' Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa suatu hari Rasulullah s.a.w telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah s.a.w sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu baginda masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat sunat 2 rakaat. Maka kami pun turut solat bersama Rasulullah s.a.w. Kemudian, Rasulullah s.a.w berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah s.w.t. Setelah selesai baginda berdoa, maka Rasulullah s.a.w pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud: Aku telah bermohon kepada Allah 3 perkara, dalam 3 perkara itu, Dia cuma perkenankan 2 sahaja manakala yang 1 lagi ditolak.
Aku telah bermohon kepada Allah supaya tidak dibinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah.
Aku telah bermohon kepada Allah supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah.
Aku telah bermohon kepada Allah supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi, permohonanku ini telah ditolak.'
(H.R. Muslim)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar