Sabtu, 05 November 2011

Pengertian Solat Jumaat




Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari ialah hari Jumaat. Padanya dicipta Adam as, padanya dia dimasukkan ke dalam syurga dan padanya juga dia dikeluarkan daripadanya. Dan Qiamat tidak berlaku kecuali pada hari Jumaat.”


Hadith di atas menunjukkan dengan jelas keistimewaan hari Jumaat. Dalam Islam, kelebihan hari tersebut bertambah dengan satu ibadat yang tidak disyariatkan pada hari-hari lain dalam seminggu iaitu solat Jumaat.


Pengertian Jumaat dan Solat Jumaat


Jumaat atau dalam Bahasa ‘Arabnya “Jumu’ah” berasal daripada perkataan “jama’a” yang bermakna berkumpul.


Hari ini dinamakan hari “Jumu’ah” kerana pada hari tersebut, manusia berkumpul dan pada hari ini terkumpul segala kebaikan.


Dari segi istilah syarak, solat Jumaat ialah solat dua rakaat yang dilakukan secara berjamaah dalam waktu Zuhur pada hari Jumaat di masjid atau di tempat- tertentu dan didahului dengan dua khutbah.


Hukum Solat Jumaat


Hukum solat Jumaat ialah Fardhu ‘Ain ke atas setiap lelaki Muslim yang memenuhi syarat-syaratnya. Ini berdasarkan dalil-dalil berikut:


Al-Quran


Firman Allah swt bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan (azan) untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu pada mengingati Allah dan tinggalkanlah jualbeli.”


(Surah al-Jumuah, ayat 9).


Hadith


Sabda Rasulullah saw bermaksud, “(Solat) Jumaat adalah tanggungjawab yang wajib ke atas setiap orang Islam.”


Hikmah Disyariatkan Solat Jumaat


Solat Jumaat merupakan perjumpaan mingguan orang Islam. Pada ketika itu, masyarakat di sesuatu tempat akan berkumpul di dalam masjid atau seumpamanya setelah pada hari yang lain, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Sudah pasti perjumpaan yang kerap dan berterusan akan mendatangkan kesan positif yang amat banyak.Ini ada senarai secara ringkas hikmah mengapa Allah swt mensyariatkan solat Jumaat:


a. Ia merupakan lambang perpaduan dan kekuatan ummat Islam.


b. Perumpaan semasa menunaikan Solat Jumaat akan melahirkan perkenalan dan perasaan kasih sayang sesama orang Islam.


c. Ia menyediakan ruang untuk perbincangan dan bertukar-tukar fikiran ke arah kebaikan.


d. Ia menjadikan ummat Islam peka kepada perkembangan sekitar termasuk kebajikan saudara-saudara seagama.


e. Nasihat melalui Khutbah Jumaat merupakan peringatan supaya sentiasa berusaha mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah swt.


Syarat Wajib Solat Jumaat


Solat Jumaat diwajibkan ke atas orang yang memenuhi tujuh syarat berikut:


1. Islam


Solat Jumaat hanya diwajibkan ke atas orang Islam. Orang kafir tidak dituntut berbuat demikian. Walau bagaimanapun, pada hari akhirat nanti, mereka akan diazab kerana enggan memeluk agama Islam.


2. Lelaki


Solat Jumaat diwajibkan ke atas orang lelaki dan tidak pada orang perempuan. Ini adalah kerana pada kebiasaannya, orang perempuan sibuk mengurus anak dan rumahtangga. Banyak kesulitan akan timbul jika mereka juga diwajibkan menunaikan solat Jumaat.


RAHSIA JUMAAT

Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat


Amalan Sunat Hari Jumaat

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.


Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"


Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.


Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan

Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"


Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.


Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).


Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.


Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar