Hatimu itu rumah Allah. Jagalah Ia.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”
-Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim
Tentu kalimat agung Baginda S.A.W ini sudah acap kali diulang dan disebut. Semua orang tahu tentang nilai hati. Ia adalah tempat jatuhnya pandangan Allah. Pandangan Kekasih pada sekalian hambaNYA. Maha Suci Allah, keadilan dan kasih sayang pada hambaNYA terbukti berpaksikan kepada sabda BagindaSAW yang berbunyi “Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu, tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu".
Subhanallah...Allah itu adil. Sangat adil lagi bijaksana. Rupa paras, penampilan luaran, hiasan pelbagai..itu semua tak penting. Apa yang penting HATIMU. Oleh itu jagalah hati mu kerana ia menentukan tempat destinasi akhirmu..SYURGA atau NERAKA. Mohon dijauhkan daripada tempat yang dahsyat itu..Nauzubillahi min zalik.
Berpesan Imam al-Junid al-Baghdadi: Hatimu itu rumah Allah. Jangan biarkan yang lain duduk di dalamnya kecuali ALLAH. Subhanallah.. kalimat indah dari kekasih Allah.. Orang yang dekat dengan Allah, kata-kata mereka sangat berkat. Jika tak mampu jadi sehebat mereka, cubalah meniru gaya hidup mereka.. InsyaAllah, Allah bantu kita dan mudahkan urusan kita bila kita niat baik
Allahu Rabbi..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar