Maksud solat ialah untuk kita membawa sifat-sifat di dalam solat ke dalam kehidupan seharian kita seperti menutup aurat, menundukkan pandangan,membaca ayat al-quran, berzikir dan berdoa. Apabila di dalam solat kita mensucikan diri dengan berwudhuk, fikiran kita hanya tertuju pada Allah swt, lidah kita sentiasa berzikir dan gerakan badan kita sesuai dengan perintah Allah, aurat di tutup dengan sempurna, maka di luar solat pun kita harus melakukan yang sama. Kita juga perlu meyakini bahawa dengan solat Allah akan membantu dan menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Sahabat-sahabat nabi s.a.w dahulu mereka begitu yakin dengan solat sehingga anak yang mati boleh hidup kembali, pengisar gandum boleh mengeluarkan gandum dan banyak lagi. Semuanya menunjukkan betapa yakinnya mereka dengan perantaraan solat dapat menyelesaikan masalah mereka. Hari ini manusia ramai yang mensyirikkan Allah, sehingga apa sahaja yang mereka lakukan mereka mencari asbab tanpa dahulu memohon pada pemberi asbab iaitu Allah swt. Di dalam sebuah hadis disebutkan bahawa Rasulullah saw bersabda "Barangsiapa yang menjaga solatnya, maka ia akan mendapat 5 keuntungan :
1) Allah swt akan menghilangkan kesempitan hidupnya.
2) Ia akan diselamatkan dari seksa kubur.
3) Ia akan menerima buku amalan dengan tangan kanan.
4) Ia akan melalui titian sirat sepantas kilat.
5) Ia akan masuk syurga tanpa hisab.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar