Senin, 12 Maret 2012

Kebocoran dokumen sulit mendedahkan bahawa ribuan anggota Pengawal Revolusi dan tentera Hizbullah Lubnan membunuh rakyat Syria sekitar Julai tahun lalu.



Wikileaks: Kebocoran dokumen sulit mendedahkan bahawa ribuan anggota Pengawal Revolusi dan tentera Hizbullah Lubnan membunuh rakyat Syria sekitar Julai tahun lalu.

Dokumen terbabit turut mendedahkan taktik tentera bersenjata Iran dan Hizbullah yang melaksanakan hukuman bunuh kepada tentera Syria yang tidak mematuhi arahan pihak atasan yang mengarahkan menembak rakyat yang menyertai demonstrasi aman.

Sumber tersebut turut mendedahkan di Syria terdapat:

3,000 tentera Pengawal Revolusi Iran
2,000 tentera Hizbullah
300 orang skuad pembunuh dari Pertubuhan Amal
200 orang dari Parti Syria Sosialis Kebangsaan

Tugas mereka ini ialah berada di barisan belakang tentera Syria bagi memastikan mereka melepaskan tembakan kepada rakyat dalam perhimpunan atau mereka akan dibunuh oleh "skuad khas barisan belakang gabungan Pengawal Revolusi Iran, Hizbullah dan Pertubuhan Amal" jika mereka tidak melakukannya.

Sumber berkenaan juga melaporkan pada Julai tahun lalu, 42 tentera Pengawal Revolusi Iran dan 27 tentera Hizbullah berjaya dibunuh oleh tentera Syria yang berpaling tadah. Mayat-mayat mereka dibawa pulang ke Tehran menggunakan pesawat kargo Syria dan dan menggunakan kereta bagi mayat tentera Hizbullah untuk dibawa pulang ke Lubnan.

Sebelum ini, terdapat laporan bahawa seramai 20,000 tentera Hizbullah bersedia ke Syria bagi menentang kebangkitan rakyat Syria. Hizbullah ditubuhkan pada tahun 1982 dan diketuai oleh Hasan Nasrallah yang berpegang kepada agama Syiah Imamiah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar