Jumat, 29 Maret 2013
Berhati-hati apabila berbicara
Berhati-hati apabila berbicara
Assalamualaikum wbt,Kita mungkin pernah mendengar ungkapan-ungkapan sepert 'lidah tidak bertulang'atau lidah itu lebih tajam daripada pedang. Daripada ungkapan-ungkapan itu nyatalah tugas lidah atau tutur kata amat besar dalam hidup manusia. Kesan terlanjur cakap tidak kurang yang tergadai maruah dan kerana mulut atau tuturkata juga menjadikan badan binasa. Jika kita merenung tentang kejadian alam ciptaan Allah s.w.t nyatalah terdapat pelbagai keanehan dan perkara-perkara pelik yang dapat kita saksikan yang mana itu semua sebagai tanda tentang keagungan dan keesaaan Allah s.w.t.Di antara keanehan keanehan itulah kita temui lidah. Ia adalah daging berbentuk kecil dan lembut yang terlindung di dalam mulut. Lidah juga termasuk daripada anugerah Allah Yang Maha Besar yang amat mustahak sebagai penghubung antarasatu sama lain, menerusi percakapan mahu pun untuk mencapai keredaan Tuhan.Lidah jugalah yang boleh menyebabkan manusia itu terjerumus ke dalam api neraka....
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar