Sabtu, 05 November 2011

Kiamat Bermula Ramadhan Tahun Depan 2012? INI ADALAH TIPU HELAH ORANG KAFIR



"Ramai yang berbicara mengenai kiamat yang akan berlaku pada tahun 2012 dengan dikatanya terbongkarnya kod rahsia dari Perjanjian Lama, pendedahan kalendar kaum Maya dan fenomena Planet Nibiru. Diperkuatkan lagi dengan hadith suara atau jeritan kuat pada pertengahan Ramadhan 2012 yang kebetulan berlaku pada hari Jumaat. Apakah sikap kita apabila berdepan dengan perkhabaran ini?"




Kiamat bermula Ramadhan tahun depan?

Lebih dari 350 judul buku menceritakan mengenai dunia akan berakhir pada tahun 2012. Tahun 2012 merupakan tahun yang diramalkan akan berlaku Kiamat. Khabaran ini dapat dilihat dari cerita fisyen sains yang berjudul 2012 arahan Roland Emmerich yang telah memulakan pengambaran pada bulan Ogos 2008 di Vancouver. Kebanyakkan cerita-cerita ini berpunca dari ahli astronomi dan agamawan. Realiti yang berlaku sekarang seolah-olah memberitahu kita bahawa dunia sudah hampir kepada penamatnya, dengan berlakunya gempa bumi dan tsunami yang hebat di Jepun baru-baru ini.

Bagi segelintir umat Islam pula, kedatangan Ramadhan 2012 merupakan titik-titk bermulanya tanda Kiamat besar. Mereka percaya bahawa peristiwa itu akan berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan 2012 pada hari Jumaat. Kepercayaan ini timbul dari beberapa riwayat yang menceritakan tentang akan kedengaran “suara jeritan yang kuat” pada bulan Ramadhan. Salah satu riwayat yang popular dikatakan riwayat dari Abdullah bin Mas’ud ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda:


عن النبي صلى الله عليه وسلم قال إذا كان صيحة في رمضان فإنها تكون معمعة في شوال وتميز القبائل في ذي القعدة وتسفك الدماء في ذي الحجة والمحرم وما المحرم يقولها ثلاثا هيهات هيهات يقتل الناس فيها هرجا هرجا قال قلنا وما الصيحة يا رسول الله قال هذه تكون في نصف من رمضان يوم جمعة ضحى وذلك إذا وافق شهر رمضان ليلة الجمعة تكون هدة توقظ النائم وتقعد القائم وتخرج العوائق من خدورهن في ليلة جمعة سنة كثيرة الزلازل والبرد فإذا وافق رمضان في تلك السنة ليلة جمعة فإذا صليتم الفجر يوم جمعة في النصف من رمضان فادخلوا بيوتكم وسددوا كواكم ودثروا أنفسكم وسدوا آذانكم فإذا أحسستم بالصيحة فخروا لله سجدا وقولوا سبحان القدوس سبحان القدوس ربنا القدوس فإنه من فعل ذلك نجا ومن ترك هلك .


“Apabila kedengaran jeritan (Sayha) pada bulan Ramadhan, maka akan berlaku huru-hara dalam bulan Syawal, dan kabilah-kabilah akan membentuk kumpulan dalam bulan Zulkaedah, dan berlaku pertumpahan darah pada bulan Zulhijjah dan Muharram! Apa yang dilarang/haramkan? "Berkata tiga kali," Oh, Oh! Rakyat akan dibunuh dalam pembunuhan beramai-ramai secara besar-besaran "Telah berkata:" Kami berkata: "Apakah Sayha (menjerit), Wahai Rasulullah?" Beliau berkata: "Ia akan berlaku di pertengahan Ramadan pada pagi Jumaatnya. Berlaku pada pada Ramadan malam Jumaat, dimana satu bunyi yang kuat (Hadda) akan berlaku, yang akan menyedarkan orang yang sedang tidur, wanita muda akan dibawa keluar dari bilik mereka, pada malam Jumaat dimana sepanjang tahun tersebut banyak gempa bumi (dan sangat sejuk). Oleh itu, apabila Ramadhan bermula pada malam Jumaat pada tahun itu, dan anda telah selesai solat Subuh pada hari Jumaat pertengahan Ramadan, ,akan masuklah kedalam rumah, tutup pintu anda, tutup tingkap anda, selimut diri kamu sendiri, dan sumbat telinga anda. Apabila anda mendengar jeritan, turun sujud kepada Allah dan berkata: "Subhanal-Quddus, subhanal-Quddus, rabbunal-Quddus (Maha Suci kepada kemuliaan yang Maha Suci, Maha Suci, Tuhan kami yang Maha Suci). "barangsiapa yang berbuat demikian akan kekal selamat, dan yang tidak melakukan akan musnah” [Kitab al-Fitan, Nuaim bin Hammad]


Riwayat ini membicarakan bahawa peristiwa ini akan berlaku pada hari Jumaat di pertengahan bulan Ramadhan. Menurut kalendar, hari Jumaat 15 Ramadhan dijangka jatuh pada tarikh 3 Ogos 2012.


Tahun 2012 juga menurut kalendar kaum Maya dan terbongkarnya kod rahsia didalam kitab Injil Perjanjian lama mengatakan dunia akan berakhir pada 21 Disember 2012. Menurut kaum Maya, bumi akan berdepan dengan satu malapetaka yang amat besar yang menyebabkan kehancurannya pada tahun 2012, dan ia akan muncul semula selepasnya.


Pada tahun 1994 , sekumpulan penyelidik dikatakan telah menemukan kod rahsia dari Kitab Injil Perjanjian Lama yang mengatakan bahawa bumi akan menghadapi kehancuran, dimana akan berlakunya perlanggaran asteroid dengan bumi.


Ada juga dikalangan astrologi yang mempercayai bahawa PlanetX atau Nibiru akan memberi kesan yang hebat kepada bumi, Tidak akan berlaku perlanggaran diantara bumi dan Nibiru, akan tetapi planet ini mempunyai kuasa magnetik kuat yang boleh mengganggu stabiliti bumi apabila ia berada berdekatan dengan bumi.



Komentar terhadap hadith


Hadith diatas tadi (mengenai peristiwa hari Jumaat 15 Ramadhan) ini dikeluarkan oleh Nuaim bin Hammad didalam kitab al-Fitan, dimana sanadnya ada seorang yang bernama Ibn Lahee’ah yang sangat buruk ingatannya. Terdapat juga didalam sanad tersebut Abdul Wahhab yang dikatakan majhul (tidak dikenali) sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Hajar dan al-Hakim (Lisan al-Mizan). Terdapat juga didalam sanad tersebut individu yang bernama Muhammad bin Thabit al-Banaani yang dianggap lemah oleh Ibn Hibban dan Ibn ‘Adi.


Menurut Shiekh Sulaiman bin Nasir al-Ulwan, hadith ini lemah dan terdapat didalamnya orang-orang yang diragui, dan kita tidak boleh bergantung kepada riwayat tersebut. Hadith yang dinyatakan diatas menurut Dr Salman Audah, didalam ruangan fatwanya di islamtoday (2009), kesemua hadith-hadith yang menceritakan tetang suara jeritan yang kuat pada pertengahan Ramadan statusnya Sangat Lemah (Dhaef Jiddan) dan Palsu (Maudu’). Menurut al-Zahabi didalam Kitabnya Siar A'lam Nubala', hadith ini Palsu, dan matannya (isi kandungan) pelik (gharib) dan tidak boleh digunakan untuk berhujah. Ibn al-Jawzi juga menghimpunkan riwayat ini didalam kitab al-Maudhuaatnya sebagai status Palsu.


Secara teknikal didalam ilmu hadith, riwayat diatas tidak boleh dijadikan sandaran, kerana statusnya samada sangat lemah atau palsu. Hadith ini tidak boleh digunakan untuk menjadi kayu ukur mengenai tarikh berlakunya kiamat.



Menafikan teori kalendar Maya dan planet Nibiru

Menurut seorang pakar pengkaji kaum Maya, Mark Van Stone, tidak ada sebarang petunjuk didalam kaum Maya atau Aztec yang mencadangkan wujudnya perubahan apa-apa pada tahun 2012. Menurut Susan Milbrath, kurator Seni dan Arkib Amerika Latin yang berpusat di Muzium Florida berkata : Kami tidak mempunyai rekod atau maklumat bahawa puak Maya boleh berfikir yang dunia akan tamat pada tahun 2012. Sandra Noble, Pengarah Eksekutif Yayasan Kajian Mesoamerican, mengatakan bahawa perkara ini adalah satu fabrikasi dan menjadi peluang untuk orang menjana duit. Menurut pihak NASA, malahan 21 Disember 2012 tidak wujud didalam calendar Maya.


Pihak NASA juga mengatakan bahawa tidak ada tanda-tanda planet akan terkeluar dari paksinya sekurang-kurangnya untuk beberapa dekad yang akan datang. Bumi tidak mungkin akan keluar dari orbitnya pada tahun 2012. Memang setiap tahun Bumi dan Matahari menyelaraskan (align) kearah kedudukan tengah Galaksi Milky Way, akan tetapi ini merupakan kejadian tahunan yang tidak memberi kesan kepada apa-apa..


Mengenai apakah benar-benar Planet X atau Nibiru wujud? Pihak NASA mengatakan bahawa ini merupakan penipuan internet. Tidak ada dasar kenyataan mereka. Jika benar Planet X benar wujud dan menuju kearah bumi pada tahun 2012, maka sudah tentu ramai para astronomi sudah mengenal pasti planet ini dan planet itu sendiri dapat dilhat dengan mata kasar kerana tahun 2012 akan muncul tidak lama lagi.


Fenomena ini juga dikaitkan dengan kalendar Maya ini. Pernah Mei 2003 dikatakan kiamat akan berlaku, namun tidak berlaku apa-apa dan tarikh itu telah dipindahkan ke 2012.


Sikap orang Islam

Jika kita di tanya dengan soalan bilakah akan berlaku kiamat? Katakan : hanya Allah yang mengetahui. Sains tidak mungkin dapat menjangka dengan tepat bilakah akan berlaku kiamat. Firman Allah swt :-


إِنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ أَكَادُ أُخْفِيهَا لِتُجْزَى كُلُّ نَفْسٍ بِمَا تَسْعَى. فَلَا يَصُدَّنَّكَ عَنْهَا مَنْ لَا يُؤْمِنُ بِهَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَتَرْدَى. "Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang dia usahakan. Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta dia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa. Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta dia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa." [surah Taha : 15 - 16].


Banyak sekali petanda-petanda yang menunjukkan hari Kiamat akan berlaku, akan tetapi tiada siapa yang tahu melainkan Allah. Ramalan-ramalan yang didapati di internet yang menunjukkan 2012 akan berlaku kiamat adalah sama sahaja seperti ramalan kiamat yang sepatutnya berlaku pada tahun 2000 dan jelas tiada apa pun terjadi. Ini menunjukkan bahawa hanya Allah swt sahaja yang tahu bilakah masanya. Firman Allah swt :



يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّي لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ "Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa datangnya? Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. " [surah al-'Araaf : 187].


Bagi kita yang beriman dengan apa yang Allah turunkan (al-Quran), seharusnya kita tidak mudah mempercayai berita-berita yang tersebar diinternet. Mungkin ada yang bertanya, bukankah realitinya banyak sekali berlakunya gempa bumi disana-sini dan baru-baru ini dunia dikejutkan oleh tsunami yang berlaku di Jepun, bukankah itu petanda kiamat? Benar, Islam mengajar kita akan alamat-alamat kiamat, sehinggalah turunnya nabi Isa as. Pokok persoalan yang dibincang adalah penetapan tarikh kiamat. Malah, kematian Nabi Muhammad :saw itu sendiri menandakan bumi sudah sampai penghujungnya. Baginda adalah penutup segala Nabi, dan sudah tentu kematian baginda menandakan bila-bila masa akan berlaku kiamat.



Sekian, wassalam

Jumat, 04 November 2011

Padang Arafah










Padang Arafah mencatat peristiwa

Pertemuan Adam dan Hawa

Setelah berpisah 40 tahun lamanya

Angkara iblis dan syaitan durjana



Adam dicipta dari tanah

Hawa pula dari tulang rusuknya

Ditiupkan ruh supaya sempurna

Itulah asal kejadian manusia




Adam dan Hawa insan bertaqwa

Hidup bersama tinggal di syurga

Segala rahmat Allah memberi

Segala nikmat Allah disyukuri



Iblis dan syaitan merasa iri

Menggoda Hawa setiap hari

Termakan Hawa khuldi larangan

Allah melihat dengan kemungkaran




Adam dan Hawa terpisah

Hukuman Allah tidak dapat disanggah

Tercampak mereka ke dunia

Menangis keduanya menyesali diri



Bertahun lamanya mereka mencari

Mengharap dan menenti agar berjumpa

Kasihannya Hawa tiada pembela

Adam merintih hatinya sepi



Pintu taubat masih terbuka

Doa mereka dikabulkanNya

Bertemu akhirnya Adam dan Hawa

Di Padang Arafah detik bermula...




Selamat Hari Raya Idul Adha 1432H kepada Semua...

Pengalaman Menyedekahkan Al Fatehah dan Zikir


Pengalaman Menyedekahkan Al Fatehah dan Zikir


Untuk dijadikan buah renungan bersama.

Sebarang ayat Allah (alQuran) atau zikir bila dibaca dengan khusu' & tawadu' dan disedekah oleh anak kepada ibu bapa insyaAllah, Allah akan perpanjangkan sedekah itu kepada mereka terutama yang sedang sakit atau sudah meninggal.

Saya ada pengalaman untuk di share iaitu pada 1997 sebelum arwah ibu saya meninggal sebab kanser. Saya adik beradik terburu-buru ziarahi emak di hospital bila dapat khabar beliau sakit tenat hari tu. Sebelum saya sampai, kakak bagi tau emak tak bermaya dan lesu sebab tak lalu makan. Alhamdullillah bila kami sampai beliau sudah boleh bercakap dan agak cergas sikit. Kami minta emak makan supaya dapat tenaga. Anehnya emak kata dia sudah kenyang, baru lepas makan makanan yang sedap walau pun makanan di depannya tak disentuh pun.

Emak bagi tau yang saya sediakan/bagi makan untuknya. Saya hairan walhal saya baru sampai. Baru saya teringat sepanjang perjalanan saya kehospital, saya sedekahkan alfatihah, ayat kursi dan seberapa banyak ayat surah Al Ikhlas dengan tartil dan bersungguh-sungguh. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana DIA terima sedekah saya dan memberi syafaat itu kepada emak saya.

Lagi satu sewaktu saya terlantar sakit dihospital di Mesia. Saya tak berasa lapar sepanjang hari walau tak lalu jamah makanan. Saya bagi tau wife. Dia kata dia sedekahkan al Fatihah seberapa banyak pada hari tu. Saya yakin.

Moral of the story - sedekah yg dibuat dengan ikhlas, tawadu' dan bersungguh-sungguh insyaAllah Allah sampaikan kepada mereka yang kita sedekahkan. Yakin dengan fadhilat ayat-ayat Allah.

Allahu 'alam

Assalamualaikum,

UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... Bismillahirrahmanni rrahim"

Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad. ) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:

Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa yang pantas? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Umar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus Kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika Saya (Rasulullah SAW) israk kelangit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga kebarat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada manusia yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

"Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, AlLahus Somad itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.



Nota :

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain.

Sepertimana sabda Rasulullah SAW:

'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya

2) Doa anak-anaknya yang soleh

3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


kredit: rakangroup

Rabu, 02 November 2011

Rahsia Disebalik Kokokan Ayam Jantan


KOKOKAN
AYAM JANTAN

Ayam
jantan berkokok pada dinihari;
Selalunya pada akhir 1/3 malam, dia
mula berbunyi;

Membelah
malam yang sepi;
Menyahut kokokan ayam dari langit yang tinggi;
Menggerak insan bangun bertahajjud dimalam hari.

Sebagaimana
sabda Nabi S.A.W;
Apabila mendengar kokokan ayam berbunyi;
Tandanya
malaikat turun ke bumi; Sahutilah kokokan itu dengan doa ini;

Allahumma
ashaluka min fadlika.” “Ya Allah sesungguhnya aku memohon
kepadaMu dari limpah kurniaMu.”

Kokokannya
lebih kerap apabila subuh menjelang;
Diteruskan sehingga hampir
siang; Kokokannya terus berbunyi sehinggan matahari menyinari bumi;
Bersama riuh rendahnya kicauan burung diwaktu pagi;
Yang sedang
mencari rezki.Ketika
bertindih dua waktu, iaitu malam yang menyusur pergi;
Dengan siang
yang menyusur ganti;
Waktu
ini kita disuruh banyak berzikir kepada ilahi;
Dan diwaktu ini
dilarang kita tidur kembali.

Bila
matahari nampak nyata;
Dan malam sudah tiada;Ketika ini boleh tidur
semula;
Bagi mereka yang memerlukannya;
Waktu ini juga kokokan ayam
berhenti seketika; Untuk melepas lelah didada;
Tugasnya sudah
dilaksana; Terhadap yang maha pencipta.

Berehat
sebentar sambil mematuk makanan apa yang ada;
Yang disediakan oleh
tuannya; Atau sendiri mengais merata-rata;
Setelah perut diisi;
Bermesra sebentar dengan anak dan isteri;
Sementara menunggu bertugas
lagi.

Apabila
matahari mula meninggi;
Kokokannya bergema kembali;
Mengingatkan
insan untuk berhenti;
Dari
kesibukan tugas diwaktu pagi;
Berehat sebentar untuk meribadah kepada

ilahi;
Diwaktu Dhuha yang sedang meniti.
Sungguh
indah bintang kejora;
Cahaya gemerlapan hingga kepagi;
Sijalak yang

tampan bergaya; 
Kokokannya memecah sunyi pagi.

Waktu
dhuha waktu istimewa;
Bagi mereka yang ingin menambah pahala;
Solat
sunat Dhuha patut dikerja;
Banyak
fadhilatnya yang dicerita;
Antaranya dipermudahkan rezki,
diampunkan
dosa.

Baginda
Rasulullah S.A.W bersabda, yang beerti begini rupa;

Setiap
anggota badan berzikir, bertasbih, bertahmid, dan bertakbir adalah
sedekah, Menganjur kebaikan dan melarang kemungkaran adalah sedekah,
Sedemikian itu dapat dicukupi dengan dua rakaat solat Dhuha yang
sangat mudah”

Dikala
matahari tinggi dikepala;
Dan di waktu Zohor bermula;
Kokokannya
terdengar sekali sekala bila masuk waktu Asar;
Kokokannya kerap
didengar semula;
Tanda ramai malaikat turun ke dunia;
Mengambil tugas
malaikat yang ada.

Malaikat
siang naik kelangit;
Malaikat malam pula berjaga;
Untuk sentiasa
mengawal manusia; Begitulah diperintah oleh Allah yang esa.

Ketika
dua waktu bertemu kembali;
Siang mula mengundurkan diri;
Malam pula
menghampirkan diri;

Ketika
ini juga kita disuruh banyak mengingati ilahi;
Serta berselawat
keatas Nabi S.A.W; Dan dilarang juga tidur diwaktu ini.

Apabila
matahari terbenam diri;
Kokokannya tidak terdengar lagi;
Hinggalah
keesokan dinihari;
Tidurnya bermula diawal malam;
Setelah bertugas
sepanjang dan sepetiga malam;
Agar suara dijaga tidak tenggelam;
Memulih tenaga yang telah karam;
Berehat panjang sehinggan waktu
tugas berulang.

Kalau
anda rajin amati;
Kokokan ayam jantan ini;
Anda akan dapati;
Adakala alunan kokokannya berlainan bunyi;
Bagi mereka yang arif memerhati;
Setiap nada ada mesej tersembunyi;
Ketika ia memanjangkan bunyi

dikatakan;
Tanda malaikat maut datang menziarahi;
Tanda
ada kematian akan terjadi;
Apabila bunyinya bergetaran;
Tanda ada
syaitan yang menghampiri;
Setiap nada ada mesej yang diberi;
Hanya
kita tidak mengetahui, sebab kita kurang mengamati.

Peliharalah
ayam jantan ini;
sekiranya ada tempat untuk didiami;
Belalah juga
pasangannya sekali;
agar hidupnya tidak terasa sunyi;
Insyaallah anda
Akan dapat dengat kokokannya setiap hari;
Tanda datangnya malaikat
menziarahi.


HADIS
YANG BERKAITAN DENGAN AYAM

1.
Makhruhnya memaki-maki ayam. Rasulullah S.A.W bersabda:

Janganlah
kamu semua memaki-maki ayam. Sebab sesungguhnya ayam yang jantan itu
membangunkan kamu untuk solat”

2.
Ketika ayam berkokok – salah satu waktu yang mustajab berdoa.
Rasulullah S.A.W bersabda:

Apabila
kamu mendengar ayam berkokok, maka mohonlah anugerahNya, kerana ayam
itu melihat malaikat”

3.
salah satu suara yang disukai Allah untuk mendengarnya adalah kokokan
ayam jantan.



P/S
kalo terdengar  kokokkan ayam cepat-cepat pohon doa agar mailaikat sampaikan kepada Allah..
Ya, Allah Ampuni dosaku dan juga mak ayah ku yang telah besarkan aku,
berikan aku cahaya keimanan,
Murahkan rezeki ku, dan juga mak ayah ku,
berikan aku kesihatan yang baik, dan juga mak ayah ku,
jauhi aku dari azap api neraka,
(solat subuh mmg ramai malaikat turun selepas solat berdoalah)
jgn lupa baca surah Al-Ikhlas 3x :))) kutip wat bekal

Menanti Tibanya Detik AidilAdha


`.☆٠•●♥٠•●♥Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ *:٠•●♥Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥...● ٠•●
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
█▓▒░►***** Menghayati Hari Raya Korban ******◄░▒▓█
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
`.☆٠•●♥٠•●♥Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ *:٠•●♥Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥● ٠•●

'IDUL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji. Pada Hari Raya Haji ramai ummat Islam yang mampu menyembelih korban untuk dibagi-bagikan kepada fakir miskin. Ramai juga ummat Islam yang mencukupi syarat, menunaikan Ibadah Haji ke Baitullahilharam. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh ummat Islam untuk membantu mereka yang susah.

Jika sifat suka berkorban ini meresap ke jiwa seluruh ummat Islam Isya-Allah akan ujud ketenangan dan kedamainan dalam masyarakat dan akan dekatlah jurang yang memisahkan antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah, antara penguasa dengan rakyat biasa.

Mereka yang kaya mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk membantu mereka yang didalam kesusahan, seperti yang biasa dialami oleh fakir miskin, yatim piatu ataupun sesiapa yang memerlukan pertulungan. Mereka yang telah menerima bantuan sepatutnya mensyukurinya dan berusaha dengan sekuat tenaga tidak hanya bergantung kepada pemberian orang, Rasullah s.a.w.telah mengingatkan bahwa:

"Tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah".

Oleh karena itu perlulah kita bekerja keras untuk meningkatkan taraf kehidupan kita. Jika kita rajin berusaha, seperti mengolah (mengerjakan) tanah yang terbiar, menanam berbagai tanaman, memelihara hewan ternak, memilihara ikan dan sebagainya Insya-Allah disatu masa taraf kehidupan kita akan berubah kepada yang lebih baik.

Ibadah Haji ialah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu mengerjakan sekali seumur hidup, Allah s.w.t.berfirman yang maksudnya:

"Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, karena rezeki yang Allah telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan orang yang sengsara dan fakir."(Qur'an. S.al-Hajj:27-28)


Sungguh besar menafaat yang akan diperoleh mereka yang mendapat kesempatan menunaikan ibadah haji, antaranya, Insya-Allah akan terjalin perasaan ukhuwah Islamiah sedunia, menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar menghadapi cobaan. Dapat melihat sendiri tempat tempat sejarah Nabi Ibrahim dan Ismail, tempat bersejarah ketika Rasulallah s.a.w. dan sahabat berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan dan mengajak manusia kejalan yang benar jalan yang diredhai Allah s.w.t. yang terkandung dalam Islam.

Mereka yang datang menunaikan ibadah haji terdiri daripada berbagai bangsa yang datang dari segenap penjuru dunia, dengan demikian kita saling berkenalan dan dapat mempelajari adat manusia dari berbagai bangsa dan suku puak.

Berbagai kesukaran dari mula mempersiapkan perbelanjaan untuk yang pergi dan untuk yang ditinggalkan. Kesukaran dalam perjalanan, kesukaran menghadapi berbagai ragam manusia, kesukaran cuaca yang berbeda dari tempat asal kita, dan sebagainya, semua itu akan membentuk diri dan peribadi kita menjadi manusia yang sabar dan tabah menghadapi cubaan hidup.

Kita berdo'a kepada Allah s.w.t. semoga diampuninya segala dosa-dosa kita selama masa yang lalu, baik dosa yang mungkin kita telah lakukan terhadap diri ataupun terhadap mereka yang lemah. Kita mohon kepada Allah s.w.t. semoga diterimanya segala amal ibadah kita dan akhirnya kita akan memperoleh Husnul Khatimah, akhir yang baik dan dapatlah kehidupan kita diberkati dan diberikan ketenangan dan diselamatkan dari segala malapetaka mungkin karena dosa-dosa yang pernah kita lakukan sengaja ataupun tidak sengaja.

Amin ya Rabbal Alamin!


oleh Ustaz Syed Hasan Alatas

Fadhilat Bulan ZulHijjah

 
Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijjah. Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza pula, menurut sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a., Rasulullah bersabda maksudnya; 
* 1 ZULHIJJAH, kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya. 
* 2 ZULHIJJAH, doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barang siapaberpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun. 
* 3 ZULHIJJAH, doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya.
* 4 ZULHIJJAH, Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat 
* 5 ZULHIJJAH, Nabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur. 
* 6 ZULHIJJAH, Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya, barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab. 
* 7 ZULHIJJAH, pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan. 
* 8 ZULHIJJAH, Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya"9 ZULHIJJAH, turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan. Justeru pada hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu). Barang siapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. 
* 10 ZULHIJJAH, adalah Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih). 

Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yang terdapat di Madinah. Ganjaran Bagi Mereka Yang Memuliakan Zulhijjah Kata sebahagian Ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan anugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:" 
1. Berkat pada umurnya 
2. Bertambah hartanya 
3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin 
4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda 
6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya 
7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh 
8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar 
9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia 
10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.

* 1 hingga 9 hb - Sunat berpuasa * 8 hb - Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat * 9 hb (Hari Wukuf di Arafah) - Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat. Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji, Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali 1. Solat pada awal waktu.. jadilah ianya amalan harian hendaknya.. 
2. Solat sunat qabliyah asar 
3. Selepas solat asar - Baca Surah Yasin 3 kali 
4. Membaca Laillahaillalah wahdahula....huallakulishaiinkodir sebanyak 400 kali (bermula dari asar - isyak boleh sambung2) Fadhilatnya bagaikan memerdekakan 100 hamba. 
5. Solat sunat qabliyah & ba'diyah maghrib
6. Selepas solat maghrib - solat sunat awwabin 6 ra'kaat (3 salam) Fadhilat penghapusan dosa bagi 50 tahun - hadith... jadikanlah ianya amalan bulanan/mingguan hendaknya... 
7. Solat sunat tasbih 
8. Solat sunat hajat 
9. Berdoa dengan doa Nabi Adam iaitu robbana zolamna... sebanyak 50 kali 
* 10 hb - Hari Raya Haji/Korban - Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha - Membaca takbir, Melakukan korban 
* 11, 12 dan 13 hb (hari-hari Tasyrik) - hidupkan malamnya dengan banyak beribadah, takbir selepas sembahyang waktu * 29hb atau 30hb - Selepas solat 'Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat Maghrib membaca doa tahun baru. (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui. *

Selasa, 01 November 2011

Sedikit Mengenai Keajaiban Al-Quran

Sedikit Mengenai Keajaiban al-Quran

Lihat foto di atas betul-betul dan kaji.Ini merupakan graf surah-surah dalam al-quran beserta bilangan ayatnya.Jika diplotkan.Inilah yg terhasil.Subhanallah.
Berikut serba sedikit info mengenai isi kandungan Kitab pegangan kita ini.Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.Al-Quran sudah lama membuktikan banyak perkara sains ketika manusia baru menemuinya.
Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:
DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali
MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali
HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali
FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali
UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali
IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali
BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali
BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali
ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali
MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali
EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali
KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali
ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali
MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali
LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali
NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali
BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali
KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali
MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali
LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali
SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali
LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratusPeratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratusJUMLAH = 100 peratus
Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.
Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!!
Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.