Perjalanan hidup ini telah memberikan pelajaran kepada kita, bahawa kebanyakkan orang dilamun keluh kesah, gelisah, kesempitan dan kegoncangan batin, merasa sepi dan tidak mempunyai apa-apa, merekalah orang-orang yang tidak memperoleh nikmat iman dan keyakinan, hidup mereka tidak ada rasa dan tiada perisa, tawar dan kosong, walaupun mereka berada dalam lingkungan kelazatan dan kemewahan. ~Zahid~
Kebahagiaan yang dicari mestilah berpunca daripada ketakwaan sebagai kunci kebahagiaan. Apabila hati bertakwa seluruh tubuh badan akan berasa bahagia dan tenang. Bahagia yang didapati tidak boleh dirasai oleh orang lain. Hati berasa tenang dan jiwa sentiasa lapang.
Para cendekiawan ada mengatakan, dunia bersifat sementara. Oleh itu, kebahagiaan yang dikandunginya juga sementara. Sebaliknya akhirat bersifat abadi, maka kebahagiaan yang dikandunginya juga abadi.
Page : Ketaqwaan Kunci Kebahagiaan
Tidak ada komentar:
Posting Komentar