Senin, 12 Maret 2012

KENALI MUSUH KITA....!!!!


Di Lubnan, kita hanya mengenali Hizbullah yang diasaskan sejak 1982 yang sebenarnya ditubuhkan bagi memerangi umat Islam Sunni di Lubnan dan luar Lubnan.

Kita perlu tahu kewujudan sebuah lagi pertubuhan bersenjata yang dinamakan Briged Pertahanan Lubnan atau ringkasnya disebut GERAKAN AMAL. Gerakan ini diasaskan pada tahun 1975 selepas disyorkan oleh Ayatullah Mousa As-Sodr yang disampaikan dalam ucapannya pada 20 Januari 1975 sempena memperingati Hari 'Asyura'.

Mousa As-Sodr atau dikenali Imam Mousa As-Sodr yang juga merupakan bekas Speaker Parlimen Lubnan adalah antara rujukan kepada pengikut Syiah di Lubnan. Dia mencadangkan demikian kononnya bagi menentang pencerobohan dan keganasan tentea Israel ke atas Lubnan dan Palestin; tujuan yang sama penubuhan Hizbullah dan "Tentera Mahdi" oleh Moqtada As-Sodr di Iraq dan matlamatnya juga adalah sama iaitu bagi membunuh umat Islam Sunni.

Keanggotaan Gerakan Amal melebihi 14,000 tentera. Mereka ini sebenarnya banyak bersubahat dengan Israel melakukan pembunuhan kepada umat Islam Sunni Palestin di khemah-khemah pelarian di Lubnan. Gerakan Amal sekarang diketuai oleh Speaker Parlimen Lubnan Nabih Barri yang berusia 74 tahun sejak tahun 1980.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar