yang tidak menghisap rokok. Bila ditanya mengapa, jawabnya: "Kan ustaz dan ulamak semua kata jin makan asap, terutama asap kemenyan. Kau tak tahu ilmu agama ke?"
Ungkapan ayat sebegini yang menunjukkan betapa rendahnya mentaliti serta ilmu pengetahuan sebilangan besar manusia, justeru juga menaikkan darah aku dalam kadar yang cepat. Tetapi ianya juga menimbulkan kesedihan didalam diri aku. Manusia manusia yang diberi gelaran 'ustaz' dan 'ulama' ini semua tak kaji ke Al Quran serta hadis hadis yang ada sebelum mengatakan bahawa asap itu adalah makanan jin? Sedih aku melihatnya.
Apa yang dinyatakan mengenai jin dan pemakanan mereka? Kita rujuk semula kepada hadis yang ada. Contoh, shahih Al Bukhari mengenai salah satu hadisnya. Dipendekkan cerita didalam bahasa pasar: Nabi Muhammad SAW nak buang air besar, si Abu Hurairah bawakan batu, tulang serta kotoran haiwan pada Baginda tapi dia cuma mengambil batu. Kata Baginda: "Huma min thaamil jin (keduanya adalah makanan jin)".
Jin pun boring jugak makan tulang dengan najis. Jin pun ada makan pizza, nasi ayam, kari kepala ikan dan yang sewaktu dengannya. Ini adalah kerana: "Siapa yang makan dengan tangan kirinya, maka setan akan makan bersamanya" Hadis riwayat Imam Ahmad. Sebab tu nak makan, kita diajar supaya membaca Bismillah (dengan nama Allah) dan membaca doa makan! Ingat suka suka ye baca bismillah tu?
Bila sampai disini hujahku yang bertulang belakangkan hadis dan fakta yang soheh, orang selalu bertanya: "Habis tu asap kemenyan tu makanan jin kan? Sebab banyak dukun dan bomoh pakai asap kemenyan".
Allah SWT memberikan kita akal dan fikiran. Gunakanlah dengan sebaiknya. Sebelum membuat dakwaan sebegitu, kajilah sejarah, kajilah tamadun Islam sedunia, telah sifat dan cara hidup Muhammad SAW. Jikalau kita hidup hanya mendengar dan mengikut seperti lembu diikat tali memanglah tak kemana hidup ni. Luaskan pemahaman dan pembelajaran kita, jangan hadkan hanya di dalam negara dan adat kita sahaja. Knowledge is power!
Adakah anda semua tahu bahawa Nabi Muhammad saw menggemari bau kemenyan? Ya, dicatat didalam mana mana sejarah kehidupan Muhammad saw bahawa Baginda saw menggemari bau bauan seperti kemenyan, kayu gaharu dan pembakaran bahan dupaan. Malah, Baginda saw mewariskan kegemarannya itu kepada para sahabat turun temurun. Sebab itu upacara membakar kemenyan masih lagi diadakan di tanah arab dan juga Indonesia. Contoh? Di makam makam wali Islam selalu dibakar kemenyan dengan tujuan untuk kewangian. Upacara Islamik iaitu doa sembah bumi yang dikhususkan penggunaan ayat Al Quran juga menggunakan bauan kemenyan sebagai pewangi.
Tak payah tengok jauh la. Di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pun ada ramai peniaga yang menjual kemenyan dan tempat pedupaan serta kayu gaharu. Diorang tak kecoh pasal syirik pun.
Persoalan: Kenapa Nabi Muhammad saw memilih kemenyan dan bau bauan begitu? Dan bila Baginda menggunakannya?
Bukalah buku sejarah. Baginda saw suka membakar kemenyan ketika ada kematian, majlis keramaian ataupun ketika Baginda saw sedang duduk berehat bersama sahabat. Kenapa? Sebab tanah Arab panas berdebu berpasir, orang Arab banyak berpeluh dan berbau maka mereka suka bau bauan. Nak mandi 4-5 kali sehari, air adalah sumber yang berharga disana waktu itu. Salah satu sebab mengapa Baginda saw bersabda jangan membazir air, sebab disana air susah nak dapat.
Tak semua pawang atau bomoh yang menggunakan kemenyan itu mengamalkan ilmu syirik atau ilmu hitam. Jangan terlalu mudah dan cepat untuk melatah. Persoalan ini akan di kupaskan di tampalan akan datang.
Kalau jin makan asap, sudah tentu banyak jin yang melekat kat ekzos kereta, corong asap kilang, tempat dapur dimana mak atau isteri anda memasak, dan tempat tempat yang mengeluarkan asap. Tak masuk akal kan kalau difikirkan secara logik?
Sekarang anda sudah tahu, sebarkan kepada sahabat sahabat lain agar persepsi dan tanggapan yang salah ini diperbetulkan. Kita sama sama manfaat. Allah Maha Besar
kredit: Adan Vai
Salam Ukhuwah..~
https://youtu.be/shOrOEtwml8
BalasHapus