Zikir Mencerdaskan Otak
Otak sebenarnya ialah
satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan
saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu
bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna.
Ketika otak
berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan
pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari empat
belas juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan enam belas
juta saraf tubuh yang lain.
Semua aktiviti yang kita lakukan
dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran
interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang
terhasil daripada aktiviti elektrik yang dikenali sebagai
elektro-ensefalogram (EEG).
Oleh itu, apabila seorang itu
berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah S.W.T, seperti
Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini
menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf
otak tersebut.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali,
aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga
bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini
mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan
itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami
perkara baru, melihat daripada perspektif berbeza dan semakin kreatif
dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak sebegini. Otak yang
segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan
kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang
dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific
American, keluaran Disember 1993. Kajian dilakukan di University of
Washington dengan menggunakan ujian imbasan PET yang mengukur kadar
aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini,
sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki
membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan
perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila
sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak
mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak
dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi
senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti saraf otak merebak
ke kawasan-kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila
senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali
meningkat di kawasan pertama.
Ini sekali gus membuktikan secara
saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan
berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah
kemampuannya.
Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan otak, maka betullah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Orang yang berzikir kepada Allah S.W.T ditengah-tengah orang yang
lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang
kering.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar