Jumat, 29 Maret 2013

Kematian




KEMATIAN
Pemutus segala kegembiraan..
Pemutus segala kesusahan..
Pemutus bagi kekayaan..
Pemutus bagi kemiskinan..
Pemutus atas segala kelazatan..
Pemutus atas segala kesengsaraan.
Yang tinggal hanya amalan, yang tinggal hanya doa, yang tinggal hanya ilmu yang dimanfaatkan..

KEMATIAN..
Mengajarku hakikat kehidupan..
Mengajarku bahawa dunia hanyalah tempat persinggahan..
Mengajarku untuk mengerah tenaga dan keringatan mengumpul bekalan..
Menuju kehidupan yang hakiki dan berkekalan..

KEMATIAN..
Hati yang merindui, pasti dirundung kesedihan..
Menangislah wahai hati, menangislah menitiskan air mata keredhaan..
Sedangkan Sang Utusan menitiskan air mata menangisi kehilangan.
baginda bermadah, hati sedih air mata bercucuran..
namun kesedihan baginda sudah pasti diatas keredhaan.
Mengenang pilunyanya baginda diatas perpisahan..

KEMATIAN..
Bagi yang hidup ia suatu peringatan..
Bagi yang telah pergi pastinya ia suatu ketentuan..
Kesabaran, Ketabahan, doa dan pasrah terhadap taqdir sudah pasti suatu tuntutan..
Yakinlah bahawa terdapat hikmah dalam ujian..
Moga ditemukan ditempat yang penuh keindahan..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar