Senin, 31 Desember 2012

Nafas terhenti.Peringatan~



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Firman Allah swt =

"Dialah yang menjadikan kematian dan kehidupan itu sebagai menguji kamu siapakah di kalangan kamu yang terbaik amalannya"..(surah Al-Mulk :2)
Air mataku berlinangan.Tak dapat menahan.Ayat-ayatNya cukup membuatkan hatiku benar-benar tersentuh.Kerana aku tahu,aku juga bakal Pergi..

Allah memberi peringatan padaku,agar aku sentiasa bersiap untuk ke sana.

Hampir setiap hari aku disaksikan oleh berita kematian..

Di depan mata mahupun di corong telinga.

Ke mana bisa ku lari jika detik kematian itu tiba?

Cukupkah bekalanku?

sediakah aku?


Firman Allah swt yang bermaksud =

"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat,walau sesaatpun" (surah Al-A'raf =34)

:'(
Ingat.

Di mana jua kita berada,
Maut akan mendapatkan kita,
Bila tiba waktunya,
Sekalipun kita di sebalik benteng
yang tinggi lagi kukuh,
mahupun di bawah teduhan
yang selamat dan redup sinarannya..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar