(An-Naml; 27: 62)
Wahai hati,
Terus tarbiyahkan diri
Terus mantapkan hati
Mujahadah itu indah
Jalan akan terasa susah
Kerana untuk mendapatkan syurga bukan mudah
Bila sekali terkandas,
Lihatlah bintang di langit sebagai petunjuk jalan
Bila bekal untuk hati habis di padang pasir
Segeralah cari oasis iman dan taqwa
Teguhkan hati kepada Allah seperti kisah Siti Hajar
Berusaha menjaga Allah
Nescaya Allah menjaga dirimu
Letakkan cinta Allah di hati
Nescaya dunia itu yang datang kepadamu
Peliharalah hak dan suruhan Allah
Nescaya Allah memelihara jiwa dan dirimu
Wahai hati,
Rasa bahagialah
Bila kau rasa Allah itu bersamamu
Bila rasa Allah sentiasa memandangmu
Rasa bahagialah bila Allah itu sentiasa dekat denganmu
Rasa bahagialah bila kau rasakan Dia ada di hatimu...
Maka dia (Sulaiman) tersenyum lalu tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdo'a "Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau ridai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh."(An-Naml; 27: 19)
Aamiin
Tidak ada komentar:
Posting Komentar