Sabtu, 14 Januari 2012
Barang siapa hafal 7 kalimat.
Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebesar lautan :-
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselit perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu dihari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
Sharekan posting ini dengan sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah redha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda share.
10 perkara yang wajib kita lakukan setiap hari
1- Berzikir kepada Allah SWT ketika bangun daripada tidur.
2- Menutup aurat.
3- Menyempurnakan wuduk.
4- Menunaikan solat tepat pada waktunya.
5- Merasa tenang terhadap janji Allah SWT dalam urusan rezeki.
6- Qanaah ( menerima apa yang ada ).
7- Tawakkal ( berserah segala urusan kepada Allah SWT ).
8- Sabar menerima taqdir dan hukum Allah SWT.
9- Bersyukur terhadap nikmat Allah SWT.
10- Makan yang halal.
Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 901.
4 Golongan Lelaki Ke Neraka
Ilmu Untuk Kaum Adam
Pertama: - 'Ayahnya' - Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia.. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, Mengaji dan sebagainya.. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan di tarik oleh anaknya ke neraka..
Kedua: - 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.. Bergaul bebas di pejabat.. Memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram.. Apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (menjaga solat,puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya ke neraka..
Ketiga: - 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada.. Tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepada abang-abangnya.. Jikalau mereka hanya mementingkn keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat..
Keempat: -' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam.. Maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat... Maka kaum lelaki yang bergelar seorang ayah / suami / abang atau anak wajib memainkan peranan mereka yang sebenar..
Firman Allah S.W.T yg bermaksud : "Wahai Nabi,suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yg beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar);cara yang demikian lebih sesuai utk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik),maka dgn itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.” [Surah Al-Ahzab ayat 59.]
Firman Allah S.W.T yg bermaksud : "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yg beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (drpd memandang yg haram),dan memelihara kehormatan mereka,dan janganlah mereka memperlihatkan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya,dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka..” [Surah An-Nur ayat 31.]
Wahai wanita.. Kasihankan ayah anda.. Suami anda.. Abang abang anda serta anak-anak lelaki anda.. Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri.. Jalankan perintah ALLAH S.W.T dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas...
Akhir kata.. Marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak.. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga..
AMIN YA RABBALALAMIN .....
Subhanallah ...
Peringatan Untuk Semua Lelaki Muslim. Wahai lelaki yg mempunyai tanggungjawab sebagai ketua keluarga.. Jika benar kau mencintai hak mu yang sah.. Maka cintailah dia sepenuh hatimu.. Jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu, Jagalah dia dengan baik. Kasihanilah dia. Lindungilah dia, berilah kasih sayang padanya. Nasihatilah dia. bawalah dia ke jalan Allah S.W.T. Perbetulkan kesilapannya. Bersabarlah dengannya dan terimalah kekurangannya. Jadi imamnya yg terbaik dan redhalah dengan Hak mu yg telah ditetapkan itu. *Jika anda rasa post ini bermanfaat sila share dgn rakan2 anda yg lain supaya mereka turut mendapat manfaatnya.
15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai
Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yg menjadi lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yg membina yg tidak boleh didengar oleh telinga.
3. tekanan graviti yg tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yg berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yg tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yg ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yg ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yg tinggi.
8. Tempat yg paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yg banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yg terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yg ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yg paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. Semua yg ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah S.W.T telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yg berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yg tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yg baik yg dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yg buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yg baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yg baik saja akan diterima oleh tubuh.
Kamis, 05 Januari 2012
I Love Allah
►Are you feeling insecure or uneasy?
►Are you stressed at work or is life at home worrying you?
►Are you tired of the drama in life, Want the solution?
It's easy! Allaah says:
♥"Unquestionably, by the remembrance of Allah hearts are assured/find rest."♥
(Al Qur'an 13:28)w
►Are you stressed at work or is life at home worrying you?
►Are you tired of the drama in life, Want the solution?
It's easy! Allaah says:
♥"Unquestionably, by the remembrance of Allah hearts are assured/find rest."♥
(Al Qur'an 13:28)w
Mengingati Mati 70 Kali Sehari
Sesungguhnya kita dipesan supaya mengingat mati 70 kali sehari. Kerana kita terlalu alpa dengan keduniaan semata-mata dan lupa akhiratlah yang kekal abadi.
Senantiasa berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w kerana baginda pasti akan memberi syafaat kepada orang yang berselawat kepadanya. Sesungguhnya Allah taala dan malaikat pun berselawat keatas beginda.
Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, kebangkitan padang mashyar itu benar, hari perhitungan itu benar, syurga dan neraka itu benar.
Senantiasa berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w kerana baginda pasti akan memberi syafaat kepada orang yang berselawat kepadanya. Sesungguhnya Allah taala dan malaikat pun berselawat keatas beginda.
Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, kebangkitan padang mashyar itu benar, hari perhitungan itu benar, syurga dan neraka itu benar.
Selasa, 27 Desember 2011
Cerminan Kehidupan
Kita rasa diri kita cukup sifat namun sebenarnya kita menipu diri kita sendiri. Wajah kita tidak asli, begiru juga rambut kita, bulu mata kita, bayang2 dikelopak mata kita termasuk merah pipi dikiri dan kanan pipi kita.
Kita rasa diri kita cukup segala tapi sebenarnya kita masih banyak kekurangan. Kita tidak cukup berfikir dengan wajar dan memilih jalan yang benar bagi membuat diri kita diredha oleh Pencipta kita.
Kita rasa cara kita berfikir sudah betul namun kita menipu diri kita sendiri bila akal kita sendiri tidak dapat kita kawal. Bagitu juga nafsu kita.
Alangkah baiknya kalau semua yang kita lihat itu adalah benar belaka. Namun Sang Pencipta tidak memberi kita melihat semua kecuali pada seseorang yang diberi izin...
Salam Ukhuwah..~
Langganan:
Postingan (Atom)




