Senin, 20 Januari 2014

Suami Yang Tidak Tampan


Suami Yang Tidak Tampan..

Seorang lelaki buruk rupa dan berbadan pendek berkahwin dengan seorang wanita cantik jelita.

Pada suatu hari, isterinya telah berdandan sehingga menjadi semakin cantik dan menawan di mata suaminya.

Si suaminya terpaku dan merenung isterinya..

Isterinya bertanya, “Ada apa denganmu sayang?”

Suaminya menjawab, “Demi Allah kamu sangat cantik rupawan.”

Isterinya berkata, “Bergembiralah, aku dan kamu akan masuk Syurga.”

Suami bertanya, “Dari mana kamu tahu itu?”

Isterinya menjawab, “Kerana kamu dianugerahi isteri cantik seperti aku lalu kamu bersyukur, sementara aku diuji dengan suami seperti kamu lalu aku bersabar. Orang yang sabar dan orang yang bersyukur akan sama-sama masuk Syurga.”

p/s : Positif itu perlu seiring dengan redha dan syukur.. Tiada siapa yang tidak di uji di atas muka bumi ini.. Hadapi dan harungilah dengan minda yang terbuka, semuanya akan menjadi lebih mudah.. insyaAllah..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar