Kamis, 08 Maret 2012

41 Kelebihan Wanita Islam



1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidakakan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,

derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudaran perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginyaadalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api
neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu- pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab
Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka

beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 lelaki yang jahat.

22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosany dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,

Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

3 Perkara Penting sebelum sebar hadith



Ramai manusia suka menyebarkan hadith-hadith Nabi SAW dalam internet terutamanya Facebook.
Mereka berniat baik atas alasan sabda Nabi SAW " ًﺔَﻳﺁ ْﻮَﻟَﻭ ﻲِّﻨَﻋ ﺍﻮُﻐِّﻠَﺑ - sampaikan dariku walau satu ayat".
Tetapi mereka lupa lafaz penuh hadith berkenaan berbunyi: " ﻲِﻨَﺑ ْﻦَﻋ ﺍﻮُﺛِّﺪَﺣَﻭ ًﺔَﻳﺁ ْﻮَﻟَﻭ ﻲِّﻨَﻋ ﺍﻮُﻐِّﻠَﺑ
ﺍًﺪِّﻤَﻌَﺘُﻣ َّﻲَﻠَﻋ َﺏَﺬَﻛ ْﻦَﻣَﻭ ، َﺝَﺮَﺣ َﻻَﻭ ، َﻞﻴِﺋﺍَﺮْﺳِﺇ
ِﺭﺎَّﻨﻟﺍ َﻦِﻣ ُﻩَﺪَﻌْﻘَﻣ ْﺃَّﻮَﺒَﺘَﻴْﻠَﻓ -  
sampaikan dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah (apa yang kalian
dengar) dari kisah-kisah Bani Isra'il dan itu tidak mengapa (iaitu tidak berdosa walaupun ia tidak
sahih). Dan siapa yang berdusta atasku dengan sengaja (iaitu menyebarkan hadith Nabi tanpa
memastikan ia sahih terlebih dahulu) maka bersiap-siaplah menempati tempat duduknya di neraka".
Jangan baca hadith sekerat saja, tetapi bacalah keseluruhannya. Ketahuilah bahawa hadith yang
sama ini padanya galakan dan ancaman, bahagian pertama hadith berbunyi " ًﺔَﻳﺁ ْﻮَﻟَﻭ ﻲِّﻨَﻋ ﺍﻮُﻐِّﻠَﺑ -
sampaikan dariku walau satu ayat" adalah galakan manakala ia diringi dengan ancaman pada
bahagian akhir hadith berbunyi: " َّﻲَﻠَﻋ َﺏَﺬَﻛ ْﻦَﻣَﻭ
ِﺭﺎَّﻨﻟﺍ َﻦِﻣ ُﻩَﺪَﻌْﻘَﻣ ْﺃَّﻮَﺒَﺘَﻴْﻠَﻓ ﺍًﺪِّﻤَﻌَﺘُﻣ - 
dan siapa yang berdusta atasku dengan sengaja (iaitu menyebarkan hadith Nabi tanpa memastikan ia sahih terlebih dahulu) maka bersiap-siaplah menempati tempat duduknya di neraka". Oleh itu sebelum anda ingin beramal dengan galakan menyebarkan hadith Nabi SAW itu, jangan lupa ancamannya, tanya dulu diri anda sekurang- kurangnya 3 perkara: 1 - benarkah ia hadith?, 2 - riwayat siapa? , 3- sahihkah ia?. Apabila telahterjawab kesemua 3 soalan asas ini, maka silakanlah menyebarkan hadith itu, jika tidak maka
usahlah sebarkan walaupun ayatnya nampak baik dan mampu memberi suntikan jiwa. Kerana tiada lagi yang baik apabila anda telah berdusta kepada Baginda Nabi SAW.



Wahai para penyebar berita palsu (fitnah)!

Wahai para pendusta!

Hai orang yang tidak senang melihat orang mukmin saling berbaik baik sehingga dipisahkan!

Hai orang yang tidak suka melihat kaum mukmin aman!

Hai para pencari aib orang yang baik!

Tahanlah lidahmu, karena sesungguhnya kamu akan diminta pertanggungjawaban kata-kata yang engkau ucapkan.

Allah berfirman maksudnya:

" Tiada suatu ucapanpun yang diucapkan, melainkan ada di dekatnya Malaikat pengawas yang selalu hadir".
[Surah Qaf : 18].

Keistimewaan Dan Kelemahan Wanita



5 keistimewaan wanita.

1. Tahu tak wanita yang soleh itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
2. Sifat penyayang wanita yang lebih kuat daripada lelaki membuktikan doa mereka lebih mudah dimakbulkan. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
3. Benda yang semua orang Islam tahu, syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
4. Apabila seseorang wanita mula sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya sama seperti orang yang menangis kerana takut akan Allah. Dan orang yang takut akan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

5 kelemahan wanita.

1. Aurat wanita amat susah dijaga dan sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaganya.
2. Wanita tidak boleh menjadi ketua mahupun imam kepada lelaki kerana mereka tiada ciri-ciri kepimpinan di dalamnya.
3. Wanita wajib taat kepada suaminya tidak kira seteruk mana pun suminya itu, tetapi lelaki tidak perlu taat kepada isteri. Sehinggakan mahu keluar rumah pun, si isteri perlu meminta izin dari suami terlebih dahulu.
4. Waktu untuk wanita beribadah lebih sedikit daripada lelaki kerana kesihatan mereka.
5. Wanita lebih ramai di neraka berbanding lelaki, mungkin disebabkan kuantiti mereka yang ramai.

Rabu, 07 Maret 2012

Wanita Itu Ibarat Epal



Suatu saat di pagi yang cerah. Angin bertiup tenang. Sinar mentari lembut menerangi alam.Tetapi sayang, itu semua tidak dapat meredam kegundahan hati sebuah epal yang berada tinggi nun di pucuk. Sejak seminggu lalu epal itu sibuk berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Padahal… kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Siapa yang melihat pasti meluap-luap seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku.

Tetapi… kenapa aku tidak dipetik orang?

Epal tersebut memandang ke bawah. Hairan, kenapa manusia lebih memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana. Bukankah mereka tidak mendapat udara yang bersih dan cahaya mentari seperti aku yang berada di puncak ini? Bukankah kawan-kawanku itu banyak yang telah rosak kerana seranggga?

Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan – rakannya yang telah banyak tersentuh dan penuh debu menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dijamah orang. Apakah kekurangan diriku?

Perasaan rendah diri mulai merasuk. Makin lama makin kuat, diselangi rasa kecewa dan bimbang. Murungnya tidak terbendung lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut memutuskan menggugurkan dirinya ke tanah. Ketika sudah berada dibawah, hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia. Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.

Epal menanti manusia beruntung itu. Sayang sekali, sehingga malam tiba, tiada seorang pun datang mengambilnya. Rasa gembira pun bertukar menjadi risau dan sedih.

Siang berganti malam, hari berganti minggu. Kasihan..akhirnya epal tersebut busuk diatas tanah menjadi makanan ulat dan serangga. Membusuk dan dipijak – pijak manusia.”

Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah, tetapi,epal yang tidak mampu dimiliki berada di puncak!! Susah dipetik, susah digapai, tapi, kadang-kadang epal tu risau, kenapa la diriku belum dipetik lagi?? Lantas dia merendahkan martabatnya lalu menggugurkan dirinya ke tanah, sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH tinggikan martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar beriman saja yang mampu memilikinya. Mungkin bukan di dunia, tapi, di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia. Asalkan cinta ILLAHI menginginkannya.”
Wahai wanita yang solehah tinggi martabatnya… yang terpelihara kehormatan dan izzahnya.

Bersabarlah! Disaat tak ada yang memetik kerana ketinggianmu. Janganlah kusutkan jiwamu hingga kau rela dipetik dan dijamah oleh sesiapapun. Seperti epal yang mudah dipetik ditepi jalan. Tungulah, Allah pasti mengirimkan seseorang yang bersedia memetikmu pada ketinggian. Ketinggian yang hanya boleh dipanjat dengan tangga keimanan dan ketakwaaan seseorang.

Ya Allah… Ku tahu, betapa banyak “perhiasan dunia terindah ini” mulai gundah. Gelisah menantikan seseorang. Sepertiga abad penantian kadangkala tidak cukup mendatangkan si pemetik epal yang dinantikan. Wahai zat yang menguasai seluruh makhluk, jangan biarkan wanita-wanita mulia ini lelah di ketinggian, hingga dia menjatuhkan diri tersungkur dari kemuliaan. Teguhkan hati mereka. Selamatkan mereka.

Ya Tuhan kami, sesungguhnya mereka sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepada mereka… Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada wanita-wanita solehah jodoh dan keturunan sebagai penyenang hati.

sumber asal : (Ken Ahmad)








Selasa, 06 Maret 2012

NIKMAT MELIHAT ALLAH S.W.T. DI SYURGA


Dari Shuhaib r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda, “Apabila penduduk syurga telah masuk syurga.” Nabi berkata, “Maka Allah tabaraka wa ta’ala berfirman, ‘Apakah kalian menginginkan sesuatu tambahan dari-Ku?’. Mereka menjawab, ‘Bukankah Engkau telah memutihkan wajah-wajah kami? Bukankah Engkau telah memasukkan kami ke dalam syurga dan menyelamatkan kami dari neraka?’.” Nabi berkata, “Maka Allah pun menyingkapkan hijab -yang menutupi wajah-Nya-. Dan tidaklah ada kenikmatan yang diberikan kepada mereka yang lebih mereka sukai daripada memandang Rabb mereka ‘azza wa jalla.” (HR. Muslim, lihat Syarh Muslim [2/297])


Hadits yang mulia ini memberikan pelajaran, di antaranya:

1) Wajib mengimani adanya syurga dan kenikmatan yang ada di dalamnya serta mengimani adanya neraka dan kesengsaraan yang ada di dalamnya

2) syurga adalah tempat yang penuh dengan kenikmatan, sedangkan Neraka adalah tempat yang penuh dengan kesengsaraan

4) Penetapan bahawa Allah S.W.T. berkata-kata

5) Kenikmatan paling agung adalah memandang wajah Allah ta’ala.

Allah ta’ala berfirman (yang ertinya), “Ketika hari itu wajah-wajah berseri, mereka memandang kepada Rabb mereka.” (QS. al-Qiyamah: 22-23).

Abu Shalih meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a, beliau menafsirkan ayat ini, “iaitu melihat wajah Rabb mereka ‘azza wa jalla.” (lihat Syarh Aqidah ath-Thahawiyah, hal. 190).

Allah ta’ala juga berfirman (yang ertinya), “Bagi mereka -penduduk syurga- apa saja yang mereka inginkan di dalamnya -di syurga- dan di sisi Kami masih ada tambahan -nikmat-.” (QS. Qaaf: 35).

ath-Thabari meriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib dan Anas bin Malik r.a, mereka mengatakan, “Maksudnya -tambahan nikmat- adalah memandang wajah Allah ‘azza wa jalla.” (lihat Syarh Aqidah ath-Thahawiyah, hal. 190).

Inilah yang difahami oleh para sahabat, di antaranya: Abu Bakar, Hudzaifah, dan Abu Musa al-Asy’ari r.a, sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Ibnu Jarir ath-Thabari rahimahullah (lihat Syarh Aqidah ath-Thahawiyah, hal. 191).

Maka senikmat-nikmat apapun pemandangan di dunia, maka melihat wajah Allah di akhirat kelak jauh lebih nikmat di atas segala-galanya, semoga Allah menganugerahkan nikmat itu kepada kita…
6) Orang-orang beriman akan merasakan kenikmatan memandang wajah Allah di akhirat kelak. Hadits-hadits yang menunjukkan bahwa orang-orang beriman akan melihat Allah di akhirat adalah hadits-hadits yang mutawatir. Ada sekitar tiga puluh orang sahabat yang meriwayatkan hal ini (lihat Syarh Aqidah ath-Thahawiyah, hal. 193-194).

7) Mengimani adanya hari kebangkitan setelah kematian

8) Mengimani perkara ghaib sebagaimana yang diberitakan oleh Nabi S.A.W.

9) Mengimani adanya pembalasan amal

10) Targhib (motivasi) agar manusia taat kepada Allah S.W.T. dan Rasul-Nya serta tarhib (ancaman) agar manusia tidak durhaka kepada Allah S.W.T. dan Rasul-Nya. Karena orang yang taat akan masuk syurga, sedangkan orang yang durhaka akan masuk neraka.

11) Di syurga manusia memiliki rasa cinta (mahabbah)

12) Kenikmatan di syurga itu bertingkat-tingkat

13) Rasulullah S.A.W. menyampaikan wahyu dari Allah S.W.T, maka kita wajib membenarkannya dan tidak boleh mendustakan atau meragukannya

14) Semestinya manusia itu berfikir ke depan, bagaimanakah nasibnya kelak di akhirat. Apakah dia ingin termasuk penghuni neraka atau penduduk syurga? Sehingga dia akan memanfaatkan waktunya di dunia ini sebaik-baiknya demi menggapai kebahagiaan yang sebenarnya

15) Kenikmatan dunia ini tidak ada nilai apabila dibandingkan dengan kenikmatan di akhirat

16) Bodoh sekali orang yang menjual agamanya demi mendapatkan kesenangan dunia yang fana

Senin, 05 Maret 2012

ALLAH S.W.T MAHA MELIHAT


Allah S.W.T. bersifat Basyar ertinya bahawa Allah Maha Melihat apa sahaja yang ada di alam ini. Allah S.W.T dapat melihat segala gerak geri hamba-hamba-Nya. Meskipun hamba-hamba-Nya beramal dalam keadaan sembunyi-sembunyi, namun Allah S.W.T dapat melihatnya dengan jelas dan terang.

Penglihatan Allah S.W.T itu tidaklah sama dengan penglihatan yang ada pada makhluk ciptaan-Nya. Penglihatan pada makhluk berhajatkan kepada sesuatu alat yang dapat membantunya seperti mata, cahaya dan sebagainya. Namun Allah S.W.T. tidak berhajat kepada sesuatu bendapun dalam melihat segala sesuatu.


Allah S.W.T. melihat dengan sendirinya dan tidak memerlukan bantuan makhluk atau alam ini sama sekali.

Firman Allah S.W.T. (yang bermaksud):
"Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan di bumi. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." (Al Hujuraat, 18).

Segala aktiviti yang terjadi di alam ini, baik terang mahupun yang gelap, yang besar mahupun yang kecil, yang nyata, mahupun yang ghaib tidak akan luput daripada penglihatan Allah S.W.T.



Keyakinan dengan sifat Allah Maha Melihat ini menjadikan insan-insan yang beriman bertambah takut dan bertaqwa kepada Allah S.W.T. kerana mereka mengetahui bahawa Allah sentiasa melihat amalan yang dikerjakannya.

Hati manusia menjadi damai dan tenteram dengan menanamkan keyakinan bahawa Allah S.W.T bersifat Maha Melihat. Jiwanya sentiasa terbimbing dengan jalan yang lurus dan ia sentiasa menjaga dirinya dari terjatuh kejurang kemaksiatan.



Mustahil bagi Allah S.W.T jika mempunyai sifat buta. Kerana sifat yang lemah itu hanya dimiliki oleh makhluk ciptaan-Nya.

Firman Allah S.W.T (yang bermaksud):
"Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu." (Al Mulk, 19). <

ALLAH S.W.T SENTIASA MENGAWASI KITA


Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud), ”Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu.” (QS. An Nisaa’ [4] : 1)

Rasulullah S.A.W. bersabda, ”Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Kalau engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia selalu melihatmu.” (HR. Muslim)

Abu Sulaiman rahimahullah mengatakan, ”Sesungguhnya orang yang benar-benar rugi itu adalah orang yang menampak-nampakkan amal kebaikannya di hadapan orang ramai sementara dia justru berterus terang berbuat kejelekan tatkala menyendiri dengan Dzat Yang lebih dekat dengan dirinya daripada urat nadinya sendiri.” (Jami’ al-‘Ulum, hal. 213)

Pada suatu saat tersebar berita kepada Abu Bakar r.a. tentang pujian orang ramai terhadap dirinya. Maka beliau pun berdoa kepada Allah, ”Ya Allah. Engkau lah yang lebih mengetahui diriku daripada aku sendiri. Dan aku lebih mengetahui diriku daripada mereka. Oleh sebab itu ya Allah, jadikanlah aku lebih baik daripada yang mereka katakan. Dan janganlah Kau siksa aku karena akibat ucapan mereka. Dan ampunilah aku dengan kasih sayang-Mu atas segala sesuatu yang tidak mereka ketahui.” (Kitab az-Zuhd Nu’aim bin Hamad, dinukil dari Ma’alim, hal. 119)

Yahya bin Mu’adz rahimahullah mengatakan, ”Bukanlah orang yang jujur seorang yang mengaku mencintai Allah akan tetapi tidak menjaga aturan dan larangan-larangan-Nya.” (Jami’ al-‘Ulum, hal. 95).

Imam asy-Syafi’i rahimahullah mengatakan, ”Ada tiga perkara yang sulit dilakukan : bersikap dermawan dalam keadaan miskin, bersikap wara’ (berhati-hati dan menjauhi keharaman) ketika bersendirian, dan berterus terang dengan kebenaran di hadapan orang yang menjadi tumpuan harapan dan rasa takut.” (Jami’ al-‘Ulum, hal. 211).

al-Junaid rahimahullah pernah ditanya : apakah yang boleh membantu seseorang agar boleh membantu dirinya untuk senantiasa menundukkan pandangan? Maka beliau menjawab, ”iaitu dengan pengetahuanmu bahawa penglihatan Allah kepada dirimu lebih mendahului daripada pandanganmu kepada sesuatu yang kau lihat.” (Jami’ al-‘Ulum, hal. 212).

Abud Darda’ r.a. mengatakan, ”Hendaknya kamu merasa takut dilaknat oleh hati orang-orang yang beriman dalam keadaan dia tidak sedar. Dia melakukan kemaksiatan kepada Allah tatkala sendirian kemudian Allah pun menanamkan rasa benci kepadanya di dalam hati orang-orang yang beriman.” (Jami’ al-‘Ulum, hal. 213).